JOHOR BHARU- Akademi PERMATA INSAN sekali lagi berjaya mempertemukan anak-anak genius Muslim dengan masyarakat setempat dalam Mini Ekspo PERMATA 2012 yang telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bharu, pada 9 hingga 11 Mac 2012 baru-baru ini.
Mini Ekspo yang terbuka kepada orang ramai, bermula seawal jam 10.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Pelbagai aktiviti menarik dipersembahkan oleh anak-anak PERMATA dari setiap booth hinggalah ke persembahan pentas.Sambutan dari para pengunjung sepanjang program berlangsung begitu memberangsangkan.
Dalam pada itu, PERMATA Insan turut tidak ketinggalan mempamerkan informasi-informasi bermanfaat seperti ruang Young Scientist, Tajweed & Taranum, Mental Arithmatic, E-Learning : our Virtual School, Fun with English, Exploring Arabic, PERMATA Insan Creativity Station dan History: Successful Islamic Civilization.
Lebih membanggakan, Anak-anak PERMATA Insan turut berjaya menarik perhatian pengunjung dengan persembahan pentas yang begitu hebat, seperti Forum Perdana “Menjana Cendekiawan Islam”, Syarahan Umum dan “Who Are Smarter Than a Third Grader”, sebuah persembahan yang menguji kecekapan anak-anak PERMATA Insan dalam Mental Arithmatic.
Oleh :
Akademi Permata Insan