Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mei 2026

65 anak yatim diraikan mahasiswa USIM melalui program Sejuta Senyuman, Seribu Harapan

NILAI – Suasana di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Semarak (PKAYMS) bertukar ceria apabila barisan mahasiswa Kelab UNESCO, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hadir menyantuni penghuni pusat jagaan tersebut melalui program “Sejuta Senyuman, Seribu Harapan” yang berlangsung pada 18 April 2026 baru-baru ini. Program yang melibatkan seramai 37 ahli jawatankuasa Kelab UNESCO sesi 2025/2026 itu memberi ruang kepada mahasiswa untuk meluangkan masa berkualiti bersama 65 orang anak yatim dan asnaf di PKAYMS. Lebih daripada sekadar aktiviti tahunan, program ini menjadi wadah menyemai nilai empati, kasih sayang dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa. Program anjuran bersama Exco Jaringan Global dan Komuniti serta Exco Pendidikan dan Warisan ini bertujuan membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah memiliki kepekaan sosial dan kemanusiaan yang tinggi. Sepanjang program berlangsung, para mahasiswa diberi peluang mengaplikasikan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan melalui interaksi secara langsung bersama anak-anak PKAYMS. Aktiviti yang dijalankan turut membuka ruang kepada peserta untuk memahami realiti kehidupan masyarakat yang memerlukan perhatian, sokongan dan kasih sayang. Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah Ali Pitchay selaku Penasihat Kelab UNESCO dan juga pegawai pengiring ditemui berkata, pendidikan sebenar tidak terhad di dalam dewan kuliah semata-mata, sebaliknya turut berlaku melalui pengalaman bersama masyarakat. Beliau menegaskan bahawa kemiskinan dan keterbatasan latar belakang keluarga bukanlah penghalang kepada kejayaan. Sebaliknya, cabaran tersebut boleh menjadi pendorong kepada seseorang untuk terus berusaha, membina keyakinan diri dan mengejar impian. Katanya, program seumpama ini menjadi medan pembelajaran berasaskan pengalaman yang mampu membentuk jati diri mahasiswa, mengasah empati serta melahirkan insan yang [...]

Usahasama USIM-AlHijrah Lahirkan Pendakwah Global

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama TV AlHijrah memperkukuh agenda pembangunan bakat dakwah dan media Islam melalui penganjuran Majlis Perasmian Buku Modul dan Kursus Akademi Seni Media Islam (ASMI) di Dewan Tuanku Canselor, USIM, hari ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut berkenan untuk berangkat menyerikan majlis ialah YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, Pro-Canselor USIM. Program ini menghimpunkan kira-kira 100 peserta terdiri daripada wakil universiti, industri media, pengamal dakwah, pembuat kandungan dan agensi berkaitan sebagai usaha membina ekosistem media Islam yang lebih profesional, kreatif, beretika dan berdaya saing. Kerjasama strategik antara USIM dan TV AlHijrah ini dilihat sebagai langkah penting dalam melahirkan generasi baharu pendakwah media yang mampu menyampaikan mesej Islam secara lebih segar, hikmah dan berkesan kepada khalayak tempatan serta global. Menurut YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, media Islam pada hari ini tidak lagi boleh sekadar berfungsi sebagai alternatif, sebaliknya perlu tampil sebagai rujukan utama yang membawa naratif kebenaran, keadilan dan kesejahteraan. “Media Islam bukan hanya perlu patuh syariah dari sudut hukum, tetapi juga memiliki jiwa syariah yang memberi kesan positif kepada jiwa dan pemikiran masyarakat,” katanya. Beliau turut menyifatkan ASMI sebagai satu inisiatif berpotensi besar untuk menjadi pusat kecemerlangan penyiaran Islam di rantau ini, khususnya dalam melahirkan pengamal media Islam yang berjiwa besar, berilmu luas dan berakhlak mulia. Sementara itu, YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz menegaskan bahawa dunia Islam hari ini memerlukan pendakwah dan pengamal media yang bukan sahaja [...]

USIM Perkukuh Kampus Inklusif, Audit Aksesibiliti Perpustakaan Untuk Kemudahan OKU

NILAI – Usaha menjadikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai kampus yang lebih inklusif dan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) terus diperkukuh melalui penganjuran Bengkel Audit Aksesibiliti Kemudahan OKU bagi Bangunan Perpustakaan Induk USIM. Program selama dua hari pada 28 dan 29 April 2026 itu dianjurkan oleh Perpustakaan USIM dengan penyertaan seramai 15 peserta terdiri daripada Jawatankuasa Perpustakaan Mesra OKU, staf perpustakaan, Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum serta Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti. Bengkel ini menjadi langkah penting dalam menilai tahap kemudahsampaian bangunan Perpustakaan Induk USIM, selain menyediakan asas kepada penambahbaikan fasiliti agar lebih mesra, selamat dan mudah diakses oleh warga OKU pada masa hadapan. Penganjuran bengkel turut melibatkan kepakaran daripada Dr. Nur Amirah Abd Samad, Penyelaras Siswazah Seni Bina Penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bersama fasilitator Prof. Madya Dr. Nurul Syala Abdul Latip, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, USIM. Antara pengisian bengkel termasuk pengenalan kepada MS1184, pemahaman reka bentuk sejagat mengikut tipologi bangunan, simulasi penggunaan peralatan audit, perkongsian amalan baik aksesibiliti, audit akses secara lapangan di Bangunan Perpustakaan Induk USIM serta penyediaan laporan audit aksesibiliti. Ketua Jabatan Perpustakaan USIM, Dr. Mohd Helmi Masor @ Mansor berkata, audit aksesibiliti perpustakaan bukan sekadar usaha memenuhi keperluan teknikal, malah mencerminkan nilai universiti sebagai institusi yang inklusif dan prihatin terhadap semua komuniti. Menurut beliau, perpustakaan sebagai pusat ilmu perlu dapat diakses oleh semua lapisan warga universiti termasuk golongan OKU, selaras dengan hasrat USIM untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih adil dan menyeluruh. Sementara itu, Penyelaras Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, Dr. Fatimah [...]

USIM terus Perkasa Jaringan Global Menerusi Program ASPIRE

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Sains Dan Teknologi terus memperkasa jaringan global menerusi penganjuran program Academic and Socio-Cultural Partnership for International Relations and Exchange (ASPIRE) in Malaysia yang berlangsung pada 27 hingga 28 April 2026 dengan penglibatan delegasi daripada Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia. Program anjuran Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi (FST), USIM ini melibatkan seramai sembilan orang peserta daripada Universitas Airlangga dan diketuai oleh Pengarah Program, Muhammad Hazeeq Hadi, sebagai inisiatif memperkukuh kerjasama akademik serta pertukaran sosiobudaya antara institusi pendidikan di peringkat antarabangsa. Program ini bertujuan membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan budaya antara mahasiswa kedua-dua institusi, di samping memupuk semangat kolaborasi global dalam kalangan mahasiswa. Melalui pelbagai pengisian berteraskan akademik dan interaksi budaya, para peserta berpeluang memahami dengan lebih dekat sistem pendidikan, nilai masyarakat serta kepelbagaian budaya antara Malaysia dan Indonesia. Selain menjadi platform pengantarabangsaan, program ASPIRE turut mencerminkan komitmen USIM dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing global serta memperkukuh hubungan strategik dengan institusi pendidikan serantau. “Saya mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana program ini sedikit sebanyak memberikan impak positif antara para pelajar FST dan juga pelajar antarabangsa” ujarnya.

PALAPES USIM Perkukuh Tradisi Kepimpinan Melalui Majlis Serah Menyerah KSMJ

NILAI – Majlis Serah Menyerah Jawatan Kompeni Sarjan Mejar Jurulatih (KSMJ) Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berlangsung dengan penuh istiadat dan tertib, mencerminkan kesinambungan amanah, disiplin serta kepimpinan dalam struktur latihan ketenteraan pasukan pada 26 April 2026 baru-baru ini. Majlis serah menyerah ini bukan sekadar proses pentadbiran, sebaliknya menjadi simbol penting dalam memastikan kesinambungan kepimpinan, disiplin dan kecemerlangan latihan dalam pasukan terus dipelihara. Peranan KSMJ sebagai antara tonggak utama dalam pelaksanaan latihan dan pembentukan sahsiah Pegawai Kadet menjadikan peralihan jawatan ini sebagai satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab. Selaras dengan aspirasi USIM dalam mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli, majlis ini turut mencerminkan keseimbangan antara kecemerlangan profesional, pembentukan nilai sahsiah dan pengukuhan budaya kepimpinan berteraskan amanah. Ia memperlihatkan komitmen PALAPES USIM dalam melahirkan warga pasukan yang berdisiplin, berintegriti dan bersedia menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. PW II Mohd Riduan Razeme, KSMJ dalam ucapannya menegaskan bahawa setiap amanah yang dipikul perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, keikhlasan dan integriti. Beliau turut menasihatkan seluruh warga pasukan agar sentiasa menjaga diri, memperkukuh semangat kerjasama khususnya bersama kepimpinan baharu, serta terus meningkatkan ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran latihan dan penugasan dengan lebih berkesan. “Setiap permulaan pasti akan menemui pengakhiran. Justeru, setiap detik perkhidmatan perlu dimanfaatkan sebaiknya dengan penuh dedikasi, disiplin dan rasa tanggungjawab terhadap pasukan”, ujarnya lagi. Ketibaan Ketua Jurulatih kemudiannya disambut dengan tabik hormat oleh perbarisan, diikuti nyanyian lagu Latihan Teras Keyakinan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara menandatangani Buku Serah Menyerah antara KSMJ, PW II Mohd [...]

USIM Menerajui Dakwah Inklusif Melalui Kursus Dakwah Tanpa Suara 2026

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasa pendidikan Islam inklusif dan pembangunan komuniti melalui penganjuran Kursus Dakwah Tanpa Suara (KDTS) 2026, sebuah program latihan berstruktur yang memberi pendedahan kepada mahasiswa, kakitangan universiti dan komuniti awam mengenai pendekatan dakwah kepada komuniti OKU Pendengaran. Program ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), USIM melalui kelab sukarelawan dakwah OKU, Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF@USIM), dan berlangsung secara berkala pada setiap Rabu bermula 29 April hingga 8 Julai 2026 di Dewan Kuliah Fakulti (DKF) 2.1, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM. Penganjuran KDTS 2026 berjaya menghimpunkan seramai 180 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, kakitangan universiti serta komuniti awam yang mempunyai komitmen bersama dalam memperkukuh agenda dakwah inklusif. Penyertaan ini mencerminkan kesedaran masyarakat yang semakin meningkat terhadap kepentingan keterangkuman dalam penyampaian ilmu agama, khususnya kepada komuniti OKU Pendengaran. KDTS pada tahun ini turut menampilkan kelainan apabila mengetengahkan dua orang tenaga pengajar utama dalam kalangan OKU Pendengaran, iaitu Cikgu Nordin Hassan dan Cikgu Ku Habsah Ku Sulong, yang merupakan staf di UMMI. Penglibatan mereka memberi nilai tambah yang signifikan kepada program ini kerana peserta bukan sahaja mempelajari bahasa isyarat secara teknikal, malah turut memahami pengalaman sebenar komuniti Pekak dalam konteks komunikasi, pembelajaran dan penghayatan agama. Mereka turut dibantu oleh enam orang asatizah yang berbeza setiap minggu mengikut kepakaran masing-masing dalam bidang dakwah OKU. Empat daripadanya merupakan pegawai di UMMI, manakala dua lagi merupakan guru di Madrasah OKU, Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (FAQEH). Program tahunan ini [...]

PALAPES USIM Raikan Sedekad Kecemerlangan, Lambang Disiplin, Tradisi dan Kepimpinan Unggul

NILAI – Suasana penuh istiadat dan semangat ketenteraan mewarnai Dataran Canselori pada 25 April 2026 baru-baru ini apabila Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Ke-10 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang, menandakan satu dekad kecemerlangan, disiplin dan kesinambungan legasi pasukan. Perbarisan tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor USIM merangkap Komandan PALAPES USIM, Kol (K) Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Turut hadir Timbalan Komandan, Lt Kol Rozaimi Kamarudin; Ketua Jurulatih, Mej Noor Efendy Hj Samih; Ketua Penyelaras Teras 3, Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee; serta alumni PALAPES USIM yang turut memeriahkan sambutan. Perbarisan ini melibatkan kekuatan seramai tiga pegawai, enam Pegawai Sukarela (SUK), 10 Pegawai Muda, 14 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta 156 Pegawai Kadet yang mempamerkan tahap disiplin, keseragaman dan ketangkasan tinggi sepanjang acara berlangsung. Keunikan perbarisan terserlah melalui persembahan dinamik berbentuk formasi human wave, apabila pergerakan anggota dimulakan dengan bunyi siren sebelum Pegawai Kadet berlari masuk dan membentuk barisan secara tersusun serta seragam. Persembahan ini bukan sahaja menarik perhatian, malah mencerminkan tahap koordinasi, kepantasan dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan warga PALAPES USIM. Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah dan sijil penghargaan kepada Pegawai Kadet serta anggota. Seramai 30 Pegawai Kadet menerima Anugerah Dekan atas pencapaian akademik cemerlang bagi Semester 1 Sesi 2025/2026, dengan pencapaian tertinggi PNGS 3.93 oleh KSjn Mohammad Arif Hamdan Ariffin daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Selain itu, sijil penghargaan turut disampaikan kepada tiga anggota tentera iaitu PW II Mohd Riduan Razeme, Kpl Mohd Hadi Milok dan [...]

April 2026

Kompeni Abu Bakar As-Siddiq Johan larian Merentas Desa 10KM, Ulang tahun PALAPES USIM Ke-10

NILAI – Kompeni Abu Bakar As-Siddiq dinobatkan sebagai johan keseluruhan Larian Merentas Desa 10 kilometer bersempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) PALAPES USIM Ke-10 yang berlangsung di sekitar kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 18 April 2026 baru-baru ini. Kemenangan tersebut diraih selepas kompeni berkenaan berjaya mengumpul mata tertinggi dalam acara merentas desa yang disertai oleh seluruh warga PALAPES USIM melibatkan pegawai, anggota, Pegawai Simpanan Sukarela (SUK) serta Pegawai Kadet dengan kekuatan seramai 190 orang. Penganjuran larian ini bukan sahaja menjadi sebahagian daripada pengisian sambutan sedekad PALAPES USIM, malah turut berperanan sebagai medan menguji kecergasan fizikal, ketahanan mental, disiplin serta semangat kesukanan dalam kalangan anggota dan Pegawai Kadet. Program dimulakan dengan sesi senamrobik sebagai aktiviti pemanasan badan sebelum pelepasan peserta disempurnakan oleh Timbalan Komandan PALAPES USIM, Lt. Kol. Rozaimi Kamarudin. Para peserta kemudiannya dilepaskan mengikut kategori bagi menempuh laluan sejauh 10 kilometer yang mencabar di sekitar kampus USIM. Acara ini turut memberi peluang kepada Pegawai Kadet untuk menyumbang mata kepada kompeni masing-masing dalam pertandingan sukan kompeni. Penyertaan menyeluruh daripada warga PALAPES USIM mencerminkan komitmen tinggi, semangat kesepasukan dan kebersamaan dalam menjayakan program tersebut. Kemuncak acara menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Ketua Jurulatih PALAPES USIM, Mej. Noor Efendy Hj. Samih. Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang tinggi bagi menghadapi cabaran latihan bercorak ketenteraan. Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap semangat, ketahanan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para Pegawai Kadet sepanjang menjayakan acara tersebut. Selaras dengan aspirasi USIM dalam mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli, [...]

Uncle Paipon Shares Life Lessons and the Spirit of Giving at SMBIP Appreciation Day

NILAI – The Bachelor of English with Commerce (SMBIP) Appreciation and Engagement Day 2026 successfully brought together students, staff and invited guests in a meaningful gathering held at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Organised by the Belcommittee, the programme was led by its Programme Director, Azreen Filzah binti Sha’ar Shah, a Year Three student from the Faculty of Major Language Studies. According to Azreen, the event aimed to appreciate contributions within the SMBIP community while encouraging meaningful engagement among students and lecturers. In line with this objective, the invitation of Uncle Paipon served as a strategic effort to create a more interactive and impactful experience for the participants. The event was marked by the presence of Uncle Paipon, a figure known for his involvement in various fields, including business, media and educational content creation. Widely recognised for his “Nasi Paipon” venture in the food and beverage industry, he also sponsored beverages for the attendees, a thoughtful contribution that was warmly appreciated by the organisers and participants. During the event, Uncle Paipon engaged with students by sharing insights from his personal and professional experiences, including his career development, life journey and perspectives on giving back to society. Beyond public perception, he has also been actively involved in knowledge-sharing efforts, including podcasts, educational platforms and the publication of an e-book accessible to the public through 3asbab.org. One of his notable contributions is the publication of a knowledge-based e-book, originally written as a personal gift to guide his own children. The work was [...]

Mahasiswa Integrasi Ilmu: Jaguh Memanah USIM, Johan Qari Kebangsaan

NILAI – Dari gelanggang memanah ke pentas tilawah kebangsaan, Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali membuktikan bahawa mahasiswa USIM mampu menyerlah dalam pelbagai lapangan apabila ilmu, bakat, disiplin dan adab bergerak seiring. Mahasiswa berusia 25 tahun dari Program Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu bukan sahaja dikenali sebagai jaguh memanah USIM, malah mencipta kejayaan besar apabila dinobatkan sebagai Johan Qari Tilawah al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan 2026 mewakili negeri Perak. Pencapaian itu menjadi detik cukup manis buat anak kelahiran Ipoh, Perak ini apabila penyertaan pertamanya di peringkat kebangsaan terus membuahkan kejayaan tertinggi. Berbekalkan minat yang dipupuk sejak kecil, sokongan ibu bapa, bimbingan para guru serta latihan yang konsisten, Cik Hasnul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 termasuk RM10,000 untuk menunaikan haji, selain piala iringan dan cenderamata. Anak kepada Cik Sazali Jaafar, 51, dan Puan Norainon Saad, 47, ini membesar dalam suasana yang dekat dengan al-Quran. Bapanya seorang pegawai polis yang juga merupakan guru mengaji menjadi individu terawal yang banyak membentuk asas pembelajaran beliau, khususnya dalam aspek bacaan dan taranum al-Quran. Sejak kecil, anak sulung dari tiga beradik ini dididik untuk mencintai al-Quran, bukan sekadar untuk membacanya dengan baik, tetapi turut menghayati keindahan seni lagunya. Didikan awal daripada ayahnya itulah yang menyemai minat mendalam untuk beliau terus belajar, memperbaiki bacaan dan menekuni ilmu tilawah dengan lebih serius. Bakat dan minat beliau mula terserlah seawal darjah empat apabila mendapat sokongan dan doa ibu dan ayahnya untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran di peringkat sekolah [...]

Go to Top