Jun 2015
ECNA HIMPUN PEMIKIR USIM HASIL MODEL NAQLI DAN AQLI
NILAI, 11 JUN 2015 - Seramai 100 peserta menjayakan Kongres Pendidikan Integrasi Naqli dan Aqli (ECNA 2015) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) anjuran Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Pusat Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran (PIPP) bertempat di Dewan Kuliah Utama. Penganjuran kongres ini adalah selaras dengan matlamat strategik USIM ke arah pengukuhan agenda Integrasi ilmu Naqli dan Aqli agar ianya dapat memperkasakan program integrasi akademik di USIM ke arah menjadi pusat rujukan bagi peringkat serantau 2016 dan global 2025. Kongres ini membentang 40 kertas kerja dengan membincangkan tiga kluster iaitu pengajian Islam, Sains Sosial dan Sains dan menghimpunkan tokoh-tokoh pemikir dan warga akademik USIM dalam melaksanakan integrasi Naqli dan Aqli untuk menghasilkan model pelaksanaan yang akan dilaksanakan di USIM. Fasa kedua pelaksanaan integrasi ilmu Naqli dan Aqli memfokuskan kepada menterjemahkan konsep Naqli Aqli dari fakulti masing-masing bagi membolehkan pelajar menguasai ilmu moden di samping mendapatkan suntikan roh dan nilai-nilai murni berlandaskan prinsip Islam. Bagi meningkatkan kualiti pengajran dan pembelajaran, setiap kakitangan akademik USIM disaran melaksanakan pendekatan Action Research bagi setiap subjek yang diajar. Menurut Pengarah Program Profesor Madya Dr. Bhasah Abu Bakar objektif penganjurannya adalah bagi mewujudkan perkongsian pelaksanaan model integrasi Naqli Aqli dalam pengajaran dan pembelajaran di USIM, dan menghasilkan bahan-bahan rujukan dalam pelaksanaan integrasi Naqli dan Aqli. ”Agenda integrasi Naqli dan Aqli ini juga diterapkan bukan sahaja di dalam aspek pengajian dan pelajar sahaja tetapi diterapkan di dalam aspek-aspek lain juga seperti Latihan dan Kursus Kakitangan Pentadbiran USIM anjuran Bahagian Modal Insan (BMI) yang telah menganjurkan Program Eksplorasi [...]
INOVASI BEG KECEMASAN SONIC USIM ‘MERAWAT’ DISAAT MEMERLUKAN
NILAI – Sekumpulan kakitangan Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menghasilkan inovasi baharu kepada peti kecemasan sedia-ada di pasaran kepada beg kecemasan. Dianggotai 10 orang ahli yang diketuai oleh Dr Nik Mohd Shafikudin Md Nik Tajuddin selaku Pengarah Pusat Kesihatan USIM, beg kecemasan yang dinamakan Sonic ini adalah merupakan beg galas/sandang yang sesuai digunakan untuk ativiti luar (outdoor) menggantikan peti kecemasan sedia ada. Peti kecemasan sedia ada mempunyai beberapa kesulitan untuk aktiviti luar seperti reka bentuk kurang sesuai, mudah rosak kerana diperbuat daripada kotak dan plastik, tidak mempunyai manual panduan penggunaan dan harga yang mahal. “Apabila kita ingin menghasilkan beg kecemasan Sonic ini, pasukan telah menetapkan spesifikasi beg yang dihasilkan nanti perlu mempunyai reka bentuk sesuai, diperbuat dari bahan tahan lasak dan saiz yang sederhana. Di pasaran memang tidak ada lagi beg kecemasan yang sesuai untuk outdoor dan USIM ingin menjadi pencetusnya.” “Hasil kerja berpasukan amat terserlah bermula dari percambahan idea reka bentuk, ruang penyimpanan ubatan, ciri-ciri tambahan untuk memenuhi keperluan semasa kecemasan sehingga kepada penghasilan beg Sonic ini”. “Beg ini bukan sahaja mudah dibawa, kos seunitnya juga murah berbanding harga peti kecemasan, ia juga diperbuat daripada material berkualiti dan mudah didapati. Malahan turut juga disertakan panduan penggunaan yang mudah difahami dan amat membantu para penggunanya” ujar Dr. Nik Mohd Shafikudin. Antara alatan asas kecemasan yang disediakan di dalam beg ini adalah dresing steril, plaster luka, kain anduh, pembalut kain kasa, larutan iodin, krim antiseptic dan gunting kecil. “Beg Kecemasan Sonic juga disertakan dengan beberapa ciri tambahan yang tiada [...]
PENSYARAH TERAWAL USIM MENINGGAL DUNIA
NILAI, 9 Jun – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merakamkan ucapan takziah dan rasa sedih atas pemergian pensyarah bahasa Arab di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) iaitu Allahyarham Dr. Ahmad Pangidoan Nasution, 58 pada Ahad malam. Allahyarham merupakan antara pensyarah terawal menabur bakti di USIM (dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia, KUIM) bermula pada tahun 2003. Allahyarham yang berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dan Sastera, Universiti Islam Madinah (1987); Sarjana Bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), (1996) dan Doktor Falsafah dalam Pengajian Bahasa Arab Fonetik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2002. Jawatan terakhir Allahyarham di USIM selain sebagai seorang pensyarah adalah Ketua Program Bahasa Arab di FPBU sejak 2010. Semenjak pertengahan Februari lalu, beliau berada dalam keadaan separa sedar selepas mendapat serangan strok. Allahyarham dilaporkan mengalami sesak nafas di kediamannya pada Ahad petang dan dibawa ahli keluarga ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.15 malam. Antara sumbangan besar Allahyarham dalam perkembangan Bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi ialah menjadi antara tulang belakang utama membawa Debat Bahasa Arab untuk dipertandingkan kali pertama dalam Debat Diraja antara Universiti pada 2006 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Selain itu, beliau turut menjadi penggerak dan rujukan dalam aspek kehakiman kepada penganjuran Debat Bahasa Arab Instusi Pengajian Tinggi ASEAN (2005-2014) dan Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan (2008-2014) anjuran USIM. Atas baktinya itu, beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Hakim Berjasa (Bahasa Arab) oleh Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM) pada 2010. Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid [...]
TUANKU CANSELOR USIM, TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD BERKENAN RASMI DEWAN TUANKU CANSELOR
NILAI, 4 Jun 2015 - Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir bersama Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berangkat mencemar duli ke Majlis sempena Lawatan Diraja dan Perasmian Dewan Tuanku Canselor yang terdahulu dikenali sebagai Dewan Besar USIM. Turut mengiringi YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz selaku Pro Canselor USIM, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Hj Awaludin Said Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad Naib Canselor. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dalam ucapannya berkata cadangan penubuhan institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Universiti Awam adalah hasrat kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam ini telah dibuat oleh YB. Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996. Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai KUIM telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997. “Hasrat penubuhan ini adalah selaras dengan manifestasi Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam sepenuhnya. Selain itu ia berhasrat untuk menjadikan [...]
USIM RANGKUL 5 GOLD, 1 SILVER DI PENTAS ITEX’15
KUALA LUMPUR, 22 MEI 2015 –Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) rangkul lima Emas dan satu perak dari enam produk yang dipertandingkan di pentas ITEX 2015 yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 21 hingga 23 Mei bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) baru baru ini. Kejayaan yang dicapai oleh para penyelidik USIM ini merupakan satu kejayaan membanggakan universiti dan ia adalah hasil usaha dari Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon, Dr. Azman Ab Rahman, Dr. Hishamuddin Abdul Wahab, Dr. Ahmad Wifaq Mohktar, Mahyuddin Hashim, dan Dr. Abdul Rahman Hassan. Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon, pesnyarah dan Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan yang mempertandingkan produk Informer On Site iaitu aplikasi telefon pintar pemakluman laporan mengenai bencana alam seperti banjir, kejadian tanah runtuh. Ia akan dihantar secara automatik kepada pegawai agensi yang bertanggungjawab dengan mengesan lokasi dan gambar yang dikongsikan. Seterusnya, Dr. Azman Ab Rahman Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang mempertandingkan produk MYEMA version 3.0 (Entrepreneur Monitoring Apps) iaitu aplikasi yang akan melakukan pemantauan terhadap prestasi usahawan dari segi belanjawan dan prestasi Asnaf. Dr Hishamuddin Abdul Wahab, Ketua Program Fakulti Sains dan Teknologi mempertandingkan produk EZ Pay version 1.1 perisian atau software bayaran kad kredit yang lebih sistematik. Ia kombinasi empat aplikasi iaitu easy payment plan, credit card manager, calculator dan spending tracker. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar, Timbalan Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) mempertandingkan The Model of Maqasid al-Shariah (MMS) for Decision-Making Process in Critical Medical Treatment iaitu garis panduan kepada pegamal perubatan untuk membuat [...]
SPADA BERBAKTI DI PANTAI TIMUR
NILAI, 12 APRIL 2015- Seramai 36 mahasiswaDiploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) melebarkan sayapnya kepantai timur menerusi program ‘Kembara Nurani Semarak Impian’ yang diadakan di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula 8 hingga 12 April baru-baru ini. Program yang ini bertujuan untuk melawat pusat-pusat pemulihan di pantai Timur bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan yang dijalankan selain berkongsi buah fikiran dan informasi mengenai gejala penyalahgunaan dadah. Selaku penasihat program ini, Dr. Mohd Isa b.Kamal berkata program ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat terutamanya mahasiswa SPADA kerana mereka sendiri boleh melihat dan mempelajari perkara-perkara diluar pembelajaran. Hal ini kerana mahasiswa hanya mempelajari teoritikal sahaja. Wujudnya aktiviti seperti ini dapat membuka mata dan fikiran mahasiswa dalam membendung masalah dadah di Malaysia terutamaya dikalangan mahasiawa itu sendiri. Menurut Pengarah program, Puan Khairin Fariza Kamarul Bahrin, pelajar-pelajar SPADA komited membantu kerajaan Malaysia dalam membanteras penyalahgunaan dadah serta mencari langkah efektif agar gejala ini dapat dikurangkan seterusnya merealisasikan hasrat Negara untuk menjadi bebas dadah menjelang 2015. “Melihat kepada kepelbagaian teknik rawatan pemulihan yang digunakan di setiap pusat pemulihan tersebut, saya bersetuju bahawa tiada teknik yang khusus untuk seorang penagih kecuali teknik itu perlu memenuhi setiap keperluan individu penagih yang menjalani rawatan.” kata beliau. Beliau turut menjelaskan perkara yang perlu dilakukan, untuk mencapai matlamat sifar dadah adalah semangat dan usaha yang berterusan untuk melihat masyarakat bebas dadah di samping mewujudkan warganegara yang seimbang jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual sekaligus melahirkan warganegara yang berminda kelas pertama. “Masyarakat sekeliling seharusnya memberi semangat [...]
Mei 2015
KUMPULAN ATRA RANGKUL NAIB JOHAN DI FESTIVAL TEATER NEGERI SEMBILAN 2015
SEREMBAN, 23 MEI- Kumpulan ATRA (Akademi Teater Rupawan Asli) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan Naib Johan pada Festival Teater Negeri Sembilan 2015 yang berlangsung di Auditorium Raja Melewar, Kompleks JKKN, Negeri Sembilan, baru-baru ini. ATRA merupakan Urus Setia Keseniaan Pelajar Pusat Kebudayaan USIM mempersembahkan pementasan teater PREH olahan Aloeng Silalahi dan hasil karya Asma Nadia membawa pulang trofi, sijil dan hadiah wang tunai sebanyak RM 3,000. Menurut pengarahnya, Saidatul Salwani Hazman, PREH mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu sarat dengan mesej tauladan dan unsur-unsur Islamik dalam mendidik masyarakat. “PREH bukan hanya menonjolkan konflik kekeluargaan dan cinta, malah menerapkan nilai murni dalam Islam dan mengajar kita erti usaha, tawakal dan sabra yang sebenar.” Sementara itu, tenaga pengajar ATRA, Aloeng Silalahi berkata, kejayaan ini lahir daripada sifat ukhuwah dan semangat yang tinggi dalam kalangan ahli ATRA di samping berkat doa masing-masing.” “Ini adalah satu anugerah namun ia juga ujian daripada Allah SWT supaya tidak berasa takbur dengan kejayaan ini. Malah, kemenangan ini menjadi platform untuk terus maju dalam menyemarakkan kegiatan seni teater.” “Saya berharap mahasiswa USIM akan lebih ramai celik seni dan tidak segan menyertai aktiviti teater disamping ahli-ahli ATRA terus memantapkan kemahiran masing-masing dalam memartabatkan seni teater,” jelas beliau lagi. Mengulas mengenai kejayaan ATRA, Pengarah Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata, penyertaan pertandingan seperti ini membuka peluang mereka dalam mendidik khalayak disamping membangunkan tamadun akal manusia. Hal ini kerana teater merupakan medium yang sangat dekat dengan penonton menerusi visual. “Saya ucapkan syabas kepada ATRA atas usaha dan [...]
USIM STREET DAKWAH BANTU KUTIP DANA PELARIAN ROHINGYA
ALAMANDA, 23 Mei 2015 - Program USIM Street Dakwah meneruskan aktiviti menyampaikan dakwah menerusi busking muzik di Pusat Membeli belah Alamanda Putrajaya bagi membantu kutipan dana untuk pelarian Rohingya. Program USIM Street Dakwah yang sebelum ini telah mengembara ke Pasar Seni Kuala Lumpur, Dataran Merdeka dan Alor Setar, Kedah dalam misi menyampaikan dakwah mereka telah memilih pusat membeli belah Alamanda Purajaya sebagai lokasi bagi tujuan murni tersebut. Pusat Kebudayaan USIM selaku peneraju program telah bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia dan Alamanda Putrajaya. Program ini bermula sekitar jam 3.30 petang di lokasi berhampiran The Hub Alamanda Putrajaya. Dunia Islam hari ini diwarnai lagi dengan cerita sedih yang menyayat hati. Nasib pelarian Rohingya yang kebuluran di tengah laut dan kisah ‘ ikat perut’ yang berlanjutan lebih daripada sebulan ditengah lautan telah menyentuh hati pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Melalui program USIM Street Dakwah, sekumpulan anak muda pelajar USIM yang aktif dalam aktiviti seni budaya telah turun kepada komuniti Putrajaya berkongsi kesedihan dan mengutip dana bagi menyalurkan bantuan kepada pelarian Rohingya. Apa yang menarik dalam USIM Street Dakwah ialah penggunaan medium seni budaya sebagai usaha mendekati masyarakat selain pengisian persembahan seni yang baik dan memberi manfaat untuk menyampaikan dakwah. Setiap lagu yang disampaikan mempunyai mesej- mesej kebaikan yang mengajak khalayak menghayati makna instrinsik setiap lirik dan lagu yang disampaikan. USIM Street Dakwah menampilkan USIM Buskers hasil gabungan ahli kelab Urus Setia Kesenian Pelajar USIM daripada pelbagai fakulti yang aktif dalam aktiviti seni budaya di kampus. Persembahan USIM Buskers menampilkan persembahan band akustik, [...]
KUMPULAN TABUH PENDETA RANGKUL JUARA KESELURUHAN IFESSEM 2015
NILAI, 15 MEI 2015 - Dengan mendapat ulasan terbaik daripada barisan juri yang hebat iaitu Fauzi Marzuki, komposer terkenal juga Dr. Ahmad Faizan yang didatangkan khas untuk menilai keberkesanan aktiviti budaya ini dan juga menilai tahap kreativiti yang dilontarkan pelajar dari hasil kesenian mereka, kumpulan kesenian Dikir Barat Tabuh Pendeta telah berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa pulang trofi emas utama dalam majlis Anugerah Seni USIM yang menjadi malam penutup kepada Festival Seni USIM 2015 baru-baru ini. Mengangkat tema dakwah dalam seni, kumpulan dikir barat tabuh pendeta membawakan keunikan dari segi penyampaian dan aksi dikir barat yang menarik selain mesej ketuhanan yang mendalam dan sejarah perjuangan Rasulullah dalam berdakwah di dalam lirik lagu-lagu nyanyian dan bait-bait ‘karutan’ mereka. Seiring dengan pengintegrasian ilmu aqli dan naqli, tabuh pendeta dilihat lebih menekankan tema berunsur islamik yang memberi pendekatan dengan mengetengahkan pelbagai bahasa seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil bagi memberi pemahaman selain melakukan tugas hakiki dalam menghiburkan penonton. Wakil dari kumpulan Tabuh Pendeta iaitu Saudara Mokhtarudin bin Ismail yang juga merupakan tukang karut bagi kumpulan tersebut menyatakan perasaan terkejut kerana mereka semua tidak menjangkakan kemenangan mereka pada malam itu dek ramai kumpulan seni yang membawakan persembahan yang lebih hebat. Walau bagaimanapun, beliau yang juga merupakan pelajar tahun akhir Quran dan Multimedia itu sangat bersyukur di atas kemenangan yang tidak disangka-sangka itu. Kumpulan Tabuh Pendeta turut membawa pulang wang berjumlah RM 1 000, hamper juga sijil bersama trofi iringan. Secara ringkasnya, Tabuh Pendeta yang merupakan singkatan kepada Tarikan Budaya melalui Pendekatan Ta’abbuddiyyah [...]
DUTA JAUHAR USIM RAIH DUA ANUGERAH
JOHOR BAHRU, 17 MEI 2015 - Duta jauhar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya meraih dua anugerah iaitu Kumpulan Cemerlang dan Pameran Terbaik dalam program Duta Jauhar Mahasiswa Johor Prihatin 2013/2014. Majlis Perasmian Penutup Kongres Duta Jauhar 1.0 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program Mahasiswa Johor Prihatin adalah satu program cetusan idea YB Dato’ Mohamed Khalid Bin Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan mahasiswa. Ia melibatkan seramai 300 mahasiswa Johor daripada 15 IPTA untuk menjadi Duta Jauhar iaitu penggerak utama program berasaskan aktiviti sukarelawan yang berimpak tinggi terhadap pembangunan 10 daerah di Johor. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, keberhasilan program Duta Jauhar 1.0 ini telah memberi manfaat bukan sahaja kepada mahasiswa malah masyarakat setempat dan akan diteruskan untuk 2.0. “Objektif utama ialah memberi peluang mahasiswa anak johor untuk melatih kemahiran insaniah disamping membantu meningkatkan sosio-ekonomi negeri Johor dengan bantuan agensi-agensi kerajaan dan swasta,”katanya. Dalam pada itu menurut pelajar tahun empat Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Amir Hamzah Jamal,23, memenanangi dua anugerah iaitu kumpulan terbaik dan pameran terbaik dalam program itu amat tidak dijangka serta mengejutkan. “Saya dan ahli kumpulan berhempas pulas untuk menjayakan “Program Cintai Ilmu Masyarakat Orang Asli Segamat Kecil’ untuk menarik minat mereka dalam pendidikan membuahkan hasil dengan kejayaan ini.,”katanya yang juga ketua kumpulan program duta jauhar USIM. Manakala Presiden Mahasiswa Anak Johor USIM, Muhammad Asyraf Amran berkata, program duta jauhar 2.0 akan kami laksanakan sebaik-baiknya dengan peruntukkan [...]