USIM terima sumbangan mock cheque zakat berjumlah RM 25,000 daripada Bank Islam Malaysia Berhad

NILAI, 19 April 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sumbangan mock cheque zakat berjumlah RM 25,000 daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada 18 April, semalam. Naib Canselor USIM, YBhg Prof Dato Dr Musa Ahmad, berkata USIM sedang menuju hasrat bagi menjuarai bidang wakaf dan zakat dalam kalangan institusi awam. Justeru, kerjasama strategik [...]

USIM beri penghargaan kepada penggiat seni melayu, Roslan Madun

NILAI, 18 April – Pelantun lagu rakyat popular ‘Lemak Manis’ dan ‘Menghilir di Sungai Pahang’ iaitu Roslan Madun menerima pengiktirafan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atas sumbangan besarnya dalam mengangkat seni budaya tanah air. Anak kelahiran Pahang ini dikenali dan dihormati penggiat seni atas kesungguhannya memperjuangkan irama syair sehingga terkenal di nusantara dan diberi [...]

USIM jalin kerjasama dengan tiga NGO, perkasa pendidikan Al-Quran dalam kalangan OKU

NILAI, 17 April 2019 -Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), melalui peneraju program iaitu Institut Sains Islam (ISI) USIM melebarkan skop tanggungjawab sosial korporatnya kepada masyarakat dengan menjalin kerjasama bersama tiga buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu RumahNgaji Negeri Sembilan, AQ Wise Sdn Bhd dan KL Braille Resouces dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada [...]

Program santunan PWZ USIM 2019, anjur pengisian petrol percuma

NILAI, 17 April 2019- Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif dengan menzahirkan santunan kepada golongan yang memerlukan menerusi Program Pengisian Petrol Percuma di Stesen Petronas Bandar Baru Nilai petang semalam. Dengan tema “Sumbangan Anda, Untuk Mereka”, program ini mendapat kerjasama dari Petronas Bandar Baru Nilai, pelajar USIM dan sekitar [...]

Hari Keluarga USIM disambut meriah, lahirkan kecintaan pada USIM

NILAI, 9 April 2019- Hari keluarga USIM 2019 disambut meriah selepas 12 tahun penantiannya kali terakhir diadakan pada tahun 2007. Dengan tema hashtag ”Hari Cinta USIM 2019”, program berlangsung di Dataran Selera semalam dengan kehadiran 300 kakitangan USIM menyaksikan juara keseluruhan dimenangi oleh Kesatuan Kakitangan Sokongan (KUSIMA). Pelbagai acara yang diadakan antaranya sukaneka tarik tali, [...]

USIM iktiraf ahli KUP ISI terbit artikel kategori A dan B

USIM, 8 April 2019 - Institut Sains Islam (ISI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertindak proaktif dengan mengadakan majlis penghargaan khas kepada ahli penyelidik KUP di atas kecemerlangan mereka yang berjaya menerbitkan artikel untuk kategori A dan B pada tahun 2018. Majlis yang diadakan di Lounge Eksekutif, Aras 6, Bangunan Canselori USIM ini merupakan pertama [...]

USIM dan IRM  bangunkan Projek Aqua Kampung Tagupi Laut, Sabah

LAHAD DATU, 7 April 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama sektor Water, Sanitation and Hygiene di bawah Islamic Relief Malaysia (IRM) berjaya menyiapkan Projek Aqua di Kampung Tagupi Laut, Lahad Datu, Sabah. Projek Aqua yang dibina dengan kos berjumlah RM 20,000.00 akan memberi manfaat kepada 3000 orang penduduk Kampung Tagupi Laut yang [...]

 ”Mengubah Air Mata Menjadi Pelangi”, tingkat kesedaran pendidikan khas gologan OKU

NILAI, 6 April 2019- Seminar “Mengubah Air Mata Menjadi Pelangi” dengan hastag #anaksyurgakusahamakhirat telah diadakan pada 6 April di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dengan kehadiran seramai lebih 150 peserta. Program ini merupakan anjuran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dengan kerjasama Unit Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) USIM dan Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF@USIM). [...]

USIM tonjol persembahan seni adat Negeri Sembilan, Hiasi Malam ATS 2018

NILAI,30 Mac 2019  ­–  Majlis Anugerah Tokoh Siswa peringkat Kebangsaan 2018 berlangsung gilang gemilang bagi meraikan dan mengiktiraf pencapaian mahasiswa dalam perlibatan ketokohan dan penganjuran program-program yang berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Anugerah yang berpresetij ini turut dipersembahkan dengan seni adat Negeri Sembilan iaitu tarian piring bersama barisan pemuzik dari Kumpulan Perkusi yang [...]

Penerbit USIM menang Anugerah Buku Negara 2019

KUALA LUMPUR, 2 April 2019– Buku terbitan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini berjaya memenangi Anugerah Buku Negara Kategori Anugerah Industri Buku 2019 iaitu Kategori Buku Umum Terbaik (Kategori Dakwah) yang bertajuk Dakwah Askari di Malaysia hasil penulisan Burhanuddin Jalal. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh YB Tuan Haji Khalid Abd Samad, Menteri Wilayah [...]

Go to Top