Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Jun 2025

Program Turathiyyah Kubra perkukuh penghayatan Ilmu Turath dalam Kalangan Mahasiswa

NILAI – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan kerjasama Nadi Thaqafah dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), telah menganjurkan program ilmiah bertajuk Turathiyyah Kubra: Bacaan Turath, Kajian Analisis & Kritikal yang berlangsung di Dewan Utama FPBU pada 14 Jun 2025 bar-baru ini. Objektif utama program ini adalah untuk menyemarakkan budaya keilmuan dan memperkukuh kefahaman mendalam terhadap warisan ilmu Islam berasaskan kitab-kitab turath. Program ini merupakan antara pengisian utama dalam Siswa SoulFest @ USIM, sebuah inisiatif besar anjuran MPP USIM dengan sokongan pelbagai agensi dan kelab pelajar termasuk Pusat Islam USIM serta pertubuhan pelajar lain. Tiga ilmuwan dari Unit Kajian Ilmiah Turath (U-KIT) telah diundang bagi menyampaikan pengajian dan analisis terhadap beberapa karya agung dalam tradisi keilmuan Islam. Antara kitab yang dikupas ialah Matan Umm al-Barahin, Mughni al-Muhtaj, dan Matan al-Ajurumiyyah. Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama,Prof. Dr. Zainur Rijal Abdul Razak dalam ucapan perasmiannya menegaskan kepentingan untuk terus memelihara dan mendalami warisan turath. B Beliau berkata lagi, “Kita tidak boleh meninggalkan aspek turath. Justeru, kita perlu membaca, menyemak, menggali dan menganalisis karya para ulama kerana ia berpotensi meningkatkan kerohanian dan membentuk pemahaman yang benar terhadap agama.” Sementara itu, Ustaz Muhammad Farid Wajdi, Penolong Pendaftar U-KIT menekankan bahawa pengajian kitab turath menuntut pendekatan yang teliti dan tidak bersifat literal semata-mata. “Membaca kitab turath tidak boleh dilakukan secara literal. Penguasaan asas bahasa Arab seperti nahu dan soraf adalah kunci utama bagi memahami teks dengan tepat, selain menjadi wasilah penting untuk mendalami al-Quran dan Hadis,” jelas beliau. Program ini bukan [...]

USIM–EDOTE lancar eBrelle: Komputer Riba Braille Pertama Malaysia tembusi pasaran global

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) hari ini mencipta sejarah apabila melancarkan eBrelle, komputer riba pertama di Malaysia khusus untuk komuniti OKU Penglihatan yang dibangunkan bersama EDOTE Sdn. Bhd yang berlangsung di Executive Lounge USIM sebentar tadi . Produk inovasi ini turut mendapat pengiktirafan dan piawaian dari SIRIM QAS International. Majlis pelancaran eBrelle turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara USIM dan EDOTE Sdn Bhd, mengukuhkan kerjasama strategik dalam pembangunan teknologi Braille berasaskan kecerdasan buatan (AI), khususnya dalam menghasilkan kandungan pembelajaran digital Islamik seperti modul Iqra’ Braille. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, menyifatkan pelancaran ini sebagai lambang komitmen universiti dalam menjunjung prinsip keterangkuman dan pendidikan untuk semua. “Dengan termeterainya MoU ini, USIM akan menyumbang dari segi kandungan pembelajaran yang selari dengan keperluan komuniti OKU Penglihatan, manakala EDOTE Sdn Bhd akan membangunkan dan memasarkan produk digital Braille ini. Inisiatif ini menyemarakkan aspirasi USIM Cemerlang, USIM Disayang,” katanya. eBrelle bukan sahaja membolehkan komuniti OKU Penglihatan mengakses ChatGPT dan AI generatif secara terus, malah menggantikan kamus Braille fizikal setebal 35 jilid. Peranti ini turut dilengkapi dengan teknologi penterjemahan imej yang mampu menyampaikan maklumat visual dalam bentuk Braille. Lebih membanggakan, produk ini telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan kini dieksport ke Kanada, Amerika Syarikat, dan United Kingdom, sekali gus membuktikan bahawa inovasi tempatan mampu bersaing di peringkat global. Sementara itu, Pengarah Eksekutif EDOTE Sdn Bhd, Dr. Nor Afifah Shabani, berkata sinergi bersama USIM ini adalah langkah penting dalam menjamin kesaksamaan hak [...]

KK1 USIM Diiktiraf Kafeteria Sihat: Ke Arah Kampus Sejahtera

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila Kafeteria Kolej Kediaman 1 (KK1) diiktiraf sebagai Kafeteria Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dengan pengiktirafan ini, USIM menjadi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pertama di Negeri Sembilan yang menerima anugerah tersebut. Majlis penyerahan sijil pengiktirafan telah berlangsung di KK1 USIM baru-baru ini disempurnakan oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban, disaksikan oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL), YM Raja Mariam Raja Mohd Esa, serta wakil daripada Pusat Kesihatan Universiti. Wakil Lagenda Legacy, Encik Amrullah Jaafar selaku Pengurus Kafeteria KK1, menerima sijil penghargaan tersebut atas komitmen mereka dalam menyediakan hidangan sihat, bersih dan berkualiti kepada warga kampus. Menurut YM Raja Mariam Raja Mohd Esa, “Pengiktirafan ini menjadi sejarah baharu dalam usaha USIM membudayakan pemakanan sihat dan persekitaran kampus yang sejahtera. Ia bermula dengan tekad dan komitmen bersama antara penyedia makanan, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) serta sokongan agensi luar seperti KKM dan PKD.” Inisiatif Kafeteria Sihat oleh KKM bertujuan untuk mempromosikan pilihan makanan sihat dan persekitaran makan yang menyokong gaya hidup sihat. Ia selari dengan hasrat USIM untuk melahirkan pelajar bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga sihat fizikal dan mental. Pencapaian ini turut mencerminkan kejayaan sinergi antara Lagenda Legacy, PRUPEL, PKU dan PKD yang komited mendukung kesejahteraan warga kampus. USIM berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pengendali kafeteria lain di seluruh kampus untuk terus mempertingkatkan kualiti pemakanan dan persekitaran makan demi melahirkan komuniti kampus yang lebih sihat, selamat dan sejahtera.     Oleh: Muhamad Ikmal Firdaus Mustafa  

USIM Perkasa STREAM dan SULAM di Peringkat Kebangsaan, Libat 814 Mahasiswa dan 21 Sekolah

NILAI– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh agenda pendidikan berimpak tinggi menerusi penganjuran Program ExploreSTREAM 4.0 dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad dengan penglibatan seramai 814 mahasiswa dari 16 kursus akademik dan 21 buah sekolah dari Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Program berlangsung di Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM pada 11 Jun 2025. Program ini merupakan kesinambungan pendekatan berasaskan SULAM (Service-Learning Malaysia – University for Society), yang menggabungkan pembelajaran akademik dengan khidmat komuniti berteraskan ilmu Naqli dan Aqli. Menariknya, pendekatan ini diadun secara holistik melalui elemen STREAM iaitu Science, Technology, Religion, Engineering, Art, Mathematics, menjadikan USIM antara pelopor integrasi pendidikan nilai dan teknologi di peringkat institusi pengajian tinggi. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, dalam ucapan perasmiannya menyifatkan program ini sebagai antara manifestasi komitmen USIM dalam menyokong agenda pendidikan negara yang mampan dan inklusif. “Gabungan SULAM dan STREAM melalui penglibatan komuniti secara kolektif mampu memupuk semangat kerjasama, perkongsian ilmu, pemikiran kritis dan kreatif serta kemahiran kepimpinan – elemen penting dalam menghadapi era Revolusi Industri 5.0,” ujar beliau. Program ini turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM, Yakult, SugarBomb, AEON BiG Putrajaya dan MOSTI STEM Camp, mencerminkan jalinan sinergi yang kukuh antara universiti, industri dan masyarakat. Pelaksanaan ExploreSTREAM yang dimulakan sejak tahun 2022 telah berkembang dari peringkat sekolah rendah ke daerah, negeri dan kini ke peringkat kebangsaan. USIM menjangkakan lebih 1,000 murid sekolah rendah dan menengah menerima manfaat langsung dari pengisian [...]

“Charity For Sunshine 2025: Mahasiswa USIM Raikan Warga Emas di Pusat Jagaan Al-Fattah

SEMENYIH- Seramai 24 mahasiswa Kursus Agrosis dan Usahawan Tani dari Kumpulan 1 di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), Universiti Sains Islam Malaysia telah berjaya melaksanakan program komuniti “Charity For Sunshine USIM 2025” di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah, Semenyih Selangor yang telah diadakan pada 11 Jun 2025 baru-baru ini. Program yang berlangsung selama 4 jam ini turut disertai oleh seorang penasihat program dan beberapa orang kakitangan pusat jagaan, serta mendapat sambutan yang hangat daripada warga emas yang menetap di sana. Objektif utama program ini adalah untuk memberi ruang kepada pelajar mempraktikkan ilmu teori dan praktikal berkaitan pertanian yang telah dipelajari, selain menyemai nilai kemasyarakatan dan keprihatinan terhadap golongan warga emas. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah aktiviti penanaman anak pokok sebagai inisiatif penghijauan,  sesi gotong-royong membersihkan kawasan pusat jagaan, aktiviti permainan dan mewarna serta sesi nyanyian bersama warga emas Al-Fattah dan penyampaian cenderahati. Menariknya, peserta turut mengambil inisiatif memperkenalkan teknik pertanian asas kepada penghuni dan kakitangan pusat jagaan sebagai salah satu usaha jangka panjang untuk membudayakan pertanian mesra komuniti. Beberapa anak pokok dan bahan tanaman telah disumbangkan dan ditanam sebagai simbolik kepada aktiviti kebun komuniti mini bagi program ini. Selain itu, para peserta turut diberikan pendedahan melalui sesi perkongsian bersama kakitangan Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah. Dalam sesi ini, mereka berkongsi pelbagai kisah dan pengalaman berkaitan kehidupan warga emas yang telah ditinggalkan oleh ahli keluarga.Perkongsian ini bukan sahaja membuka mata para pelajar terhadap realiti yang dihadapi oleh golongan warga emas, malah turut menyemai nilai empati dan tanggungjawab sosial dalam [...]

USIM Rakam Takziah, Salur Sumbangan dan anjur Majlis Tahlil Mangsa Kemalangan UPSI

NILAI, 10 Jun 2025 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada semua mangsa kemalangan bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat, Jeli–Gerik baru-baru ini, khususnya kepada ahli keluarga pelajar yang telah meninggal dunia dalam insiden tragis tersebut. Sebagai tanda solidariti dan sokongan berterusan, USIM melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM2,000.00 kepada UPSI bagi tujuan kebajikan mangsa dan keluarga terlibat. Penyerahan dibuat oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Pengarah PWZ kepada Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani yang turut disaksikan oleh ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU). Selain sumbangan kewangan, USIM melalui Majlis Perwakilan Pelajar juga telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil khas di Pusat Islam USIM pada malam Isnin, sejurus selepas solat Maghrib. Majlis tersebut dihadiri lebih 100 orang yang terdiri daripada pelajar, staf serta warga universiti yang hadir bagi menyampaikan doa dan sokongan rohani kepada mangsa serta keluarga. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor berkata, USIM merakamkan rasa dukacita atas musibah yang menimpa pelajar-pelajar UPSI. “Saya mewakili USIM ingin menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga pelajar yang terkorban dan mendoakan agar semua mangsa yang tercedera segera pulih. Kami amat memahami kesakitan yang ditanggung dalam detik mencabar ini, dan mahu seluruh warga UPSI tahu bahawa mereka tidak berseorangan.” “Selain bantuan kewangan, USIM juga memberikan sokongan moral dan rohani melalui majlis tahlil, dan akan meneruskan kutipan dana melalui Tabung USIM Prihatin bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara [...]

USIM Raikan Semangat Aidiladha, Erat Ukhuwah dan Santuni Komuniti

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi menganjurkan Majlis Korban Perdana menzahirkan semangat kebersamaan serta keprihatinan warga kampus terhadap golongan yang memerlukan sempena sambutan Aidiladha dalam suasana yang penuh meriah dan bermakna di perkarangan Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Seramai 170 petugas yang terdiri daripada warga kerja USIM, ahli kariah Kompleks Islam USIM serta pelbagai badan pelajar termasuk Sekretariat Pusat Islam (SPI), Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), Rakan Siswa YADIM (RSY) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pengarah Pusat Islam, Ustaz Razman Ibrahim berkata, sebanyak lapan ekor lembu korban tahun ini; tujuh daripadanya disembelih di kampus USIM, manakala seekor lagi di Ladang Ginching Lanjut, Labu. Dua daripada lembu tersebut merupakan sumbangan ikhlas daripada RHB Bank dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU). "Lebih bermakna, tahun ini turut menyaksikan perasmian tempat penyembelihan dan kandang lembu yang baharu siap dibina, menandakan kemajuan dalam pengurusan program korban USIM. Majlis penyembelihan diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Murshaddad Hasbullah, manakala Naib Canselor, Profesor Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani turut hadir memeriahkan acara". Ujarnya lagi, sebanyak 49 bahagian korban telah disertai oleh staf USIM dan ahli keluarga mereka, mencerminkan komitmen dan sokongan padu dalam program ibadah tahunan ini. Daging korban ini akan diagihkan kepada warga kampus termasuk golongan asnaf, fakir dan pelajar. Selain itu, Dapur USIM turut menyediakan juadah istimewa berupa sup daging dan tulang untuk dinikmati bersama 1,000 para tetamu dan jemaah selepas solat Zuhur. Majlis Korban Perdana ini bukan sahaja menyuburkan semangat penghayatan ibadah korban, malah [...]

USIM Peneraju Inovasi Ibadah Haji Mesra OKU, Menteri Agama lancar Buku Panduan Ibadat Versi Braille

MAKKAH – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengorak langkah dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menyediakan penerbitan Buku Panduan Ibadat Haji Mesra OKU Penglihatan versi Braille. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dato' Setia Dr. Mohd Naim Mokhtar telah meluangkan masa untuk hadir ke Bangunan Penginapan Jemaah Haji (BPJH) Land Premium Hotel, Makkah bagi melancarkan buku tersebut. Inisiatif ini merupakan hasil sinergi antara Tabung Haji dan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), USIM melalui Projek Khas yang diketuai oleh Penyelaras Bahagian Penyelidikan Inklusif UMMI, Dr. Mohd Nur Adzam Rasdi,  merangkap Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM. Usaha ini turut mendapat sokongan daripada NGO Islam, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dan juga Pusat Penerbit USIM. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan bahawa bagi musim haji tahun ini, seramai 11 orang jemaah haji daripada golongan OKU penglihatan berada di Tanah Suci dan akan menerima bimbingan serta bantuan sewajarnya daripada para petugas Tabung Haji (TH). “Inisiatif ini seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI dan prinsip ‘Tiada Siapa Ketinggalan’. Ia bukan sahaja memberi manfaat besar kepada jemaah haji OKU Penglihatan, malah berpotensi menjadi model rujukan kepada agensi lain dalam merangka pendekatan ibadah yang lebih inklusif,” katanya. Sementara itu, Pengarah UMMI, Profesor Madya Dr. Haji Norakyairee Mohd Raus berkata, penerbitan buku ini menandakan kejayaan besar dalam merealisasikan agenda inklusiviti dan kesaksamaan akses kepada pendidikan ibadah yang sistematik untuk semua golongan. “Semoga dengan terbitnya buku panduan ini, ia [...]

USIM Perkasa Bakat Ketenteraan Melalui Latihan Menembak 2025

ULU TIRAM JOHOR -  PALAPES USIM telah melaksanakan Latihan Menembak Individu, Senjata Bantuan dan Lawatan Sambil Belajar di Pusat Latihan Tempur Darat (PULADA), Kem Ulu Tiram pada 12 hingga 16 Mei 2025 baru-baru ini. Latihan Berterusan kali ini melibatkan 2 peg dan 11 anggota tetap serta 19 pegawai muda dan 139 pegawai kadet. Turut hadir Naib Canselor USIM, Kolonel (K) Prof Dato' Ts. Dr. Sharifudin bin Md Shaarani selaku Komandan PALAPES USIM. Ujian dan Latihan ini telah diketuai oleh Mejar Noor Efendy Hj Samih dan mendapat bantuan sepenuhnya daripada pasukan berhampiran iaitu PULADA, Batalion Ke - 6 Rejimen Renjer DiRaja dan Rejimen 501 Askar Wataniah. Menurut Mejar Noor Efendy Hj Samih, objektif Latihan ini adalah kepada penilaian tahap pengetahuan senjata persendirian serta pengendalian senjata kemahiran menembak anggota tetap dan pegawai kadet. Seterusnya, mengadun ilmu taktik, ilmu medan perang dan kecekapan pengendalian senjata. Di akhir latihan tersebut, ia akan menjadi kayu pengukur kepada Ketua Jurulatih menilai dan seterusnya mengambil langkah bagi memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti. Pelaksanaan aktiviti ini melibatkan penggunaan senjata M4, M16, M203, LMG HK A1, LMG NATO dan MGKA. Latihan menembak malam turut dilaksanakan oleh anggota tetap dan seterusnya memberi pengalaman berguna kepada peg kadet dalam memahami kegunaan senjata yang diberikan. Selain Latihan Menembak Individu dan Senjata Bantuan dilaksanakan, pegawai kadet PALAPES USIM juga berpeluang membuat Lawatan Sambil Belajar di Cawangan Serigala, Muzium PULADA, Galeri Senjata dan Galeri Medan Perang. Mereka berpeluang menyaksikan Demonstrasi Anjing Perang daripada Cawangan Serigala PULADA. Demonstrasi ini bertujuan untuk mempamerkan kehebatan dan kecekapan Unit [...]

USIM dan KPM Perbaharui MoU PERMATA Insan, Perkukuh Agenda Pendidikan Cendekiawan Ulul Albab

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memperkasa pendidikan anak-anak pintar dan berbakat dengan menandatangani pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pelaksanaan Program PERMATA Insan yang berlangsung di Eksekutif Lounge, Aras 6 Canselori pada 3 Jun 2025. USIM diwakili oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani manakala KPM diwakili oleh Ketua Setiausaha KPM, Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim. MoU ini memperkukuh lagi kerjasama strategik antara KPM dan USIM, khususnya melalui Kolej PERMATA Insan sebagai institusi peneraju program pembangunan pelajar pintar dan berbakat di Malaysia. Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, MoU ini bukan sekadar satu dokumen formal tetapi melambangkan komitmen bersama dalam menjayakan agenda nasional yang mencorakkan acuan cendekiawan Islam berteraskan keseimbangan antara ilmu sains, teknologi dan kefahaman agama. “USIM berbangga menjadi rakan strategik utama KPM dalam program istimewa ini. Melalui pembaharuan MoU ini, USIM dan KPM komited memperkukuh dasar pembangunan modal insan negara secara holistik, termasuk dari aspek pembiayaan, penyediaan kemudahan, serta perkongsian kepakaran dan infrastruktur,” ujar beliau. Pembaharuan ini turut memperincikan pelaksanaan program teras seperti Ujian Pencarian Bakat, Mukhayyam Al-Abrar, Program Perkhemahan Cuti Sekolah, serta pendidikan berstruktur sepenuh masa di Kolej PERMATA Insan. Pendedahan awal kepada pendidikan ‘accelerated and enriched’ diyakini dapat memberikan kelebihan kompetitif kepada pelajar pintar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Menurut Dato’ Ts. Dr. Sharifudin lagi, kejayaan program ini tidak mungkin dicapai tanpa hubungan erat antara USIM dan KPM. Justeru, MoU ini turut menetapkan penubuhan Jawatankuasa Bersama bagi memastikan penyelarasan [...]

Go to Top