USIM berbangga apabila tiga pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi iaitu Prof. Madya Dr. Chek Zaini Hassan, Prof. Madya Dr. Zaiton Hassan dan Prof. Dr. Salmah Yusof telah memenangi pingat di Pameran Brussels INNOVA 2008 di Belgium pada 13 hingga 15 November yang lalu. Brussels INNOVA 2008 menerima penyertaan dari 30 negara dengan kehadiran 3000 Pelawat Profesional dan mempertandingkan sebanyak 500 penyelidikan.

USIM telah berjaya memenangi 2 emas, 1 perak dan 3 gangsa di Pameran Penyelidikan di Brussels INNOVA 2008, Belgium melalui beberapa produk makanan iaitu :

Emas – 1) Onion and garlic mixture cube (Prof Dr Salmah Yusof )
2) High Fiber Guava Cookies (Prof Madya Chek Zaini Hassan)

Perak – 1) Probiotic enriched guava drink (Prof Madya Dr Zaiton Hassan)

Gangsa -1) Instant Potato Pattie (Prof Dr Salmah Yusof )
2) High Fiber Guava Flakes (Prof Madya Chek Zaini Hassan)
3) Fruity Purple sweet potato drink (Prof Madya Dr Zaiton Hassan

Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 8025/8026/8028