JOHOR BAHRU, 17 MEI 2015 – Duta jauhar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya meraih dua anugerah iaitu Kumpulan Cemerlang dan Pameran Terbaik dalam program Duta Jauhar Mahasiswa Johor Prihatin 2013/2014. Majlis Perasmian Penutup Kongres Duta Jauhar 1.0 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Program Mahasiswa Johor Prihatin adalah satu program cetusan idea YB Dato’ Mohamed Khalid Bin Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan mahasiswa. Ia melibatkan seramai 300 mahasiswa Johor daripada 15 IPTA untuk menjadi Duta Jauhar iaitu penggerak utama program berasaskan aktiviti sukarelawan yang berimpak tinggi terhadap pembangunan 10 daerah di Johor.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, keberhasilan program Duta Jauhar 1.0 ini telah memberi manfaat bukan sahaja kepada mahasiswa malah masyarakat setempat dan akan diteruskan untuk 2.0.

“Objektif  utama ialah memberi peluang mahasiswa anak johor untuk melatih kemahiran insaniah disamping membantu meningkatkan sosio-ekonomi negeri Johor  dengan bantuan agensi-agensi kerajaan dan swasta,”katanya.

Dalam pada itu menurut pelajar tahun empat Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Amir Hamzah Jamal,23, memenanangi dua anugerah iaitu kumpulan terbaik dan pameran terbaik dalam program itu amat tidak dijangka serta mengejutkan.

“Saya dan ahli kumpulan berhempas pulas untuk menjayakan “Program Cintai Ilmu Masyarakat Orang Asli Segamat Kecil’ untuk menarik minat mereka dalam pendidikan membuahkan hasil dengan kejayaan ini.,”katanya yang juga ketua kumpulan program duta jauhar USIM.

Manakala Presiden Mahasiswa Anak Johor USIM, Muhammad Asyraf Amran berkata, program duta jauhar 2.0 akan kami laksanakan sebaik-baiknya dengan peruntukkan hampir 20 ribu ringgit untuk membantu masyarakat johor meningkatkan taraf hidup dan pendidikan anak-anak.

“Kami akan membantu dan berusaha menjadi insan al-abrar selari dengan slogan USIM untuk mengintegrasikan ilmu aqli dan naqli,”katanya.

Sebanyak 20 kumpulan yang menyertai program ini antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti  Teknologi Malaysia (UTM). Duta Jauhar USIM membawa pulang hadiah wang tunai RM1000 dan RM500 beserta siji untuk anugerah Kumpulan Cemerlang dan Pameran Terbaik.l

Disediakan oleh:

Duta Jauhar USIM

Dikemaskini oleh:

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204