November 2014
iCEPS10 TONJOL BAKAT PELAJAR KEUSAHAWANAN USIM
NILAI, 16 NOVEMBER 2014 – Bertempat di Pusat Pavillion USIM telah berlangsung dengan meriahnya Konvensyen Keusahawanan Islam Kesepuluh (iCEPS10) dan Pesta Konvokesyen kali ke-12 (iCEPS10@C-FEST12). Program yang berlangsung selama empat hari bermula 13 hingga 16 November 2014 ini adalah anjuran Pelajar Tahun Empat Fakulti Ekonomi dan Muamalat dan julung kalinya telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menjayakan program ini dengan bertemakan “Reviving the Sunnah and Internationalization”. Pro Canselor USIM, Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz telah berkenan untuk melancarkan Konvesyen Keusahawan Islam Kesepuluh dan Pesta Konvokesyen ke-12 (iCEPS10@C-FEST12). Selaras dengan tema pengantarabangsaan, pihak Iceps10 telah menerima kehadiran para pelajar dari Xi’an International Universiti of China, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta, Sekolah Tinggi Ekonomi Islam Tazkia dan Universitas Darussalam, Gontor. Secara keseluruhannya, objektif utama konvensyen ini adalah sebagai satu platform bagi para pelajar mengenengahkan bidang dan bakat keusahawanan yang ada dalam diri setiap pelajar IPTA serta masyarakat Islam. Disamping itu, ia berperanan memberikan pengetahuan bagi mewujudkan serta melahirkan bakal usahawan cemerlang berpaksikan syariah Islam di Malaysia khususnya bagi merealisasikan agenda kerajaan dalam meningkatkan kepakaran mahasiswa/i supaya melibatkan diri secara langsung dalam program keusahawanan dan seterusnya membina jaringan perniagaan bagi menembusi peringkat yang lebih tinggi. Lebih 70 gerai dibuka yang melibatkan pelajar USIM dan peniaga luar disamping dihidang dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Malam Penghayatan Sunnah selaras dengan tema (iCEPS10@C-FEST12) yang disampaikan oleh YB. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki,Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penampilan khas ulama dari Iraq Sheikh Afeefudin Al-Jilani. [...]
DATO’ DR. MUSA AHMAD DIANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH 1436H PERINGKAT UNIVERSITI
NILAI, 20 November - Dalam usaha meningkatkan penghayatan Islam kepada kakitangan dan pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Universiti pada 19 dan 20 November 2014. Program anjuran Pusat Islam USIM merupakan acara tahunan yang mampu meningkatkan rasa kasih dan cinta kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada Islam secara keseluruhannya. Perarakan serta salawat turut diadakan yang terdiri dari 22 kontinjen yang melibatkan seramai lebih kurang 1000 kakitangan dan pelajar USIM bermula dari Fakulti Ekonomi Muamalat USIM dan berakhir di Dewan Besar. Dr. Wan Abdul Fattah bin Wan Ismail, Pengarah Pusat Islam dalam ucapannya mengatakan asas penghijrahan yang diterapkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya ialah dengan menyematkan dan memantapkan pegangan akidah. “Oleh kerana itulah, pada masa hadapan Pusat islam bukan hanya memfokuskan kepada pemantapan akidah pelajar-pelajar, bahkan warga USIM perlu dilibatkan sama. Modul-modul pemantapan sahsiah dan akidah akan dirangka yang perlu diduduki oleh kakitangan sasaran. Diharapkan dengan program ini akan menjadikan kecemerlangan USIM seiring dengan kemantapan akidah”, tambah Dr. Fattah. Majlis kemuncak adalah pemenang perbarisan terbaik dan penganugerahan Tokoh Maal Hijrah USIM 1436H yang terdiri dari tiga kategori iaitu kategori pentadbiran, akademik dan pelajar. Bagi kategori akademik, Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1436H, kategori pentadbiran pula dianugerahkan kepada Puan Nor Azzah Momin, manakala kategori pelajar dianugerahkan kepada saudari Riza’ Asma’a Saari, pelajar Fakulti Sains dan Teknologi . Perbarisan terbaik pula dimenangi oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Antara kriteria utama Tokoh Maal Hijrah, penerima haruslah terlibat secara langsung [...]
TINGKAT KEFAHAMAN SUNNAH, USIM ANJUR SWAN 2014
NILAI, 26 NOV 2014 - Mengambil kesedaran untuk menghimpunkan kajian dan penyelidikan berkaitan sunnah dan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Warisan Nabawi (SWAN 2014) kali ke 4 peringkat antarabangsa pada 26 dan 27 November bertempat di Dewan Kuliah Utama, FPQS. Bertemakan “Sunnah Asas Wasatiyyah, Pencetus Transformasi Ummah”, seminar ini akan menghimpunkan para cendekiawan untuk membincangkan isu-isu lain berkaitan sunnah terutamanya fungsinya sebagai asas wasatiyyah dan pencetus kepada transformasi ketamadunan umat. Antara objektif penganjurannya adalah bagi memartabatkan sunnah sebagai asas wasatiyyah dan pencetus tranformasi umat, berkongsi kaedah pengaplikasian sunnah dalam kehidupan masyarakat moden dan meningkatkan kefahaman msyarakat terhadap sunnah. Turut diadakan pameran dari Yayasan Al Quds Malaysia. “Seminar ini merupakan salah satu medan memartabatkan keunggulan dan mengemas kembali pemahaman sunnah nabawiah yang semakin hari semakin bercampur aduk antara yang benar dan tidak benar ekoran anasir pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan media sosial bagi mengeliru dan melonggarkan pegangan hidup umat Islam”, berkata Tan Sri Dr. Abdullah bin Md. Zin, pengerusi Institusi Wasatiyyah Malaysia semasa merasmikan SWAN 2014. Menurut Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, konsep wasatiyyah sekiranya diaplikasikan dalam konteks ummah yang bertransformasi merujuk kepada umat pertengahan iaitu ummah yang adil, tidak berat sebelah dalam hal dunia dan akhirat sekaligus seimbang dalam seluruh aspek kehidupan. Ia menggambarkan umat Islam yang telah dijelaskan oleh Allah sebagai manusia yang adil dan boleh menjadi saksi terhadap seluruh perbuatan manusia. Seramai [...]
ABDUL MUIZ KETUAI KEPIMPINAN PERWAKILAN PELAJAR USIM 2014/2015
NILAI, 19 Nov – Menepati ramalan dikalangan mahasiswa, Saudara Abdul Muiz Abdul Hakim, pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sesi 2014/2015. Beliau telah menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 6,706 undi semasa hari pembuangan undi pada 10 November lalu. Saudari Nurul ‘Atikah Mohammad Shafii, pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan yang mendapat 6,528 undi pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua (TYDP) MPP USIM dengan kedua-duanya bertanding atas Kerusi Umum pada pemilihan kali ini. Majlis Penyerahan Watikah kepada 24 orang ahli MPP baharu USIM telah disempurnakan oleh Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM bertempat di Dewan Besar USIM sempena Majlis Amanat Perdana Naib Canselor bersama Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2014/2015. Dalam ucapan sulungnya selaku YDP USIM, Abdul Muiz menyatakan kepimpinan MPP yang diketuai oleh beliau akan bekerja bersama-sama Pengurusan Universiti untuk menjayakan Pelan Strategik USIM 2013-2025. Pada masa sama juga akan membawa aspirasi Universiti untuk mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli dalam setiap agenda dan program yang dilaksanakan kelak. Menurutnya lagi “Kepimpinan baharu yang membawa visi ‘Membangunkan Akal dan Jiwa Masyarakat USIM demi kecemerlangan Ummah’ beserta slogan “Langkah ini langkah kita bersama” akan menekankan kepada 4 bidang tujahan utama”. “Aspek yang diberi perhatian oleh kepimpinan kali ini ialah pengfokusan dan penyusunan spiritual mahasiswa; memperkasakan intelektual mahasiswa; memperkenalkan Gagasan Kebajikan Universiti dan yang terakhir adalah mahasiswi asset berharga varsiti” Ujarnya lagi “Di bawah portfolio TYDP yang disandang oleh Nurul ‘Atikah, beliau akan menekankan peranan dan memposisi mahasiswi secara [...]
KAKITANGAN CEMERLANG USIM DIBERI PENGHARGAAN
NILAI, 7 Nov – Mengiktiraf kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2013, satu majlis khas iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi (AKI) 2013 telah diadakan pada semalam bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Majlis yang diadakan dengan objektifnya untuk memanifestasikan usaha USIM dalam menghargai dan mengiktiraf warganya secara berterusan demi mengangkat martabat keilmuandan pentadbiran. Pada majlis kali ini, sebanyak 17 kategori dan anugerah dipertandingkan dengan seramai 110 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 71 penerima Anugerah Terpuji, 48 penerima Anugerah Khas. Terdapat 5 Anugerah Khas baru diwujudkan pada tahun ini, iaitu Anugerah Ahli Akademik Harapan, Anugerah Pendidik, Anugerah Kreativiti Seni dan Budaya, Anugerah Perdana Siwa/i dan Anugerah Pelajar Siswazah. “Kecemerlangan sesebuah Universiti bukan sahaja terletak pada kepada kecemerlangan kakitangan akademik sahaja, malah ia juga terletak kepada kecmerlangan di setiap lapisan jawatan. Asas yang paling utama di dalam kecemerlangan kakitangan adalah bergantung kepada pelaksanaan amanah dan tanggungjawab yang diberikan”. “Anugerah-anugerah ini merupakan langkah kearah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan, khususnya di USIM” ucap Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam majlis ini. Prof. Datuk Dr. Hajah Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Pengarah Pusat Permata Insan dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Hasanul Mudir dan menerima hadiah berupa wang tunai RM 5000, baucar buku RM 250 dan sijil penghargaan. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) menerima Anugerah Naib Canselor yang menerima wang tunai RM 3000 beserta sijil penghargaan. Menurut Cik Norlizawaty Tumin, Penolong Pendaftar Kanan di Bahagian Pengurusan [...]
1,689 GRADUAN TERIMA IJAZAH DI MAJLIS KONVOKESYEN KE-12 USIM
Seramai 1,689 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah masing-masing sempena Majlis Konvokesyen USIM kali ke-12 yang berlangsung pada 15 November hingga 16 November bertempat di Dewan Besar USIM. Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen Ke-12 disempurnakan oleh DYMM Tuanku Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. YAM Tengku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz selaku Pro-Canselor USIM akan turut bersama berangkat ke majlis ini. Sebanyak 4 sidang yang akan diadakan untuk menganugerahkan Ijazah kepada semua graduan berbanding hanya 3 sidang pada tahun lalu. Sidang 1 disempurnakan oleh DYMM Tuanku Canselor, Sidang 2 disempurnakan oleh YAM Tunku Pro-Canselor manakala Sidang 3 dan 4 akan disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, YBhg. Prof Dato Dr Musa Ahmad. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, pecahan penerima Doktor Falsafah adalah seramai 23 orang, penerima Sarjana seramai 88 orang, penerima Diploma seramai 29 orang manakala penerima Sarjana Muda seramai 1,549 orang. Bakal diberi penghargaan adalah 2 graduan yang menerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang), 2 graduan penerima Anugerah Canselor, 1 graduan penerima Pingat Emas Naib Canselor, 1 graduan penerima Augerah Khas Yayasan Tun Azmi, 1 graduan penerima Anugerah Khas Malaysian Press Institute diikuti sebanyak 5 graduan penerima Anugerah Buku Universiti, 8 graduan penerima Anugerah Buku Fakulti dan 8 orang penerima Anugerah Buku Ko-Kurikulum. Majlis Konvokesyen kali ini turut menyaksikan dua tokoh menerima Ijazah Kehormat iaitu Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), YBhg. Tan Sri Dato’ Sri [...]
USIM ANJUR SEMINAR TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA DAN HUBUNGAN ETNIK (SETH) 2014
NILAI, 1 NOV- Mengambil inisiatif untuk mewujudkan diskusi ilmu di antara ilmuan dan pelajar, Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia memulakan langkah dalam merealisasikan Seminar Tamadun Islam & Tamadun Asia Dan Hubungan Etnik yang diadakan pada 1 November 2014 bermula bertempat di Dewan Kuliah Pusat 1, 2, 3 dan 4,USIM. Program kali ini mendapat sokongan penaja utama dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan penaja bersama dari Bank Rakyat, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Melaka, Telaga Biru SdnBhd, Berita Publishing Sdn Bhd, Kumpulan Media Karangkraf dan Khazanah Fataniyah. Antara objektif seminar ini ialah untuk mewujudkan jaringan akademik dan intelektual antara ahli akademik dalam bidang ketamaduan dan hubungan etnik bagi memudahkan kerjasama akademik pada masa akan datang. Selain itu seminar ini di harapkan turut dapat menyuburkan kecerdasan intelek sebagai persediaan mengharungi cabaran mendatang terutama dalam menangani isu kontemporari dalam ketamadunan Islam di Asia, dan hubungan etnik di Malaysia. Seminar ini dihadiri oleh seramai 29 orang pembentang dan 3 pembentang sisipan dari kalangan ahli akademik tempatan antaranya dari USIM, UKM, UiTM, USM, UMK, UMS, UPNM, UPM, Universiti Sunway, Politeknik dan IPGM. Manakala peserta seminar ini adalah seramai 2300 orang dari kalangan kakitangan awam kerajaan dan pelajar bagi subjek Tamadun Islam, Asia dan Hubungan Etnik, USIM. Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM selaku perasmi SETH 2014 dalam ucapannya menyarankan agar seminar ini dapat memainkan peranan dengan mengetengahkan hasil penemuan penyelidikan dalam bidang sejarah dan tamadun Islam serta hubungan etnik untuk dimanfaatkan oleh ummah dan negara. “Seminar ini [...]
USIM ANJUR SEMINAR KEWANGAN iBAF KALI KE-6
NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) telah menganjurkan Seminar Kewangan Islam, Perakaunan dan Kewangan (iBAF2014) kali keenam pada 23 dan 24 September. Program anjuran FEM ini turut melibatkan Pusat Pembiayaan dan Pengurusan Wakaf (PPPW), Pusat Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) danMalaysian Muamalat Association (MMA). Seminar ini menyediakan platform kepada penyelidik, pengamal industri, pembuat dasar, ahli akademik dan pelajar sarjana untuk berbincang dan bertukar idea, kepakaran dan cadangan ke arah memperkasakan pemahaman dan penguasaan berkaitan pengaplikasian kewangan Islam dalam sektor kebajikan sosial dan komersial. Sebanyak lebih 80 kertas kerja akan dibentangkan dalam seminar ini oleh pembentang dalam dan luar negara. Pembentangan yang menarik perhatian adalah ucaptama daripada Professor Dr. Mohammed Obaidullah dari Islamic Research and Training Institute (IRTI), Jeddah, Arab Saudi bertajuk “Making a Dent on Poverty in Muslim Societies: Lessons from Recent Microfinance Experiments”. Beliau merupakan penyandang kerusi Kewangan Islam USIM di bawah tajaan YayasanTun Ismail Mohamed Ali Berdaftar (YTI), Permodalan Nasional Berhad (PNB). Selain beliau, beberapa tokoh dalam kewangan Islam turut dijemput untuk berkongsi pentas di seminar ini antaranya Professor Madya Dr. Mohamad Sabri Haron, panel Shariah Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB); Professor Dr. Jamal Othman, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM; dan Professor Dato’ Dr. Mustafa Mohd. Hanefah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Satu sesi forum yang membincangkan berkaitan isu semasa Pendidikan Kewangan Islam yang dipengerusikan oleh Professor Dato’ Dr Muhamad Muda, Presiden Malaysian Muamalat Association (MMA). Kejayaan penganjuran iBAF kali keenam tahun ini mendapat sokongan tajaan daripadaYayasanTun Ismail [...]
BAKAL GRADUAN TERUJA MENJELANG HARI KONVOKESYEN
NILAI, 13 Nov - Terpancar wajah kegembiraan para graduan apabila selesai sesi raptai perbarisan di Dewan Besar yang diadakan pagi tadi. Rata – rata tidak sabar untuk menunggu hari bersejarah mereka yang bakal dinobatkan sebagai ahli alumni USIM. Selesai sesi raptai pula, mereka berurusan di kaunter untuk menempah gambar pada hari konvokesyen. Ada sebilangan graduan yang lain pula, mengambil keputusan untuk mengambil jubah pada saat akhir. Rata-rata sangat teruja dan saling bertukar cerita kerana inilah saat yang paling dinantikan dalam hidup mereka selepas bertungkus lumus menghabiskan masa selama 4 hingga 5 tahun bagi menamatkan sesi pengajian. Bagi Osama Kanaker,29, dari Syria dan Lawal Sa’adu dari Nigeria yang masing –masing mengambil Ijazah Doktor Falsafah berkata, selama lebih 5 tahun belajar di USIM inilah saat yang ditunggu-tunggu. Osama Kanaker yang kini menetap di Seri Kembangan bersama isteri dan dua anak perempuannya merupakan pensyarah separuh masa di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Osama menyatakan USIM is the best place to stay kerana selama 6 tahun sejak dari pengajian Master lagi beliau meneruskan pengajian di USIM. Sementara itu, Lawal Sa’adu pula,35, dari Nigeria yang kini menetap Nilai turut berkongsi pengalamannya yang menyambung pengajian di USIM dari pengajian Master lagi sejak 2009 sehingga bakal merangkul segulung Ijazah Doktor Falsafah pada konvokesyen Sabtu ini. USIM is part of me, since no places better than USIM. I believed USIM will growth rapidly because of the continuous development that USIM achieved nowadays, ujar Lawal. Amalina Zainal Alam, 23, yang berasal dari Kuala Lumpur turut berkongsi kegembiraan dan teruja [...]
USIM ANJUR PERTANDINGAN MAHKAMAH MOOT SYARIAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KETIGA (PMMS2014)
NILAI, 1 NOV 2014 - Kejayaan penganjuran Pertandingan Mahkamah Moot Syariah Peringkat Kebangsaan (PMMS) pada tahun 2009 dan 2011 telah menimbulkan inisiatif kepada Pertandingan Mahkamah Moot Syariah Peringkat Kebangsaan (PMMS) bagi tahun 2014 yang berlangsung pada 1 dan 2 November 2014 bertempat di Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM. Pertandingan ini adalah anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) serta mendapat tajaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bank Rakyat. Pada tahun ini sebanyak 10 pasukan daripada 5 buah institusi pengajian tinggi telah mendaftar sebagai peserta. Antaranya ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kesemua institusi pengajian tinggi ini menghantar 2 pasukan bagi mewakili institusi masing-masing. Segala proses pertandingan serta penyediaan soalan bagi pertandingan ini adalah selaras dengan kualiti dan mutu pertandingan-pertandingan mahkamah moot lain yang disertai oleh pelajar perundangan seperti LawAsia Moot Competition yang dianjurkan oleh Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA), International Humanitarian Law (IHL) Moot Competition yang dianjurkan oleh Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (ICRC) serta Philip C. Jessup International Law Moot Court Competition yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pelajar Undang-undang Antarabangsa (ILSA). Pertandingan Mahkamah Moot Syariah kali ini telah dihakimi oleh hakim-hakim Syarie yang berkelayakan serta pakar di dalam amalan perundangan Syariah di seluruh Malaysia. Pertandingan kali ini lebih istimewa kerana dibuka dengan sesi syarahan umum yang telah disampaikan oleh Y. Bhg Tan Sri Dr. [...]