Februari 2015
USIM DEKATI MASYARAKAT MELALUI KARNIVAL PAGOH
NILAI, 1 FEB 2015 - Bertemakan “Kesihatan Permata Kehidupan, Ekonomi Menjana Kesejahteraan”, Karnival Kesihatan dan Ekonomi Parlimen Pagoh 2015 anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Biro Integrasi Kaum Parlimen Pagoh, Pusat Khidmat Adun Jorak dan Ahli Parlimen Pagoh telah diadakan di Dewan Sek. Keb. Sri Bukit Pasir, Dun Jorak bermula 30 Januari hingga 1 Februari 2015. Karnival diadakan bertujuan mencapai objektif Penyelidikan “Consultation on Strategic Planning Of Community Development Through Social Auditing In The Pagoh Constituency” yang merupakan naungan YAB Timbalan Perdana Menteri. Melaluinya, USIM dilantik sebagai ahli perundingan dalam menjalankan kajian selama tempoh dua tahun (Ogos 2014-Julai 2016). YAB Timbalan Perdana Menteri turut memperuntukkan sejumlah dana untuk pembangunanan masyarakat setempat di kawasan Pagoh yang juga merupakan kawasan Parlimen beliau. Menurut Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM, penganjuran Karnival Kesihatan & Ekonomi Parlimen Pagoh 2015 amat bersesuaian dengan bidang bitara USIM dalam pengajian Islam serta sains dan misi dalam menjadi sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan integrasi ilmu Naqli dan ilmu Aqli bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam. “Tujuan penganjuran Karnival Kesihatan & Ekonomi Parlimen Pagoh 2015 adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kepentingan penjagaan kesihatan tubuh badan dan mengeratkan silaturahim di antara USIM dan penduduk setempat serta memperkenalkan USIM sebagai satu institusi pendidikan yang memperjuang kesyumulan Islam melalui pendekatan integrasi ilmu naqli dan aqli”. ”Di samping itu, karnival ini juga bertujuan untuk mendapatkan data kedudukan ekonomi keluarga di samping melihat potensi perkembangan taraf ekonomi sesuatu keluarga di dalam kawasan Parlimen Pagoh dengan mengadakan lawatan [...]
USIM TUAN RUMAH SUKNES@U 2015
NILAI, 10 FEB 2015 - Karnival Sukan Mahasiswa (SUKNES@U) 2015 yang bermula 8 hingga 10 Februari telah diadakan di Kompleks Sukan Tunku Najihah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tiba ke acara kemuncak di Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan bertempat di Dewan Besar USIM. Kejohanan kali kedua anjuran Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) adalah dengan kerjasama Pusat Sukan USIM dengan sokongan Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) menghimpunkan lebih dari 19 IPTA dan 3 IPTS seluruh Malaysia. Seramai 1500 orang peserta yang turut serta dalam acara sukan yang dipertandingan dengan tujuan memberi manfaat kepada pembentukan insaniah mahasiswa disamping mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan dalam kalangan anak Negeri Sembilan. “Di USIM, pembudayaan sukan juga turut diperkasakan di mana Pusat Sukan akan menganjurkan senaman aerobik dan berbasikal di sekitar kampus pada setiap petang Rabu bagi menggalakkan warga USIM meningkatkan kesihatan dan melahirkan warga USIM yang cergas dan cerdas bersesuaian dengan pepatah arab “Al-Aqlu Salim fi Jismi Salim” iaitu otak yang cerdas terletak pada badan yang cergas”, jelas Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM. YAB Datuk Seri Utama Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan dalam kenyataannya berkata, betapa pentingnya aturan hidup ini disulami dengan aktiviti sukan dan rekreasi yang akhirnya akan mengharmonikan setiap tanggungjawab yang dipikul ke arah kecemerlangan. Mahasiswa juga disaran merebut peluang untuk menyertai program-program seperti Suknes@U ini, kerana aktiviti sukan dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatkan mutu hidup dan kesejahteraan masyarakat seterusnya membentuk insan [...]
MEMPERKASA BUDAYA INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI – AMANAT NAIB CANSELOR 2015
NILAI, 5 FEB 2015 – “Mendukung hasrat untuk menjadikan USIM sebagai pusat rujukan integrasi Naqli dan Aqli, warga USIM disaran menghayati, memahami dan mendukung visi dan misi USIM serta bekerja dalam semangat keserakanan bagi menjadikan USIM sebagai pusat rujukan integrasi Naqli dan Aqli di peringkat serantau menjelang tahun 2016 dan di peringkat global menjelang tahun 2025”. Begitulah kata-kata amanat oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad pada majlis amanat beliau kepada warga USIM yang berlangsung di Dewan Besar. Pusat Tanggungjawab (PTJ) baru atau diberi nama Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli bakal menjadi penggerak utama untuk merealisasikan halatuju USIM iaitu untuk menjadi universiti terkemuka dunia dalam integrasi ilmu Naqli dan Aqli melalui pendekatan pelan tindakan yang strategik, komprehensif dan efektif. “Objektif penubuhannya bagi memperkasakan budaya integrasi ilmu Naqli dan Aqli dikalangan warga USIM melalui program latihan. Pusat ini juga memainkan peranan untuk menyebar luas falsafah, prinsip dan amalan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dikalangan masyarakat khususnya organisasi awam dan industri melalui seminar dan program libat sama”, jelas Dato’ Musa. Sebanyak dua belas (12) tindakan strategik telah diatur bagi merealisasikan hasrat USIM’16 antaranya pemerkasaan agenda integrasi Naqli dan Aqli melalui penubuhan Pusat Pengembangan Integrasi Naqli dan Aqli. Keduanya, penjanaan kewangan dan autonomi, dengan meningkatkan sumbangan pelbagai dana wakaf, Zakat dan Endowmen; memperkasakan anak syarikat USIM dan melaksanakan aktiviti penjanaan pendapatan PTJ melalui Akaun Enterprise. Dan ketiga, pengembangan akademik dan e-Pembelajaran, dengan bakal menawarkan tiga (3) program pengajian baharu pada tahun 2015 seperti Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam [...]
MAHASISWA ANAK NEGERI SEMBILAN BERKAMPUNG DI USIM UNTUK SUKNES@U 2015
NILAI,10 FEB 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi tuan rumah penganjuran Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan atau singkatannya SUKNES@U 2015 yang berlangsung bermula 8 hingga 10 Februari 2015. Penganjuran sukan ini amat dinantikan oleh mahasiswa Negeri Sembilan ini kerana ia satu-satunya kejohanan sukan yang mana para pesertanya hanya terdiri dari anak anak Negeri Sembilan. Mereka ini yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) diseluruh negara mewakili masing-masing ke kejohanan ini. Kejohanan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) dengan kerjasama Pusat Sukan USIM dan sokongan Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan (YNS). Ini merupakan edisi kedua ia dianjurkan selepas kali pertama diadakan pada tahun 2010 di mana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi menjadi tuan rumah sulung. Penyertaan IPT ke SUKNES@U kali ini lebih meriah dengan lebih dari 22 IPTA dan IPTS seluruh Malaysia menghantar kontinjen masing-masing dalam pertandingan sukan kali ini. Antaranya dari UKM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaya. Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Acara yang di pertandingkan sebanyak 9 permainan melibatkan acara sukan teras seperti futsal, bola jaring, bola tampar lelaki dan wanita, sepak takraw serta ping pong dan sukan rakyat seperti tarik tali, tarik upih, guli dan galah panjang. Kesemua acara ini berlangsung di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM. Lebih 1200 orang peserta [...]
USIM TUBUH PUSAT PENGEMBANGAN INTEGRASI NAQLI AQLI SEBAGAI RUJUKAN SERANTAU
NILAI, 5 Feb - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengumumkan penubuhan Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli pada tahun ini. Pengumuman rasmi penubuhan Pusat inj dibuat sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2015 Naib Canselor USIM. Penubuhan Pusat ini yang mempunyai visi menjadi pusat rujukan utama bertaraf antarabangsa dalam pengembangan integrasi ilmu Naqli dan Aqli untuk pembangunan negara dan kemanusiaan sejagat. USIM meletakkan sasaran menjadi Universiti rujukan serantau dalam integrasi ilmu Naqli dan Aqli pada 2016 (USIM'16) dan global menjelang 2025 (USIM'25). "Pusat baru ini bakal menjadi penggerak utama untuk merealisasikan halatuju USIM iaitu menjadi universiti terkemuka dunia dalam integrasi ilmu Naqli dan Aqli melalui pendekatan pelan tindakan yang strategik, komprehensif dan efektif". "Ia juga akan memainkan peranan untuk menyebar luas falsafah, prinsip dan amalan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dikalangan masyarakat khususnya organisasi awam dan industri melalui seminar dan program libat sama". Ucap Prof. Dato' Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor dalam amanatnya sebentar tadi. "Bertepatan dengan pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, inilah masanya USIM menonjol dalam falsafah yang kita wiridkan. Tahun 2015 inilah, kita perlu pacu segala usaha, rangka dan programkan segala perancangan supaya 2016 nanti, kitalah yang dicari dan dirujuk oleh rakan-rakan serantau; 10 negara dalam komuniti ASEAN. " katanya lagi. Pada majlis ini turut dilancarkan logo rasmi Sambutan 15 Tahun USIM (2000-2015) oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Hj Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Disediakan oleh : Zaini Othman PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri [...]
Amanat Tahun Baharu 2015 Naib Canselor USIM
KEMBARA : SYARIAH LAW CLUB (SLC) USIM ZIARAH PEKANBARU DAN PADANG
NILAI, 24 JAN 2015 - Program Kembara Ilmiah Kelab Syariah & Undang-Undang (SLC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Pekanbaru dan Padang, Indonesia pada 20 hingga 24 Januari 2015 lalu memberi pengalaman bernilai kepada 15 orang Ahli Kelab Syariah & Undang-Undang yang terlibat. Terdiri dari pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), program pengantarabangsaan berbentuk lawatan akademik (LA) ini memerlukan para pelajar untuk melaksanakan “transfer knowledge” dengan pusat pengajian terpilih yang dilawati semasa di sana. Degasi yang diketuai Dr. Setiyawan Gunardi selaku pensyarah pengiring memulakan pengisian lawatan antarabangsa ini apabila pesawat yang membawa rombongan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim dari Kuala Lumpur. Ketibaan USIM di sana disambut ceria oleh urusetia dari Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA) sebelum di bawa hotel penginapan. Pelbagai program berbentuk akademik diatur sepanjang 5 hari 4 malam. Program pertama ialah menyertai Forum Antarabangsa di Islamic Center UIN SUSKA. Forum yang dihadiri kira-kira 250 orang terdiri daripada mahasiswa, pensyarah dan kakitangan universiti membincangkan perbandingan mengenai undang-undang, syariah dan adat kebudayaan dua negara Malaysia dan Indonesia. Ahli panel forum yang terdiri daripada pimpinan pelajar dam pensyarah UIN SUSKA serta 3 orang mahasiswa USIM iaitu Abdul Alim Bin Abdul Aziz, Muhammad Kamil Bin Yazid dan Atyrah Hanim Binti Razali ternyata berjaya memukau khalayak yang menonton. Tamat forum, peserta juga di bawa melawat sekitar kampus terutamanya Fakultas Hukum dan Syariah. “Institusi pengajian tinggi lain yang turut dikunjungi adalah Universitas Andalas (UNAND). Kunjungan ke Fakultas Hukum UNAND membuka pemikiran baharu pelajar USIM dalam mendalami ilmu [...]
SISWI USIM WAKIL TUNGGAL MALAYSIA KE ASIAN YOUTH FORUM DI BANGKOK
NILAI, 31 Jan – Pelajar program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Saudari Fairus Abdul Manaf, 22 menjadi wakil tunggal Malaysia yang menyertai Asian Youth Forum kali Ke-13 (AYF ’13) di Bangkok Thailand bermula 27 Januari lalu hingga 2 Februari ini. Beliau bersama-sama 67 orang peserta lain yang mewakili pelbagai negara seperti Bangladesh, China, Indonesia, Japan, Italy, Rusia, Korea Selatan,Thailand, Mongolia dan Filipina akan mengikuti pelbagai pengisian yang diatur sepanjang berada di sana. AYF ini merupakan program tahunan peringkat antarabangsa yang menyasarkan pelajar university dan remaja telah diasaskan oleh Profesor Kip Cates dari Universiti Tottori, Japan pada tahun 1999. Penganjuran AYF saban tahun bertujuan untuk menghimpunkan para pelajar Intitusi Pengajian Tinggi di Asia khususnya dalam satu konvensyen antarabangsa sebagai satu platform untuk para peserta saling bertukar dan berkongsi idea, pandangan dan pemikiran berkaitan isu budaya, bahasa, kepimpinan, sosial dan global. Sepanjang Forum Belia Asia ini juga, para peserta digalakkan untuk berkomunikasi antara satu sama lain melalui bahasa Inggeris. Melaluinya, pelbagai perspektif baharu dalam menghadapi dan menyelesaikan cabaran dunia masa kini dapat ditonjolkan secara berkesan. Fairus ketika dihubungi melahirkan perasaan teruja beliau dapat bersama-sama dengan pelajar Universiti dari pelbagai negara. "Menurut penganjur, terdapat beberapa permohonan dari Malaysia untuk menjadi peserta AYF kali ini, tetapi selepas senarai pendek dikeluarkan, hanya saya seorang sahaja dipilih". "Terima kasih kepada Universiti khususnya USIM Alammiyah atas peluang yang diberikan. Ini satu tanggungjawab besar bagi saya dan Alhamdulillah, ketika sesi pembentangan mengenai keunikan Malaysia, ia berjalan lancar dan mendapat respon positif para [...]
KEMBARA : MENDAKAP AWAN DI PUNCAK GUNUNG KINABALU
NILAI, - Tanggal 23 Januari 2015 mencipta sejarah dan kenangan terindah buat 21 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila berjaya menawan Gunung Kinabalu yang berketinggian 4095m dari paras laut. Lebih manis lagi apabila pengalaman kali pertama sampai ke puncak gunung tertinggi Asia dan disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage ini diraikan bersama-sama dengan Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dan beberapa pegawai USIM lain yang turut sama mendaki. Para pelajar ini merupakan para peserta program khas Universiti iaitu Young Muslim Leaders of the Future (YMLF) yang diurusetiakan di bawah Pejabat Naib Canselor. Latihan untuk melakukan ekspedisi ini dilakukan secara intensif semenjak sebulan secara persendirian ataupun latihan secara berkumpulan oleh para peserta. Antara bentuk latihan yang dilakukan adalah seperti melakukan larian sekitar kampus, larian balapan, berbasikal dan mendaki bukit. Para peserta terbang ke Sabah pada 20 Januari dengan pengisian santai pada hari pertama di sana seperti melawat Kolam Air Panas Poring dan Fish Massage Tagal Sungai Moroli. Misi pendakian bermula pada hari kedua di sana apabila bertolak sekitar 8.00 pagi ke Taman Kinabalu Sabah. Setiba di sana, para peserta diberikan taklimat sebelum memulakan pendakian sekitar sekitar jam 10.00 pagi sambil diiringi beberapa Mountain Guide. Menurut salah seorang peserta, Muhamad Amirul Razali, pelajar Fakulti Syariah dan Undang – undang (FSU), terdapat dua fasa pendakian iaitu dari titik permulaan ke Laban Rata iaitu sejauh 6 KM dan dari Laban Rata ke Puncak Gunung Kinabalu sejauh 2.7 KM. “Pendakian yang curam dan licin disebabkan hujan ternyata mencabar. Setiap 1KM perjalanan, terdapat [...]
Januari 2015
SUKARELAWAN USIM BANTU MANGSA BANJIR
NILAI, 20 JAN 2015 – Seramai lebih 300 sukarelawan SMART Team USIM yang terdiri daripada gabungan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisan USIM (PRAGMATIS), Jabatan Keselamatan, Pusat Kesihatan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Kesukarelawan Mahasiswa (SKM) bersama-sama berganding bahu meringankan beban mangsa dengan melaksanakan misi bantuan pasca banjir di Kelantan dan Pahang sejak awal Januari lalu. Operasi pertama bermula di Kg Lebir, Gua Musang pada 2 hingga 4 Januari, dan diteruskan pula pada 8 hingga 9 Januari 2015. Operasi seterusnya diteruskan pada 7 Januari 2015 ke Temerloh, kumpulan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pada 8 Januari ke Jerantut dan Gua Musang. Pada 12 hingga 14 Januari pula, sukarelawan memulakan operasi ke SMK Sultan Yahya Petra 1 dan SMK Laloh, Kuala Krai Kelantan. Seterusnya pada 17 hingga 19 Januari misi diteruskan ke SK Limau Kasturi, Gua Musang. Bantuan memfokuskan kepada pembersihan masjid, dewan orang ramai, sekolah dan kediaman penduduk serta pengagihan barangan berupa makanan seperti beras, tepung, gula, makanan segera dalam tin, barang keperluan harian seperti sejadah, pakaian dan air mineral. Peralatan seperti khemah, mesin air, tong turut dibawa dari USIM untuk melancarkan proses pembersihan dijalankan. Seramai 33 sukarelawan termasuk pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPg) USIM turut serta dalam misi bantuan ke Kg Gintong, Jerantut Pahang bagi menjayakan bantuan pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah. Mereka turut membuka klinik di balairaya yang turut dibantu oleh 45 sukarelawan dari Hospital Sime Darby. Sumbangan dalam menjayakan misi bantuan mangsa banjir di Jerantut dan Temerloh ini turut [...]