About Wahidah

This author has not yet filled in any details.
So far Wahidah has created 1728 blog entries.

SANGGAR PUISI AGUNGKAN BAHASA MELAYU

Bandar Baru Nilai, 15 Oktober 2010 –  Gabungan pelajar Malaysia dan Antarabanga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berentap menyampaikan puisi dalam bahasa melayu begitu mengujakan dalam program Sanggar Puisi Antarabangsa (Bahasa Melayu) Piala Tan Sri Yusof Noor baru-baru. Sebanyak 15 penyertaan secara berkumpulan telah bertanding di peringkat saringan dan 6 finalis terpilih untuk ke pertandingan [...]

By |2016-09-15T15:38:24+08:00Oktober 21st, 2010|Berita, Berita Kampus|

iBAF 2010 LANCAR MINI ENSIKLOPEDIA MUAMALAT

Bandar Baru Nilai, 13 Oktober 2010 –  Seiring dengan misi untuk menegakkan perkhidmatan kewangan syariah dan perbankan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melancarkan sebuah mini ensiklopedia muamalat yang memuatkan pelbagai kertas kerja berkaitan dengan bidang kewangan dan perbankan Islam sebagai sumber rujukan tambahan. Mini Ensiklopedia Muamalat ini dilancarkan [...]

By |2016-09-15T15:37:31+08:00Oktober 14th, 2010|Berita, Berita Kampus|

USIM ANUGERAH GELARAN PROFESOR EMERITUS PERTAMA

Putrajaya, 25 September 2010 –  Universiti Sains Islam Malaysia melakar kegemilangannya apabila berjaya menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus yang pertama kepada Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, mantan Naib Canselor USIM. Beliau telah diamanahkan menerajui USIM pada 1 Disember 1999 sebagai Naib Canselor pertama. Selama 10 tahun menerajui USIM, hasrat beliau untuk [...]

By |2016-09-15T15:36:42+08:00Oktober 8th, 2010|Berita, Berita Kampus|

892 TERIMA SKROL – KONVOKESYEN KE-8 USIM

Putrajaya, 25 September 2010 - Tahniah diucapkan kepada Para Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Majlis Konvokesyen ke-8 USIM. Pada tahun ini, seramai 892 graduan menerima ijazah mereka dalam pelbagai bidang pengajian termasuk graduan siswazah. Majlis konvokesyen kali ini didahului dengan Majlis Konvokesyen Khas Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Ekonomi dan Muamalat) kepada Yang [...]

By |2016-09-14T08:50:30+08:00Oktober 4th, 2010|Berita, Berita Kampus|

TUN MAHATHIR TERIMA IJAZAH KEHORMAT USIM

Putrajaya, 24 September 2010 – YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi & Pentadbiran Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Anugerah tersebut disampaikan oleh Canselor USIM, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin dalam Majlis Konvokesyen Khas USIM yang diadakan di PICC Putrajaya pada 24 September 2010. Penganugerahan itu bertujuan mengiktiraf sumbangan beliau [...]

By |2016-09-15T15:35:24+08:00Oktober 4th, 2010|Berita, Berita Kampus|

C-FEST ’08 LEBIH MERIAH

Bandar Baru Nilai, 21 September 2010 –  Seperti tahun-tahun sebelumnya, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan lagi acara yang menjadi tradisi setiap tahun iaitu penganjuran Pesta Konvokesyen kali ke-8 (C-FEST) yang diadakan bermula 20 hingga 26 September di Stadium Tertutup Nilai Negeri Sembilan. Penganjuran kali ini adalah kerjasama Sekretariat Naib Yang Dipertua, [...]

By |2016-10-20T08:55:42+08:00September 22nd, 2010|Berita, Berita Kampus|

18 ANAK YATIM DAN MISKIN TERIMA DUIT RAYA DARI BKKUSIM

Dengkil, 4 September 2010 – Kira-kira 18 orang anak yatim dan miskin dari Taman Baiduri, Dengkil Selangor menerima sumbangan makanan, pakaian dan duit raya sempena program ziarah dan penyampaian sumbangan aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (BKKUSIM). Pengerusi BKKUSIM, En. Nur Ekmal Buhary berkata, program ziarah ini bertujuan untuk melihat sendiri kehidupan [...]

By |2016-09-15T15:33:33+08:00September 7th, 2010|Berita, Berita Kampus|

NIKMAT KEMERDEKAAN HARUS DI SYUKURI – DATO’ NAIB CANSELOR

Nilai, 20 Ogos 2010 – Sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-53, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 bertempat di Kolej Kediaman Nilam Court, USIM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda Naib Canelor USIM. Sambutan Bulan Kemerdekaan ini merupakan program tahunan USIM yang bertujuan memperkasa [...]

By |2016-09-15T15:32:47+08:00Ogos 27th, 2010|Berita, Berita Kampus|

RADIO USIM CARI BAKAT BARU

Bandar Baru Nilai, 19 Ogos 2010 –  Hampir 100 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai program pencarian juruhebah radio USIM. Pencarian ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru disamping menjadi platform buat pelajar-pelajar dalam mempamerkan bakat mereka sebagai juruhebah. Menurut En. Muhamad Zaki Mustafa, pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) merangkap Penyelaras Radio USIM, pencarian [...]

By |2016-09-06T12:20:00+08:00Ogos 23rd, 2010|Berita, Berita Kampus|

7,000 HADIRI SYARAHAN PERDANA TUN MAHATHIR DI USIM

Bandar Baru Nilai, 9 Ogos 2010 – Lebih 7,000 termasuk tetamu kehormat, pelajar, pensyarah, kakitangan USIM dan masyarakat setempat hadir menenuhi Stadium Tertutup Nilai untuk mendengar Syarahan Perdana Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berlangsung hari ini. Suasana dewan yang penuh sesak dengan penonton terutamanya mahasiswa-mahasiswi yang sejak awal jam 8.30 pagi lagi sudah membanjiri Stadium [...]

By |2016-09-06T12:18:10+08:00Ogos 11th, 2010|Berita, Berita Kampus|
Go to Top