Transaksi guna QR code, USIM kini jadi kampus tanpa tunai

NILAI, 22 Mei 2018 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melangkah setapak lagi dalam menjadikan kampusnya sebagai kampus digital apabila melancarkan Projek Kampus Tanpa Tunai pada Selasa (22 Mei 2018). Projek Kampus Tanpa Tunai ini adalah antara inisiatif di bawah Projek Smart Kampus Digital Kampus USIM. Inisiatif Kampus Tanpa Tunai ini dijayakan dengan kerjasama USIM [...]

Bulan Ramadan medan lentur peribadi anak-anak

Bulan Ramadan merupakan waktu terbaik untuk umat Islam melaksanakan amal ibadah kerana telah dijanjikan oleh Allah Taala akan keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sayugia, ibadah puasa di bulan Ramadan merupakan tunjang amalan ketiga dalam Rukun Islam dan semua umat Islam tidak kira usia perlu sedar kewajipan untuk [...]

By |2018-05-28T10:59:11+08:00Mei 23rd, 2018|In our words|

Ramadhan menaksir keikhlasan kita

Ramadhan Al Mubarak telah membuka tirainya beberapa hari yang lalu. Seluruh umat Islam di seantero pelusuk dunia difardhukan berpuasa dengan menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan ibadah puasa. Firman Allah S.W.T dalam surah al-baqarah ayat 183; “Wahai orang yang beriman, [...]

By |2018-05-22T12:01:20+08:00Mei 22nd, 2018|In our words|

USIM juara Projek Selfy 2017/2018 anjuran AKPK

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2018 - Lima orang pelajar Projek Tiffin Unni daripada Enactus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berjaya ke peringkat akhir di pembentangan Projek Social Enterprise Literacy for Youth (SELFY) 2017/2018 menjadi juara kategori universiti mengalahkan 10 kumpulan lain bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara. Dr Hanim Misbah selaku Penasihat Enactus USIM [...]

USIM rangkul 2 emas dan 2 perak di ITEX’18

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2018 – Empat penyertaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam 29th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 18) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 10 hingga 12 Mei lalu tidak menghampakan apabila berjaya membawa pulang 2 emas dan 2 perak. Produk 'Global Faraid Game' yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. [...]

Majlis Graduasi raikan peserta tamat Kursus Dakwah Tanpa Suara

NILAI, 14 Mei 2018 - Dalam melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cakna tentang orang kelainan upaya (OKU) cacat pendengaran, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjalankan sebuah kursus yang dinamakan Kursus Dakwah Tanpa Suara tahap 1 dan 2. Bersempena dengan itu, Majlis Graduasi anjuran Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF@USIM) dengan kerjasama Yayasan FAQEH, Ibnu Ummi [...]

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi anjur Majlis Penghargaan USIM Top 100 Researchers (2013-2017)

NILAI, 14 Mei 2018 – Majlis Penghargaan USIM Top 100 Researchers (2013-2017) dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) adalah bagi meraikan peranan dan pencapaian cemerlang yang dipamerkan oleh para penyelidik USIM dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Bertempat di Dewan Serbaguna, Kolej Permata Insan majlis penghargaan ini sebagai pemangkin kepada para penyelidik USIM untuk [...]

Kembara USIM di Negara Matahari Terbit

Allah SWT berfirman yang membawa maksud : Katakanlah(Muhammad). “Jelajahilah muka bumi ini, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu (sebagai pengajaran kepada kamu)” (Al-an’am 6:11). Ayat ini menjelaskan bahawa umat islam digalakkan untuk bermusafir atau mengembara dengan satu niat iaitu menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, di samping mengambil iktibar dari pengalaman pengembaraan [...]

Kurangkan cakap-cakap politik, hormati kedatangan bulan Ramadhan

Alhamdulillah, bulan yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di serata dunia termasuk di Malaysia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak kini bakal mengunjung tiba. Ramadhan adalah bahasa Arab yang membawa maksud “panas” ialah bulan yang ke-9 dan yang dianggap paling mulia dalam kalender umat Islam. Seperti bulan Islam yang lain, bulan [...]

By |2018-05-14T12:24:20+08:00Mei 14th, 2018|In our words|

Rakyat Malaysia perlu tunai tanggungjawab sebagai pengundi demi masa depan negara

Pada 9 Mei , hampir 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi memilih wakil rakyat untuk berkhidmat di dalam Parlimen di peringkat persekutuan serta di Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri untuk tempoh lima tahun yang akan datang. Malaysia adalah sebuah negara yang [...]

By |2018-05-08T12:45:20+08:00Mei 8th, 2018|In our words|
Go to Top