PUSAT TAMHIDI USIM TERIMA 909 PELAJAR BAHARU
NILAI, 30 MEI 2016 – Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima seramai 909 pelajar baharu pra-universiti, Tamhidi atau Matrikulasi/ Asasi bagi sesi akademik 2016/2017 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor USIM semalam. USIM menerima sebanyak 31,453 permohonan menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,172 permohonan memilih USIM sebagai pilihan pertama [...]