Adab dan nilai-nilai murni sejagat asas budaya ilmu berintegriti
Dalam budaya ilmu Islam khususnya, perkara yang paling utama yang diberikan penekanan adalah keberkatan dari ilmu yang diperolehi. Akhlak merupakan penentu kepada limpahan keberkatan ke atas penuntut ilmu mahupun yang mengajar. Sedari awal kita telah dituntut dengan adab utama menuntut ilmu sebagaimana dalam wahyu pertama. Allah berfirman kepada Nabi Muhammad [...]







