USIM Lancar Portal Pendanaan Awam, Urus Sumbangan Masyarakat

NILAI, 2 Oktober 2020 – Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk memperkasakan program atau projek infaq dan wakaf di Malaysia melalui teknologi digital, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tampil proaktif dengan melancarkan portal pendanaan awam Jom Infaq atau dikenali sebagai crowdfunding. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Dr Hj Zulkifli Al-Bakri, Menteri Hal [...]

Kelestarian Kewangan Universiti dan Peranan Pusat Wakaf dan Zakat USIM

Muslim itu adalah bersaudara dan situasi ini digambarkan ibarat sebuah bangunan yang saling sokong-menyokong. Penzahiran kepada konsep persaudaraan bukanlah dalam bentuk pertolongan dari segi tenaga semata-mata, tetapi Islam juga mengajar umatnya supaya saling tolong-menolong dalam bentuk wang dan harta benda. Bantuan seumpama ini bukan kerana mahukan sesuatu daripada manusia tetapi [...]

By |2021-01-11T11:44:15+08:00Oktober 14th, 2020|In our words|

77 staf menjalani saringan, operasi pentadbiran USIM berjalan seperti biasa

NILAI, 6 Oktober 2020 - Susulan dari pengesahan rasmi bahawa YB Senator Dato' Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) adalah positif jangkitan COVID-19 pada 5 Oktober 2020, Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil tindakan yang sewajarnya. Berdasarkan taklimat oleh Pejabat Kesihatan Negeri Sembilan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada [...]

Penyelidikan Di Peringkat Sekolah: Memangkin Pemikiran Kritis Bakal Saintis

Keupayaan sesebuah negara untuk mencapai tahap negara maju adalah bersandarkan kepada warganegaranya yang mempunyai tahap kemahiran berfikir yang tinggi, kreatif, kritis dan inovatif. Kemahiran-kemahiran ini amat penting dalam memacu negara menjadi sebuah kuasa besar dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sains, teknologi, ekonomi serta ketenteraan. Sehubungan dengan itu, kemahiran-kemahiran ini [...]

By |2021-01-11T11:54:31+08:00September 29th, 2020|In our words|

Padah Covid-19:Bantu Perkembangan Sosial dan Emosi Kanak-kanak

Secara umumnya, terdapat empat asas dalam perkembangan kanak-kanak iaitu kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, pertuturan dan sosial & emosi. Sosial & emosi adalah penyumbang kepada perkembangan psikologi kanak-kanak. Elemen sosial adalah merangkumi perhubungan, pergaulan serta sosialisasi bersama orang lain. Manakala, elemen emosi pula adalah keupayaan meluahkan perasaan serta kesedaran [...]

By |2021-01-11T11:54:29+08:00September 28th, 2020|In our words|

Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim Dilantik Ahli Lembaga Pengarah USIM

NILAI, 28 September 2020 – Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 28 September 2020 hingga 27 September 2022. Pelantikan beliau dibuat oleh YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi  adalah selaras dengan Seksyen 17(1)(f) Perlembagaan USIM (Wakil Swasta). Dato’ [...]

By |2020-09-28T13:15:05+08:00September 28th, 2020|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama)|

Kolej Genius Insan Iktiraf Kecemerlangan Pelajar, Tekad lahir cendekiawan Islam yang Ulung

Nilai, 22 September – Seramai 160 pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Abqari dan 32 pelajar dianugerahkan Insan Junior School Certificate (iJSC) pada Majlis Penganugerahan Kolej Genius Insan Tahun 2020 yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato’ Kamel Mohamad. Anugerah Perdana Abqari 2019 dianugerahkan kepada Saudara Hasnul Fikri bin Ahmad Syukri [...]

By |2020-10-02T13:13:15+08:00September 25th, 2020|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Wira Norma Baharu Pertahankan Kesejahteraan Bersama

Kini, rakyat Malaysia sedang berada dalam fasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam masa yang sama, graf statistik kes jangkitan Covid-19 juga menunjukkan berlakunya penurunan kes dari masa ke semasa. Taburan kes jangkitan Covid-19 sepanjang tempoh PKPP ini dilihat berkurangan. Jumlah kes positif berada dalam julat 1-30 kes [...]

By |2021-01-11T11:54:22+08:00September 24th, 2020|In our words|

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM Iktiraf Kecemerlangan Pentadbiran dan Akademik Universiti

NILAI, 23 September 2020 - Universiti Sains Islam Malaysia saban tahun tidak terlepas menganjurkan acara rasmi tahunan iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi  (AKI) USIM. Bagi meraikan penerima-penerima anugerah bagi tahun 2019, majlis ini diadakan pada petang ini 23 September 2020 berlangsung di Dewan Tuanku Canselor USIM. Majlis ini program yang mana julung kalinya penganjuran [...]

By |2020-09-23T17:34:25+08:00September 23rd, 2020|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

USIM jalin kerjasama bersama MyFundAction Malaysia, laksana program Gap Year Volunteerism

NILAI, 23 September 2020 –  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengorak langkah untuk memberikan nilai tambah kepada program pembangunan pelajar agar kekal relevan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama MyFundAction Malaysia (MYFA) sebagai salah satu rakan strategik untuk pelaksanaan program Gap Year Volunteerism USIM. Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani Timbalan Naib [...]

By |2020-09-30T17:41:48+08:00September 23rd, 2020|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|
Go to Top