NILAI, 21 SEPT 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Karnival e-Pembelajaran Universiti peringkat Antarabangsa / International University Carnival on e-Learning (IUCEL) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Johor.

USIM mempertandingkan 16 penyertaan dengan 13 penyertaan di dalam kategori Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL), manakala 3 penyertaan bagi kategori Anugerah Institusi Pendidikan Tinggi. Peserta USIM terdiri daripada kakitangan Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global, Teknologi Imersif dan Jaminan Kualiti (GOAL-ITQAN), serta pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU).

8 daripada 13 penyertaan telah menerima anugerah iaitu 2 emas, 3 perak dan 2 gangsa dan satu anugerah khas.

Amat menggembirakan apabila sistem GOALS dinobatkan sebagai Sistem e-Pembelajaran Terbaik (Diubahsuai)/ Best Learning Management System (Customized) Award di IUCEL 2016. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf potensi merevolusikan kaedah pembelajaran yang direka, dihantar, disokong, dipertingkatkan atau diurukan menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran Terbuka seperti Moodle, CourseSites, Blackboard, Sakai, Latitude Learning atau Schoology.

USIM menggunakan platform terbuka Moodle yang telah ditambah fungsi pengurusan pelaporan penggunaan pensyarah, serta beberapa aplikasi pihak ketiga seperti sistem sidang video dan sistem semakan plagiat.

“Selain penyertaan ke pertandingan dan anugerah, USIM juga telah dipilih sebagai tuan rumah bagi program IUCEL 2017. USIM juga telah memetrai memorandum persefahaman dengan penyedia platform Massive Open Online Course (MOOC) Kebangsaaan iaitu Syarikat Open Learning Global (M) Sdn. Bhd”.

“Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada semua peserta yang berani mengetengahkan novasi masing-masing.  Diharap pengalaman ini akan menjadi satu inisatif berterusan dalam menginovasikan ekosistem pembelajaran dan pengajaran di USIM,” ujar Pengarah GOAL-ITQAN, Prof. Dr. Rozhan M. Idrus selaku ketua delegasi USIM ke IUCEL 2016.

Program IUCEL merupakan kesinambungan program National University Carnival on e-Learning (NUCEL) yang telah dianjurkan pada tahun 2014 dan 2015. Program ini merupakan program tahunan yang diurus setiakan oleh Majlis Ketua-Ketua e-Pembelajaran Universiti Awam (MEIPTA).

IUCEL 2016 dianjurkan dengan objektif untuk menggalakkan, meneroka, dan berkongsi amalan terbaik dan kepakaran global dalam aplikasi e-Pembelajaran dan teknologi pendidikan di institusi pengajian tinggi dari seluruh dunia. Pelbagai aktiviti disediakan antaranya pameran teknologi e-Pembelajaran, pembentangan amalan terbaik, technology update termasuk perisian, perkakasan, serta Sistem Pengurusan e-Pembelajaran (LMS) dan sistem sokongan e-Pembelajaran. Pameran daripada pihak industri juga diadakan sempena karnival ini.

GOALS merupakan akronim kepada Global Open Access Learning System iaitu sebuah sistem pembelajaran USIM yang dibangunkan sejak tahun 2011. USIM kini menggunakan versi Moodle 2.5 untuk sistem pembelajaran dalam kampus, manakala versi Moodle 2.8 bagi sistem pembelajaran sepanjang hayat.

Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Ahli Anugerah
Award
1. GOALS (Global Open Access Learning System) GOAL-ITQAN (BIPP) Best Learning Management System (Customized)
Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL)  
1. RAVD
  1. Prof. Dr. Rozhan M. Idrus
  2. En. Mohamad Faiz Taip
GOLD Medal
2. e-PRASMO 2.0
  1. Dr. Noor Saazai Mat Saad
  2. Dr. Haliza Harun
  3. Pn. Normazla Ahmad Mahir
  4. Pn. Zarina Ahikin Zakaria
  5. Pn. Norhaili Massari
GOLD Medal
3. e-LI System
  1. Pn. Nooraini A. Manan
  2. Pn. Faeza Ramlay
  3. PTM
Silver Medal
4. USIM MOOC (Bahasa Arab 1)
  1. Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi
  2. Dr. Nurkhamimi Zainuddin
  3. Pn. Manal Jusoh @ Mohamad Daud
  4. En. Muhammad Zarin Mislan
  5. En. Mohd Faizal Fuaad
  6. Pn. Nurhuda Ruzlan
Silver Medal
5. USIM MOOC (Fiqh Ibadah & Munakahat)
  1. Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi
  2. Dr. Muhammad Aunurrochim Mas’ad Saleh
  3. Pn. Nabilah Yusof @ Abdul Rahman
  4. Dr. Mohamad Zaharuddin Zakaria
  5. Dr. Norfadhilah Mohamad Ali
  6. Pn. Nurhuda Ruzlan
  7. En. Mohd Faizal Fuaad
  8. En. Muhammad Zarin Mislan
Silver Medal
6. GOALS Reporting Tools
  1. Cik Nursyakira Redzuan
  2. En. Mohamad Faiz Taip
  3. Cik. Inta Ros Safina Safri
Bronze Medal
7. I-NASILM
  1. Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi
  2. Dr. Norasikin Fabil
  3. Pn. Nurul Fathihin Mohd Noor Shah
  4. En. Mu’azz Sahari
Bronze Medal

Disediakan oleh:

Ahmad Farid Mohd Jamal

Penolong Pendaftar

Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global, Teknologi Imersif dan Jaminan Kualiti (GOAL-ITQAN)

Dikemaskini oleh:

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204