Mohamad Razlan Abd Rahman – PhD Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, USIM. “Kajian saya secara ringkasnya menganalisa metabolisma kambing melalui susunya, yang merupakan makanan sunnah, dengan memberi serbuk biji kurma sebagai suplimen makanan yang juga merupakan makanan sunnah. Saya ingin melihat antara lain aktiviti antioksida susu tersebut. Ini kerana kebanyakan penyakit yang dialami manusia hari ini disebabkan agen-agen pengoksidaan yang merosakkan sel-sel. Saya ingin melihat sejauh mana antioksida dalam susu kambing yang dibekalkan dengan kurma dapat menyah-oksidakan agen-agen perosak sel.”