Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Oktober 2014

7 EKOR LEMBU KORBAN SEMPENA PROGRAM IBADAH KORBAH DAN AKIKAH PERDANA USIM

NILAI, 8 Okt 2014 – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha masih dirasai seluruh Negara dengan pengisian ibadah korban terutamanya. Mengambil keberkatan serta pada masa meraikan dan menginsafi pengertian sebenar di sebalik ibadah korban, Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Program Ibadah Korban dan Akikah 1435H pada hari ini. Sebanyak 5 ekor lembu korban dan 2 ekor untuk akikah disembelih dalam majlis yang bermula kira-kira jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi tadi. Pengarah Pusat Islam, Dr Wan Abdul Fatah Wan Ismail mengambil tanggungjawab menyembelih kesemua lembu ini dan seterusnya diikuti dengan aktiviti gotong-royong melapah dan memotong daging. Program yang diadakan di Dataran Selera, PusatKomersial USIM disertai seramai 60 sukarelawan yang terdiri daripada Pengurusan Universiti, anggota Jabatan Keselamatan, pelajar Sekretariat Pusat Islam dan kakitangan Universiti. “Alhamdulillah, penyertaan pada tahun ini lebih meriah. Pada tahun lalu, 4 ekor lembu sahaja, manakala tahun ini bertambah kepada 7 ekor lembu.Kita dapat kumpulkan 49 bahagian dengan 40 bahagian untuk korban dan selebihnya untuk akikah. Setiap bahagian,Pusat Islam tetapkan harganya adalah RM 700.00 sahaja. Kesemua peserta (penyumbang) terdiri daripada kakitangan USIM termasuk Naib Canselor, ProfesorDato’ Dr. Musa Ahmad sendiri.” “Saya melihat pelaksanaan majlis kali ini lebih menarik, tersusun dengan dibantu kerjasama erat semua petugas dan sukarelawan yang terlibat. Daging korban ini kita edarkan kepada tiga pihak iaitu penyumbang, petugas dan paling penting adalah golongan fakir miskin di sekitarNilai, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor.” Ujarnya lagi Bagi Mohd Saifullah Zulkapli, Penolong Pendaftar di Pejabat Naib Canselor, beliau menyifatkan program ibadah korban sebegini member peluang [...]

USIM LANTIK TOKOH TERSOHOR NEGARA MENYANDANG KURSI KEPEMIMPINAN ISLAM

NILAI, 6 Ogos - Tokoh akademik pengajian tinggi tersohor negara, Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak dipilih sebagai penyandang kursi akademik Kepemimpinan Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kursi yang ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen yang membiayai dana kursi ini sebanyak RM500,000 dinamakan sebagai Kursi Tuan Haji Mohd Yassin bin Muhammad iaitu ayahanda kepada yang Amat Berhormat (YAB) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Yassin merangkap Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak yang dilantik berkuat kuasa 4 Ogos 2014 telah menjalankan tugas rasmi sebagai pemegang kursi akademik ini di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM. Kursi ini dinamakan atas nama Tuan Haji Mohd Yassin sebagai menghargai ketokohan Allahyarham semasa hayatnya yang progresif, proaktif serta memiliki jati diri dalam memperjuangkan kepentingan agenda Melayu dan pembangunan Islam di Malaysia khususnya menerusi bidang pendidikan dan pentadbiran. Allahyarham merupakan orang alim yang warak, memiliki sifat ikhlas dan tawaduk serta menjadi contoh teladan kepada generasi kini. Pendirian dan sumbangan Tuan Haji Mohd Yassin ini selari dengan gagasan kepimpinan Kerajaan Malaysia pada masa kini. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak kini merupakan Presiden, International Association of Universities yang berpangkalan di Paris, Perancis, Felo Akademi Sains Malaysia, ahli World Academy of Art and Sciences dan Malaysian Institute of Malaysia. Beliau juga merupakan kolumnis akhbar New Straits Times sejak tahun 1995 lagi yang banyak menulis mengenai pelbagai isu penting berkaitan pendidikan, sains dan peristiwa semasa. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak amat berpengalaman luas dalam dunia akademik serta pentadbiran [...]

DATUK CHAMIL WARIYA MENJADI KARYAWAN TAMU USIM

NILAI, 6 Ogos 2014 - Datuk Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) kini menjadi Karyawan Tamu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Komunikasi. Pengalaman beliau dalam bidang komunikasi akan dimanfaatkan oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM apabila dilantik berkuat kuasa 4 Ogos 2014 untuk tempoh setahun. Pelantikan beliau sebagai Karyawan Tamu ini penting kerana ia membantu Program Komunikasi dan USIM amnya untuk memperoleh input berkenaan perkembangan Kewartawanan di Malaysia khususnya yang melibatkan penggunaan media baharu sebagai landasan utama saluran informasi masa kini. Sebagai seorang bekas pengamal media yang berpengalaman luas dalam bidang ini, Datuk Chamil akan terlibat secara langsung untuk melihat kaedah dalam melaksanakan integrasi ilmu NaqlidanAqli khususnya Program Sarjana Muda Komunikasi yang ditawarkan oleh FKP kini melalui aktiviti-aktiviti semakan program akademik sedia ada, penyelidikan, seminar dan bengkel yang berkaitan. Datuk Chamil mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman luas dalam penulisan, pelaporan dan penerbitan berita serta pengurusan organisasi media cetak dan elektronik. Antara latar belakang akademiknya adalah menjadi pelajar London School of Jurnalism, London (1976-1977), Sarjana Muda dari University of Westminister, London (1978-1982), Master dariUniversity of Leicister, England (1982-1983) dan mendapat tajaan British Council untuk mengikuti bidang pengajian hubungan antarabangsa di University of East Anglia, England (1989-1990). Memulakan langkah awal sebagai wartawan kadet di Utusan Malaysia 1971), beliau mula menerokai dunia kewartawanan secara meluas antaranya sebagai pembantu program di BBC World Services London (1976-1982); wartawan dan penulis rencana pengarang Utusan Malaysia; Ketua Majalah terbitan Kumpulan Utusan (1993-1998); dan menjawat jawatan Pengurus Besar Kanan dan Ketua [...]

ATLIT PENCAK SILAT UNGGULI ANUGERAH OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAWATI SUKAN USIM

NILAI, 3 Okt – Majlis Anugerah Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2013  merupakan platform untuk menghargai sumbangan dan komitmen yang diberikan oleh atlit pelajar , staf, pegawai , jurulatih, individuserta orang perseorangan yang telah memberikan sumbangan yang cemerlang dari segi prestasi serta pencapaian serta pembangunan sukan di USIM sepanjang tahun 2013 diperingkat domestic dan antarabangsa. Melalui majlis anugerah seumpanya yang julung kali dikelolakan oleh Pusat Sukan USIM, sebanyak 20 anugerah disampaikan bertempat di Dewan Besar USIM. Atlit Pencak Selat USIM, Mohd Ali Imran Che Hashim, pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Nurul Amalina Subkhi, pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati USIM bagi kategori pelajar. Mohd Ali Imran telah menyumbang pingat Perak dalam Kejohanan Silat Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia (MASUM) 2013 manakala Nurul Amalina menggondol pingat Emas dalam Kejohanan Silat Piala Timbalan Perdana Menteri. Bagi kakitangan Universiti, staf Jabatan Keselamatan iaitu Norizat Nordin dan Wan Azura Radzuan, staf Jabatan Perpustakaan dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati. Norizat merupakan atlit Bola Tampar menghadiahkan pingat Gangsa dalam Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Kakitangan Kerajaan (MAKSAK) 2013 dan Wan Azura kini berstatus Master Tenpin Boling dalam Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti-universiti Malaysia (SUKUM). Masing-masing membawa pulang trofi dan sijil penghargaan. Penganjuran majlis penganugerahan ini adalah selarai dengan hasrat Pengurusan Universiti melalui Pelan Strategik Pembangunan Sukan USIM 2014-2018. Antara anugerah lain yang disampaikan dalam majlis ini adalah Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang 2012, Anugerah Bintang Harapan, Anugerah Pengurus Terbaik, Anugerah Jurulatih Terbaik, Anugerah Pasukan Terbaik dan Anugerah Pasukan Harapan. “USIM menyahut saranan [...]

ALUMNI USIM DISEDIAKAN PERUNTUKAN LAKSANA PROGRAM

NILAI, 1 Okt–Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pejabat Perhubungan Alumni yang diletakkan di bawah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) menyediakan dana kepada para alumni USIM untuk melaksanakan program dikalangan mereka dan alumni bersama pelajar. Saban tahun melalui Majlis Konvokesyen yang diadakan sejak 2002, alumni Universiti yang dilahirkan sentiasa bertambah dan sehingga kini melebihi 9000 orang. Menurut Pengurus Pejabat Perhubungan Alumni USIM, Dr. Mahazan Abdul Mutalib, Universiti telah menetapkan garis panduan untuk permohonan dana ini oleh alumni dan jumlah yang diuluskan melihat kepada impak program yang dilaksanakan. “Tiada jumlah maksima yang ditetapkan. Melalui dana ini, interakasi alumni bersama university akan sentiasa berlaku dan melaluinya juga, pengumpulan data-data terkini seperti kerjaya mereka selepas bergraduasi dapat diperolehi.” “Pejabat Perhubungan Alumni kini amat agreasif dalam proses memperkemaskan data-data alumni USIM sedia-ada. Selain penganjuran program dikalangan alumni, sebuah laman khas, Portal Alumni USIM (ealumni.usim.edu.my) turut dibangunkan untuk mendapatkan maklumat kerjaya secara menyeluruh untuk pembinaan pengkalan data alumni dan membantu memenuhi keperluan Sistem Penarafan Intitusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA)” katanya. “Kita juga melihat keistimewaan yang dapat diberikan kepada alumni untuk menggunakan kemudahan didalam kampus seperti perpustakaan, kolej kediaman, fasiliti sukan dan lain-lain. Selain itu, masih diperingkat cadangan awal juga adalah penubuhan Majlis Penasihat Alumni diperingkat Universiti.” Ujarnya lagi. Beliau ditemui semasa Majlis Inspirasi Alumni Bersama Mahasiswa USIM anjuran Pejabat Perhubungan Alumni. Pengisian utama majlis ini adalah sesi forum santai “Mahasiswa Hari Ini, Alumni HariEsok” dengan ahli panel terdiri daripada alumni yang berkhidmat di USIM bagi berkongsi pengalaman mereka semasa alam mahasiswa, kerjaya [...]

‘KEMBARA INSANIAH GENERASI MUDA’ USIM KE SYDNEY, AUSTRALIA

SDYNEY, 22 Ogos 2014 - Seramai 15 orang pelajar Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Tahun 3, Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM berpeluang menimba ilmu dan pengalaman berharga di Sydney, Australia dibawah program Global Islamic Student Outreach (GISO) USIM yang berlangsung bermula 19 hingga 22 Ogos lalu. Program yang diberi nama Kembara Insaniah Generasi Muda telah menjalankan beberapa aktiviti antaranya Street Dakwah , Lensa Muslim, Program Tautan Kasih di Masjid Al-Imann dan Masjid Omar, Ziarah Santun di 3 Universiti terkemuka, iaitu University of New South Wales, The University of Sydney dan University of Wollongong. Kembara diteruskan ke Wollongong yang merupakan Bandar ketiga terbesar di New South Wales. Di Wollongong, forum bertajuk ‘Cabaran Pelajar Muslim di Luar Negara’ telah diadakan bersama pelajar muslim University of Wollongong yang bertempat di Masjid Omar. Ia melibatkan panel dari dua orang warga muslim University of Wollongong dan wakil dari ahli kembara iaitu Hanzalah Zainal. Bagi menggembirakan kanak-kanak muslim di sana, pihak kami turut mengambil kesempatan untuk mengadakan aktiviti bercerita bersama kanak-kanak muslim di sekitar Masjid Omar. Segala aktiviti yang dirancang, telah mendapat persetujuan dan bantuan oleh Pelajar Malaysia University of Wollongong (MAS UOW). Sumbangan turut dihulurkan sebagai kenangan kepada Masjid Omar, Wollongong dan Masjid Iman, Sydney, antaranya 20 naskhah Al-Quran, 100 naskhah buku agama dan 400 naskhah pamphlet dakwah yang terdiri daripada pelbagai versi. Selain itu, ahli kembara juga sempat melakukan aktiviti tadabbur alam di Kiama Blow Hole dan Symbio Wildlife Park bagi melahirkan rasa kehambaan terhadap Pencipta Alam Semesta. Perkara yang paling menarik di dalam [...]

PELAJAR FST PRIHATIN ANJUR MINGGU CAKNA PALESTIN

Nilai, 12 September 2014, - Sekretariat pelajar Fakulti Sains dan Teknologi ( SekreFaST ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif untuk menunjukkan sifat keprihatinan terhadap saudara Islam yang ditindas dan dizalimi di bumi Palestin dengan mengumpul dana serta berkongsi ilmu dengan menganjurkan Program Minggu Cakna Palestin yang berlangsung selama seminggu bermula 8 sehingga 12 September baru baru ini. Program ini turut mendapat kerjasama  dari kumpulan GISO Lubnan, GISO Amman dan GISO Mafraq. Menurut pengarah program Muhammad Faris Nazi Nadin, objektif program ini adalah untuk menunjukkan sikap keprihatinan mahasiswa terhadap kekurangan dan kesusahan masyarakat luar selain memberi sedikit sumbangan samaada dari segi kewangan, harta benda atau tenaga. Disamping itu, program ini turut memberi peluang kepada para pelajar dan masyarakat mengetahui isu sebenar dari warga Palestin seterusnya menggalakkan para pelajar dan masyarakat menyumbang kepada Palestin. “Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut antaranya ialah Bicara Ummah: “Palestin Kembali Berdarah” yang diadakan  di Dewan Kuliah Pusat 3, pameran minggu cakna Palestin di beberapa kawasan seperti Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Perpustakaan dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat”. Selain itu, turut diadakan Speakers Corner dibawah tajuk Gaza Berdarah pada rabu 10 September 2014 di dua tempat iaitu di medan selera FEM dan Pusat keusahawanan pelajar, pertandingan Snap and Win, Bicara Siswi: Bidadari DiUjana Perjuangan di  Dewan Kuliah Utama FPQS ,dan majlis penutupan minggu Cakna Palestin dan Syarahan Umum Dr Wesam Ahmed Al-Madhoun yang bertajuk “Gaza, Ababil, Amphibia and Palestine Unity Government pada malam penutup iaitu 12 September 2014 di Dewan [...]

September 2014

HAWA CONVENTION MPP USIM KONGSI INFORMASI BERMANFAAT

NILAI, 14 Sept – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM terus bergiat aktif dalam menganjurkan Hawa Convention 2.0 yang merupakan kesinambungan Hawa Convention 1.0 yang bermula sejak Disember 2012 lagi. Dengan bertemakan “Women Inspiring The World”, konvensyen yang dijalankan selama dua hari iaitu bermula 13 sehingga 14 September telah berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 3 dengan pelbagai pengisian menarik antaranya slot wawancara,ceramah dan demonstrasi masakan. Turut memeriahkan program tersebut adalah penampilan khas beberapa selebriti dan penceramah jemputan antaranya PU Rahmat, Salima Habibi, Catriona Ross, Ustazah Nik Salida Nik Salleh dan persembahan dari kumpulan Nowseeheart. Timbalan Yang Dipertua MPP selaku pengarah program, Nurul Syakirin Ahmad Najid berkata isu akidah, pergolakan dalam keluarga ,permasalahan kaum wanita serta masalah sosial yang semakin berleluasa mendorong warga MPP khususnya untuk menganjurkan program seperti ini bagi mengurangkan masalah yang membelenggu kaum hawa ini. ”Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan yang menyeluruh berhubung dengan wanita, secara berperingkat sama ada individu,keluarga,kepimpinan dalam masyarakat, negara mahupun dunia dan segala informasi berhubung ruang lingkup wanita agar peserta konvensyen ini dapat berperanan dan berfungsi secara efektif dan proaktif sebagai seorang wanita yang berjaya dunia akhirat”,tambahnya. Konvensyen seumpama ini dilihat sebagai satu konvensyen yang sangat baik bagi semua siswi di seluruh IPTA dan IPTS juga seluruh wanita di Malaysia kerana hasil daripada konvensyen ini akan dapat memberi suatu pengetahuan yang sangat bermanfaat dan kefahaman yang sangat berguna berkenaan wanita dari pelbagai aspek pengetahuan sama ada dari sudut fiqh, ibadat, akhlak,keluarga dan juga syariah. “Bertepatan dengan tema USIM itu [...]

SISWA USIM TIMBA PENGALAMAN SEBAGAI MUTAWWIF DI TANAH SUCI

NILAI, 25 Jun 2014 – Peluang menjejakkan kaki Mekah dan Madinah yang dikenali juga sebagai tanah haram ini adalah peluang yang amat berharga dan memberi pengalaman bermakna kepada sekumpulan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru melalui program khas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seramai 25 orang pelajar tahun akhir dari pelbagai fakulti di USIM telah terpilih sebagai peserta Program Pembangunan Kompetensi Mutawwif 2014 atau singkatannya ‘Mutawwif  2014’ bermula pada 15 sehingga 25 Jun. Program Mutawwif 2014 dijalankan oleh USIM menggunakan peruntukan yang disediakan oleh Kementerian di bawah Dana Kebolehpasaran Graduan IPT Malaysia. Kementerian menyediakan dana khas ini untuk pelaksanaan program-program khusus oleh Universiti kepada semua pelajar tahun akhir di institusi pengajian tinggi seluruh Negara. Program yang dirangka dapat membentuk kompetensi, kemahiran dan nilai kendiri serta ketersediaan bakal graduan untuk terus diserapkan dalam kerjaya-kerjaya tertentu selepas mereka tamat pengajian kelak. Menurut penyelaras program ini, Dr. Khairunneezam Mohd Noor, pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM, peserta Mutawwif ditanggung sepenuhnya perbelanjaan mereka sepanjang mengikuti program ini seperti tambang perjalanan, penginapan, makan-minum dan urusan ziarah semasa di Mekah dan Madinah. “Peserta program Mutawwif 2014 ini diberikan pendedahan yang komprehensif oleh agensi pengendali program umrah dan ziarah yang dilantik iaitu HM Global Charter Travel Sdn. Bhd. Sebagai peserta kursus, peserta diberi peluang membuat tugasan lapangan mengendalikan jemaah umrah lain dalam rombongan ini antaranya pengurusan jemaah di lapangan terbang; penyelarasan bagasi; imigresen; pengendalian taklimat, tazkirah dan penerangan mengenai ibadah umrah dan lokasi ziarah; serta hal ehwal kebajikan dan kecemasan jemaah”. Tambahnya lagi “Program [...]

‘BAJU RAYA PROJECT’ BAWA SISWA USIM KE KUNMING, CHINA

KUNMING, 18 Ogos – Pepatah Melayu ‘Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih’ menjadi azimat kepada sekumpulan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menjayakan program khidmat komuniti merentas Negara ke Kunming, China bermula pada 18 hingga 24 Ogos 2014. Program Misi Kembara Asimilasi di Bumi Kunming merupakan salah-satu program di bawah Global Islamic Student Outreach (GISO) USIM disertai seramai 20 pelajar Unit Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM) baru-baru ini. Selain peruntukan yang diberikan oleh Universiti, kumpulan pelajar ini mengambil inisiatif mengadakan jualan amal semasa bulan Ramadhan lalu untuk menjana kewangan tambahan. Menurut Saudari NurRaihana Mohd Nasir, 22 yang merupakan pelajar Tahun Akhir jurusan Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko, beberapa program jualan amal dilaksanakan antaranya Jualan Amal di Putrajaya, Jumble Sale For Charity, Jualan Amal ‘Baju Raya Project’ Nilai dan kemuncaknya adalah Jualan Amal Mega Baju Raya Projek di Stadium Tertutup Nilai. “Apa yang menarik tentang jualan amal ini ialah barangan yang diterima merupakan hasil pemberian masyarakat sekitar Nilai dimana barang-barang terpakai ini dijual dengan harga sekitar RM1 ke RM7 sahaja.” Ujarnya yang juga merupakan Pengarah Program Misi Kembara Asimilasi di Bumi Kunming. Bercerita mengenai program semasa di Kunming, mereka melaksanakan program khidmat komuniti di perkampungan muslim yang terletak di Da BaiYi, pelajar Madrasah Kunchang serta beberapa Institusi Islam di Kunming. Pelajar juga berpeluang mempelajari seni tulisan khat China Arab dengan Imam Masjid Nancheng, Imam Ahmed Ma Yong yang terkenal dalam menghasilkan kepelbagaian khat di China. Salah seorang peserta, Saudara Mohamad Akmal, pelajar jurusan Teknologi Kimia Industri turut mempersembahkan hasil seni [...]

Go to Top