Pelaksanaan Minggu Integriti USIM 2009 merupakan program kali kedua seumpamanya diadakan selaras dengan hasrat kerajaan yang dinyatakan dalam Pelan Integriti Nasional (PIN).

Beberapa program telah dirancang dan mendapat kerjasama dari semua jabatan/bahagian/ fakulti/kolej kediaman di USIM yang dilaksanakan sepanjang minggu tersebut bermula dari 23 Februari hingga 1 Mac 2009.

Majlis Perasmian telah di sempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Naib Canselor USIM. Menurut beliau Minggu Integriti USIM perlu dihayati dan diaplikasikan dalam kehidupan harian setiap mahasiswa agar dapat menonjolkan keperibadian yang berteraskan Islam dan mempunyai minda kelas pertama.

Antara program yang dirancang sepanjang Minggu Integriti adalah seperti kempen etika berpakaian, gotong royong perdana dan pertandingan menulis sajak bertemakan integriti.

Acara kemuncak Minggu Integriti Pelajar adalah program khidmat masyarakat anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM di daerah Labu, Negeri Sembilan pada 1 Mac 2009 yang lalu . Program ini disertai hampir 700 orang pelajar secara sukarela. Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hasim Rusdi, ADUN Labu, Negeri Sembilan.

Oleh :
pro@usim.edu.my
8025/8026/8028