About Wahidah

This author has not yet filled in any details.
So far Wahidah has created 1728 blog entries.

SISTEM i-COUNSELING DAN KIOSC JOBHOUSE UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR

NILAI, 1 APRIL 2016 – Majlis Pelancaran Sistem i-Counseling dan KIOSC Job House baru-baru ini merupakan satu usaha Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM ke arah pembangunan kebolehpasaran graduan. Menerusi kolaborasi antara Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya dengan Pejabat Job House Sdn Bhd, pelajar boleh mendapatkan rundingan persediaan kerjaya seperti penyediaan [...]

By |2016-09-30T11:01:55+08:00April 12th, 2016|Campus News, News|

TAN SRI DATO’ PROF. DZULKIFLI ABDUL RAZAK DILANTIK PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH USIM

NILAI, 1 April 2016 – YB Menteri Pendidikan Tinggi bersetuju untuk melantik Tan Sri Dato’ Prof. Dzulkifli Abdul Razak sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu. Pelantikan beliau menggantikan Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin yang telah mengakhiri tempoh lantikannya pada 31 Mac 2016 sejak dilantik mulai [...]

By |2016-09-30T11:57:39+08:00April 11th, 2016|Campus News, News|

PERASMIAN FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB)

NILAI, 31 MAC 2016 – Penubuhan fakuti kesembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dato’ Prof. Dr Asma Ismail setelah diluluskan penubuhannya oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi pada 10 Disember 2015. Melalui penubuhan fakulti ini, dua [...]

By |2016-09-30T11:03:23+08:00April 11th, 2016|Campus News, News|

LANCAR “ASSAS” TINGKATKAN KESELAMATAN KAMPUS

NILAI, 31 MAC 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi institusi pengajian tinggi pertama dalam negara yang melaksanakan konsep rondaan  malam oleh para pelajarnya untuk menjaga keselamatan kampus. Program rondaan dikenali sebagai Assas (istilah Bahasa Arab bermaksud Penjaga) ini telah bermula pada 18 Mac lalu dan dilancarkan secara rasmi pada lewat malam oleh Naib [...]

By |2016-11-03T16:35:00+08:00April 4th, 2016|Campus News, News|

KARYAWAN SENI TANAHAIR BANTU PROMOSI PRODUK SENI USIM

NILAI, 30 MAC 2016 – Menjadikan bakat seni yang dimiliki sebagai salah-satu punca pendapatan dan kerjaya utama bukanlah sesuatu yang asing. Melihat ia sebagai cabang keusahawanan berpotensi, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif proaktif memperkasakan bidang keusahawanan dikalangan mahasiswa melalui produk seni yang dihasilkan mereka. Majlis Pelancaran Produk Seni USIM telah disempurnakan [...]

By |2016-11-11T15:39:47+08:00March 31st, 2016|News, Research News|

CAMPUSLIFE@USIM TAWAR PENGALAMAN KEHIDUPAN DI KAMPUS

Nilai, 24 MAC 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyedari bahawa peranan universiti masa kini tidak hanya sebagai sebuah institusi ilmu malah menjadi platform kepada pembangunan komuniti daripada pelbagai lapisan dan usia untuk mendapatkan pendidikan sepanjang hayat. Atas faktor itu, Pusat Komunikasi Strategik (StraComm), USIM mengambil inisiatif menawarkan program Kehidupan di Kampus USIM (Campuslife@USIM) [...]

By |2016-10-04T09:03:14+08:00March 29th, 2016|Campus News, News|

USIM ANTARA UA YANG METERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DENGAN MyIPO

KUALA LUMPUR, 21 MAC 2016 – Satu Majlis Menandatangani “Memorandum Persefahaman Penyertaan Dalam Pembangunan Technology and Innovation Support Centre (TISC) di Malaysia” telah dimeterai di antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Bangsar, Kuala Lumpur. USIM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, YBhg Prof Dato Dr [...]

By |2016-11-11T15:48:12+08:00March 25th, 2016|News, Research News|

FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG GAH JULANG PIALA DEBAT NAIB CANSELOR 2016

NILAI, 24 MAC 2016 – Para pendebat Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) kembali menunjukkan taring mereka dalam Kejohanan Debat Piala Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) edisi Ke-9 setelah dua edisi sebelumnya dikuasai oleh Pusat Tamhidi. Berlangsung dari 10 hingga 13 Mac bertempat di FSU dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,  Kejohanan Debat Piala Naib [...]

By |2016-10-04T09:04:02+08:00March 24th, 2016|Campus News, News|

PROGRAM KERJASAMA USIM-BANK ISLAM TINGKAT PROFESIONALISMA KAKITANGAN

NILAI, 17 MAC 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) memperkasakan hubungan strategik yang sedia terjalin melalui pelaksanaan Program Sijil Peningkatan Kemahiran Profesional USIM-BIMB kepada kakitangan Bank Islam. Seramai 40 orang graduan dari kohot 1 dan 2 program khas ini diraikan apabila berjaya menerima sijil masing-masing sempena Majlis Graduasi [...]

By |2016-09-30T10:38:52+08:00March 21st, 2016|Campus News, News|

PENERBIT USIM TUMPU ASPEK TERJEMAHAN DAN PENDIGITALAN BUKU

Nilai, 17 MAC 2016 – Mengambil inisiatif untuk mencapai visi Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dua perjanjian kerjasama telah dimeterai antara Penerbit USIM bersama dua organisasi iaitu Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Perbadanan Kota Buku. Ia selaras dengan visi Penerbit USIM iaitu menerajui penerbitan ilmiah berkualiti dalam integrasi ilmu Naqli dan Aqli [...]

By |2016-11-11T15:53:30+08:00March 21st, 2016|News, Research News|
Go to Top