Mei 2014
USIM-UMSURABAYA JALIN KERJASAMA DALAM BIDANG AKADEMIK BERTERASKAN ILMU NAQLI DAN AQLI
NILAI, 14 Mei 2014 – Dalam meneruskan bidang kerjasama dalam pendidikan berteraskan ilmu Naqli (Wahyu) dan Aqli (Rasional), satu Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universitas Muhammadiyah Surabaya (UMSurabaya) telah diadakan di Galeri USIM pagi ini. Universitas Muhammadiyah Surabaya (UMSurabaya) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan di bawah Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia yang mempunyai visi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang intelektual, moral dan keusahawanan. Memorandum Persefahaman ini mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara USIM dan UMSurabaya dalam bidang akademik. Antara program bersama yang akan dilaksanakan adalah pgrogram akademik, projek-projek penyelidikan dan pembangunan, program bengkel dan latihan dan program inbound dan outbound dikalangan staf dan pelajar. Sejurus Majlis MoU ini, satu bengkel penjajaran yang melibatkan tiga (3) fakulti adalah Fakulti Pengajian Bahasa Utama bagi program Pendidikan Islam, Fakulti Sains dan Teknologi bagi program Bioteknologi Makanan dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan bagi program Da’wah dan Pengurusan Islam akan dijalankan. YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail, Naib Canselor USIM berkata, USIM sentiasa komited dalam mengembang dan memasarkan program pengajian yang ditawarkan kepada institusi luar yang berminat, malah USIM juga akan meneruskan usaha dalam memperkukuh dan mengangkat reputasinya sebagai pelopor kepada pengajian dan penyelidikan berasaskan Sains Islam dan menjadi tunjang kepada garapan Naqli dan Aqli. “Diharap dengan kerjasama ini kedua-dua pihak bersama-sama menerokai ruang di dalam aspek penyelidikan, modal insan dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu”, jelas beliau. Sementara YBhg Dr. Sukadiano Rektor UMSurabaya berkata, UMSurabaya merupakan pelopor pendidikan tinggi di Indonesia yang menyanjung pendidikan Islam. Justeru, harapan [...]
USIM SALUR ILMU MELALUI PROGRAM LIBATSAMA MASYARAKAT
Nilai, 19 April 2014 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini giat menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan salah satunya melalui pelaksanaan Program Belia Islam Selamat dan Sejahtera (BLISS) siri kedua. Tumpuan program kali ini adalah kepada penduduk di taman dan kawasan sekitar USIM. Program selama sehari bermula pada jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan warga penduduk Taman Desa Anngerik, Nilai. Yang lebih menarik, penglibatan tidak terhad kepada kelompok tertentu iaitu dari umur 6 hingga 17 tahun malah ibu bapa turut serta menjayakannya. Program seumpama ini dijalankan di Surau Taman Desa Anggerik, Nilai ini dikelolakan oleh 19 orang kakitangan dan 40 orang pelajar USIM. Secara amnya, Program BLISS diadakan bertujuan menyalurkan ilmu dan kepakaran warga USIM yang terdiri daripada kumpulan kakitangan pentadbiran, warga pendidik serta pelajar kepada penduduk setempat. Ia merupakan satu pendekatan yang berkesan untuk ahli masyarakat kawasan sekitar USIM mengenali USIM dengan lebih dekat disamping mengeratkan hubungan silaturahim sedia ada. Melalui pelbagai aktiviti praktikal yang di atur, sambutan dan penyertaan daripada ibu bapa dan kanak-kanak amat memberangsangkan. Antara aktivitinya adalah bengkel celik solat, taklimat dan praktikal cara penyembelihan halal, taklimat dan demonstrasi penjagaan gigi dan tangan, bengkel motivasi, bengkel cup cake, eksplorasi, gotong-royong memasak malah pemeriksaan kesihatan turut disediakan. Program yang dijalankan dengan kerjasama dan sokongan penuh dari Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya serta Unit Kesihatan Pelajar USIM telah mendapat maklumbalas positif. Program ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang kerana banyak elemen bermanfaat yang diberi perhatian, di [...]
USIM DAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD JALIN KERJASAMA TERAJUI LATIHAN AUDIT SHARIAH
NILAI, 6 Mei - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) bekerjasama melalui Memorandum Perjanjian (MoA) Latihan Audit Syariah untuk jangka masa dua tahun bermula tahun 2014 hingga 2016, di mana salah satu daripada bidang kerjasama USIM adalah untuk bersama-sama menjalankan penyelidikan dan melaksanaan Program Latihan Audit Shariah khusus bagi kakitangan BMMB, dengan sebahagian dana dibiayai oleh BMMB sebagai rakan industri USIM. Program Latihan Audit Syariah ini adalah merupakan satu usaha kerjasama antara USIM dan BMMB, yang dibiayai di bawah ‘Knowledge Transfer Programme’ (KTP), iaitu geran yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini juga sebahagiannya akan turut dibiayai oleh BMMB sebagai rakan industri USIM. Perjanjian ini juga menyaksikan kedua-dua pihak mendapat faedah yang bermanfaat di mana USIM menawarkan kepakaran akademik di dalam bidang kewangan Islam dan pihak BMMB dapat memantapkan tadbir urus melalui pengalaman dalam perkongsian teori dan teknikal berkaitan Audit Shariah. Pusat Kecemerlangan USIM iaitu Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) akan menjadi peneraju dalam mendapatkan akreditasi daripada Agensi Akreditasi Kewangan (FAA) untuk program latihan audit shariah bagi merealisasikan aspirasi universiti untuk menawarkan Diploma Lepasan Ijazah Dalam Audit Syariah kepada industri di dalam dan di luar Malaysia pada masa akan datang.USIM juga bakal menawarkan Sarjana Perakaunan Islam dan Audit Shariah (MiASA) dimana pengambilan bermula bulan September ini. BMMB juga akan meneraju usaha untuk melengkapkan kumpulan audit shariah ini dengan pengetahuan audit terkini melalui latihan berstruktur secara menyeluruh. YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail dalam ucapannya berkata, program ini merupakan antara program latihan [...]
USIM DAN PENGASIH JALIN KERJASAMA TANGANI MASALAH DADAH
KUALA LUMPUR, 28 April 2014 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalin kerjasama menerusi pusat kecemerlangannya (COE) iaitu Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) dengan Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) melalui satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) hari ini. Memorandum persefahaman ini bakal menyumbang ke arah penambahbaikan dan pembaharuan kepada kedua belah pihak bagi menggalakkan kerjasama di dalam bidang-bidang yang telah disepakat. Melalui usahasama ini, pihak USIM akan menawarkan latihan dan pendidikan pencegahan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Ia adalah usaha untuk menambahbaik mutu dan keberkesanan program pemulihan bersepadu dalam menyediakan dan memberi perkhidmatan dalam bentuk sokongan kepada semua komuniti PENGASIH. Selain pihak ACREDA USIM akan menjalankan penyelidikan bersama pihak PENGASIH bagi menerokai program pemulihan dan rawatan dadah yang boleh diguna pakai sebagai salah satu inisiatif pihak PENGASIH meningkatkan kualiti perkhidmatan yang akan diberikan. Ia juga memberi peluang kepada para pelajar USIM untuk melakukan latihan industri (internship) di PENGASIH melalui bidang kaunseling dalam penyalahgunaan dadah. Kerjasama ini tidak terhad kepada satu skop peluang sahaja malah ia membawa kepada penganjuran program yang dijalankan secara bersama seperti program rawatan dan pemulihan melalui seminar, kempen media dan program kerohanian malah turut dimuatkan adalah sebarang bidang kerjasama oleh pengajian tinggi yang berpotensi memberi manfaat dan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan dan sokongan. YBhg. Profesor Dato’ Dr Asma Ismail, Naib Canselor USIM berkata, tanggungjawab membanteras dan memerangi penyalahgunaan dadah ini haruslah dipikul bersama secara menyeluruh oleh anggota masyarakat. “Atas kesedaran itu, ACREDA USIM ditubuhkan berperanan sebagai pusat rujukan dalam usaha mengurangkan bahkan menghapuskan [...]
USIM DAN MAS AWANA JALIN KERJASAMA BERKAITAN MAKANAN HALAL
NILAI, 5 MEI 2014 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus meneroka hubungan baru dengan rakan strategik dikalangan industri melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mas Awana Services Sdn Bhd yang berlansung di Ibu Pejabat Mas Awana yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi Business Park pada hari ini. Syarikat Mas Awana Services Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1996 merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Malaysia Airlines yang pakar dalam penyediaan dan pengendalian makanan dan minuman untuk pelbagai jenis majlis. Selain kepakarannya dalam servis kulinari dan terdiri daripada chef-chef profesional, Syarikat ini juga telah mendapat piawaian Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Developement Corporation (HDC) serta mematuhi standard keselamatan dan kesihatan makanan antarabangsa iaitu Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Antara bidang dan skop kerjasama yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak melalui MoU ini adalah program latihan bersama melibatkan kakitangan dan pelajar, penerokaan projek-projek penyelidikan dan pembangunan khususnya berkaitan makanan dan perkongsian kepakaran akademik. Perjanjian ini telah ditandangani oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM dan pihak Mas Awana yang diwakili oleh Pengurus Besar Mas Awana Services Sdn Bhd, YBhg. Tuan Haji Mohammad Shafi’an Kamal Ghazali. Pada masa kini, seramai tiga orang pelajar jurusan Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM telah diberi peluang oleh Mas Awana untuk menjalani Latihan Industri di sana selama enam bulan. Naib Canselor dalam ucapannya melihat industri makanan halal dan pasaran bagi produk halal berkembang begitu pesat dengan kemampuan menjana pulangan mencecah bilion ringgit selari dengan [...]
April 2014
USIM KE ARAH MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL
NILAI, 28 Mac 2014 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Instititut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) menjalin hubungan kerjasama dengan Halal Industry Development Corporation (HDC) dan TPM Biotech Sdn Bhd (TPMB) melalui Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA bagi menjayakan Program Analisis Profesional Halal di bawah skim Program Pemindahan Ilmu (KTP). HDC menyediakan produk dan perkhidmatan pensijilan, audit, dan perkhidmatan pemantauan manakala TPMB adalah anak syarikat milik penuh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd. Melalui program itu, enam buah modul latihan telah dihasilkan dan akan berjalan selama 14 minggu pada setiap hujung minggu meliputi penyediaan latihan teknikal dan penyelidik, perkongsian kepakaran serta ujian makmal. YBhg. Dato’ Dr Asma Ismail berkata, TPMB dan HDC merupakan dua gabungan hebat dalam industry halal meliputi penyediaan latihan teknikal kepada peserta, perkongsian kepakaran dan ujian makmal. Ini bertepatan dengan USIM yang memiliki Institusi Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) serta menerapkan ilmu naqli dan aqli iaitu gabungan al-quran dan sunnah dengan ilmu sains terutama dalam konteks halal. “Kita mahu dunia mengenali USIM sebagai universiti berteraskan Islam yang berkemampuan memainkan peranan pesat dalam memperhebatkan agenda halal ke dalam pasaran dunia” jelas beliau. Berdasarkan kepada industri halal yang bersifat kompleks dan holistik, USIM percaya pendekatan ini mampu mewujudkan peluang ekonomi yang luas dengan menggunakan pendekatan bersepadu selaras dengan hasrat dan visi USIM dalam menintegrasikan ilmu Naqli (Wahyu) dan Aqli (Rasional) untuk mentransformasi dan menghasilkan nilai kepada Negara, ummah dan manusia sejagat. Selain itu, program turut berperanan menyalurkan pengetahuan halal melalui pelbagai saluran termasuk teori dan praktikal, pandangan daripada [...]
PASUKAN ROBOTIK USIM MENYERLAH DI MIROC 2014
KANGAR , 13 April – Penyertaan kali ketiga pasukan robotik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terdiri dari pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST) membawa kejayaan manis kepada pasukan ini apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam pertandingan Malaysia International Robot Competitions (MIRoC) yang berlangsung pada 11 hingga 13 April bertempat di Kampus Tetap Universiti Malaysia Perlis (Unimep). Persediaan selama tiga bulan oleh kumpulan pelajar yang terdiri dari Program Fizik Gunaan dan Kejuruteraan Elektronik dan melakukan aspek penambahbaikan hasil pengalaman penyertaan dalam dua edisi MIRoC lalu, ternyata berbaloi apabila muncul sebagai Naib Johan dalam kategori ‘Conquer Robot’ dengan membawa pulang hadian wang tunai RM 3000, sijil dan piala. Tempat pertama diungguli oleh UTM dan ketiga adalah UTP. Perlu berentap dengan 15 pasukan yang lain dalam kategori yang sama seperti dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Melaka (UTeM) dan Universiti Malaysia (UM) ternyata memberi cabaran yang hebat dan sengit kepada Kumpulan USIM yang diwakili oleh Afiq Arif Aminuddin, Mohamad Azali Azahar, Amali Zulfadhli Anuar, Muhammad Nasri Tumiran, Ahmad Adli Mohamad Hanafi, Mohamad Zajwan Zulkifle dan Azraai Hakimi Ahmad Tarmizi. “Alhamdulillah. Kerjasama dan persefahaman yang baik diantara ahli pasukan yang bertanggungjawab sebagai pit crew, player dan coordinator membuahkan rezeki kepada USIM kali ini. Kegembiraan berganda juga bagi pasukan ini apabila dalam kategori Pembentangan Poster, Saudari Hazirah Hassan berjaya merangkul Pingat Gangsa” ulas Amali Zuklfadhli selaku Ketua Pasukan. Tambahnya lagi “Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Prof. Ir. Dr Ahmad Faizal Mohd [...]
IDEA BAJA KOMPOS BUAH KEJAYAAN DI MYHE
KANGAR, 12 April – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menghantar sebanyak 2 kumpular pelajar seramai 10 orang yang terdiri daripada gabungan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) ke Pertandingan Business Social Innovation For Poverty Eradication@MyHE. Sebanyak 8 buah Universiti yang melibatkan 81 orang peserta antaranya dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Melaka (UTeM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Pertandingan yang julung kali diadakan bertempat di Kampus Tetap Universiti Malaysia Perlis (Unimap) diadakan pada 5 hingga 12 April 2014 lalu menyaksikan USIM berjaya muncul Naib Johan dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 2000, Piala dan Sijil Penghargaan manakala Johan menjadi milik Unimap dan Ketiga adalah UMS. Kumpulan pelajar USIM terdiri daripada Mushirah Zainuddin, Saddiq Iskandar Mazlan, Muhamad Nor Amin Jamaludin, Zafirah Suhailah Abdullah dan Nurul Hafifah Hassan Adli menghasilkan idea projek yang dinamakan ‘Trashilizer’ iaitu penghasilan baja kompos melalui sampah buangan. Menurut Mushirah Zainudin, melalui kajian lapangan di Kampung RTC Kedah, mereka mendapati masalah ketiadaan kutipan sampah berkala dan tempat pembuangan sampah yang khusus mendatangkan masalah kepada penduduk. Melalui idea penghasilan baja kompos dari sampah, ia akan digunakan sebagai baja bagi penanaman tanaman utama di kampung berkenaan iaitu jagung. “Apabila diaplikasikan, ia mampu mengurangkan masalah sampah tidak terurus dan ganggunan kesihatan. Selain itu, penduduk kampung juga dapat menjana ekonomi lebih baik kerana kos pembelian baja bagi pokok jagung dapat dikurangkan kerana menggunakan baja kompos dan produktiviti hasil pertanian juga dapat ditingkatkan” “MyHE memberi [...]
PENTADBIR TERUS BERSAMA MEMPERKASA UNIVERSITI
NILAI, 31 Mac 2014 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mencapai genap empat tahun penubuhannya pada 31 Mac 2014 telah menganjurkan Majlis Makan Malam PRAGMATIS bertempat di Nilai Springs Resort & Hotel. PRAGMATIS yang ditubuhkan secara rasmi melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai wadah mengumpulkan dan merencanakan aktiviti khusus untuk Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Ikhtisas di USIM serta menjaga kebajikan para ahli persatuan. Justeru itu, penganjuran Majlis Makan Malam PRAGMATIS ini bukan sahaja bertujuan untuk menyambut ulangtahun penubuhannya, pada masa sama menjadi wadah untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli persatuan dan Pengurusan Universiti. Majlis yang berlangsung secara sederhana bagi menghormati tragedi kehilangan Pesawat MH370 disertai kira-kira 60 pegawai Universiti dari pelbagai skim perkhidmatan antaranya Pegawai Tadbir, Pustakawan, Pegawai Sains, Bendahari dan lain-lain turut meraikan kehadiran YBhg. Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM selaku jemputan khas ke majlis tersebut. Dalam ucapan perasmiannya, Pendaftar USIM memberi penekanan bahawasanya kecemerlangan sesebuah Universiti memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi oleh setiap warganya yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, Ahli Akademik, Pentadbir, Kumpulan Sokongan dan pelajar. “Pentadbir yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan dan Profesional yang ditempatkan di setiap Jabatan di Univeristi ini telah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar Universiti secara berkesan dan pada masa sama, kumpulan ini turut menjadi sebahagian daripada kelompok rujukan oleh Pengurusan Universiti dalam penggubalan dasar”. Katanya lagi “Pegawai Universiti perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar profesionalisme perkhdimatan dan imej Universiti sentiasa ditonjolkan secara positif dalam lakuan dan amalan seharian. Ini kerana, [...]
USIM PERLUAS SISTEM E-PEMBELAJARAN MELALUI GOAL CENTRE
NILAI, 31 Mac 2014 – Mendukung hasrat kerajaan yang menggariskan pelaksanaan e-Pembelajaran oleh universiti-universiti awam di Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyahut cabaran itu dengan melancarkan Program dan Perkhidmatan Pusat Akses Pembelajaran Terbuka Global (GOAL CENTRE) yang telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) baru-baru ini. USIM melihat ini sebagai peluang untuk meneroka satu lagi platform yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan holistik universiti ini. Seiring dengan perkembangan pesat serta permintaan tinggi e-pembelajaran di Malaysia , pada tahun 2011 Naib Canselor USIM ke 2 iaitu Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda telah mengasaskan GOAL Centre. Penubuhan GOAL Center ini sejajar dengan pembangunan sistem pendidikan secara atas talian yang dinamakan Global Open Access Learning System (GOALS). Sistem ini direka bagi menyediakan pengguna dengan papan pemuka tunggal yang mengintegrasikan maklumat, pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, di samping menyediakan bahan-bahan rujukan dan pembelajaran kepada semua kakitangan akademik USIM untuk program-program pendidikan seperti kuiz, perbincangan dan juga sistem tele-sidang secara web. Objektif penubuhannya juga bagi menyelaraskan program-program e-pembelajaran, termasuklah penawaran program Open Distance Learning (ODL), Lifelong Learning, dan Open Educational Resources (OER). Pengarah GOAL Center, Dr. Ernie Suzana Ali dalam ucapannya berkata e-pembelajaran USIM telah bermula seawal tahun 2003 lagi, dimana usaha pembangunan digerakkan melalui Pelan Strategik ICT. Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang pertama telah diumumkan pada tahun 2006 yang diurus tadbir oleh Pusat Teknologi Maklumat, dan diambil alih oleh Pusat Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran (PIPP) pada tahun 2010. Pada fasa ketiga iaitu [...]








