Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Ogos 2025

USIM – Yayasan RI Meterai Memorandum Perjanjian, Perkenal Font Rasm Ishari untuk OKU Pendengaran

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Yayasan RI pada 7 Ogos 2025 bertempat di IshaRI Lounge Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Jaringan kerjasama USIM dan Yayasan RI ini ini menjadi titik tolak kepada kesungguhan kedua-dua pihak untuk meraikan komuniti OKU, khususnya OKU Pendengaran, agar mereka dapat mendalami Quran dengan cara yang lebih berkesan, sejajar dengan kekuatan dan potensi yang dimiliki. Kerjasama ini juga merupakan satu langkah signifikan dalam menyokong Agenda Malaysia MADANI, yang menekankan aspek keterangkuman sosial, keadilan dan kesejahteraan sejagat. Simbolik pertukaran dokumen perjanjian ini telah dilaksanakan oleh Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan Pemegang Amanah Yayasan RI, Tuan Haji Mohd Faizul Surani. Turut hadir di majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Operasi Dar Al Qari Resources, Tuan Haji Jailani Jantan yang telah menyampaikan ucapan mewakili pihak Yayasan RI; yang antara lain menzahirkan harapan agar kerjasama ini menjadi penggerak kepada lebih banyak usaha seumpamanya pada masa akan datang. Perjanjian ini berkuat kuasa mulai bulan Januari 2025 dan akan berjalan selama tempoh enam tahun. Profesor Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, USIM amat bertuah kerana berpeluang memeterai jalinan kerjasama dengan pihak Yayasan RI dan kerjasama ini jelas mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam menjulang prinsip keterangkuman (inclusivity) dan pendidikan untuk semua, selaras dengan hasrat negara dalam membangunkan masyarakat yang lebih prihatin, berdaya saing dan mampan. “Kerjasama ini sekaligus akan menyemarakkan aspirasi USIM untuk terus unggul sebagai universiti rujukan dalam [...]

Introducing ILA: USIM’s Step Towards Syariah-Compliant AI and Legal Literacy

For many years, Klinik Guaman Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM (KGFSU) has been a venue for interaction with the legal community. Since the COVID-19 pandemic in 2020, the legal aid clinic has extended its offerings beyond in-person consultations to include civil legal and Syariah e-consultations for the general public. Even after the pandemic, this digital transformation is still occurring to meet the growing need for reliable, easily accessible, and cost-free legal advice. The clinic is now investigating artificial intelligence as a novel approach to outreach and innovation, particularly in providing early-stage solutions for resolving legal concerns, in order to further strengthen its role in fostering legal literacy and community empowerment. The creation of the Intelligent Legal Assistant (ILA), a digital tool that provides trustworthy and syariah & civil compliant legal information in response to commonly asked legal questions, is one of the most recent initiatives in this direction. While ILA helps users understand basic legal issues, it does not substitute the expertise of a legal practitioner. Public members are still encouraged to use e-consultation to speak with qualified legal professionals if they need formal legal advice, legal opinions, or additional help. The goal of the ILA chatbot is to transform how the general public perceives and obtains legal services. It is envisioned as a digital frontliner that provides structured answers to fundamental legal questions. The pilot specifically addresses Islamic Family Law, which continues to be the most often consulted topic at Klinik Guaman FSU. Many [...]

USIM anjur program Mahasiswa Negara@IPT perkasa jati diri dan patriotisme pelajar

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Mahasiswa Negara@IPT peringkat USIM baru-baru ini melibatkan seramai 109 orang pelajar Tahun Pertama Sarjana Muda sebagai peserta utama. Berlangsung selama dua hari bermula 30 hingga 31 Julai 2025 lalu, ia diterajui oleh Majlis Pengetua USIM dengan kerjasama Pusat Perumahan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar, Pusat Islam dan Pusat Wakaf dan Zakat USIM. Program Mahasiswa Negara merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) untuk melahirkan mahasiswa yang berjiwa patriotik, memahami asas kenegaraan dan menghayati prinsip Malaysia MADANI. Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sejarah tanah air, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta aspirasi Malaysia MADANI dalam pembangunan negara. Selain itu, program ini juga bertujuan menyokong pelaksanaan Program Mahasiswa Negara di institusi pendidikan tinggi dengan memberikan pendedahan awal kepada pelajar Tahun 1 mengenai kenegaraan dan pembinaan negara bangsa. Pelaksanaan program ini diharap dapat mewujudkan rasa tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia dalam kalangan mahasiswa USIM serta memastikan mereka memahami dan menghayati nilai-nilai Malaysia MADANI sebagai tunjang pembentukan sahsiah diri dan kepimpinan pada masa hadapan. “Sebagai mahasiswa USIM, anda bukan sahaja penuntut ilmu, malah anda adalah pewaris masa depan negara. Maka, memiliki jati diri yang kukuh serta rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air dan institusi tempat anda menimba ilmu adalah satu keperluan, bukan pilihan,” ujar Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr Mushaddad Hasbullah ketika berucap merasmikan program ini. Tambahnya lagi “Program ini bukan sekadar satu aktiviti pelajar biasa. Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan universiti dan KPT dalam [...]

USIM dan MUIS Perkukuh Pendidikan Kehakiman Syarie di Sabah

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang perundangan dan kehakiman syarie di Sabah semalam. Majlis yang berlangsung di Dewan Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM ini disaksikan oleh YB. Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Negeri Sabah, serta Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM. Turut hadir, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Haji Hussin, Yang di-Pertua MUIS; Datuk Ramlan Awang Ali, Setiausaha MUIS; dan Prof. Madya Dr. Abdul Manan Ismail, Dekan FSU. Melalui MoA ini, MUIS akan menaja yuran pengajian pelajar-pelajar dari Sabah yang mengikuti program Diploma Lepasan Ijazah – Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) secara pesisir di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program ini, yang dimulakan pada Oktober 2024, dijangka melahirkan kohort pertama graduan pada November 2025. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, program DIJAP adalah satu keperluan bagi melahirkan graduan undang-undang dan syariah yang kompeten, beretika serta mahir dalam proses, peraturan dan tatacara mahkamah syariah. “Kerjasama strategik ini diyakini akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan kapasiti profesional dalam bidang kehakiman dan guaman syarie di Negeri Sabah demi kemaslahatan ummah dan pembangunan sistem perundangan syariah negara,” katanya. Sementara itu, Menteri MOSTI Sabah merangkap Exco Agama dan Pendidikan Negeri Sabah, YB. Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Datuk Haji [...]

Julai 2025

USIM dan Luwu Timur Teroka Sekolah Unggulan Serantau: Sinergi Pendidikan Islam Nusantara

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh kerjasama strategik antarabangsa dalam bidang pendidikan dengan menerima kunjungan hormat Bupati Luwu Timur, Ir. H. Irwan Bachri Syam, ST, IPM, bersama delegasi Pemerintah Kabupaten Luwu Timur dan Universitas Muslim Indonesia (UMI), Makassar, Indonesia. Lawatan rasmi selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Julai 2025 ini bertujuan meneroka potensi kerjasama pendidikan tiga hala antara USIM, UMI dan institusi pendidikan di bawah pentadbiran Luwu Timur. Fokus utama lawatan ini adalah untuk membangunkan model Sekolah Unggulan Serantau yang mengintegrasikan pendidikan Islam dengan kecemerlangan akademik. Delegasi Luwu Timur yang turut disertai oleh Dr. Ani Nurbani, Dr. H. Ramadan Pirade dan Dr. Irfan, telah mengadakan lawatan ke Kolej PERMATA Insan (KPI), USIM, bagi meninjau pendekatan pengajaran berteraskan ilmu naqli dan aqli serta turut menyertai sesi libat urus kurikulum, persembahan pelajar serta lawatan ke fasiliti KPI seperti makmal, perpustakaan, asrama dan galeri. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, menyifatkan lawatan ini sebagai satu langkah signifikan dalam memperkukuh kedudukan USIM sebagai peneraju pendidikan Islam global. “Kerjasama ini membuka lembaran baharu dalam hubungan strategik antara Malaysia dan Indonesia khususnya dalam pembangunan sekolah pelajar pintar. USIM amat mengalu-alukan inisiatif mewujudkan model Sekolah Unggulan yang berteraskan nilai Islam, kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah pelajar. Kami percaya usaha ini mampu memberi impak besar bukan sahaja kepada kedua-dua institusi, malah kepada rantau Nusantara secara menyeluruh,” ujar beliau. Inisiatif Sekolah Unggulan ini selaras dengan komitmen USIM dalam memperkasa pendidikan Islam kontemporari menerusi pendekatan holistik yang merentas sempadan negara. Ia turut [...]

USIM perkasa agenda Halal Global di Expo Osaka 2025

OSAKA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar satu lagi pencapaian membanggakan di peringkat global apabila diberi penghormatan menyertai Expo Osaka 2025 atas jemputan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia selaku urus setia Malaysia Pavilion. Penyertaan ini menjadi medan strategik USIM dalam menjulang agenda Halal, dakwah Islam dan kewangan Islam di pentas antarabangsa. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, telah tampil dalam sesi Pocket Talk dengan menyampaikan ceramah bertajuk “Halal and Tayyiban from Food Safety Perspectives”, yang menekankan konsep pemakanan Islam sebagai sistem yang komprehensif, bukan hanya memenuhi keperluan halal, tetapi juga menjamin keselamatan, kualiti dan keberkatan makanan. Turut bersama ialah Prof. Zurina Shafie, yang berkongsi wawasan dalam sesi Pocket Talk bertajuk “Islamic Finance Education: Leading the Future of Ethical Finance”, memperlihatkan peranan besar pendidikan kewangan Islam dalam membentuk sistem ekonomi beretika yang mampan. Dalam misi pemerkasaan agenda Islam di Jepun, USIM juga telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Japan Dakwah Centre (JDC) yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Kerjasama ini membuka ruang luas dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan aktiviti dakwah Islamiah, sekali gus mengukuhkan misi menjadikan Islam sebagai rahmat ke seluruh alam. USIM turut menjalinkan kerjasama strategik melalui MoU bersama Aoyama Gakuin University melibatkan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dalam bidang gamifikasi pendidikan kewangan Islam menerusi pembangunan Muamalat Interactive Game. Meneruskan agenda diplomasi pendidikan, delegasi USIM turut mengadakan perbincangan strategik bersama Wakayama University dalam bidang ekonomi dan pelancongan. Perbincangan disambut baik oleh Profesor Dr. Takanori Nomura, Pengarah Eksekutif Wakayama University, yang menyuarakan keterbukaan terhadap [...]

USIM lancar Dapur HEPA: Perkasa Kebajikan Mahasiswa Secara Holistik

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengukuhkan peranannya sebagai institusi pendidikan yang prihatin terhadap kesejahteraan mahasiswa melalui pelancaran rasmi Dapur HEPA (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang berlangsung di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), USIM hari ini. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), yang menyifatkan penubuhan Dapur HEPA sebagai satu manifestasi komitmen universiti dalam menangani isu kebajikan pelajar secara berstruktur, inklusif dan mampan. “Dapur HEPA bukan sekadar ruang penyediaan makanan, tetapi sebuah platform strategik yang menghimpunkan pelbagai inisiatif bantuan seperti food bank, tajaan makanan, agihan zakat, dan program sosial pelajar yang digerakkan secara bersama oleh Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), Pusat Hal Ehwal Pelajar, Pusat Islam dan Majlis Perwakilan Pelajar,” ujar beliau dalam ucapan perasmian. Sehingga hari ini PWZ mencatatkan jumlah keseluruhan agihan bantuan kepada pelajar mencecah RM1.1 juta, merangkumi tajaan makanan bernilai RM107,250.00, agihan zakat sebanyak RM992,456.00, serta bantuan kebajikan harian dan perubatan berjumlah RM8,703.00. Melalui Dapur HEPA, beberapa program utama telah dilaksanakan dengan jayanya, antaranya agihan makanan percuma dan food bank di Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), sumbangan program iftar dan ihya’ Ramadan, gerobok makanan di pelbagai fakulti, serta program makanan RM1 yang dilaksanakan secara konsisten pada setiap hari bekerja. Program CSR RM1 misalnya, menyediakan makan tengah hari kepada 500 pelajar setiap hari Isnin hingga Jumaat, manakala inisiatif Ihya’ Ramadan telah menyantuni 250 pelajar setiap hari sepanjang bulan mulia itu, dengan jumlah perbelanjaan melebihi RM154,000.00. Bukan itu sahaja, program Musa’adah On The Spot turut [...]

USIM Santuni Warga Emas Rumah Seri Kenangan, Seremban: Semai Empati dan Ihsan dalam Diri Penjawat Awam

SEREMBAN – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Seksyen Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar telah mengambil inisiatif menganjurkan program khidmat masyarakat bersama penghuni Rumah Seri Kenangan, Seremban pada 14 Julai 2025 baru-baru ini, sebagai usaha menyemai nilai empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga universiti. Program Transformasi Minda (PTM) 2025 yang melibatkan seramai 33 peserta serta enam orang staf Jabatan Pendaftar ini telah dijalankan dengan penuh semangat kesukarelawanan dan keprihatinan. Ia turut mendapat sokongan padu daripada pengurusan Rumah Seri Kenangan yang diketuai oleh Puan Salwah Saleh selaku Penguasa Rumah. Menurut Encik Nasrul Hakim Ahmad, Ketua Jabatan Pendaftar USIM, program ini adalah manifestasi tanggungjawab sosial universiti terhadap komuniti dan juga sebahagian pendekatan latihan luar bilik darjah yang memberi ruang kepada peserta PTM untuk menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. “Kami ingin melahirkan penjawat awam muda yang bukan sahaja cekap dalam tugas, malah kaya dengan nilai kemanusiaan. Hubungan akrab antara universiti dan komuniti inilah yang mencerminkan roh USIM sebagai institusi Islam yang menyantuni masyarakat,” ujar beliau. Para peserta dibawa meninjau persekitaran rumah kebajikan sebelum menyertai pelbagai aktiviti interaktif bersama warga emas. Antara aktiviti utama adalah Sesi “Santun Kasih” bersama warga emas yang terlantar, penanaman bunga berwarna merah sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan di sekitar rumah kebajikan, dan sesi ramah mesra dan sembang santai bersama penghuni sebagai terapi sosial dan emosi. Momen menyentuh hati ini memberikan pengalaman mendalam kepada para peserta yang rata-ratanya pertama kali menyertai program sebegini. Ia sekaligus mendidik mereka tentang pentingnya menjaga kebajikan dan memberi perhatian kepada [...]

USIM perkasa agenda ilmu Halal Negara, lancar buku rujukan baharu di SEHALWA 2025

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju ilmu halal dan fatwa negara menerusi penganjuran Seminar Halal dan Fatwa (SEHALWA) 2025, yang turut menyaksikan pelancaran buku ilmiah berwibawa terbitan Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), USIM di Nilai Springs Resort, hari ini. Bertemakan “Isu-isu Semasa Pensijilan Halal di Malaysia”, seminar ini menghimpunkan lebih 160 peserta terdiri daripada ahli akademik, agensi penguat kuasa, penggubal dasar, industri dan mahasiswa bagi membincangkan cabaran serta masa depan pensijilan halal negara. Antara sorotan utama adalah pelancaran buku bertajuk “Makanan dan Minuman Berdasarkan al-Quran, Hadis dan Fatwa” yang menggabungkan sumber wahyu, pandangan ulama dan realiti kontemporari dalam bidang pemakanan halal. Buku ini dijangka menjadi rujukan penting dalam penggubalan dasar dan pendidikan halal negara. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, menegaskan kepentingan SEHALWA sebagai wahana strategik untuk membina ekosistem halal yang bersepadu dan diyakini. “Program SEHALWA ini bukan sekadar medan perkongsian ilmu, tetapi sebahagian daripada strategi besar USIM untuk memperkukuh kedudukan dalam bidang Halal dan Fatwa. Ia juga merupakan langkah konkrit ke arah pencapaian status Higher Centre of Excellence (HiCoE) bagi IFFAH, seiring aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi,” katanya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, yang turut menyampaikan ucaptama bertajuk “Menangani Cabaran Globalisasi dalam Pensijilan Halal”. Beliau memuji peranan IFFAH sebagai jambatan antara akademia, industri dan pembuat dasar, dan menyifatkan program seperti SEHALWA sebagai medan penting dalam membina sistem halal negara yang mampan. “Halal bukan hanya urusan syariah, ia kini adalah isu ekonomi global, politik [...]

USIM Bawa Sentuhan Harapan: Rawatan Kulit Percuma untuk Golongan Rentan Chow Kit

KUALA LUMPUR – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama strategik USIM Healthcare Sdn. Bhd., Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd., MEDICOM, Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab Kuala Lumpur dan SHINE telah menyantuni lebih 50 orang peserta dari golongan gelandangan dan rentan menerusi pemeriksaan kesihatan kulit percuma oleh pakar dermatologi bertauliah dari sektor awam dan swasta pada 27 Julai 2025 baru-baru ini. Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini telah dijalankan di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur, yang juga merupakan inisiatif USIM Living Lab @ Chow Kit, di bawah projek penyelidikan bertajuk “Understanding the Burden of Dermatological Conditions Among People Experiencing Homelessness and Their Impact on Quality of Life” yang diketuai oleh Dr. Ummu Aiman Faisal. Bertempat di Rumah Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab, selain pemeriksaan Kesihatan kulit, turut diadakan sesi ceramah santai, pemberian makanan percuma, serta nasihat pakar kesihatan secara percuma. Menurut Dr. Ummu Aiman, “Program ini bukan sahaja membawa rawatan kepada mereka yang memerlukan, tetapi juga menjadi ruang kajian lapangan untuk mengenal pasti isu sebenar yang dihadapi golongan rentan. Kami ingin wujudkan penyelesaian yang bersifat inklusif dan berpaksikan data.” “Pemeriksaan menyeluruh ini melibatkan penilaian klinikal dan soal selidik seperti Dermatology Life Quality Index (DLQI) bagi menilai tahap impak penyakit kulit terhadap kualiti hidup golongan gelandangan dan rentan. Para peserta juga menerima kit kebersihan kulit sebagai langkah sokongan terhadap penjagaan kendiri”, ujarnya lagi. Program ini turut memperkenalkan penggunaan KLIP Mobile Klinik, iaitu klinik bergerak yang membolehkan pemeriksaan dilakukan dalam persekitaran lebih selesa dan berprivasi. Inisiatif ini membuka potensi penggunaan tele-dermatologi [...]

Go to Top