Seni Budaya Malaysia Pikat Hati Peserta UNESCO Knowledge for Change (K4C) Learning Residency 2022

NILAI, 3 November 2022- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima lawatan kira-kira 41 orang peserta Kursus Residency Knowledge for Change Mentor Training Program (UNESCO K4C MTP) anjuran Pusat Penyelidikan Mizan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM menerusi Mizan K4C Hub dengan kerjasama UNESCO Chair in Community Based Research and Social Responsibility of Higher Education dan Pusat [...]

MIZAN K4C Hub USIM Tuan Rumah Program UNESCO K4C Learning Residency 2022

KUALA LUMPUR, 1 November 2022 – UNESCO Knowledge for Change (K4C) Learning Residency 2022 merupakan program latihan antarabangsa bagi melahirkan mentor-mentor penyelidikan berasaskan komuniti di kalangan semua penggerak masyarakat yang terdiri daripada ahli akademik dan organisasi sosial dari seluruh negara. Diterajui oleh Pusat Penyelidikan Mizan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi [...]

Pusat Governans, Integriti Dan Antirasuah Nasional (GIACC) mengadakan Kunjungan Hormat ke USIM

NILAI, 17 Oktober 2022 – Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 17 Oktober 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, Aras 5, Bangunan Canselori. Delegasi GIACC diketuai oleh YBhg. Datuk Aziz Aban, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Strategik) bersama [...]

Galak Pelajar Aktif di Kampus, USIM anjur Karnival Siswa 2022

NILAI, 30 Oktober 2022- Bertemakan “Mencetus Pembangunan Mahasiswa Gemilang”, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi Akademik 2021/2022 menganjurkan Karnival Siswa (KARSIS’ 22) bertempat di perkarangan Dewan Tuanku Canselor baru-baru ini. Bagi menyemarakkan suasana kampus dan merapatkan ukhwah antara mahasiswa-mahasiswi yang telah kembali ke kampus untuk proses Pembalajaran dan Pengajaran [...]

4476 Pelajar USIM Terima Peranti Siswa dari KPT

NILAI, 28 Oktober 2022 - Seramai 4476 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sebuah tablet dalam satu Majlis Penyerahan Peranti Siswa yang berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 28 Oktober 2022 bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Program ini merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dan [...]

USIM-JKSM Kerjasama Bangun Modul Latihan Sijil Profesional Sulh-Mediasi

NILAI, 28 Oktober 2022 - Dalam usaha untuk melahirkan ramai pengantara bertauliah yang akan menjadikan penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) sebagai wadah utama dalam menangani konflik dalam kalangan masyarakat di Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bergerak proaktif membangunkan modul latihan kemahiran iaitu [...]

USIM Meterai MoA bersama Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd dalam Bidang Halal

BANGI, 15 Oktober 2022– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meluaskan lagi jangkauan bersama industri dalam bidang halal apabila menandatangani memorandum Perjanjian (MoA) Bersama Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd. Bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya baru baru ini. Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menjadi intipati utama perjanjian dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga aktiviti atau program [...]

USIM rai pengamal media, hargai kerjasama dan sokongan kepada universiti

NILAI, 14 Oktober 2022 - Media merupakan rakan strategik yang penting dalam usaha untuk memposisikan USIM di mata masyarakat bagi mendukung hasrat dan agenda Universiti. Perkembangan dan kemajuan Universiti berdasarkan pencapaian dan kebolehan tinggi oleh mahasiswa/i serta kakitangan tidak akan tercapai sekiranya tidak disebarluas kepada seluruh lapisan masyarakat. Sebagai menghargai dan meraikan pengamal media ini, [...]

USIM lancar Program Microcredential, Platform Pembelajaran Sepanjang Hayat

NILAI, 13 Oktober 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini melancarkan program Micro-credential bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3. Disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, program Micro-credential ini merupakan salah satu inisiatif utama e-Pembelajaran di USIM. Ianya sejajar dengan Shif 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Pendidikan Tinggi (PPPM:PT) iaitu [...]

Latihan Keusahawanan pelancongan digital produk pelancongan berasaskan komuniti (CBT) USIM dekati warga Negeri Sembilan

JEMPOL, 9 Oktober 2022 - Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat termasuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) B40 dari kalangan komuniti orang Asli, usahawan bekas pelajar dan tenaga pengajar Giat Mara sekitar negeri Sembilan mengambil peluang mengikuti program Latihan Keusahawanan pelancongan digital produk pelancongan berasaskan komuniti (CBT) anjuran Universiti [...]

Go to Top