Nilai, 2 Jun 2009 – Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) USIM telah menganjurkan Islamic Business and Entreprenuership Conference 2009 (iBEC) pada 1 hingga 2 Jun 2009. Program ini adalah anjuran bersama Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti-universiti Malaysia (MAKMUM) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merangkap Timbalan Pengerusi MAKMUM. Turut hadir Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni USIM. Beliau berharap agar mahasiswa dapat menerapkan nilai-nilai moral dalam menjalankan sebarang urus niaga dan keusahawanan.

Sebanyak 18 buah kertas kerja telah dibentang sepanjang dua hari seminar itu berlangsung dan telah dihadiri oleh para mahasiswa IPTA dan IPTS seluruh negara.

Antara objektif program ini adalah menjadi platform perbincangan di antara pakar di sektor industri dan ahli akademik untuk mengetahui perkembangan terkini dalam sektor pembangunan ekonomi dan membantu menggalakkan pembangunan usahawan tulen yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor serta memupuk budaya keusahawanan dan koperasi di kalangan rakyat Malaysia.

Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8028