Nilai, 6 April 2009 – Bersempena dengan misi USIM ke arah Pensijilan MS ISO 9001: 2008, Unit Kualiti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Mesyuarat Pembukaan Audit Kualiti Dalaman bertempat di Dewan Senat USIM.

Sebanyak lima bahagian akan di audit mengikut skop-skop yang telah ditetapkan iaitu Jabatan Pendaftar; Pengurusan Sumber Manusia meliputi proses perancangan, pengambilan, pembangunan dan persaraan, Jabatan Bendahari; Pengurusan Kewangan yang merangkumi perancangan belanjawan, perolehan(bekalan dan perkhidmatan), pembayaran dan terimaan hasil, Jabatan Perpustakaan; Perkhidmatan Perpustakaan yang merangkumi penyediaan dan penyebaran bahan-bahan maklumat, Bahagian Hal Ehwal Pelajar; Penyediaan Perkhidmatan dan Kebajikan Pelajar, Unit Pembangunan; Penyediaan Khidmat Perancangan dan Pengurusan Projek Fizikal.

Antara program yang ditekankan adalah penghayatan “Seiketsu-Shitsuke”. Konsep Seiketsu ialah menyeragamkan dan memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mudah mengamalkan seiri-seiton-seiso manakala konsep Shitsuke ialah berdisiplin dan melatih staf mematuhi peraturan dan bertabiat baik di tempat.

pro@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8028/8026