KHP 2019 sebagai ‘Dakwah OKU’ kepada golongan istimewa

KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2019 - Program Kem Huffaz Remaja Pekak (KHP2019) memasuki kali keempat penganjurannya kekal menyediakan pelbagai aktiviti bagi mengupaya remaja dalam kalangan OKU Pekak mengenai hak menerima (Ahliyyah al-Wujub) serta melaksana (Ahliyyah al-Ada’) berasaskan kekuatan dan kelainan upaya pembelajaran. Buat pertama kalinya KHP2019 melibatkan peranan institusi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diadakan [...]

Peluang pelajar fahami gagasan kerajaan Malaysia di Dialog Menteri

NILAI, 1 Oktober 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi Universiti Awam ke-9 bagi program Jelajah Kampus Rahmatan Lil ’Alamin oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) bertempat di di Dewan Kuliah Pusat 3. Sesi ‘Dialog Menteri: Rahmatan Lil Alamin’ berlangsung selama hampir tiga jam dan pelajar berkesempatan [...]

Warga USIM semangat zahirkan rasa cintakan negara

NILAI, 30 September 2019 – Hasrat menyemai rasa bangga menjadi warganegara Malaysia diterjemah melalui penganjuran program-program menarik sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Naib Canselor USIM yang merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2019 berkata penglibatan pelbagai lapisan umur dan jabatan dalam perbarisan dan perarakan menunjukkan semangat patriotisme dan nationalism dalam [...]

By |2019-10-03T08:30:17+08:00September 30th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Aplikasi Quran Isyarat Pertama di Malaysia Dilancarkan oleh YB Menteri Agama

PUTRAJAYA, 27 September 2019 - Amnya komuniti berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai OKU sering dipinggirkan dek kerana tidak ramai kepakaran bagi membantu mereka mendalami dan mempelajari ilmu agama khususnya pembelajaran al-Quran. Dalam konteks OKU Pekak, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian dan pemindahan ilmu itu perlu mengambil kira kekuatan dan kelainan upaya belajar bagi [...]

By |2019-10-02T12:05:19+08:00September 29th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

MUQARRAR 2019 inisiatif bentang solusi berkaitan tuntutan hak penjagaan

NILAI, 26 September 2019 – Dalam usaha mencari solusi terbaik dalam penyelesaian kes-kes hadhanah di Mahkamah Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menganjurkan MUQARRAR 2019. Seminar Kebangsaan Solusi Hadhanah Mahkamah Syariah (MUQARRAR) 2019 yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof, Menteri [...]

By |2019-10-03T09:42:29+08:00September 27th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

2000 benih ikan dilepaskan, zahir rasa cinta kepada alam sekitar

Kuala Gula, Perak, 21 September 2019 – Isu pencemaran alam sekitar yang kini mendapat liputan meluas telah meningkatkan kesedaran banyak pihak tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan ekosistem semula jadi di negara ini. Justeru, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Komuniti Sayangi [...]

By |2019-09-23T16:35:09+08:00September 23rd, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Food Bank Siswa Beri Manfaat Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan

NILAI, 19 September 2019 – Seramai 1274 pelajar dalam kalangan keluarga BL40 (pendapatan isi keluarga di bawah RM1000), asnaf serta pelajar dalam kecemasan dikenal pasti oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Sains Islam Malaysia layak menerima bantuan menerusi Food Bank Malaysia (FBM). Majlis dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Yang [...]

By |2019-09-20T10:49:13+08:00September 20th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

McDonalds rai pelajar USIM perkenal pelbagai insentif 

NILAI, 19 September 2019 -  Meningkatkan jalinan kerjasama dengan pelbagai industri di luar adalah satu keperluan bagi melihatkan keternampakan program pengajian yang ditawarkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di mana ia merupakan aspek penting dalam memperkasa program latihan kepada siswa. Justeru, Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLMJI) menjemput Pengarah Urusan, McDonald’s Malaysia iaitu [...]

By |2019-09-23T15:40:38+08:00September 19th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Penyelidikan Ummi Maktum USIM Serlah Sinar di Akri 2019

PUTRAJAYA, 13 September 2019– Gelombang penyelidikan dan inovasi dalam pembelajaran kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang diterajui oleh Ibnu Ummi Maktum Research Center (UMMI) dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM telah membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai Johan dalam kategori Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka) untuk inovasi ’Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran & Sunnah’, [...]

By |2019-10-09T17:03:43+08:00September 17th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

“Food For Mahasiswa” Bantu Mahasiswa Kurang Mampu

NILAI, 13 September 2019 - Seramai kira-kira 100 pelajar telah menerima makanan percuma bersempena pelancaran program “Food for Mahasiswa” bagi sesi 2019/2020 oleh Sekretariat Fiqh dan Fatwa (SEKREFIFA) Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis perasmian yang berlangsung di perkarangan bangunan Fakulti Syariah dan Undang-Undang dihadiri oleh para pelajar khususnya pelajar fakulti [...]

By |2019-09-30T14:32:26+08:00September 15th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|
Go to Top