NILAI, 26 Oktober 2020 – Gelombang ketiga penularan Covid-19 di negara ini dijangka akan berlarutan sehingga tahun depan melihat kepada peningkatan jangkitan virus itu di seluruh dunia.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawakan siaran secara langsung melalui Facebook Live page USIM TV dengan membincangkan topik bertajuk Pematuhan SOP Pencegahan COVID-19 di USIM yang disampaikan oleh Dr Nik Mohd Shafikudin Md. Taujuddin, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti.

Dalam perbincangan itu Dr Nik berkata, melihat kepada kumulatif data RNOD amat membimbangkan, sekiranya ia tidak dikawal, kebolehjangkitan boleh melebihi paras 1.5.  Golongan yang terkesan adalah dalam kalangan pekerja khususnya yang keluar bekerja iaitu berumur antara 20 hingga 59 tahun. Ini disebabkan banyaknya pergerakan keluar masuk dan terdedah kepada risiko jangkitan Coivd19.

Menurut data yang dikongsikan, masyarakat Malaysia yang terdedah kepada Covid19 adalah kaum lelaki sebanyak 72%, manakala wanita 28%. Pesakit Covid19 yang telah di diagnois dan yang mempunyai penyakit diabetes adalah sebanyak 70%, darah tinggi  64.9% dan diikuti dengan penyakit jantung, kolesterol tinggi, buah pinggang, paru-paru dan kanser. Lebih 200 kematian dan 80% adalah disebabkan oleh penyakit penyakit-penyakit ini.

Dr. Nik berkata lagi, di Malaysia kadar warga yang mempunyai penyakit kencing manis adalah sangat tinggi iaitu 70%, dan ini sangat membimbangkan kerana kadar kebolehjangkitan Covid19 Jjuga sangat tinggi bagi golongan ini. Manakala 32.7% rakyat Malaysia menghidap penyakit hipertensi atau darah tinggi.

Dr. Nik turut menegaskan supaya warga USIM mengelakkan 3C dan mengamalkan 3W. Mengelakkan 3C adalah pertama, “crowded place” seperti kafetaria, majlis keraian dan keramaian. Kedua adalah “confined space” seperti pantry, surau, bilik persalinan, bilik rehat dan juga lif, dan ketiga adalah “close conversation” seperti bilik mesyuarat, kaunter pendaftaran, dan ruang pejabat.

“Mengamalkan 3W adalah pertama wash”” iaitu mencuci tangan dengan sabun ataupun hand sanitizer, kedua adalah “wear” iaitu memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan bercakap dengan individu lain, dan ketiga adalah “warn” iaitu memberi amaran. Selain tu juga, warga USIM disarankan mengamalkan etika yang baik ketika bersin dan juga batuk, dan amalkan sentiasa kebersihan di tempat yang selalu disentuh”.

“USIM sentiasa peka terhadap polisi-polisi kerajaan yang telah dikeluarkan dan terus memaklumkan kepada semua warga USIM melalui portal rasmi USIM. Antara langkah-langkah yang telah dijalankan adalah penjarakan sosial 1 meter, mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, menjalankan saringan suhu badan di pintu masuk utama, melakukan penjadualan work from home dan juga melakukan saringan kesihatan kendiri melalui portal istaff”, jelas beliau lagi.

Layari dan subscribe USIM TV untuk tontonan topik yang lebih menarik.https://www.facebook.com/USIMTV/videos/718592078741811

 

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan