Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

November 2014

USIM RANGKUL JOHAN DEBAT BAHASA ARAB MAAL HIJRAH IPT

NILAI, 3 Nov – Pasukan Debat Bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mencipta kejayaan di pentas debat universiti apabila muncul Johan dalam Pertandingan Akhir Debat Maal Hijrah 1436H Institusi PengajianTinggi (IPT) pada semalam. Berlangsung di Zabedah Hall, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, pendebat USIM dibarisi Anis Amirah Zakaria, 21; Azka Annisa Zakaria, 22; Mazyah Osman, 23 dan NurAkma Mohd Dali, 21 bertindak sebagai Pembangkang bertemu pasukan Universiti Malaya (UM) sebagai Kerajaan membahaskan usul  ‘KeprihatinanTerhadap Orang Kurang Upaya dalam Kalangan Masyarakat Masih Lemah’. Pembinaan bangkangan usul yang kemas, fakta yang jelas serta penghujahan yang menarik oleh para pendebat telah memikat barisan panel juri seterusnya melayakkan mereka sebagai johan untuk membawa pulang hadiah wangtunai RM 3000.00, piala kejohanan, piala iringan dan sijil penghargaan. Berpuas hati selaku Naib Johan, UM menerima hadiah wangtunai RM 1500.00, piala dan sijil penghargaan. “Alhamdulillah, kemenangan ini adalah sesuatu yang bermakna bagi kami. Hasil usaha persediaan selama dua minggu yang memfokuskan kepada pemantapan penguasaan Bahasa Arab dan pembinaan hujah dan fakta setelah membuahkan hasil” ujarAnis Amirah Zakaria selaku ketua pasukan. Pertandingan Debat Maal Hijrah ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh UIAM sebagai salah satu pengisian sambutan Maal Hijrah disamping mengangkat dan membudayakan Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan pengantaraan. Pertandingan ini berlangsung pada 31 Oktober hingga 3 November 2014 di Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Sebanyak14 pasukan dari pelbagai IPT menyertai pertandingan kali ini antaranya USIM, UM, UIAM, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti [...]

MUSIBAH BANJIR BUKA RUANG BAKTI USIM DI KEMBOJA

KEMBOJA – Seramai 18 orang pelajar Fakulti Sains danTeknologi (FST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertindak sebagai sukarelawan dalam menjayakan misi A Step For Changes Across The Mekong. Merupakan salah-satu program di bawah Global Islamic Student Outreach (GISO) USIM, ia member peluang dan pengalaman beharga kepada para peserta. Program yang dijayakan bersama Al – I’tisam Relief Program (ARP) memfokuskan khidmat bakti untuk menolong masyarakat Islam minoriti di Kampung Ampel, Kemboja yang baru sahaja ditimpa musibah banjir yang besar. Hujan lebat diantara Jun hingga Disember saban tahun mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan harta-benda, tanaman dan ternakan akibat ditenggelami air. Perjalanan dari LapanganTerbang Phenom Penh ke Kampung Ampel memakan masa lebih 6 jam melalui jalan tanah merah yang tidak rata tidak menjadi lelah kepada peserta. Walaupun baru ditimpa musibah, ketibaan para sukarelawan USIM dan IRP disambut dengan penuh meriah dan ceria oleh penduduk kampong yang rata-ratanya hidup pada paras kemiskinan. Kampung yang mempunyaikira-kira 50 buah penempatan yang menjadikan aktiviti pertanian terutamanya penanaman padi dan nelayan sebagai aktiviti ekonomi banyak dipengaruhi oleh kedudukan geografinya yang berhampiran Sungai Mekong. Menurut salah seorang sukarelawan USIM, Saudara Syukri Misenan, pelajarTahun Empat Program Kimia Industri, pelbagai aktiviti dilaksanakan bersama penduduk kampong selama seminggu merekadi sana yang menekankan aspek pembangunan jasmani, rohani, spiritual dan intelektual. “Faktor perbezaan bahasa pertuturan memberi sedikit cabaran, tetapi Alhamdulillah dengan bantuan para penterjemah yang terdiri daripada penduduk tempatan telah melancarkan semua aktiviti yang diatur antaranya kursus menjahit manic untuk remaja perempuan, pemeriksaan kesihatan, sukaneka, kelas Al-Quran, gotong-royong dan agihan sumbangan”. “Kita mengumpul banyak sumbangan [...]

Oktober 2014

UNIVERSITI BERSAMA KERAJAAN BERI KESEDARAN DALAM PERANGI DADAH

NILAI, 16 Okt 2014– Perkembangan semasa yang memperlihatkan peningkatan kes berkaitan penyalahgunaan dadah terutama dikalangan belia adalah sesuatu yang membimbangkan. Kerajaan memberi komitmen yang tinggi untuk memerangi gejala penyalahgunaan dadah antaranya membelanjakan peruntukan yang besar saban tahun untuk member kesedaran selain tindakan penguatkusaaan yang berterusan. Menurut Dato’ Profesor Dr. Asma Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia “Kewujudan pelbagai jenis dadah baharu (sintetik) misalnya telah mewujudkan cabaran baharu. Penghasilan dadah yang dahulunya secara tradisional (penanaman pokok) kini menjadil ebih mudah dengan penghasilan di makmal sahaja.Pelbagai variasi dadah dapat dihasilkan dengan mudah, cepat dan kemudian diedarkan ke dalam pasaran.” “Kementerian Pendidikan amat menyedari akan bahaya penyalahgunaan dadah ini sekiranya tidak diperangi habis-habisan. Justeru itu, pendidikan awal bahaya dadah ini kita sediakan dalam pembelajaran dan pengajaran di pelbagai peringkat pendidikan”. “Antaranya melalui program akademik Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) yang diperkenalkan Kementerian sejak 2005 bagi melahirkan kumpulan pakar dalam bidang pencegahan, rawatan dan pemulihan, penjagaan lanjutan dan juga pengurusan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah”. Program SPADA kini ditempatkan di bawah Pusat Penyelidikan dan Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai salah-satusumbangan IPTA dalam melahirkan kumpulan pakar, perancangan dan pemikir bagi membantu Negara memerangi dadah sebagai musuh No 1 Negara. “Kerajaan telah menunjukkan keazaman politik yang utuh dalam memerangi penyalahgunaan dadah ini. Harus untuk kita insafi dan ingati bahawa golongan muda kini adalah yang akan memimpin Negara pada masa depan”. “Justeru itu mereka perlu sentiasa diperingatkan dan dididik sepanjang masa tentang bahaya dadah ini dan sinilah [...]

PERMATA INSAN JALIN KERJASAMA DENGAN INNOVATE MENTAL ARITHMETIC

NILAI, 17 Okt 2014 – Bagi memperkasa jalinan kerjasama pintar dalam bidang Mental Arithmetic dan teknik ingatan kepada pelajar PERMATA Insan, satu majlis menandatangi perjanjian antara Universiti Sains Islam Malaysia dengan Innovate Mental Arithmetic Sdn Bhd telah dimeterai di sini hari ini. Perjanjian ini akan berjalan selama tiga tahun untuk menyediakan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran Mental Arithmetic, yang merupakan salah satu tajuk utama dalam Modul Pembangunan Insan. Ia termasuk latihan menyelesaikan masalah matematik dengan cepat dan tepat dengan menggunakan visual abacus dalam fikiran yang dapat merangsang otak kanan dan kiri dalam satu masa. YBhg. Prof Dato’ Musa Ahmad, Naib Canselor USIM berkata dengan kerjasama kepakaran ini dapat meningkatkan lagi potensi dan kemahiran pelajar PERMATA Insan dalam bidang Matematik selain menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran menghafal dan kekuatan daya ingatan dengan teknik ingatan yang mudah dan segera. “Hasrat USIM untuk memperkasakan ilmu Naqli dan Aqli haruslah bermula dari peringkat sekolah rendah lagi, justeru dengan terlaksana program Mental Arithmetic bersama pelajar PERMATA Insan ini mereka bukan sahaja pakar dalam bidang matematik malah turut  merangkumi bidang  Pengajian Quran Sunnah, Pembangunan Insaniah dan Bahasa Komunikasi Antarabangsa serta Sarana Komuniti,” jelas Dato’ Musa. Menurut Mrs Ivylina tiang, Ketua Pegawai Eksekutif Innovate Mental Arithmetic Sdn. Bhd berkata, dengan pengalaman selama 15 tahun dalam bidang mental arithmetic, sebanyak lima strategi atau teknik yang akan dikongsikan bersama pelajar PERMATA Insan iaitu disciplined mind, synthesising mind, creative mind, respectful mind dan ethical mind. “Ini kerana matematik bukan sahaja akan menghasilkan pemikiran kreatif, malah ia juga akan menyumbang kepada pembentukan [...]

MAJLIS PELANCARAN KURSI KEPEMIMPINAN ISLAM USIM OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NILAI, 15 Okt 2014 - Penubuhan kursi kepemimpinan dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen menjadikan Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak dipilih sebagai penyandang kursi akademik Kepemimpinan Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kursi yang dibiayai dananya oleh Yayasan Nurul Yaqeen sebanyak RM500,000 dinamakan sebagai Kursi Tuan Haji Mohd Yassin bin Muhammad iaitu ayahanda kepada yang Amat Berhormat (YAB) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Yassin merangkap Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen. Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) adalah sebuah institusi berteraskan kebajikan yang memberi fokus terhadap agenda pembudayaan tradisi keilmuan sejak ditubuhkan pada 12 Mac 1991. Ia ditubuhkan bermatlamat membantu, memimpin dan meningkatkan taraf pencapaian dan kecemerlangan masyarakat Bumiputera, khususnya bangsa Melayu dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, kerohanian, kepemimpinan dan sosiobudaya, serta percambahan dan perkembangan bidang keilmuan. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak yang dilantik berkuat kuasa 4 Ogos 2014 telah menjalankan tugas rasmi sebagai pemegang kursi akademik ini di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM. Kursi ini dinamakan atas nama Tuan Haji Mohd Yassin sebagai menghargai ketokohan Allahyarham semasa hayatnya yang progresif, proaktif serta memiliki jati diri dalam memperjuangkan kepentingan agenda Melayu dan pembangunan Islam di Malaysia khususnya menerusi bidang pendidikan dan pentadbiran. Allahyarham merupakan orang alim yang warak, memiliki sifat ikhlas dan tawaduk serta menjadi contoh teladan kepada generasi kini. Pendirian dan sumbangan Tuan Haji Mohd Yassin ini selari dengan gagasan kepimpinan Kerajaan Malaysia pada masa kini. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak kini merupakan Presiden, International Association of Universities yang berpangkalan di Paris, Perancis, Felo [...]

PREVENT 2014 SEMAI AMALAN BERSEPADU DALAM PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN PENYALAHGUNAAN DADAH

NILAI, 16 Okt 2014 - Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Pencegahan dan Rawatan Pemulihan Dadah (PREVENT 2014) telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam. Seminar ini mendapat kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ini  telah menyediakan  platform, ruang dan peluang kepada tenaga pakar dan professional dari dalam dan luar Negara untuk berkongsi idea dan maklumat mengenai isu-isu berkaitan pencegahan dan perkhidmatan pemulihan dadah. Di samping itu, sebanyak 23 kertas kerja dari pelbagai IPT dan agensi dalam dan luar negara antaranya UIA, UTM, Universiti Brunei, Nigeria dan Filipina telah dibentangkan sepanjang dua hari seminar ini berlangsung. Dato’ Asma Ismail berkata baru baru ini Negara telah dikejutkan dengan ancaman baru iaitu dadah sintetik yang boleh mengancam nyawa pengguna dan orang sekitarnya. Oleh itu, kaedah baru atau langkah-langkah yang lebih efektif perlu dilakukan untuk menangani masalah ini dengan segera. Dato’ Asma menyatakan di peringkat kementerian mengakui bahaya penyalahgunaan dadah ini perlu diterapkan dalam pegajaran dan pembelajaran di semua peringkat. Beliau turut menyarankan agar masyarakat bersama-sama bagi memastikan keberkesanan usaha ini dilaksanakan dalam mencapai sebuah Negara yang bebas dadah. USIM melalui pusat kecemerlangannya, Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) memainkan peranan dan tanggungjawab social kepada masyarakat berkenaan pencegahan dan pemulihan penyalahgunaan dadah dengan mengambil inisiatif menganjurkan seminar PREVENT tahun ini dengan tema “Amalan Bersepadu Dalam Pencegahan Dan Pemulihan [...]

THE PRINCIPALS OF NAQLI AND AQLI

Our university is small with the capacity of more or less 11,000 students, around 10% of our students come from abroad and about 39 different countries. The uniqueness of our university comes from the philosophy we adopt based on the integration of NAQLI and AQLI. NAQLI is to reveal knowledge and the source comes from the Quran and the Sunnah. AQLI is conventional knowledge, we combine both because we want to have a soul in our education. Even in the west they started to realise that education alone without soul and ethics would have its drawbacks. We don’t only provide our students with the academic knowledge they require but also we make sure they have good ethics and are balanced graduates, so whenever they provide a service they will do it professionally with the positive attitude that comes with it. Where do you see this unique philosophy taking USIM in its future development? We are the only university in Malaysia where all of our former Vice Chancellors are still serving the university, for instance our first former Vice Chancellor is still here currently acting as the Chairman of the board of directors of the university. Also the Dean is a former Vice Chancellor, and I believe this is another unique point in our university. In terms of strategic plans we had discussed our philosophy, we had it clear from the beginning and we are still on track. When the previous Vice Chancellor left we discussed our approach together and now [...]

7 EKOR LEMBU KORBAN SEMPENA PROGRAM IBADAH KORBAH DAN AKIKAH PERDANA USIM

NILAI, 8 Okt 2014 – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha masih dirasai seluruh Negara dengan pengisian ibadah korban terutamanya. Mengambil keberkatan serta pada masa meraikan dan menginsafi pengertian sebenar di sebalik ibadah korban, Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Program Ibadah Korban dan Akikah 1435H pada hari ini. Sebanyak 5 ekor lembu korban dan 2 ekor untuk akikah disembelih dalam majlis yang bermula kira-kira jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi tadi. Pengarah Pusat Islam, Dr Wan Abdul Fatah Wan Ismail mengambil tanggungjawab menyembelih kesemua lembu ini dan seterusnya diikuti dengan aktiviti gotong-royong melapah dan memotong daging. Program yang diadakan di Dataran Selera, PusatKomersial USIM disertai seramai 60 sukarelawan yang terdiri daripada Pengurusan Universiti, anggota Jabatan Keselamatan, pelajar Sekretariat Pusat Islam dan kakitangan Universiti. “Alhamdulillah, penyertaan pada tahun ini lebih meriah. Pada tahun lalu, 4 ekor lembu sahaja, manakala tahun ini bertambah kepada 7 ekor lembu.Kita dapat kumpulkan 49 bahagian dengan 40 bahagian untuk korban dan selebihnya untuk akikah. Setiap bahagian,Pusat Islam tetapkan harganya adalah RM 700.00 sahaja. Kesemua peserta (penyumbang) terdiri daripada kakitangan USIM termasuk Naib Canselor, ProfesorDato’ Dr. Musa Ahmad sendiri.” “Saya melihat pelaksanaan majlis kali ini lebih menarik, tersusun dengan dibantu kerjasama erat semua petugas dan sukarelawan yang terlibat. Daging korban ini kita edarkan kepada tiga pihak iaitu penyumbang, petugas dan paling penting adalah golongan fakir miskin di sekitarNilai, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor.” Ujarnya lagi Bagi Mohd Saifullah Zulkapli, Penolong Pendaftar di Pejabat Naib Canselor, beliau menyifatkan program ibadah korban sebegini member peluang [...]

USIM LANTIK TOKOH TERSOHOR NEGARA MENYANDANG KURSI KEPEMIMPINAN ISLAM

NILAI, 6 Ogos - Tokoh akademik pengajian tinggi tersohor negara, Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak dipilih sebagai penyandang kursi akademik Kepemimpinan Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kursi yang ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen yang membiayai dana kursi ini sebanyak RM500,000 dinamakan sebagai Kursi Tuan Haji Mohd Yassin bin Muhammad iaitu ayahanda kepada yang Amat Berhormat (YAB) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Yassin merangkap Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak yang dilantik berkuat kuasa 4 Ogos 2014 telah menjalankan tugas rasmi sebagai pemegang kursi akademik ini di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM. Kursi ini dinamakan atas nama Tuan Haji Mohd Yassin sebagai menghargai ketokohan Allahyarham semasa hayatnya yang progresif, proaktif serta memiliki jati diri dalam memperjuangkan kepentingan agenda Melayu dan pembangunan Islam di Malaysia khususnya menerusi bidang pendidikan dan pentadbiran. Allahyarham merupakan orang alim yang warak, memiliki sifat ikhlas dan tawaduk serta menjadi contoh teladan kepada generasi kini. Pendirian dan sumbangan Tuan Haji Mohd Yassin ini selari dengan gagasan kepimpinan Kerajaan Malaysia pada masa kini. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak kini merupakan Presiden, International Association of Universities yang berpangkalan di Paris, Perancis, Felo Akademi Sains Malaysia, ahli World Academy of Art and Sciences dan Malaysian Institute of Malaysia. Beliau juga merupakan kolumnis akhbar New Straits Times sejak tahun 1995 lagi yang banyak menulis mengenai pelbagai isu penting berkaitan pendidikan, sains dan peristiwa semasa. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak amat berpengalaman luas dalam dunia akademik serta pentadbiran [...]

DATUK CHAMIL WARIYA MENJADI KARYAWAN TAMU USIM

NILAI, 6 Ogos 2014 - Datuk Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) kini menjadi Karyawan Tamu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Komunikasi. Pengalaman beliau dalam bidang komunikasi akan dimanfaatkan oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM apabila dilantik berkuat kuasa 4 Ogos 2014 untuk tempoh setahun. Pelantikan beliau sebagai Karyawan Tamu ini penting kerana ia membantu Program Komunikasi dan USIM amnya untuk memperoleh input berkenaan perkembangan Kewartawanan di Malaysia khususnya yang melibatkan penggunaan media baharu sebagai landasan utama saluran informasi masa kini. Sebagai seorang bekas pengamal media yang berpengalaman luas dalam bidang ini, Datuk Chamil akan terlibat secara langsung untuk melihat kaedah dalam melaksanakan integrasi ilmu NaqlidanAqli khususnya Program Sarjana Muda Komunikasi yang ditawarkan oleh FKP kini melalui aktiviti-aktiviti semakan program akademik sedia ada, penyelidikan, seminar dan bengkel yang berkaitan. Datuk Chamil mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman luas dalam penulisan, pelaporan dan penerbitan berita serta pengurusan organisasi media cetak dan elektronik. Antara latar belakang akademiknya adalah menjadi pelajar London School of Jurnalism, London (1976-1977), Sarjana Muda dari University of Westminister, London (1978-1982), Master dariUniversity of Leicister, England (1982-1983) dan mendapat tajaan British Council untuk mengikuti bidang pengajian hubungan antarabangsa di University of East Anglia, England (1989-1990). Memulakan langkah awal sebagai wartawan kadet di Utusan Malaysia 1971), beliau mula menerokai dunia kewartawanan secara meluas antaranya sebagai pembantu program di BBC World Services London (1976-1982); wartawan dan penulis rencana pengarang Utusan Malaysia; Ketua Majalah terbitan Kumpulan Utusan (1993-1998); dan menjawat jawatan Pengurus Besar Kanan dan Ketua [...]

Go to Top