USIM juara Projek Selfy 2017/2018 anjuran AKPK

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2018 - Lima orang pelajar Projek Tiffin Unni daripada Enactus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berjaya ke peringkat akhir di pembentangan Projek Social Enterprise Literacy for Youth (SELFY) 2017/2018 menjadi juara kategori universiti mengalahkan 10 kumpulan lain bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara. Dr Hanim Misbah selaku Penasihat Enactus USIM [...]

USIM rangkul 2 emas dan 2 perak di ITEX’18

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2018 – Empat penyertaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam 29th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 18) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 10 hingga 12 Mei lalu tidak menghampakan apabila berjaya membawa pulang 2 emas dan 2 perak. Produk 'Global Faraid Game' yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. [...]

Majlis Graduasi raikan peserta tamat Kursus Dakwah Tanpa Suara

NILAI, 14 Mei 2018 - Dalam melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cakna tentang orang kelainan upaya (OKU) cacat pendengaran, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjalankan sebuah kursus yang dinamakan Kursus Dakwah Tanpa Suara tahap 1 dan 2. Bersempena dengan itu, Majlis Graduasi anjuran Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF@USIM) dengan kerjasama Yayasan FAQEH, Ibnu Ummi [...]

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi anjur Majlis Penghargaan USIM Top 100 Researchers (2013-2017)

NILAI, 14 Mei 2018 – Majlis Penghargaan USIM Top 100 Researchers (2013-2017) dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) adalah bagi meraikan peranan dan pencapaian cemerlang yang dipamerkan oleh para penyelidik USIM dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Bertempat di Dewan Serbaguna, Kolej Permata Insan majlis penghargaan ini sebagai pemangkin kepada para penyelidik USIM untuk [...]

Kembara USIM di Negara Matahari Terbit

Allah SWT berfirman yang membawa maksud : Katakanlah(Muhammad). “Jelajahilah muka bumi ini, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu (sebagai pengajaran kepada kamu)” (Al-an’am 6:11). Ayat ini menjelaskan bahawa umat islam digalakkan untuk bermusafir atau mengembara dengan satu niat iaitu menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, di samping mengambil iktibar dari pengalaman pengembaraan [...]

Kurangkan cakap-cakap politik, hormati kedatangan bulan Ramadhan

Alhamdulillah, bulan yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di serata dunia termasuk di Malaysia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak kini bakal mengunjung tiba. Ramadhan adalah bahasa Arab yang membawa maksud “panas” ialah bulan yang ke-9 dan yang dianggap paling mulia dalam kalender umat Islam. Seperti bulan Islam yang lain, bulan [...]

By |2018-05-14T12:24:20+08:00Mei 14th, 2018|In our words|

Rakyat Malaysia perlu tunai tanggungjawab sebagai pengundi demi masa depan negara

Pada 9 Mei , hampir 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi memilih wakil rakyat untuk berkhidmat di dalam Parlimen di peringkat persekutuan serta di Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri untuk tempoh lima tahun yang akan datang. Malaysia adalah sebuah negara yang [...]

By |2018-05-08T12:45:20+08:00Mei 8th, 2018|In our words|

Pusat Kebudayaan USIM lancar Produk dan Inovasi Seni Berbudaya

NILAI, 3 Mei 2018 - Selari dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti bagi memperkasakan keusahawanan pelajar dan staf melalui penghasilan produk seni. Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif lebih proaktif dengan melancarkan Produk dan Inovasi Seni Berbudaya USIM yang berlangsung di Galeri USIM baru-baru ini. Pelancaran produk seni yang terdiri daripada [...]

Suami isteri dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati di Anugerah Sukan USIM 2017

NILAI, 2 Mei 2018 – Pasangan suami isteri mahasiswa dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati kategori pelajar dalam satu Majlis Anugerah Sukan USIM 2017 yang berlangsung di Pusat Sukan Tunku Najihah USIM. Mohamad Ali Imran Che Yashin, 27 menyumbang pingat Emas dalam Kejohanan Pencak Silat Piala TPM peringkat  Kebangsaan 2017 [...]

Penerbit USIM menang Anugerah Buku Negara 2018

KUALA LUMPUR, 30 April 2018 – Buku terbitan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini berjaya memenangi Anugerah Buku Negara Kategori Anugerah Industri Buku 2018 iaitu Kategori Buku Umum Terbaik (Kategori Pengajian Islam) yang bertajuk Pentafsiran Asnaf Zakat di Malaysia Mengikut Masa dan Tempat hasil penulisan Hasanah Abd. Khafidz. Majlis anjuran Yayasan Pembangunan Buku [...]

Go to Top