Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Ogos 2014

MALAM MEDAN PUISI DI USIM UNTUK PALESTIN

NILAI, 16 Ogos 2014 – Atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan ke atas saudara Islam di Gaza, Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta sokongan daripada Aman Palestin telah menganjurkan Malam Puisi Gaza: Ekspressi Jiwa dan Munajat Doa Buat Palestin. Gabungan persembahan dari kalangan penggiat sastera dan budaya, aktiviti terkenal tempatan dan karyawan seni negara bertujuan membangkitkan kesedaran kecintaan kepada keamanan dan kedamaian selain meringankan beban melalui kutipan Tabung Amal Palestin. Di USIM sendiri, kutipan dana Amal Palestin telah pun berjalan bagi bersama-sama memberikan bantuan dari segi kewangan. ”Malam Puisi Gaza adalah salah satu medium untuk menunjukkan keperihatinan tinggi dan solidariti kita sebagai rakyat Malaysia dalam menggembelengkan usaha membawa kesedaran dan rasa bertanggungjawab kepada pembunuhan rakyat Palestin dan kekejaman Israel. Melaluinya, USIM dan entiti kerajaan serta NGO berpeluang menzahirkan sokongan menerusi bait-bait rangkap puisi yang dipersembahkan,” ucap Naib Canselor USIM, YBhg Prof. Dato, Dr. Musa Ahmad. Turut sama mendeklamasikan puisi adalah Naib Canselor USIM, YBhg Prof. Dato, Dr. Musa Ahmad diikuti Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan dan Pengarah Urusan ITBM, Mohd. Khair Ngadiron. Persembahan deklamasi puisi dan dendangan lagu-lagu puisi disampaikan oleh penyajak terkenal tanah air dengan penuh semangat antaranya Lim Swee Tin, Khaled Salleh, Ahmad Shukri, Haryani Haron dan Shamsudin Othman. Turut serta adalah penyanyi, Nash yang menyampaikan 2 buah lagunya serta aktivis terkenal tanah air yang lain antaranya SISO Kopratasa, Fauzi [...]

SEKEPING NOTA UNTUK GAZA | Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Musa Bin Ahmad

PAPAR MESEJ BERKESAN, IKLAN HARI RAYA USIM ANTARA 10 IKLAN HARI RAYA POPULAR 2014

NILAI, 30 Julai 2014 - Selain gubahan lagu Hari Raya versi baharu yang dinanti setiap kali menjelang Aidilfitri, iklan Hari Raya yang diterbitkan oleh syarikat korporat seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia dan stesen-stesen telivisyen yang memaparkan pelbagai mesej melalui jalan cerita lucu, sedih dan berunsur kekeluargaan turut menjadi perhatian dan mempunyai peminat tersendiri sejak dahulu. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut mengambil pendekatan untuk menghasilkan iklan Hari Raya Aidilfitri untuk berkongsi kemeriahan menyambut Syawal. Iklan berjudul "Dua Lebih Baik" yang mula dimuatnaik ke laman YouTube pada 21 Julai oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) terus mendapat perhatian pengguna media sosial dengan pantas sehingga tersenarai antara 10 iklan Hari Raya yang menjadi trending di laman sosial melalui survey (tinjauan) yang dibuat oleh portal berita online Astro Awani mulai 26 Julai. Walaupun tidak ditayangkan di telivisyen, ternyata kemudahan melayari laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Intagram menggunakan telefon pintar oleh pengguna kini terbukti memberi pengaruh yang besar. Iklan Hari Raya lain yang turut mendapat perhatian dan digemari oleh penonton sepanjang Aidilfitri ini adalah Kosong-Kosong : Zizan Rizak (Astro); Anugerah (RTM); Sentiasa Bersamamu (Tenaga Nasional); Proton Sepanjang Raya (Proton); Adik (Telekom Malaysia) ; Nissan 2015; Kosong-Kosong : Lisa Surihani (Astro). Tinjauan di laman Astro Awani sehingga 12.00 tengah hari tadi menunjukkan iklan raya terbitan USIM kekal mendahului pada kedudukan pertama (35.41%), diikuti Sentiasa Bersamamu (34.24%) dan Adik (12.95%) hasil undian para penonton. Dua Lebih Baik yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar kreatif USIM yang menamakan produksi mereka Light Motion Production (LMP) mendapat [...]

Julai 2014

MPP USIM SEMAI AMALAN AGIHAN BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADAN

NILAI, 14 Julai 2014- Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama 1Malaysia For Youth (1M4U) meneruskan tradisi memasak bubur lambuk secara gotong-royong untuk diedarkan kepada orang ramai pada setiap kali tiba bulan ramadhan. Penganjuran kali kedua ini sejak tahun 2013 telah disertai oleh 15 orang ahli MPP dengan dibantu oleh beberapa kakitangan USIM di Taman Desa Melati. Seawal jam 12 tengahari para peserta telah memulakan tugas masing-masing dari proses penyediaan sehinggalah membungkusnya. Ironinya, program ini bukan sahaja menyaksikan keberadaan mahasiswa kepada masyarakat setempat bahkan ia juga memupuk sifat bersedekah. Hal ini kerana Allah swt mengangkat darjat orang yang bersedekah lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan. Menurut saudara Muhammad Azizi Alias, Naib Yang Dipertua MPP penganjurannya bukan sahaja mendekatkan pelajar kepada masyarakat malahan memberi peluang menambah amalan pahala sempena bulan yang mulia ini. “Cuti semester dimanfaatkan untuk melakukan ibadah disamping memberi pengalaman yang bermakna buat peserta”, jelas beliau. Tepat jam 5.30 petang, proses pengedaran bubur lambuk ini telah dimulakan dengan mendapat sambutan yang meriah oleh para pengunjung bazar Ramadhan sekitar Nilai. Dianggarkan sebanyak 300 bekas bubur lambuk telah berjaya diedarkan dalam hanya tempoh 15 minit. Edaran bubur lambuk telah diedarkan sebanyak empat kali dan edaran ini akan diteruskan pada hari yang berikutnya. “Sesungguhnya memberi makan orang yang berbuka besar ganjarannya seperti hadith Rasulullah saw. “Barangsiapa memberi makan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun” (Hadith riwayat Tirmidzi).” Disediakan oleh: [...]

PENTADBIR USIM AMBIL PELUANG JADI PENYELIDIK UNIVERSITI

NILAI, 15 Julai 2014 – Bidang penyelidikan amat sinonim dengan kerjaya sebagai ahli akademik di Universiti. Melihat kepada cabang penyelidikan yang luas, kumpulan Pentadbir di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil peluang untuk turut sama menjadi penyelidik dalam bidang yang memfokuskan kepada pentadbiran. Justeru itu, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) melalui Exco latihan, Kepakaran dan Kepimpinan telah mengambil langkah awal dengan menganjurkan Bengkel Penyediaan Cadangan Kertas Kerja Penyelidikan Pentadbiran bertempat di Galeri, Bangunan Canselori. Penganjuran bengkel ini mendapat kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) USIM. Program ini telah mendapat penyertaan seramai 30 orang kakitangan yang meliputi Pegawai Pentadbiran USIM daripada pelbagai skim perkhidmatan. Pengisian sepanjang bengkel ini disampaikan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah PPP selaku penceramah dan fasilitator jemputan. Menurut Urusetia Bengkel, pelaksanaan bengkel ini amat tepat bagi member pendedahan awal kepada kakitangan pentadbiran yang berminat bagi menjalankan penyelidikan. Ia juga bertujuan untuk member bimbingan bagi penghasilan proposal kepada kumpulan-kumpulan perintis penyelidikan pentadbiran yang berjaya ditubuhkan awal tahun ini oleh PRAGMATIS. Prof Dr Nor Aripin Shamaan, Pengarah PPP turut menyambut baik initiatif yang diambil oleh PRAGMATIS dan member suntikan semangat kepada para peserta untuk aktif dalam bidang penyelidikan di Universiti.  “Pusat Pengurusan Penyelidikan bukan sahaja akan membantu tetapi juga akan mengasuh penyelidik-penyelidik baru dari kumpulan pentadbiran ini untuk memastikan penyelidikan yang dihasratkan mencapai objektif dan berjalan lancar”. Bagi salah seorang peserta menyifatkan bengkel seperti ini diharap dapat member satu momentum baru bagi menggalakkan penyelidikan dikalangan pentadbir USIM serta pada masa sama dapat meningkatkan prestasi kerja dan mempromosikan Universiti. Disediakan [...]

PUSAT ISLAM DAN JABATAN KESELAMATAN USIM AGIH BUBUR LAMBUK PERCUMA

Nilai, 10 Julai 2014 – Pusat Islam dan Jabatan Keselamatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya melaksanakan aktiviti amal sempena bulan Ramadan dengan mengagihkan kira-kira 750 bungkusan bubur lambuk kepada warga USIM di Pintu Pagar Utama tepat jam 4.30 petang tertakluk kepada “siapa cepat dia dapat”. Pengagihan bubur lambuk merupakan satu pendekatan mesra dianjurkan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) USIM bagi menghidupkan suasana bulan Ramadan pada masa yang sama tetap berjalan aktiviti sampingan lain seperti tazkirah setiap hari Jumaat serta aktiviti tadarus di kalangan kakitangan USIM. Aktiviti yang merupakan amalan tradisi Jabatan Keselamatan sejak tahun 2009 dilihat berupaya membentuk jalinan ukhwah yang sihat di antara kakitangan USIM serta rakan PTJ lain. Ketua Jabatan Keselamatan USIM, Kpt (B) Abdul Wahab Mat Zin berkata, aktiviti ini memperlihatkan kesungguhan kakitangan Jabatan Keselamatan yang saling bekerjasama dari awal proses penyediaan bahan mentah, gotong-royong memasak, membungkus bubur lambuk kemudian turut serta bagi sesi pengagihan. “Budaya inilah yang ingin diterapkan iaitu melakukan aktiviti bersama seperti satu keluarga pada masa yang sama meningkatkan disiplin kakitangan dalam membahagikan tugas hakiki dan tugas sampingan serta mewujudkan keseronokan bekerja di USIM,” tambah Kpt (B) Abdul Wahab. “Alhamdulillah, aktiviti seperti ini sentiasa mendapat kerjasama dari semua PTJ. Peruntukan penyediaan bahan mentah adalah hasil sumbangan daripada orang perseorangan dan PTJ yang telah dibuat makluman awal mengenai kutipan sumbangan dan sedekah jariah pada 25 April lalu selepas solat Jumaat. Dengan adanya program seperti ini, Pusat Islam berperanan sebagai pusat informasi bagi membantu warga USIM yang ingin memberi sumbangan dan menyalurkan sumbangan tersebut ke saluran [...]

PELANCARAN BUKU PENERBIT USIM DI TOKYO INTERNATIONAL BOOK FAIR(TIBF) 2014

ARIAKE TOKYO, JEPUN 4 Julai 2014 – Pelancaran Buku “Jom Belajar Bahasa Melayu” terbitan Penerbit USIM telah disempurnakan oleh YBhg Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) sempena Pesta Buku Antarabangsa Tokyo di Tokyo Big Sight, Jepun baru-baru ini. Projek penerbitan ini adalah hasil kerjasama dengan Takushoku University dan Japan-Malaysia Association (JMA) dengan cetakan pertama adalah sebanyak 1000 nashkah. Projek penulisan buku ini bermula pada tahun 2012 lagi apabila Penerbit USIM menyertai Tokyo International Book Fair (TIBF) buat kali pertama pada tahun tersebut yang diwakili oleh Puan Hariza Mohd Yusof. Penyertaan dan persembahan dari Penerbit USIM telah menarik minat Puan Faridah Mahamed yang merupakan pensyarah di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS) untuk menerbitkan buku kerjasama berkaitan Bahasa Melayu bagi pembaca di Negara Jepun. Majlis ini diadakan sempena penyertaan kali ketiga Penerbit USIM di TIBF. Pada tahun ini, Malaysia merupakan Negara tema di mana delegasi penerbit-penerbit dari Malaysia berpeluang mempromosikan Malaysia melalui penerbitan buku serta mengetengahkan budaya Malaysia di peringkat antarabangsa. Majlis yang penuh bermakna ini diadakan dalam keadaan santai dan dipengacarakan  sendiri oleh Encik AraiTakuji  serta  diikuti ucapan Encik Mohd Khair Ngadiron yang mengucapkan syabas kepada Penerbit USIM kerana menurutnya bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan dan kerjasama penerbitan daripada pihak Jepun kerana mereka amat berhati-hati dan amat mementingkan kualiti. Turut memeriahkan majlis ini ialah ahli-ahli penerbit Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), staf-staf ITBM, dan tetamu-tetamu lain yang turut serta dalam rombongan ini seperti Penerbit PTS, Pelangi, Perpustakaan Negara Malaysia, Penerbit FIXI, wakil Majlis Buku [...]

AHLI AKADEMIK USIM WAKILI MALAYSIA JADI SARJANA PELAWAT DI BAWAH US-ASEAN FULBRIGHT PROGRAM

NILAI, 11 Jul 2014 – Ahli akademik daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Dr.Zulkifli Hasan, Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) telah terpilih bersama lapan ahli akademik lain yang mewakili masing-masing untuk terpilih menjadi Fulbright U.S – ASEAN Visiting Scholars yang merupakan salah-satu program di bawah Fulbright U.S – ASEAN Initiative yang mendapat tajaan Jabatan Negara Amerika Syarikat (U.S Department of State). Setiap calon yang terpilih mewakili negara ASEAN ini, mereka terlebih dahulu perlu menghantar permohonan mereka kepada Fulbright U.S – ASEAN Initiative bersama kertas cadangan projek penyelidikan masing-masing yang memfokuskan kepada isu-isu yang melibatkan hubungan U.S dan ASEAN. Saringan ketat dibuat kepada setiap permohonan oleh ahli panel yang terdiri daripada ahli U.S Mission to ASEAN, ASEAN Committee of Permanent Representatives dan ASEAN Secretariat. Calon yang disenarai pendek akan dipanjangkan kepada J.William Fulbright Foreign Scholarship Board untuk pertimbangan. Pengumuman rasmi senarai Sarjana Pelawat yang terpilih ini dibuat oleh United States Mission to ASEAN dalam satu kenyataan rasmi semalam. Dr.Zulkifli Hasan yang mewakili Malaysia akan di tempatkan di salah sebuah Universiti di Amerika Syarikat selama empat bulan bermula September hingga Disember tahun ini. Sepanjang berada di sana, beliau akan menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu perundangan dan kewangan Islam antara Amerika dan ASEAN. Dr.Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada Fulbright U.S – ASEAN Initiative kerana member peluang kepada beliau untuk menjadi peserta kepada program. Ini adalah satu peluang yang baik untuk membawa nama USIM dan Malaysia melalui perencanaan penyelidikan berkualiti dan hasilnya nanti boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kerjasama Amerika dan [...]

STAF KESELAMATAN USIM TERUS TRADISI BUBUR LAMBUK

NILAI, 10 Jul 2014 – Bubur lambuk merupakan salah satu menu yang sinonim di bulan Ramadan untuk dijadikan juadah berbuka puasa.Kakitangan Bahagian Keselamatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengekalkan tradisi penyediaan dan agihan bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga USIM sepanjang bulan Ramadan ini sejak dimulakan pada tahun 2009. Bubur lambuk ini disediakan secara gotong-royong oleh kakitangan keselamatan USIM bermula dari penyediaan bahan mentah sehinggalah kepada proses memasak, membungkus dan edaran. Penyediaan juadah yang amat diminati dan dinanti warga USIM setiap kali bulan puasa ini, diketuai oleh Encik Marhaban Morliorjo, kakitangan Unit KeselamatanTrafik USIM dengan dibantu 6 orang rakannya yang lain. Menurut Marhaban, penyediaan bahan mentah disediakan pada waktu malam manakala mereka akan mula memasak mulai jam 8.00 pagi yang mengambil masa 3 jam untuk masak sepenuhnya. Sekurang-kurangnya sebanyak dua periuk besar digunakan untuk menyediakan sekitar 1000 bungkusan yang mula diedarkan pada jam 4.30 petang. “Menggunakan resipi turun-temurun, keistimewaan bubur lambuk kami ini adalah pada keenakan rasa rempah-ratusnya dan daging lembu segar yang banyak kita masukkan. Kos bagi penyediaan bubur lambuk adalah sekitar RM 500 bagi satu kawah besar” “Alhamdulillah, saban tahun kos ini ditampung oleh kakitangan yang membuat sumbangan wang tunai secara individu mahupun berkumpulan kepada kami. Pengurusan Universiti juga menggemarinya dan turut membantu ketika edaran dibuat pada kakitangan”  katanya lagi. Bagi Ketua Bahagian Keselamatan USIM, Kpt (B) Abdul Wahab Mat Zin, komitmen yang ditunjukkan oleh kakitangannya amat terpuji kerana proses penyediaan ini dibuat secara sukarela oleh mereka. Pada tahun ini, Bahagian Keselamatan bekerjasama dengan Pusat Islam USIM [...]

SISWA USIM BERSAMA BELIA ANTARABANGSA BINCANG WARISAN DUNIA DI QATAR

QATAR, 3 Jun 2014 – Satu pengalaman yang amat bermakna kepada Saudara Mohd Iqmal Hisham Kamarudin, pelajar tahun akhir program Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila dipilih mewakili Malaysia ke Persidangan ‘World Heritage Youth Forum’ bertempat  di  Qatar. Beliau terpilih untuk bersama-sama belia antarabangsa lain yang mewakili 21 kerusi ahli jawatankuasa UNESCO semasa iaitu Algeria, Colombia, Croatia, Finland, Jerman, India, Jamaica, Jepun, Kazakhstan, Korea, Lebanon, Malaysia, Peru, Filipina, Poland, Portugal, Qatar, Senegal, Serbia, Turkidan Vietnam. Selain itu, persidangan belia pada kali ini turut dihadiri oleh negara-negara jemputan seperti Bahrain, Mesir, Kuwait, Mauritania, Morocco, Oman, Palestin, Arab Saudi dan Sudan. Persidangan belia ini merupakan satu simulasi yang menyerupai persidangan UNESCO, tetapi ia hanya melibatkan golongan belia yang mewakili Negara masing-masing. Persidangan kali ini merupakan kali yang ketiga seumpamanya diadakan selepas persidangan belia pertama di Kazan, Rusia dikuti SiemRiep, Kemboja menjadi tuan rumah. Persidangan belia yang dilangsungkan pada 3-15 Jun 2014 ini juga diadakan bersempena dengan Persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia Kali Ke-38 yang berlangsung pada 15-25 Jun 2014 bertempat di Qatar juga. Menurut Iqmal, objektif diadakan Persidangan Belia ini untuk memberi kefahaman mengenai Konvensyen 1972 dan cabaran pelaksanaannya; meningkatkan kesedaran terutamanya bagi golongan belia mengenai budaya warisan Negara masing-masing; menerangkan peranan arkeologi awam dan masyarakat setempat dalam pengurusan warisan; melahirkan golongan belia dengan kepakaran berkaitan bagi tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan serta mendedahkan kepada golongan belia bagaimana jawatankuasa UNESCO bekerja. “Simulasi Persidangan Belia pada kali ini telah berlangsung selama 4 hari. Mengambil format dari persidangan sebenar, ianya [...]

Go to Top