USIM tanam 500 pokok Gutta Percha sempena Hari Telekomunikasi & Masyarakat Berinformasi Sedunia

NILAI, 17 Mei 2022 -  kira-kira 100 sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa dan staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sertai Program Penanaman Pokok Gutta Percha Terbanyak -The Malaysia Book of Records bersempena Hari Telekomunikasi & Masyarakat Berinformasi Sedunia di kawasan Arboretum USIM. Sebanyak 5,017 pokok ditanam secara serentak di 23 lokasi di Kuala Lumpur, Selangor, [...]

DYMM Tuanku Canselor rasmikan Bangunan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK) serta lancar Aplikasi Quran Isyarat Pertama Di Malaysia

NILAI, 19 April 2022 – Majlis perasmian bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) serta pelancaran Aplikasi Quran Isyarat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor USIM bertempat di Auditorium Fakulti Perubatan dan [...]

Maybank Islamic Berhad Taja RM500,000 Program Latihan Bakery kepada Pelajar Asnaf USIM

NILAI, 15 April 2022 –  Selari dengan gagasan yang dibawa universiti untuk melahirkan prosumer muslim yang berjaya dalam aspek keusahawanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan Program Inkubator Bakeri dan Kafe: Genba Bakery & Program Prosumerisme: Latihan Bakeri Asnaf USIM – Maybank Islamic Berhad (MIB). Program yang diterajui di bawah Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) ini [...]

Pelajar KKSI Rai Majlis Berbuka Berkonsepkan Makan Dalam Talam

NILAI, 4 April 2022 – Sumbangan 340 pek makanan dan minuman berkonsepkan makan dalam talam oleh Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah USIM YB Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri, Pejabat Ahli Dewan Negara dan Surau Al-Makrifah kepada 180 orang pelajar di Kolej Kediaman Sutera Indah. Sumbangan disampaikan sendiri oleh Datuk Dr Zulkifli kepada Jawatankuasa Mahasiswa/wi Kolej Kediaman (JAKSA) [...]

USIM bangun Arkib Digital, pelihara lukisan sejarah

NILAI, 29 Mac 2022 - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Geran Penyelidikan Fundamental Bagi Penyelidik Baharu (FRGS-RACER) bertajuk Model Perekodan Arkib Digital Rumah Warisan Bestari untuk Pemuliharaan Mampan, telah membangunkan laman web MICBAH Digital iaitu platform digital untuk mengakses lukisan dan dokumen daripada Kursus Lukisan Terukur serta bagi [...]

Graduan USIM, Sambut Konsep ‘Prosumer’

NILAI, 30 Mac 2022 - Rata-rata graduan masa kini bijak merebut peluang dan mencuba pengalaman baharu dalam mendepani dunia yang semakin mencabar. Bukan hanya menuntut ilmu di kampus, malah mereka juga berjinak-jinak untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan sekaligus membantu menaikkan taraf kehidupan mereka ketika di peringkat pengajian lagi. Konsep prosumer yang disemarakkan oleh Naib Canselor Universiti [...]

By |2022-04-01T14:47:05+08:00Mac 31st, 2022|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama)|

USIM anjur Program Pendidikan Pengundi: Undi 18

NILAI, 23 Mac 2022 - Universiti Sains Islam Malaysia mengambil inisiatif untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada pelajar berkaitan pindaan Perlembagaan dan tanggung jawab menunaikan hak masing-masing sebagai pengundi melalui penganjuran Program Pendidikan Pengundi: Undi 18 yang diadakan pada 23 Mac 2022 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program tersebut telah dianjurkan selama satu [...]

2293 Pelajar Sarjana Muda USIM mendaftar fizikal bagi sesi Akademik 2021/2022

NILAI, 19 Mac 2022- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menerima 2293 orang pelajar yang memilih untuk menjalani sesi akademik secara hibrid di kampus bagi program Sarjana Muda Semester II, Sesi Akademik 2021/2022. Pendaftaran ini akan berjalan selama tiga hari bermula semalam sehingga ahad ini bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal [...]

66 Kadet Kor Sispa USIM ditauliahkan sebagai Leftenan Muda

NILAI, 13 Mac 2022 – Seramai 66 Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam bagi tahun 2022. Majlis Pentauliahan Kor SISPA USIM telah dilaksanakan secara ringkas tapi penuh bermakna mengikut Standard Operasi Prosedur di Dewan Kuliah Pusat 4 tanpa kehadiran ibu bapa sebagai [...]

Syarahan Perdana Fakulti Perubatan, kongsi kepentingan imunisasi dewasa

NILAI, 10 Mac 2022 - Imunisasi merupakan salah satu bentuk pencegahan penyakit yang efektif, mudah, serta murah untuk menghindari terjangkitnya penyakit infeksi, mulai dari anak, orang dewasa hingga orangtua. Imunisasi menjadi salah satu bentuk intervensi kesehatan yang paling sukses dan efektif. Melalui imunisasi seseorang diharapkan memiliki kekebalan terhadap suatu penyakit infeksi tertentu, (Restuti Hidayani Saragih, [...]

Go to Top