Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Oktober 2012

ICIL-2 2012 Berjaya Himpun Sarjana Islam Seluruh Asia

KUALA LUMPUR – Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam (ICIL -2 2012) yang telah diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 27 September baru-baru ini telah berjaya menghimpunkan para cendekiawan, pegawai, penyelidik dan pemain industri bagi membincangkan kepimpinan intelek Islam dalam aspek penyelidikan, inovasi dan kreativiti. Menurut Pengarah Persidangan, Prof. Dr Zulkiple Abd Ghani, persidangan ini telah menjemput barisan tokoh pemimpin dan cendekiawan Islam di sekitar Asean untuk mengadakan pembentangan serta bersama-sama berkongsi ilmu dan penemuan terkini mereka khususnya dalam mengenengahkan kekuatan dan kelemahan intelek Islam dalam bidang kreativiti dan inovasi. “Persidangan ini adalah sebagai platform terbaik untuk menghebahkan dan mempromosikan kejayaan Islam dalam bidang kepimpinan, sains dan teknologi, inovasi, keusahawanan dan pengkomersialan kepada para peserta yang hadir,” katanya ketika ditemubual. Menurut beliau lagi, persidangan pada kali ini turut membuka peluang kepada ahli akademik dari dalam dan luar negara untuk membentangkan hasil kajian mereka pada tiga sidang selari yang disediakan dan sebanyak 48 kertas kerja telah dibentangkan dalam pelbagai bidang yang meliputi aspek kepimpinan Islam. Persidangan yang telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Khaled Nordin itu telah mengupas isu-isu berkaitan transformasi dan kuasa, sumbangan sarjana Islam dalam bidang keusahawanan dan komersil, cabaran dan prospek sarjana Islam di Asia, wanita dan kuasa serta kepimpinan Islam dan sebagainya. Antara tokoh yang dijemput ialah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Zakri Bin Abdul Hamid, Penasihat Sains Kebangsaan Pejabat Perdana Menteri Malaysia; Prof. Dr. Hussin Mutalib, Profesor di Jabatan Sains Politik, National University of Singapore; Prof. Dato’ Dr. Zaleha Binti Kamaruddin, Rektor Universiti [...]

Klinik Pergigian USIM Tawar Rawatan Berkualiti

PANDAN INDAH – Menawarkan pelbagai rawatan pergigian dengan kadar bayaran yang berpatutan menjadi faktor penarik kepada masyarakat sekitar yang ingin mendapatkan rawatan di Klinik Fakulti Pergigian USIM yang beroperasi di Tingkat 16 dan 17, Menara MPAJ. Klinik ini dilengkapi dengan peralatan rawatan semasa dan berteknologi tinggi yang dapat digunakan untuk prosedur diagnostik, makmal dan rawatan pergigian setanding klinik pergigian kerajaan dan swasta. Klinik ini telah mula beropreasi pada tahun 2009 selari dengan perkembangan Fakulti Pergigian USIM yang ditubuhkan pada 2007 dengan kemasukan pelajar kumpulan pertama seramai 30 orang. Sehubungan itu, baru-baru ini telah diadakan Majlis Pelancaran Klinik Fakulti Pergigian USIM yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ab. Rahim Md. Noor, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan “Penubuhan klinik ini adalah pencapaian yang membanggakan kepada USIM dan KPT kerana melaluinya ia dapat mencapai hasrat murni KPT untuk membina sebuah institusi pendidikan terbilang dan melahirkan kepimpinan yang cemerlang” . Tambahnya lagi sesuatu tamadun itu berdiri dan membangun bermula dari ilmu, inovasi dan kreativiti masyarakatnya. Kewujudan klinik amat tepat sekali bagi memberi pendedahan kepada para pelajar Tahun 3, 4 dan 5 memberi rawatan pergigian kepada orang awam di bawah selian dan pemantauan rapi para pensyarah klinikal disamping menyediakan ruang kondusif untuk pensyarah mengamalkan kepakaran yang mereka miliki. Beberapa kemudahan rawatan kepakaran pergigian juga turut disediakan di klinik ini antaranya kepakaran bedah mulut dan maksilofasial, ortodontik, periodontik, pergigian kanak-kanak dan pergigian restorative. Majlis pelancaran yang amat bermakna kepada warga Fakulti Pergigian ini turut dihadiri YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, [...]

September 2012

CIPTA Semarak Semangat Patriotik

NILAI – “Gempak” begitulah suasana yang dapat digambarkan di Festival Cipta Lagu Patriotik 2012 (CIPTA) hasil kolaborasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertempat di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 15 September yang lalu. Festival yang bertemakan “Ke Puncak 1 Malaysia” adalah program tahunan berjiwa Malaysia sejak tahun 2008 mampu mengetengahkan bakat mahasiswa dan penghuni penjara dalam menghasilkan lirik dan lagu patriotik disamping menyemarakkan lagi rasa cintakan negara. Sebanyak Lapan lagu patriotik telah dipertandingkan di festival CIPTA pada kali ini dengan membariskan finalis dari mahasiswa Unit Kebudayaan Pelajar (UKP) USIM dan warga penjara serta diiringi pemuzik dari Orkestra DBKL. Lirik Mohd Noor Mohd Sharif dengan gandingan komposer Aizatul Ain Ismail dan Alaudin Yahaya dinobatkan sebagai juara dan berjaya membawa pulang RM3000 beserta piala iringan menerusi lagu “Mencarimu Malaysia” yang dinyanyikan oleh Norshahril Sabaruddin, pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM2000 dan piala iringan dimenangi oleh lagu Bunga Raya hasil nukilan Muhamad Fauzi Ali dan komposer Wan Aminuddin Wan Ismail yang dinyanyikan sendiri oleh beliau. Manakala tempat ketiga dirangkul oleh lagu gubahan Mohamad Hafiz Bidi dan karya Syahrul Hisyam Hanafiah dengan lagu Pejuang Negara oleh pasangan duet Muhammad Syahir Hazmi Ismail dan Mohd Nurhakimi Mad Yaman dengan hadiah wang tunai sebanyak  RM1000 serta piala iringan. Festival CIPTA pada kali ini berjaya mencapai objektifnya yang ingin menyemarakkan aktiviti pembangunan sahsiah dan melahirkan warga al-Abrar dikalangan mahasiswa USIM sendiri. [...]

MAPAN, USIM Meterai Perjanjian Kaji Pelaksanaan al-Quran Digital Cetak

NILAI - Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN) akan bekerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menjalankan penyelidikan berhubung kesesuaian penggunaan al-Quran digital di sekolah. Penasihat Kehormat MAPAN, Mohd. Nizar Mohd. Najib berkata, inisiatif itu merupakan langkah inovatif dalam usaha menambah keberkesanan terhadap kaedah pengajaran serta pembelajaran al-Quran khususnya di sekolah. "Penyelidikan ini dijalankan khusus bagi mengkaji sama ada ia menjadi keperluan dan tuntutan pendidikan dalam era digital masa kini. "Kajian impak pengunaan al-Quran digital yang dijalankan oleh Institut Kefahaman Quran dan Sunah (IQ) USIM dengan kerjasama MAPAN ini akan dimulakan melibatkan sekolah rendah di sekitar kawasan Parlimen Pekan," katanya di sini hari ini. Mohd. Nizar berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemeteraian Perjanjian Penyelidikan antara USIM dan MAPAN yang diadakan di USIM. Hadir sama pada majlis itu, Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Dr. Muhamad Muda dan Presiden MAPAN, Sulaiman Ahmad. Beliau yang juga anak kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak menjelaskan, usaha tersebut akan menjadi kajian rintis sebelum dikembangkan ke kawasan-kawasan lain. "Hasil serta impak dari kajian ini nanti merupakan ukuran bagi menentukan pelaksanaan penggunaan al-Quran digital wajar dijadikan sebagai alat bantu mengajar dan belajar di sekolah terutamanya di sekolah-sekolah rendah Kementerian Pelajaran. "Sekiranya impak kajian ini positif, MAPAN akan mengemukakan cadangan kepada kementerian sebelum ia diterima untuk diaplikasikan sebagai teks pendidikan di sekolah," ujarnya. Tambah beliau, secara amnya, usaha tersebut seiring dengan pembangunan teknologi digital masa kini ke arah menarik dan memupuk minat murid-murid untuk meningkatkan penguasaan ilmu dan pembudayaan pembacaan al-Quran. Sumber: Utusan Malaysia, [...]

MAPAN, USIM Meterai Perjanjian Kaji Pelaksanaan al-Quran Digital Cetak

NILAI - Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN) akan bekerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menjalankan penyelidikan berhubung kesesuaian penggunaan al-Quran digital di sekolah. Penasihat Kehormat MAPAN, Mohd. Nizar Mohd. Najib berkata, inisiatif itu merupakan langkah inovatif dalam usaha menambah keberkesanan terhadap kaedah pengajaran serta pembelajaran al-Quran khususnya di sekolah. "Penyelidikan ini dijalankan khusus bagi mengkaji sama ada ia menjadi keperluan dan tuntutan pendidikan dalam era digital masa kini. "Kajian impak pengunaan al-Quran digital yang dijalankan oleh Institut Kefahaman Quran dan Sunah (IQ) USIM dengan kerjasama MAPAN ini akan dimulakan melibatkan sekolah rendah di sekitar kawasan Parlimen Pekan," katanya di sini hari ini. Mohd. Nizar berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemeteraian Perjanjian Penyelidikan antara USIM dan MAPAN yang diadakan di USIM. Hadir sama pada majlis itu, Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Dr. Muhamad Muda dan Presiden MAPAN, Sulaiman Ahmad. Beliau yang juga anak kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak menjelaskan, usaha tersebut akan menjadi kajian rintis sebelum dikembangkan ke kawasan-kawasan lain. "Hasil serta impak dari kajian ini nanti merupakan ukuran bagi menentukan pelaksanaan penggunaan al-Quran digital wajar dijadikan sebagai alat bantu mengajar dan belajar di sekolah terutamanya di sekolah-sekolah rendah Kementerian Pelajaran. "Sekiranya impak kajian ini positif, MAPAN akan mengemukakan cadangan kepada kementerian sebelum ia diterima untuk diaplikasikan sebagai teks pendidikan di sekolah," ujarnya. Tambah beliau, secara amnya, usaha tersebut seiring dengan pembangunan teknologi digital masa kini ke arah menarik dan memupuk minat murid-murid untuk meningkatkan penguasaan ilmu dan pembudayaan pembacaan al-Quran. Sumber: Utusan Malaysia, [...]

Mahasiswa Perlu Cekal Timba Ilmu

NILAI - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua mahasiswa di negeri ini cekal dalam menimba ilmu, tidak bersikap hipokrit dan mementingkan diri sendiri. Kata beliau, asas menjadi cemerlang adalah ilmu dan sebab itu mahasiswa perlu mencari sebanyak mungkin ilmu bukan sahaja berkaitan duniawi tetapi akhirat. "Belajar betul-betul, kerana sekarang ini ramai orang yang berpelajaran tetapi tiada ilmu. Jadi dalam masa kita belajar, kita cari juga ilmu untuk kehidupan," katanya di Nilai, dekat sini baru-baru ini. Mohamad berkata demikian pada Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baru Sarjana Muda sempena Hari Taaruf Sesi Akademik 2012/2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Stadium Tertutup Nilai. Tambah Mohamad, kejayaan bukan milik seorang tetapi milik semua dan atas hakikat itu setiap pelajar hendaklah bersama-sama membina keyakinan mencapai kecemerlangan. "Kita mesti ada keyakinan diri dan hendaklah berada pada tahap yang tinggi kerana ini akan membantu untuk berjaya. Jangan berasa rendah diri atau terlalu mudah mengaku kalah. "Biarlah kita dari kampung sekali pun, kejayaan tetap bersama kita," tegas Mohamad. Katanya, menjadi hasrat beliau melihat generasi yang akan mengurus tadbir negeri dan negara kelak mempunyai jati diri yang kuat, ilmu yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat. "Kita tidak mahu pengganti kelak yang ada ilmu merosakkan masyarakat, agama, bangsa dan negara. Janganlah kita belot dan merosakkan tangan yang memberi kita makan. "Jangan berpecah, jaga bangsa, agama dan tanah air ini supaya ia kekal aman dan sejahtera," kata Mohamad. Pada sesi akademik 2012/2013 ini seramai 1,908 mahasiswa baru mendaftar mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di USIM. Sumber: [...]

USIM Lahir Pemimpin Berjiwa Besar Melalui Program YMLF

MARAN – Hasrat Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk melahirkan pemimpin masa depan berjiwa besar tercapai apabila 60 mahasiswa daripada pelbagai fakulti telah terpilih untuk menjalani Kem Saringan program Young Muslim Leaders of the Future (YMLF) di Kem Bina Negara Maran, Pahang pada 3 hingga 8 September 2012. Menurut beliau, sebagai sebuah universiti Islam, USIM perlu menyediakan program terancang yang boleh memacu dan mempercepat proses membina pemimpin masa depan yang mempunyai latar belakang Islam yang kukuh untuk meneraju universiti dan negara di masa hadapan, katanya ketika merasmikan program tersebut. “Kita akan membawa mereka yang terpilih ini untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin dalam lapangan bidang masing-masing untuk mereka belajar menjadi pemimpin secara hands-on dan mengetahui selok-belok menjadi pemimpin dalam bidang tersebut,” katanya. Selain itu, beliau juga mengharapkan agar mahasiswa yang terpilih ini dapat menjadi insan al- Abrar serta menjadi ilham dan contoh kepada masyarakat dengan mempunyai sifat bersedia berbakti dengan taat dan berbuat baik kepada semua. Beliau juga berpendapat mahasiswa yang dipilih ini dapat menggilap bakat kepimpinan mereka untuk dilantik menjadi pengerusi di persatuan-persatuan universiti seperti Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Mahasiswa, kelab-kelab, JAKSA dan sebagainya. Sementara itu, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani berkata FKP sedia membantu Universiti memikul amanah bagi melahirkan pemimpin Islam yang dinamik dan ini merupakan satu idea yang bijak. “Sebagai sebuah fakulti yang mementingkan aspek kepimpinan dan pengurusan, kami bersedia menggalas tanggungjawab untuk bersama-sama membantu USIM melahirkan graduan yang boleh memimpin dan mengurus organisasi [...]

1, 908 PELAJAR BAHARU SARJANA MUDA MENDAFTAR DI USIM

NILAI – Seramai 1,908 pelajar Ijazah Sarjana Muda mendaftar secara rasmi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari pendaftaran universiti pada 1 september baru-baru ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 555 orang ialah pelajar lelaki manakala 1,353 orang lagi merupakan  pelajar wanita yang mengikuti pengajian di lapan fakulti pengajian di USIM. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda berkata, pendaftaran pada hari Sabtu yang lalu telah berjalan dengan lancar dan pihak universiti merasa amat bangga kerana pada tahun ini universiti sekali lagi berjaya memperbaiki sistem pendaftaran universiti yang hanya mengambil masa selama 6 minit bagi seseorang pelajar. “Saya juga mendapat maklumbalas yang sangat positif dari para ibu bapa yang mengatakan inilah yang seharusnya dilaksanakan oleh sebuah universiti, apatah lagi bagi sebuah universiti Islam yang mana kita seharusnya mementingkan kecekapan dan keberkesanan di dalam apa juga kerja yang kita laksanankan terutamanya di dalam sistem pentadbiran” “Pada tahun ini juga USIM turut menerima bilangan pelajar teramai iaitu seramai 1,908 orang iaitu mencatat nisbah pendaftaran sebanyak 84.8% dan merupakan nisbah penerimaan yang paling tinggi sejak penubuhannya” beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan pada Majlis Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti sempena Hari Taaruf Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2012/2013 USIM di Stadium Tertutup Nilai, semalam. Beliau turut menambah, pertambahan bilangan pelajar ini membuktikan kepercayaan ibu-bapa dan juga para pelajar terhadap sistem pendidikan USIM. Sejarah turut terukir pada sesi pendaftaran kali ini apabila USIM menerima pelajar sulung seramai 28 orang bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan kepujian. Oleh: Khairul Azizi [...]

Ogos 2012

Pengerusi LPU USIM Kongsi Pengalaman Integrasi Ilmu

NILAI – Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Hj. Abdul Shukor bin Hj. Hussin telah membuat pembentangan mengenai pengalaman USIM untuk mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli demi mencapai misi dan visi penubuhan USIM di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), baru-baru ini. Menurut beliau, semasa ingin menubuhkan USIM yang dahulunya Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), beliau dan ahli LPU yang lain telah dimaklumkan agar penubuhan universiti Islam ini perlulah mempunyai kelainan dan keunikan yang tersendiri sebagai strategi untuk bersaing dengan universiti yang sedia ada. “Seperti contoh Program Komunikasi di USIM ini perlu mengetengahkan sesuatu yang unik iaitu dengan menerapkan elemen-elemen Islam di dalam subjek yang ditawarkan dan seterusnya akan mewujudkan komunikasi Islam,” katanya lagi. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa penubuhan USIM ini juga dilihat selari dengan seruan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah banyak menekankan tentang maqasid syariah, islah, wasatiyah yang mana kesemuanya merupakan hasil daripada integrasi ilmu. Menurutnya lagi apa yang ditekankan oleh Perdana Menteri itu juga berkait dengan pembangunan Satu Malaysia dan sebagai proses untuk membentuk satu sistem sehingga ianya sampai kepada satu tahap yang boleh diterima oleh seluruh masyarakat. Dalam akhir pembentangannya, beliau turut menekankan bahawa setiap pensyarah yang berkhidmat di USIM ini perlulah mempunyai semangat dan ruh serta memahami risalah USIM dan membantu ke arah perubahan yang lebih baik menerusi ilmu, pendidikan dan sistem yang boleh diterima dan dipercayai oleh semua. Sementara itu, Dekan FKP, Prof. [...]

USIM SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA ANAK YATIM DAN SAUDARA BARU

Nilai, 17 Ogos 2011 – Seramai 40 anak yatim dari Yayasan Anak Yatim Piatu Islam Daerah Port Dickson menerima bantuan sempena ketibaan Aidilfitri ini daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada majlis yang diadakan di Kolej Kediaman 1, USIM. Program bercirikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Kakitangan USIM dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Islam USIM, Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas USIM (PRAGMATIS);  Kesatuan Kakitangan Sokongan USIM (KUSIMA), dan Kelab Setiausaha USIM (KSU). Bantuan serta sumbangan duit raya termasuk barang keperluan dapur itu disampaikan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhammad Muda. Anak-anak yatim dari rumah kebajikan tersebut turut diraikan dengan majlis berbuka puasa diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah. Pada majlis yang sama, seramai 30 orang saudara baru dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) turut diraikan serta menerima sumbangan hamper. Antara objektif program adalah bertujuan menzahirkan rasa kesyukuran terhadap Allah dengan mengagih-agihkan rezeki yang dikurniakan kepada golongan yang memerlukan. Di samping itu, program sebegini merupakan sebahagian aktiviti kebajikan warga universiti kepada masyarakat. Oleh: Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia

Go to Top