Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Julai 2025

USIM dan MBPG santuni pelajar Johor: Sumbang tablet untuk pendidikan lebih inklusif

NILAI – Dalam usaha memperkasa akses pembelajaran dalam kalangan pelajar berpendapatan rendah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah mengadakan sesi serahan tablet kepada 20 pelajar anak Johor B40, bertempat di Lounge Eksekutif  Canselori USIM sebentar tadi. Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, bersama-sama Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, Naib Canselor USIM dan Prof Madya Dr Mushaddad Hasbullah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), yang turut hadir memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif tersebut. Dalam ucapannya, Dato’ Haji Mustaffa Kamal menekankan peranan anak muda Johor sebagai ejen perubahan dan pemacu masa depan negeri serta negara. Beliau menyeru agar para pelajar menuntut ilmu bersungguh-sungguh bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi demi membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang tidak berpeluang menuntut ilmu tinggi. Ilmu harus disertai keikhlasan, adab yang tinggi, dan pemikiran yang progresif.” Beliau turut menekankan bahawa setiap bidang pengajian mempunyai kepentingan tersendiri, dan tiada satu pun yang harus dipandang rendah. Semua bidang kebitaraan menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara holistik. Sementara itu, Naib Canselor Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani dalam ucapannya turut menyambut baik inisiatif ini dan merakamkan penghargaan kepada MBPG atas komitmen mereka dalam menyokong pendidikan anak negeri Johor. “Diharapkan anak jati Johor yang menuntut di USIM yang menerima tablet ini agar dapat menggunakan ia sebagai alat bantu pembelajaran, khususnya dalam menyokong keperluan pembelajaran digital dan memperkasa kecemerlangan akademik mereka”. Dalam pada itu, pelajar tahun satu Fakulti Kepimpinan dan [...]

USIM Raikan Warga Cemerlang di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2024

NILAI – Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi (AKI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2024 berlangsung meriah meraikan seorang penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang, 147 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 28 kategori Anugerah Khas. Majlis yang berlangsung di Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Hasan Bahrom, Ahli Lembaga Pengarah USIM pada 18 Julai 2025 baru baru ini. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa kecemerlangan dan inovasi adalah proses berterusan, bukan sekadar pencapaian sekali-sekala.  Beliau menyeru seluruh warga USIM untuk terus menjadi penggerak perubahan dan pencetus inspirasi dengan memegang teguh prinsip itqan sebagaimana tuntutan Rasulullah SAW iaitu melaksanakan tugasan dengan tekun dan berkualiti sebagai sebahagian daripada ibadah. “USIM kini bukan lagi sekadar universiti membangun, tetapi institusi rujukan nasional dan antarabangsa. Pencapaian 25 tahun ini adalah hasil kerja keras, integriti dan daya saing warga USIM yang berpaksikan nilai-nilai Islam,” katanya. Majlis AKI 2024 bukan sahaja meraikan kejayaan lalu, tetapi menjadi pembakar semangat buat seluruh warga universiti untuk melangkah lebih jauh dalam memacu kecemerlangan pendidikan tinggi Islam di peringkat global. Majlis turut menganugerahkan Anugerah Khas Ilmuwan Dakwah kepada Allahyarham Prof. Madya Dr. Rumaizuddin Ghazali atas jasa beliau dalam dunia akademik dan dakwah di seluruh negara. Anugerah Khas Ilmuwan Dakwah merupakan anugerah yang memberikan pengiktirafan kepada individu yang memberikan sumbangan besar dalam bidang akademik dan lapangan dakwah serta menghargai usaha dan dedikasi dalam menyebarkan ilmu dan nilai-nilai Islam. Majlis turut diserikan dengan nyanyian koir oleh staf-staf USIM dengan lagu berjudul “Kita” [...]

Skrin Nusantara, Pentas Anak Muda: USIM Ungguli SASNUSA 2025

SINTOK – Seramai 44 orang pelajar dari Program Komunikasi Media Baharu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah membuktikan kemampuan luar biasa apabila memperlihatkan prestasi membanggakan dalam Simposium Apresiasi Skrin Nusantara (SASNUSA) 2025 yang berlangsung selama tiga hari di Universiti Utara Malaysia (UUM), bermula 1 hingga 3 Julai 2025. SASNUSA 2025, yang menghimpunkan penggiat industri, ahli akademik dan mahasiswa dari seluruh negara, merupakan platform berprestij yang mendedahkan peserta kepada dunia produksi filem, dokumentari, animasi, penyiaran dan teknologi skrin berasaskan budaya Nusantara. Program ini dianjurkan oleh Kelab Pencinta Filem P. Ramlee dan Saloma (KPPRS) dengan kerjasama Persatuan Dokumentari Nusantara Malaysia (DOCMAL), School of Creative Industry Management and Performing Arts (SCIMPA) UUM dan Inapan Siswa Bank Rakyat. Pelajar Komunikasi Media Baharu USIM memainkan peranan menyeluruh sepanjang simposium, termasuk sebagai ahli jawatankuasa pelaksana dan teknikal, peserta seminar dan bengkel industri, serta pembentang dokumentari, PSA, muzik video dan filem pendek. Turut diadakan ialah lawatan akademik ke Muzium UUM dan SCIMPA sebagai sebahagian daripada pengisian ilmiah program. Menurut Ketua Unit Penajaan, Abdul Khadir Jailani Abd Gani, penyertaan ini memberikan peluang besar kepada pelajar untuk memperluas pengetahuan dan membina keyakinan dalam dunia sebenar industri kreatif. “Kami dapat belajar secara langsung daripada tokoh industri seperti Areel Abu Bakar dan Zaki Haji Abdul Rahim, selain mengasah kemahiran teknikal dalam pengarahan, penyuntingan dan komunikasi profesional,” katanya. Pelajar USIM turut mengharumkan nama universiti apabila berjaya merangkul beberapa anugerah berprestij iaitu Anugerah Dokumentari Terbaik, Anugerah Penyunting Terbaik, Anugerah Pengarah Terbaik dan Anugerah Hos Dokumentari Terbaik (Khas DOCMAL) Sermentara itu, Anuar Zulkifli, selaku pelaksana [...]

USIM Juara Kebangsaan Battle of the Buskers ConFEST’25

PENAMPANG – Tampil dengan persembahan istimewa dengan membawa identiti tersendiri, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan  zon Selatan apabila dinobatkan sebagai Johan peringkat Kebangsaan Battle of Buskers Kepenggunaan dengan memvbawa pulang hadiah berupa wang tunai RM 5,000.00 berserta sijil. Program berlangsung di International Technology and Commercial Centre (ITCC), Penampang Sabah pada 13 Julai 2025 baru-baru ini. USIM mempersembahkan dua lagu yang menggamit perhatian juri dan penonton dengan lagu pertama yang dicipta khas mengikut tema kepenggunaan berjudul Semarak Konsumerisme. Merupakan sebuah lagu ciptaan baharu bersempena dengan sambutan Hari Kepenggunaan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Lagu Semarak Konsumerisme membawa mesej tentang kepentingan menjadi pengguna bijak dalam kehidupan seharian. Ia menekankan amalan pengguna dalam membuat keputusan rasional berdasarkan keperluan, bukannya kehendak. Dengan susunan lirik yang mudah difahami, pengguna diingatkan perlu berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan anasir penipuan yang kian berleluasa. Lagu ini turut menyemarakkan semangat kepenggunaan beretika demi memacu kesejahteraan ekonomi negara. Melalui susunan muzik yang bertenaga dan lirik yang mendidik, lagu ini mengajak semua untuk menjadikan amalan pengguna berhemah sebagai budaya hidup yang lestari. Sementara itu, lagu kedua merupakan lagu pilihan bertajuk Satu, nyanyian asal Dato’ SM Salim dan Datuk Zainal Abidin yang dipersembahkan dengan penuh penghayatan dan diberi sentuhan baharu agar lebih segar dan relevan dengan cita rasa generasi kini. Persembahan ini turut membawa mesej kebersamaan dan lonjakan semangat perpaduan dan kebersamaan yang selari dengan aspirasi masyarakat hari ini. Pertandingan ini merupakan sebahagian acara daripada Festival Pengguna KPDN 2025 (ConFest'25).  Program tahunan KPDN ini diadakan [...]

StraComm Clique Terajui Inisiatif CSR Alam Sekitar di Air Terjun Kanching

RAWANG – Seramai 22 sukarelawan pelajar dari StraComm Clique, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap khidmat komuniti dan pemeliharaan alam sekitar melalui penganjuran program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertajuk "Nature Venture with StraComm Clique: Breathe, Bond, Belong" yang berlangsung di Air Terjun Kanching, Rawang  pada 10 Julai 2025 baru-baru ini. Kumpulan peserta yang terdiri daripada 12 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan ini telah menyertai program sehari yang bertujuan untuk membersihkan dan memelihara keindahan semula jadi lokasi rekreasi popular tersebut. Program ini diketuai oleh Pengarah Program merangkap Presiden StraComm Clique, Muhammad Akmal Zuhdi, yang turut melahirkan penghargaan terhadap semangat dan dedikasi para peserta. “Sebagai Pengarah Program untuk inisiatif CSR ini, saya amat berbangga dengan semua peserta yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan ini. Program ini bukan sahaja menyemai semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli StraComm Clique, malah turut memperkukuh rasa cinta terhadap alam semula jadi. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pegawai dan staf yang banyak membantu menjayakan program ini. Diharapkan usaha ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak inisiatif alam sekitar yang memberi impak pada masa akan datang,” ujarnya. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menjalankan pelbagai aktiviti termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan air terjun serta pengedaran makanan ringan kepada para pengunjung. Aktiviti turut diserikan dengan sesi renungan, ikatan silaturrahim, dan santapan berkelah bersama bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli. Program yang dianjurkan di bawah Kelab Komunikasi Strategik (StraComm) ini mencerminkan komitmen kelab dalam menerapkan kesedaran alam sekitar, tanggungjawab sosial serta semangat kerja berpasukan dalam [...]

Menanam Nilai Kepimpinan MADANI: Implikasi Program KARISMA Pemimpin Muda kepada Pentadbir Muda USIM

NILAI- Dalam era kepimpinan yang serba mencabar dan dinamik telah menuntut usaha dan komitmen penuh institusi pengajian tinggi negara melahirkan golongan pentadbir muda yang cekap dan serba boleh. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah menganjurkan Program KARISMA Pemimpin Muda MADANI pada 12 hingga 14 Julai 2025 bertempat di AKEPT, Bandar Enstek, Negeri Sembilan dengan kerjasama AKEPT, Kementerian Pengajian Tinggi dan KARISMA. Program selama tiga hari ini menyasarkan pembentukan pentadbir muda IPTA yang berwibawa, berpandangan jauh dan berpaksikan nilai MADANI. Program dibentuk untuk memperkasa pentadbir muda dari pelbagai aspek, merangkumi kepimpinan berasakan nilai dan integriti, pengurusan krisis dalam konteks pendidikan tinggi, pembinaan pasukan berkesan serta pengukuhan spiritual dan jati diri kebangsaan. Penglibatan peserta dalam kalangan pentadbir muda USIM telah membuktikan institusi pendidikan ini serius dalam memperkasakan elemen kepimpinan holistik dalam usaha menerokai transformasi pendidikan negara. Antara impak yang besar kepada pentadbir muda diketengahkan dalam beberapa slot utama iaitu “Kepimpinan Berteraskan Hati”, “Tak Semua Boleh Memimpin! Anda Punya Potensi?’ dan “Pengurusan Krisis dalam IPT”. Di samping membentuk nilai dan potensi kepimpinan, elemen kerohanian dan etika turut ditekankan selaras dengan aspirasi insan MADANI. Salah satu segmen yang paling dinanti ialah Sesi dialog Bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi. Sesi ini memberi ruang dialog terbuka antara pentadbir muda institusi pengajian tinggi dengan kepimpinan tertinggi kementerian. Sesi ini berlangsung dalam suasana yang inklusif, jujur dan penuh aspirasi melalui perkongsian isu berbangkit yang memerlukan keprihatinan dari pihak kementerian. Sesi bersama YB Menteri bukan [...]

USIM muncul Juara Liga Bola Sepak IPT 2025 Divisyen 3

SRI ISKANDAR, 11 Julai 2025 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai juara Liga Bola Sepak IPT 2025 Divisyen 3, selepas menewaskan UiTM Kelantan dengan keputusan meyakinkan 2-0 dalam aksi final yang berlangsung penuh sengit di UiTM Sri Iskandar, Cawangan Perak, semalam. Pasukan USIM tampil cemerlang sepanjang kejohanan, melangkah ke peringkat akhir tanpa sebarang kekalahan sejak peringkat kumpulan yang turut disertai 13 pasukan yang lain. Mereka mempamerkan disiplin tinggi dan ketajaman taktikal yang membolehkan mereka menundukkan beberapa pencabar utama dalam perjalanan menuju kejuaraan. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi detik manis buat pasukan, malah mengukuhkan nama USIM sebagai antara kuasa baharu yang semakin menyerlah dalam arena bola sepak institusi pengajian tinggi negara. Lebih membanggakan, kejayaan bersejarah ini diraikan bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun USIM, sekaligus menjadi hadiah istimewa buat seluruh warga universiti. Turut mencuri tumpuan ialah penjaga gol USIM, Mohamad Aiman Arif Mazlan, yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir atas aksi cemerlangnya mengemudi benteng pertahanan pasukan. Kemenangan ini melayakkan USIM untuk naik ke Divisyen 2 pada musim 2026, di samping mencipta sejarah baharu apabila layak menyertai Kejohanan Piala Menteri yang dijadualkan berlangsung pada Oktober nanti. Ketua jurulatih dan seluruh barisan pemain menerima pujian atas semangat juang kental dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan sepanjang kejohanan, hasil persiapan rapi sejak awal musim. USIM kini bersedia untuk menggalas cabaran lebih besar, dengan tekad untuk mengekalkan momentum kejayaan dan terus melahirkan bakat muda dalam sukan bola sepak. Tahniah USIM! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian [...]

USIM cipta kelainan dakwah digital melalui karya “Asmaul Husna Bertaranum” bertaraf global

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menampilkan kelainan dalam memartabatkan seni dakwah kontemporari dengan pelancaran “Asmaul Husna Bertaranum”, sebuah penerbitan kreatif yang menyatukan kemerduan taranum warisan Islam dan teknologi produksi digital terkini. Diterbitkan oleh Pusat Kebudayaan USIM, karya berdurasi 4 minit 3 saat ini menghimpunkan keindahan 99 nama Allah SWT dalam irama Bayati dan Nahawand, disampaikan oleh barisan bakat unggul USIM seperti Intracksee, Ikon Seni USIM dan USIM Influencer. Gubahan pula merupakan hasil sentuhan istimewa Ustaz Muhammad Husaini Mahmur, Qari tersohor dan alumni USIM yang kini Jurulatih Seni Budaya, bersama komposer Hisyam El Harith. Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Mohd Salehudin Sukor, penerbitan ini merupakan satu pendekatan dakwah yang segar dan relevan, menyatukan estetika seni suara dengan penyampaian mesej tauhid yang mendalam. “Karya ini mengambil masa hampir tiga bulan bermula dari sesi perbincangan, gubahan, rakaman, sehinggalah ke proses mixing dan penyuntingan akhir. Ia merupakan cetusan idea asal Profesor Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, yang mahukan satu karya dakwah digital berkualiti tinggi dihasilkan sepenuhnya oleh warga USIM sebagai simbol keterlihatan universiti Islam bersepadu,” ujar beliau. Tambahnya lagi, “Asmaul Husna Bertaranum bukan sekadar persembahan seni, tetapi juga satu usaha memperkukuh identiti USIM sebagai peneraju kandungan Islamik digital. Ia bakal menjadi rujukan bermanfaat untuk sekolah, institusi agama, program komuniti, malah platform rasmi universiti.” Pelancaran rasmi video ini bersempena Sambutan 25 Tahun USIM telah menerima reaksi positif yang memperlihatkan potensi besar karya dakwah tempatan menembusi sempadan global. Antara objektif utama penerbitan ini termasuk memperkasa misi Integrasi Ilmu melalui [...]

USIM-ABIM Semarakkan Dakwah di Pedalaman Ranau

RANAU – Program Dakwah Lapangan USIM-ABIM di Sabah (Muallim 3) 2025 melabuhkan tirainya dalam satu majlis penutupan yang berlangsung di Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau. Lebih 150 peserta dari pelbagai latar belakang hadir bagi meraikan kejayaan program yang menyatukan usaha pelbagai pihak dalam menyantuni masyarakat pedalaman serta memperkukuh agenda dakwah berasaskan nilai kasih sayang dan keterangkuman. Program ini dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah dengan kerjasama Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Negeri Sabah serta ABIM Ranau. Ia bukan sahaja menghargai sumbangan semua pihak yang terlibat, tetapi turut menjadi platform untuk peserta dan komuniti setempat berkongsi pengalaman serta menilai impak positif program. Menariknya, sepuluh orang mahasiswa Program Dakwah dan Pengurusan Islam, FKP USIM turut terlibat secara aktif dalam program ini sebagai sebahagian daripada latihan industri mereka bersama ABIM di Sabah. Sepanjang tempoh penempatan di Ranau, mereka berpeluang menyelami realiti kehidupan masyarakat pedalaman, menyampaikan mesej dakwah secara hikmah, dan menjalankan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan dan khidmat sosial. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa dakwah tidak hanya terbatas kepada penyampaian lisan, tetapi turut merangkumi aspek pendidikan, kebajikan serta pembinaan jiwa dan komuniti. “Penglibatan mahasiswa USIM bersama ABIM dalam program seperti ini memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pembelajaran mereka. Ia membentuk insan holistik yang berteraskan prinsip Rahmatan lil ‘Alamin dan nilai Ihsan, [...]

Rahman rangkul Johan, lakar kejayaan hatrik buat USIM dalam Sayembara Puisi Kemerdekaan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

NILAI – Muhammad Zamratur Rahman bin Yussri, 22, mahasiswa tahun akhir program Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sekali lagi mengharumkan nama USIM apabila dinobatkan sebagai Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-39 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlangsung semalam. Membawa pulang hadiah berupa RM 1,000.00, kemenangan ini diraih menerusi deklamasi puisi berjudul “Pustaka Tanah Leluhur” karya sasterawan tersohor Shamsudin Othman, yang membuai emosi juri dengan lontaran suara, penghayatan dan penguasaan pentas luar biasa. Lebih membanggakan, ini merupakan kejayaan hatrik buat saudara Rahman selepas menjuarai pertandingan yang sama pada tahun 2023 dan 2024, sekali gus membuktikan konsistensinya dalam dunia deklamasi puisi tanah air. “Saya sangat bersyukur dan terharu. Kemenangan kali ini sangat bermakna kerana saya menyiapkan diri lebih awal dengan latihan intensif bersama mentor serta rakan-rakan dari Kelab Penerbitan Kreatif KHUPAS Pusat Kebudayaan USIM. Setiap tahun cabarannya berbeza, dan saya cuba menampilkan gaya dan roh yang segar dalam penyampaian puisi,” ujar Rahman ketika ditanya mengenai persediaannya. Anak sulung dari lima beradik ini, mengimbas kembali permulaannya dalam deklamasi puisi, Rahman berkata minat itu mula berputik sejak berumur 13 tahun, ketika di bangku sekolah menengah. Dorongan awal datang daripada guru dan ibu bapa yang melihat bakat semula jadi dalam dirinya, dan beliau sambung minat ini ketika memasuki tahun satu tahun pengajian di USIM iaitu pada tahun 2022. “Persiapan ke peringkat Kebangsaan yang dijangka berlangsung pertengahan Ogos ini, saya akan tampilkan kelainan dan perbaiki lagi gaya persembahan untuk menggamit hati para [...]

Go to Top