NILAI, 4 April 2022 – Sumbangan 340 pek makanan dan minuman berkonsepkan makan dalam talam oleh Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah USIM YB Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri, Pejabat Ahli Dewan Negara dan Surau Al-Makrifah kepada 180 orang pelajar di Kolej Kediaman Sutera Indah.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Datuk Dr Zulkifli kepada Jawatankuasa Mahasiswa/wi Kolej Kediaman (JAKSA) yang turut dihadiri oleh Pengetua Kolej iaitu Dr Abdul Rashid Bin Abdul Aziz.

Konsep berbuka puasa kali ini adalah berkonsepkan makan dalam talam yang memuatkan 5 orang pelajar. Amalan menyediakan makanan berkonsepkan talam ini membawa kepada keberkatan apabila satu talam makanan yang dihidang, dikongsi lima pelajar yang yang lain untuk mengeratkan silaturrahim dan merapatkan hubungan serta semangat bermuafakat.

Pihak Kolej Kediaman Sutera Indah merakamkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Pengerusi LPU, Pejabat Ahli Dewan Negara dan Surau Makrifah. Amat besarlah ganjarannya kepada para penyumbang lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini berdasarkan Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun daripada pahalanya (orang berpuasa tersebut).” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi).

 

 

**sumber: KKSI

Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan