PULAU PINANG, 19 Ogos 2016 – Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawa pulang 2 emas,  4 perak, 2 gangsa dan 1 ‘Special Award’ dari jumlah keseluruhan penyertaan sebanyak lapan (8) penyertaan Novel Research and Innovation Competition (NRIC). Turut serta adalah 1 penyertaan Community Research & Innovation Competition (CORIC).

Tema pada tahun ini, “Transformorphosis Outshining the Innovalities”, NRIC 2016 merupakan anjuran Universiti Sains Malaysia yang disertai oleh penyelidik-penyelidik muda dari pelbagai Universiti serta individu dari pelbagai negara Asia.

Tahun ini USIM menghantar sebanyak 8 penyertaan. Daripada 5 penyertaan bagi kategori Health and Medical Science, USIM  mendapat 2 emas iaitu produk Jugular Venous Pressure (JVP Ruler) manakala emas dan “Special Award” bagi produk Mobile Intravenous Drip (MIV). Dalam pada itu, mendapat 1 perak bagi produk inovasi Copydent Box: Copydenture Made Easy selain 1 pingat Gangsa bagi produk Multipurpose Sauce With Fresh Daikon.

Hazwan Syahmi bin Hashim, wakil kumpulan produk MIV menyatakan rasa berbangga dapat menaikkan nama USIM untuk menjadi salah satu Universiti terkemuka. Menyedari potensi yang ada pada produk ini, kami telah patenkan ia dan kini dalam perancangan untuk memperbaiki prototaip dan bermanfaat kepada ummah.

“Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur diucapkan atas kejayaan emas. Jutaan terima kasih kepada Dr Dzulkhairi selaku penyelia kumpulan, yang banyak beri sokongan serta kepercayaan yang diberikan untuk kami wakili USIM bagi pertandingan tersebut,” ucap Balqis Muhamad Kasim selaku ketua kumpulan produk JVP Ruler.

Bagi kategori Social Transformation and Creative Arts USIM mendapat 2 Perak bagi produk Islamic Nurse Uniform dan Quranic Pen Card.

Manakala mendapat 1 Perak bagi kategori Engineering and Technologybagi produkTactile Pavement For The Blind.

Ditubuhkan pada tahun 2006, pertandingan berprestij ini telah menanamkan kepentingan penyelidikan dan inovasi di kalangan projek pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar-pelajar ini untuk menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing kepada khalayak umumnya dan kepada individu dari barisan hadapan industri khususnya.

Disediakan oleh:

Syazlyna Jamil

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204