Bersangka baiklah kepada Allah!

Ulama ada berkata husnul zon (bersangka baik ) kepada Allah SWT akan membuatkan seseorang itu berjaya dalam kehidupannya. Itulah kaedah yang Nabi SAW ajarkan kepada kita.  Allah SWT akan memberikan seperti mana seseorang itu bersangka dengan Allah Azza Wajalla. Setiap kali bangun pagi amalkan menyebut dalam hati "in sya Allah hari ini Allah [...]

By |2019-07-31T17:38:24+08:00Oktober 31st, 2018|In our words|

USIM Juara Rentak Bitara MAKUM

TANJUNG MALIM, 30 Oktober 2018 – Tampil dengan taruhan vokal dan elemen fusion iaitu gabungan muzik tradisonal dan moden dengan mengekalkan gubahan lagu asal menjadi tarikan juri apabila Kumpulan The Bachelors Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan Rentak Bitara Terbuka Universiti Awam Malaysia 2018. Pertandingan yang bertemakan “Mash -Up Juara-juara Lagu” [...]

Fiqh kewarganegaraan manhaj Malaysia pemangkin perpaduan Nasional- Prof Madya Dr Zulkifli Hasan

Dalam konteks negara bangsa, dunia moden bersistemkan demokrasi hari ini, wacana segar mengenai fiqh al-muwatanah atau fiqh kewarganegaraan wajar diangkat dan didiskusikan secara menyeluruh. Fiqh al-muwatanah adalah sebahagian daripada fiqh siyasah yang terbuka kepada ijtihad dan ruang untuk berwacana. Hubungan sesama warganegara perlu diberikan dimensi baru yang lebih segar khususnya [...]

By |2018-10-25T11:38:03+08:00Oktober 25th, 2018|In our words|

Learning and Exchange Ideas Enactus USIM 2018

NILAI, 6 Oktober 2018 - Mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Enactus dan projek-projek yang dijalankan dalam Enactus USIM kepada ahli baru, Sekretariat Enactus USIM sesi 2018/2019 yang diketuai oleh saudari Norizan Miswadi dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah mengadakan satu program iaitu “LEARNING AND EXCHANGE IDEAS ENACTUS USIM 2018 ” pada 6 Oktober 2018 bermula pada [...]

Duta Jauhar USIM 5.0 cipta produk Fruitty Delight

NILAI, 12 Oktober 2018- Bagi meneruskan delegasi Duta Jauhar sebelum ini, Duta Jauhar USIM 5.0 kali ini tampil dengan produk baharu yang diberi nama “Nugget Pisang”. Produk Duta Jauhar USIM 5.O kali ini telah mencipta inovasi melalui buah-buahan tempatan iaitu pisang. Produk ini juga merupakan produk pertama di Malaysia yang memperkenalkan nugget dari buah pisang. [...]

USIM International Carnival rai kepelbagaian budaya masyarakat Dunia

NILAI, 2 OKTOBER 2018 -  Mengambil inisiatif untuk meraikan kemeriahan dan kepelbagaian budaya para pelajar di Universiti Sains Islam Malaysi (USIM), Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dengan kerjasama USIM ‘Alamiyyah telah menganjurkan USIM International Carnival (UIC) 2018. Program ini diilhamkan dari program kebudayaan pelajar antarabangsa yang dianjurkan pada tahun lalu oleh Persatuan Pelajar Antarabangsa USIM (INSAN). [...]

Pakar Mata USIM sumbang kepakaran di Hospital Tampin

TAMPIN, 5 OKTOBER  - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak ketinggalan dalam meraikan Hari Penglihatan Sedunia 2018 dengan penglibatan pakar matanya dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dalam Program Kem Katarak Kementerian Kesihatan Malaysia (KK-KKM) bertempat di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Program anjuran Jabatan Oftalmologi Kluster Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah berlangsung [...]

Aplikasi MOOC “Arabic Made Simple” rangkul Emas di IUCEL 2018

NILAI- Pengajaran dan pembelajaran menuju pendidikan abad ke-21 adalah penekanan utama dalam dasar pendidikan negara masa kini. Setiap institusi sekolah dan pengajian tinggi perlu bergerak seiring dan menyahut cabaran dalam memperkasa pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-learning. Di Kolej PERMATA Insan (KPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), satu kumpulan penyelidikan telah dibentuk bagi mengetuai cabaran pendidikan [...]

By |2018-10-25T12:07:52+08:00Oktober 2nd, 2018|Al-buhuth wal ibda’, Berita|

Siswa Perundangan Indonesia teruja ikuti Kem Perundangan ala ‘Summer School’ di USIM

Penganjuran program berkonsepkan ‘Summer School’ tetapi dengan pengisian yang bertemakan undang-undang antarabangsa oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) USIM ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri. Memasuki tahun ketiga siri penganjurannya sejak bermula pada 2016, International Law Course (ILC) 2018 yang dianjurkan bersama Pertubuhan Gud Lak ID iaitu sebuah organisasi anak-anak muda Indonesia yang beribupejabat di Jakarta, Indonesia [...]

Kor Suksis USIM rasai pengalaman tembak sasaran guna M-16

NILAI, 29 September 2018 – Bergema Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dengan tembakan senjata Colt M-16 apabila seramai 158 orang pelatih Kor Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengikuti program menembak anjuran Kor Suksis USIM baru-baru ini. Para pelatih yang terdiri daripada Skuad 10, 11 dan 12 ini [...]

Go to Top