NILAI, 17 Nov 2016 – Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia Negara-negara Islam (WICULS 2016) kolaborasi bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Bank Rakyat berlangsung selama lima hari bermula 14 November bertempat di AKEPT memberi penekanan kepada peranan universiti dalam menyuburkan intelektualisme, kemanusiaan dan integriti mahasiswa.

WICULS 2016 bermula dengan aktiviti Pra-Persidangan berbentuk seminar, ‘The Pre-Summit International Conference on Qalb (Virtues) -Guided Leadership In Higher Education Institutions’ memberifokus kepada ahli akademik untuk membentuk ciri modal insan yang berwibawa manakala ‘Post-Summit Workshop for Young Muslim Student Leaders’ membincangkan senario semasa pendidikan tinggi di negara dalam kalangan pemimpin masyarakat belia seluruh ASEAN.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur menyatakan penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada perlu ditambahbaik dengan aspek pembelajaran dalam Islam melihat kepada cabaran semasa dan akan datang.

“Perkara ini perlu dititikberatkan dalam usaha melahirkan graduan yang seimbang merangkumi intelek, rohani dan jasmani selain menjauhkan diri daripada perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti rasuah,” katanya selepas merasmikan WICULS 2016.

Hadir sama di Majlis Perasmian WICULS 2016 adalah YBhg Prof Dato’ Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM, Pengarah AKEPT, YBhg Prof Dr Mohamad Kamal Harun dan Pengerusi WICULS 2016, YBhg Prof Dr Roshada Hashim dan Pengurusan Tertinggi USIM serta AKEPT.

WICULS 2016 yang berteraskan model Baytul Hikmah telah pun menerima seramai 100 orang peserta dari 10 negara sepanjang ia berlangsung. Model tersebut juga bakal diketengahkan dalam pelan pembangunan universiti terunggul di masa hadapan.

Disediakan oleh:

Syazlyna Jamil

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204