Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dilantik Pro-Canselor USIM

NILAI, 11 Julai 2018 – Tun Dato Seri Zaki Tun Azmi dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 15 Julai 2018 hingga 14 Julai 2021. Beliau yang merupakan mantan Ketua Hakim Negara (18 Oktober 2008 sehingga 9 September 2011) memiliki kelulusan undang-undang dari Lincoln’s [...]

3000 tetamu meriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM

NILAI, 4 Julai 2018 – Kemeriahan bulan Syawal dengan penganjuran Majlis Hari Raya dan Rumah Terbuka sebagai platform untuk mengeratkan silaturrahim turut dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Rabu. Bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H peringkat universiti menerima hampir 3000 tetamu yang bertandang ke majlis ini. Majlis yang [...]

USIM terima 938 pelajar baharu mendaftar ke program Tamhidi

NILAI, 28 Jun 2018 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kemasukan pelajar baharu program asasinya iaitu Tamhidi seramai 938 orang pelajar untuk sesi akademik 2018/2019. Ia terdiri daripada 301 pelajar lelaki dan 637 pelajar perempuan yang telah selesai mendaftar pada semalam (Rabu) bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Selesai pendaftaran akademik dan kolej kediaman, para [...]

Pakar Kewangan Islam dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Baharu USIM

NILAI, 25 Jun 2018 – Profesor di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam iaitu Profesor Dr. Abdul Rahim Abd Rahman dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) baharu USIM. Pelantikan beliau dibuat oleh Menteri Pendidikan bagi tempoh tiga tahun iaitu bermula 15 Jun 2018 [...]

USIM jalin kerjasama MoU bersama IRM

NILAI, 6 Jun 2018 - Memorandum Persefahaman di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang ditandatangani bersama Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalin dalam menjayakan program USIM GAP Year Volunteerism. Pada tahun lalu seramai enam orang pelajar USIM telah menjadi kumpulan pertama di USIM menjayakan program tersebut bersama masyarakat [...]

Naib Canselor USIM dan PRAGMATIS bersahur bersama anak-anak yatim dan miskin

NILAI, 3 Jun 2018 – Menjengah ke penghujung bulan Ramadan ini, ia sinonim dengan kesibukan menyiapkan kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pastinya kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira di saat ini. Tetapi bagi kanak-kanak yatim piatu atau datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, perasaan dan persiapan mereka pastinya tidak sama seperti kanan-kanak lain. [...]

USIM dan JKJR Negeri Sembilan lancar kempen keselamatan jalan raya sempena cuti Aidilfitri

NILAI, 8 Jun 2018 – Sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada Jumaat ini, warga kota khususnya kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan mahasiswanya telah mula mengatur perjalanan pulang ke kampung halaman. Keadaan ini pastinya menyumbang secara tidak langsung kepada pertambahan trafik dan kenderaan di atas jalan raya. Statistik kemalangan jalan raya yang [...]

USIM sambut baik Kementerian Pendidikan beri kebebasan penuh anjur program ilmiah dalam kampus

KENYATAAN OLEH PROF DATO’ DR HASSAN BASRI AWANG MAT DAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)   NILAI, 8 Jun 2018 - Saya menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan universiti diberikan kebebasan penuh untuk menganjurkan program ilmiah tanpa sebarang sekatan oleh [...]

Geng singgah sahur KKNC USIM santuni gelandangan sekitar Kuala Lumpur

NILAI, 26 Mei 2018 – Ketika rakan-rakan lain sedang lena menikmati tidur malam, sekumpulan siswa-siswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) pula sebaliknya dengan berjalan sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk mengagihkan juadah sahur kepada gelandangan di sana baru-baru ini. Program Geng Singgah Sahur KKNC ini  merupakan anjuran Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I [...]

Majlis Iftar Jama’ie bersama anak syurga

NILAI, 26 Mei 2018 - Penganjuran program Iftar Jama’ie Bersama Anak Syurga yang bertemakan Sejuta Cinta Buat Yang Teristimewa ini merupakan inisiatif pihak Yayasan Pendidikan Al-Quran Bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) dalam usaha memberi ruang dan peluang kepada golongan OKU untuk mendekati agama serta meraikan kewujudan mereka yang selama ini seolah-olah terlepas pandang oleh golongan [...]

Go to Top