Prof. Dr. Mohammad Hamiruce Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) Baharu USIM
NILAI, 23 Disember 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) baharu iaitu Profesor Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban, 43 yang telah dilantik oleh Menteri Pendidikan bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Disember 2019 hingga 14 Disember 2022. Beliau merupakan pakar dalam Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan), Computer Vision (Visi Komputer) [...]