KHP 2019 sebagai ‘Dakwah OKU’ kepada golongan istimewa
KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2019 - Program Kem Huffaz Remaja Pekak (KHP2019) memasuki kali keempat penganjurannya kekal menyediakan pelbagai aktiviti bagi mengupaya remaja dalam kalangan OKU Pekak mengenai hak menerima (Ahliyyah al-Wujub) serta melaksana (Ahliyyah al-Ada’) berasaskan kekuatan dan kelainan upaya pembelajaran. Buat pertama kalinya KHP2019 melibatkan peranan institusi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diadakan [...]
Lawatan dan Dialog Antara Agama wadah bina komunikasi harmoni
Baru-baru ini telah tular di media sosial salah faham tentang aktiviti sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi Muslim dari universiti tempatan yang telah melawat komuniti penganut agama Hindu di kuil Hindu. Antara tuduhan melulu yang telah disebarkan (yang hanya berdasarkan interpretasi dari beberapa keping gambar yang tersebar) ialah: bahawa kononnya pelajar tersebut [...]
Peluang pelajar fahami gagasan kerajaan Malaysia di Dialog Menteri
NILAI, 1 Oktober 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi Universiti Awam ke-9 bagi program Jelajah Kampus Rahmatan Lil ’Alamin oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) bertempat di di Dewan Kuliah Pusat 3. Sesi ‘Dialog Menteri: Rahmatan Lil Alamin’ berlangsung selama hampir tiga jam dan pelajar berkesempatan [...]
Warga USIM semangat zahirkan rasa cintakan negara
NILAI, 30 September 2019 – Hasrat menyemai rasa bangga menjadi warganegara Malaysia diterjemah melalui penganjuran program-program menarik sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Naib Canselor USIM yang merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2019 berkata penglibatan pelbagai lapisan umur dan jabatan dalam perbarisan dan perarakan menunjukkan semangat patriotisme dan nationalism dalam [...]
Aplikasi Quran Isyarat Pertama di Malaysia Dilancarkan oleh YB Menteri Agama
PUTRAJAYA, 27 September 2019 - Amnya komuniti berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai OKU sering dipinggirkan dek kerana tidak ramai kepakaran bagi membantu mereka mendalami dan mempelajari ilmu agama khususnya pembelajaran al-Quran. Dalam konteks OKU Pekak, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian dan pemindahan ilmu itu perlu mengambil kira kekuatan dan kelainan upaya belajar bagi [...]
USIM raih 2 Anugerah Khas, 6 emas dan 6 perak di PECIPTA 2019
BATU PAHAT, 23 Sept 2019 - Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2019 (PECIPTA’19) menyaksikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya membawa pulang 6 emas, 6 perak dan termasuk 2 Anugerah Khas. Anugerah Khas tersebut ialah Top Winner Fundamental bagi produk NAISSE: One Stop Integrated Repository Cross Lingual Semantic Information Retreival on Prophetic [...]
MUQARRAR 2019 inisiatif bentang solusi berkaitan tuntutan hak penjagaan
NILAI, 26 September 2019 – Dalam usaha mencari solusi terbaik dalam penyelesaian kes-kes hadhanah di Mahkamah Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menganjurkan MUQARRAR 2019. Seminar Kebangsaan Solusi Hadhanah Mahkamah Syariah (MUQARRAR) 2019 yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof, Menteri [...]
2000 benih ikan dilepaskan, zahir rasa cinta kepada alam sekitar
Kuala Gula, Perak, 21 September 2019 – Isu pencemaran alam sekitar yang kini mendapat liputan meluas telah meningkatkan kesedaran banyak pihak tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan ekosistem semula jadi di negara ini. Justeru, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Komuniti Sayangi [...]
Jerebu : Manusia perlu berdoa dan kembali ke pangkal jalan
Manusia merupakan khalifah di atas muka bumi yang diamanahkan oleh Allah agar sentiasa menjaga dan melaksanakan segala perintah Allah. Bagi membolehkan mereka melaksanakan tugasan ini secara efektif, manusia telah dikurniakan akal dan nafsu sebagai pengimbang dan pemandu dalam memainkan sesuatu peranan. Alam bumi merupakan salah satu yang telah diciptakan oleh [...]