USIM julung kali anjur Majlis Khatam Quran OKU 2022
NILAI, 11 Disember 2022 - Bersempena sambutan Hari OKU Sedunia, seramai 22 peserta dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) Pembelajaran, Penglihatan dan Pendengaran mempersembahkan bacaan ayat Al-Quran secara Bahasa Isyarat dalam satu Majlis Khatam Quran OKU 2022 bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis anjuran Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum [...]