Pulau Pinang, 18 Mei 2009 – Tahniah diucapkan kepada pelajar tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM kerana telah memenangi pingat dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi 2009 anjuran Universiti Sains Malaysia (USM).

Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari bermula 16 hingga 18 Mei 2009 merupakan kali ketiga diadakan seumpamanya. Antara objektif utama pertandingan ini adalah merangsang pelajar menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang boleh menarik minat pelajar-pelajar untuk mencipta peluang kerja.

USIM telah menghantar sebanyak 10 pasukan dan 6 pasukan telah berjaya memenangi beberapa pingat termasuk satu Anugerah Khas. USIM telah memenangi satu emas untuk projek ‘The Formulation of High Fibre Guava Cookies from different Parts of Pink Guava Fruit’ yang mana projek ini turut dianugerahkan ‘Special Project Award : Sustainability’. Pemenang projek ini telah membawa pulang cek bernilai RM3,000 dan sebuah piala.

Selain itu USIM turut memenangi satu pingat perak untuk projek ‘Software Agent for Registry Repair & Maintainance (Spyjak Antivirus Software)’ dan tiga pingat gangsa untuk projek ‘New Feldspar-Immobilized Biocatalysts for Organic Synthesis’, ‘Antimicrobial Activity of Essential Oils from Cymbopogon nardus & Cymbopogon Flexuosus dan ‘Clarification of Pink Guava Juice by Enzymatic Treatment’.

Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8028