DYMM Tuanku Canselor rasmikan Bangunan FPSK serta lancar Aplikasi Quran Isyarat Pertama Di Malaysia

NILAI, 19 April 2022 – Majlis perasmian bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) serta pelancaran Aplikasi Quran Isyarat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor USIM bertempat di Auditorium Fakulti Perubatan dan [...]

Maybank Islamic Berhad Taja RM500,000 Program Latihan Bakery kepada Pelajar Asnaf USIM

NILAI, 15 April 2022 –  Selari dengan gagasan yang dibawa universiti untuk melahirkan prosumer muslim yang berjaya dalam aspek keusahawanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan Program Inkubator Bakeri dan Kafe: Genba Bakery & Program Prosumerisme: Latihan Bakeri Asnaf USIM – Maybank Islamic Berhad (MIB). Program yang diterajui di bawah Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) ini [...]

Pelajar KKSI Rai Majlis Berbuka Berkonsepkan Makan Dalam Talam

NILAI, 4 April 2022 – Sumbangan 340 pek makanan dan minuman berkonsepkan makan dalam talam oleh Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah USIM YB Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri, Pejabat Ahli Dewan Negara dan Surau Al-Makrifah kepada 180 orang pelajar di Kolej Kediaman Sutera Indah. Sumbangan disampaikan sendiri oleh Datuk Dr Zulkifli kepada Jawatankuasa Mahasiswa/wi Kolej Kediaman (JAKSA) [...]

USIM bangun Arkib Digital, pelihara lukisan sejarah

NILAI, 29 Mac 2022 - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Geran Penyelidikan Fundamental Bagi Penyelidik Baharu (FRGS-RACER) bertajuk Model Perekodan Arkib Digital Rumah Warisan Bestari untuk Pemuliharaan Mampan, telah membangunkan laman web MICBAH Digital iaitu platform digital untuk mengakses lukisan dan dokumen daripada Kursus Lukisan Terukur serta bagi [...]

Syarahan Perdana Prof Dr Datin Sapora Sipon, Kongsi Perjalanan Kerjaya Ilmu Kaunseling

NILAI, 31 Mac 2022 - Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Syarahan Perdana Profesor bertajuk Resiprokaliti Dalam Kaunseling:  Timur Bertemu Barat Dalam Pencarian Kebahagian yang disampaikan oleh Prof Dr Datin Sapora Sipon, Profesor dalam disiplin kaunseling, Program Kaunseling di FKP. Dalam Syarahan beliau, Prof Datin Dr Sapora menyatakan bahawa bidang [...]

Graduan USIM, Sambut Konsep ‘Prosumer’

NILAI, 30 Mac 2022 - Rata-rata graduan masa kini bijak merebut peluang dan mencuba pengalaman baharu dalam mendepani dunia yang semakin mencabar. Bukan hanya menuntut ilmu di kampus, malah mereka juga berjinak-jinak untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan sekaligus membantu menaikkan taraf kehidupan mereka ketika di peringkat pengajian lagi. Konsep prosumer yang disemarakkan oleh Naib Canselor Universiti [...]

By |2022-03-31T09:14:34+08:00March 31st, 2022|Campus News, Featured Campus News, News|

Karnival Warm-Up Ramadan 2.0, Rai Kedatangan Ramadan 

NILAI, 21 Mac 2022 - Dalam mengadaptasi norma baharu sebagai satu usaha bersama dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19, Karnival Warm-Up Ramadan diadakan pada tahun ini secara konsep hibrid di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) serta turut ditayangkan secara langsung menerusi saluran Facebook Rasmi Pusat Islam USIM. Karnival yang berlangsung [...]

USIM anjur Program Pendidikan Pengundi: Undi 18

NILAI, 23 Mac 2022 - Universiti Sains Islam Malaysia mengambil inisiatif untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada pelajar berkaitan pindaan Perlembagaan dan tanggung jawab menunaikan hak masing-masing sebagai pengundi melalui penganjuran Program Pendidikan Pengundi: Undi 18 yang diadakan pada 23 Mac 2022 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program tersebut telah dianjurkan selama satu [...]

USIM, Universitas Muhammadiyah Riau Indonesia kukuh jalinan kerjasama melalui MoU

NILAI, 22 Mac 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini dalam usaha menggerakkan dan mengaktifkan kerjasama  antarabangsa, terutama untuk tujuan latihan, penyelidikan, dan perkongsian kepakaran sebagai usaha ke arah merealisasikan Misi USIM 2022 untuk menjadi sebuah Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi pada tahun 2022. Justeru, satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara USIM [...]

Program Certified Professional Shariah Auditor (CPSA) Tahun 2020 Catat Keuntungan RM179,000.00

BANGI, 21 Mac 2022 – Kluster Accounting, Shariah Audit and Governance (ASAG), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) buat julung kalinya telah menganjurkan satu majlis minum petang (hi-tea) sempena penyampaian perkongsian keuntungan yuran peperiksaan program certified professional shariah auditor (CPSA) bagi tahun 2020. Majlis ini telah diadakan pada 21 Mac 2022 bertempat di De.Wan 1958 by [...]

Go to Top