Pemilihan MPP USIM 2026 catat rekod, 98.14 peratus pelajar turun mengundi
NILAI – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Sesi Akademik 2026/2027 mencatat sejarah apabila 98.14 peratus pelajar keluar mengundi, sekali gus merekodkan peratusan pengundian tertinggi sejak penubuhan universiti. Peratusan tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 96.97 peratus pada tahun sebelumnya, dengan proses pengundian berlangsung secara hibrid menerusi sistem e-Undi di laman sesawang i-Student [...]









