Pelajar Komunikasi USIM lancar Majalah Cetus dan Hasil Filem Pendek
Nilai, 14 Januari 2009 – Dalam usaha memartabatkan Program Komunikasi di peringkat tempatan dan antarabangsa, satu filem pendek telah dihasilkan oleh pelajar komunikasi USIM jurusan penyiaran. Filem pendek berdurasi kira-kira 15 minit ini diberi nama “Permata Bonda” yang melibatkan tenaga kerja profesional termasuk pelakon terkenal industri perfileman tanah air seperti Wan Maimunah dan Wan Nor [...]








