Ogos 2011
URUSETIA KESENIAN PELAJAR LAKAR KEJAYAAN DALAM KESENIAN ISLAM DIPERINGKAT IPTA
SKUDAI, 9 Okt – Berbekalkan pengalaman dan rasa ingin terus mencuba telah membawa kejayaan kepada empat orang Urusetia Kesenian Pelajar, Unit Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia apabila berjaya membolot kemenangan di Majlis Perujian Tilawah Al–Quran MAKUM 2011 baru-baru ini. Program anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) ini disertai 10 IPTA bagi Perujian Tilawah Al-Quran manakala tujuh penyertaan bagi Pertandingan Seni Khat. Tuah menyebelahi Saudara Yusuf Hasni Montalib apabila dinobatkan Johan bagi pertandingan Seni Khat manakala rakan seperjuangan, Saudari Nurhafizah Othman pula berjaya mendapat Naib Johan. Dalam pada itu, peserta Qariah USIM Saudari Nur Azimah Ahmad Sukaimie berjaya memikat hati juri pertandingan apabila bacaan beliau telah dipilih sebagai Naib Johan bagi pertandingan Tilawah Al-quran pada program yang sama . Menurut Nur Amizah kejayaan yang dikecapi ini merupakan pengalaman yang sangat manis dan tidak menyangka sama sekali bahawa bacaan beliau akan dipilih sebagai Naib Johan. "Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan ribuan terima kasih kepada USIM, khususnya Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar kerana memilih saya untuk menyertai pertandingan pada kali ini" kata Nur Amizah. Qari USIM, Saudara Ahmad Naeim Mat Isa pula berjaya mendapat tempat Ketiga dan beliau menyifatkan pertandingan pada kali ini sangat sengit dan kebanyakan peserta mempunyai pengalaman serta kelebihan tersendiri. Qari dan Qariah USIM dari kumpulan Tarranum di bawah Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar ni mendapat bimbingan daripada En Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Pertandingan yang dianjurkan ini bertujuan menerapkan budaya ilmu melalui pembacaan dan penghayatan [...]
URUSETIA KESENIAN PELAJAR MENGGEGAR DI ARENA IPTA
TANJUNG MALIM 25 Sept - Pertandingan Cipta Lagu dan Nyanyian Solo Lagu Patriotik Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) menyaksikan persaingan sengit 12 IPTA yang bertanding. Buat pertama kalinya Universiti Sains Islam Malaysia muncul sebagai Johan Cipta Lagu Terbaik selepas berjaya menewas 11 peserta IPTA yang telah berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). ‘Marilah kita langkah bersama, demi menjulang harapan bangsa, Satu Hati Satu Negara’ antara bait lirik Lagu Satu Hati Satu Malaysia dendangan Mohd Nurhakimi Md Yaman, dari Urusetia Kesenian Pelajar Unit Kebudayaan yang juga salah seorang anggota Kumpulan Nasyid Intracksee. Beliau tidak menyangka dengan kemenangan yang diperolehi kerana semua peserta menampilkan persembahan yang cukup hebat dan memukau. Pertandingan lagu patriotik ini juga merupakan pengalaman manis buat beliau yang menyertainya buat kali pertama dan tidak menyangka kemenangan berpihak kepada USIM berbanding IPTA yang mempunyai Fakulti Muzik seperti UM, UNIMAS dan UPSI. Lagu ciptaan rakan seperjuangan Shukri Sahari dan Lirik oleh Ismail Ahmed membawa pulang Hadiah Wang Tunai berjumlah RM2,000 dan Piala Iringan. Pertandingan nyanyian ini antara lain bertujuan menanam rasa cinta kepada negara dan menghayati erti kemerdekaan sebagai menghargai pengorbanan dan usaha pemimpin terdahulu dan penghayatan ini disampaikan dalam bentuk nyanyian agar ianya dapat dikongsi oleh segenap lapisan masyarakat. Menurut Shukri Sahari yang ditemui sejurus pertandingan tamat berkata kesemua persembahan berlainan dari yang lain, di mana ia adalah persembahan yang menuntut kesungguhan peserta sekali gus emosi yang penuh penghayatan dengan lagu yang dibawa. Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan terus berusaha meningkatkan kemahiran pelajar sebagai rangsangan untuk memajukan [...]
SISTEM PENGURUSAN ISLAM PERLU STANDARD YANG SESUAI
KUALA LUMPUR 30 Sept. – Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia (Trans-SPI 2011) anjuran Pejabat Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri telah berlangsung dengan jayanya. Program dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia, Berita Harian dan Tabung Haji ini berlangsung selama tiga hari bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan disiarkan secara lansung menerusi RTM1. Dato' Sri Najib Tun Razak berkata, Satu Standard Pengurusan Islam perlu digubal untuk menjadi penanda aras dalam amalan dan perkhidmatan Islam di kalangan pentadbir hal ehwal Islam di negara ini. Menurut Perdana Menteri, perkara itu penting dalam meningkatkan fungsi pegawai hal ehwal Islam sebagai pentadbir, pengurus, pakar rujuk dan penasihat dalam bidang keagamaan. “Para pegawai tersebut memerlukan pelbagai kemahiran bagi meningkatkan kompetensi mereka dalam bidang agama sehingga diiktiraf sebagai profesional bidang tersebut,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini. Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan buku bertajuk Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menghayati 1Malaysia yang bertujuan memberikan penerangan dan penjelasan mengenai konsep kesederhanaan dengan teras 1Malaysia yang menjadi kepentingan kerajaan ketika ini. Beliau menambah, penjawat awam terutama yang berada dalam jabatan agama dan guru-guru agama seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif bagi menunaikan tanggungjawab dengan mencari penyelesaian di luar kelaziman. Langkah itu tegas beliau, amat mustahak agar jabatan agama dan institusi yang berkaitan terus cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat. “Untuk terus kekal relevan, institusi agama khususnya perlu memberi perkhidmatan [...]
Mei 2011
PELAJAR USIM ASAH BAKAT MENULIS DALAM BENGKEL PENYIARAN MEDIA USIM 2011
USIM Nilai, 19 Mei 2011 – Pepatah berkata “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Menghimpunkan barisan penceramah yang berpengalaman luas dan terlibat secara langsung dalam penyiaran media massa hari ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (BHEP USIM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Penyiaran Media USIM 2011 yang bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Kepimpinan USIM pada 18 hingga 19 Mei baru- baru ini. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan program tersebut bagi memberi peluang kepada pelajar dan kakitangan BHEP mendapat pendedahan dalam dunia penyiaran khususnya segmen promosi berita-berita di dada akhbar perdana. Program ini bertujuan memperkasakan gaya penulisan berita dan rencana di samping pengetahuan dalam bidang multimedia serta langkah-langkah untuk mempromosi program dan aktiviti pelajar. Kehadiran penceramah yang berwibawa seperti Ahmad Fedtri Yahya dari TV3, mendedahkan kepada peserta aspek-aspek penyiaran media elektronik terutamanya segmen yang popular sebagai rujukan serta memperbaiki ketajaman penulisan di media elektronik. Ketika ditemubual Ahmad Fedtri berkata, USIM telah mengambil langkah yang sangat signifikan dalam penekanan aspek penulisan berita dengan menyediakan platform yang terbaik bagi peserta bengkel kali ini. Beliau turut menambah kepekaan pengurusan universiti dan BHEP telah menjadikan Bengkel Penyiaran Media USIM 2011 lebih bermakna dan membawa manfaat kepada 35 peserta yang menyertai bengkel yang buat julung kalinya diadakan di USIM. Menambah keterujaan peserta, segmen penulisan rencana dan berita telah dikendalikan oleh Encik Muhd Yusuf Abu Bakar dari Berita Harian dan Encik Mohd Saiful Mohd Sahak Utusan Malaysia. Tips-tips terbaik penghasilan berita dan rencana telah meningkatkan semangat para peserta [...]
USIM, TV ALHIJRAH TINGKAT IMEJ ISLAM
Kuala Lumpur, 28 April 2011 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalin kerjasama pintar dengan stesen televisyen Islam pertama negara, TV AlHijrah bagi meningkat kan kembali imej Islam di mata dunia. Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda berkata hasrat itu mampu dicapai hasil usaha bersama dalam melahirkan bakat serta modal insan melalui saluran media. “Usaha ini tanggungjawab bersama mendidik masyarakat menilai Islam secara positif. “USIM akan memberi sumbangan berbentuk kajian bagi mengenal pasti kehendak masyarakat supaya mereka menerima maklumat tepat,” katanya. Beliau berkata, televisyen adalah medium paling berkesan mendekati serta mempengaruhi masyarakat. “Kerjasama erat ini juga diharap mampu meningkatkan kemampuan umat Islam menghasilkan produk terbaik dan bermutu. “Pensyarah serta pelajar USIM juga dapat menimba pendedahan dalam dunia penyiaran kerana TV AlHijrah memiliki prasarana canggih,” katanya dalam sidang media selepas menandatangani perjanjian persefahaman berkenaan di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam baru-baru ini. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi TV AlHijrah yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda. Sementara itu, Bukhari berkata TV AlHijrah memberi peluang kepada Usim menggunakan kepakaran mereka untuk menjalankan kajian terhadap tabiat, minat serta cita rasa penonton dengan lebih meluas.
April 2011
ONE DAY COMMUNITY CARE SERLAHKAN KEPERIHATINAN PELAJAR USIM
Seremban, 16 April 2011 – Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menganjurkan program One Day Community Care bertempat di Taman Sinar Harapan Tuanku Najihah Seremban, Negeri Sembilan. Program ini merupakan satu tanggungjawab sosial atau Corporate Services Responsibility bagi USIM dalam melestarikan nilai-nilai murni dan perasaan keprihatinan yang tinggi di kalangan pelajar USIM terutamanya terhadap insan istimewa yang kurang keupayaan diri seperti OKU. Program ini adalah salah satu program yang disusun dalam kalendar seni budaya oleh Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia dengan melibatkan Urus Setia Kesenian Pelajar sebagai peserta program One Day Community Care. Idea melaksanakan program ini lahir kerana masyarakat kita hari ini seolah-olah semakin lupa akan tanggunjawab sosial yang sepatutnya dipikul bersama dalam memastikan perancangan kerajaan ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, tercapai. Menurut Encik Ismail Ahmed, Pegawai Kebudayaan USIM, soal kebajikan dan kurangnya keprihatinan masyarakat antara satu sama lain seperti menjadi budaya semasa sehingga situasi ini juga berlaku dalam kehidupan seharian dalam sesebuah keluarga. Gejala negatif ini akhirnya memperlihatkan kesan dan tempias kesibukan tersebut dalam arus kemodenan dengan pelbagai isu sosial yang semakin ketara. Antara isu yang sering hangat diperkatakan ialah isu pembuangan bayi dan juga kes penderaan kanak-kanak antaranya OKU. Apa yang paling menyedihkan apabila masyarakat mula menuding jari dan meletakkan kesalahan tersebut kepada orang lain atau entiti kerajaan sedangkan masyarakat sepatutnya sama-sama bertanggungjawab dalam memastikan persekitaran menjadi lebih selamat dengan saling tegur-menegur, nasihat-menasihati dan sikap prihatin menjadi budaya yang sepatutnya kita amalkan bersama. Justeru, [...]
USIM, AeU JALIN KERJASAMA PROGRAM PENGAJIAN SECARA ONLINE
Kuala Lumpur, 30 Mac 2011 – Pengajian jarak jauh, khususnya untuk program diploma dan ijazah tertiari dalam talian, merupakan pasaran yang berkembang pesat di peringkat global. Rantau Asia sahaja telah menyaksikan pertumbuhan pada kadar kira-kira 12% setahun sejak 10 tahun lalu dan tren ini dijangka berterusan memandangkan banyak negara sedang berusaha untuk meningkatkan pendaftaran di paras pasca-menengah. Menerusi Projek Permulaan (EPP) 6 di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) Pendidikan yang telah memfokuskan kepada keperluan pengembangan Pendidikan Jarak Jauh Antarabangsa (International Distance Learning) telah menjadi titik tolak kepada penubuhan Malaysian Universities Online Gateway di mana program ini telah diberikan penjenamaan baru dengan nama Malaysian Education Online (MEDO). Bagi mencapai ke arah usaha itu, Universiti Sains Islam malaysia (USIM) dan Asia e University (AeU) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini untuk penawaran program pasca-siswazah secara atas talian (online) menerusi gerbang MEDO. Menurut Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, MEDO telah membuka peluang kepada IPTA terutama sekali USIM dengan satu kaedah alternatif dimana para pelajar boleh belajar secara online. ”Malaysian Education Online (MEDO) ini juga merupakan peluang kepada USIM untuk menembusi pasaran pendidikan tinggi peringkat antarabangsa yang semakin berkembang sekaligus memperkenalkan USIM di peringkat antarabangsa menerusi program-program pengajian yang ditawarkan secara kerjasama dengan AeU. Ianya juga akan menjadi salah satu sumber pendapatan baru kepada USIM”. Tambah beliau semasa berucap pada majlis tersebut. Program-progam yang dikenalpasti oleh USIM untuk ditawarkan menerusi MEDO adalah Program Sarjana Pentadbiran Muamalat; Program Sarjana Bahasa Arab Komunikasi; Program Sarjana Undang-Undang Perbandingan; Diploma Siswazah [...]
USIM, HDC ANJUR PROGRAM GO! HALAL
Bandar Baru Nilai, 1 April 2011 – USIM di bawah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM), Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC) dan Sekreteriat Lawatan Antarabangsa Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) telah menganjurkan Program Kesedaran Halal (Go! Halal) buat kali yang ke-2 di USIM baru-baru ini. Menurut Puan Nur Adlina Addenan, Penolong Pendaftar Kanan di Pusat Kecemerlangan Penyelidikan USIM, Antara objektif program ini adalah untuk memberi galakan dan pengetahuan kepada para mahasiswa dan mahasiswi dalam isu-isu semasa disamping membuka peluang untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu yang berkaitan daripada pihak yang berkenaan dan juga prospek kerjaya di dalam bidang ini. “Melalui penganjuran proram ini para pelajar juga berpeluang untuk mendapatkan gambaran awal dan mereka boleh bertanya sendiri mengenai ruang dan peluang untuk menjalani sesi latihan industri serta prospek kerjaya setelah mereka menamatkan pengajian nanti” Tambah beliau lagi. Seramai 150 peserta yang terdiri dari kalangan mahasiswa/i Program Sarjana Muda Bioteknologi Makanan, FST; mahasiswa/i Kursus Elektif Sains Pemakanan, Program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-undang serta para penyelidik bersekutu IHRAM hadir bagi mengikuti program tersebut. Antara pengisian program pada hari itu adalah ceramah bertajuk “Isu Halal Terkini” dan “Prospek Kerjaya dan cabaran industri Halal”. Kedua-dua ceramah tersebut disampaikan oleh Encik Muhammad Elyas Harun , Pegawai Eksekutif Latihan dan Rundingan, Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC). Oleh: Khairul Azizi Elias Seksyen Hubungan Media dan Publisiti Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia Tel: 06-798 8027
Mac 2011
KUMPULAN PERTAMA PPG USIM MENDAFTAR
Bandar Baru Nilai, 24 Mac 2011 – Seramai 293 penuntut tajaan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia mendaftarkan diri bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Universiti Sains Islam Malaysia baru-baru ini. Menurut Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Profesor Madya Dr. Bhasah Abu Bakar, ini adalah kumpulan pertama bagi program PPG ini dan merupakan program yang dikhaskan untuk golongan pendidik yang masih belum memiliki ijazah pertama. “Ambilan pada kali ini melibatkan Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam Sekolah Menengah) Dengan Kepujian dan Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Dengan Kepujian” katanya. “Para pelajar akan menggunakan kaedah pembelajaran menggunakan modul khas dan juga MyLMS, iaitu satu aplikasi online yang membolehkan pelajar mendapatkan maklumat pembelajaran dan juga kemudahan berinteraksi sesama mereka dan pensyarah. Manakala kelas akan dijalankan setiap 2 minggu sekali” tambah beliau lagi. Proses pendaftaran bermula sewal jam 8.30 pagi bertempat di ruang legar perpustakaan USIM ini melibatkan penuntut dari Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pelbagai pengisian program dijalankan sepanjang proses pendaftaran berlansung, antaranya ialah sesi taklimat mengenai USIM; taklimat akademik dan antarabangsa oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, Profesor Dr. Musa Ahmad dan taklimat oleh BPG. Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda juga turut hadir bagi memberikan amanat kepada para guru yang mendaftar. Beliau mengingatkan supaya peluang yang diberi ini digunakan dengan sebaik-baiknya untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga beroleh kejayaan dan seterusnya menjadi warga pendidik al-abrar yang berbakti kepada masyarakat . Oleh: Khairul Azizi Elias Seksyen Hubungan [...]
USIM, UNISSA METERAI MOU
Bandar Baru Nilai, 24 Mac 2011 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Negara Brunei Darussalam semalam bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik dan pentadbiran. Pada majlis itu, USIM diwakili oleh Naib Canselor sendiri, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda dan UNISSA pula oleh Rektornya, Yang Mulia Dr. Haji Serbini Haji Matahir. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, Profesor Dr. Musa Ahmad; Pemangku Timbalan Rektor UNISSA, Dr Siti Sara binti Haji Ahmad; Dekan Penyelidikan dan Inovasi USIM, Profesor Dr. Hajah Mustafa Mohd Hanefah; Pendaftar USIM, En. Muhammad Haizuan Rozali; Ahli Jawatankuasa Pengurusan USIM dan 3 orang pegawai UNISSA. Menurut Naib Canselor USIM, MoU ini merupakan usaha bersama untuk memperkukuhkan lagi bidang pendidikan dan juga hubungan muafakat diantara kedua buah universiti. “Muafakat itu Ibarat lidi, jika sebatang mudah untuk dipatahkan, tetapi bila ia banyak dan diberkas ianya akan menjadi kukuh dan kuat” ujar beliau ketika memberikan ucapan aluan pada majlis tersebut. Selain itu tambahnya, kerjasama ini turut melibatkan program pertukaran kakitangan, pertukaran pelajar, bengkel, latihan dan kursus bersama; mengadakan seminar dan persidangan bersama serta kerajasama dalam projek penyelidikan dan pembangunan. Dalam pada itu, Rektor UNISSA dalam ucapannya, beliau memuji dan kagum dengan kejayaan USIM yang telah berjaya menempa nama dalam masa yang begitu singkat di dalam pelbagai bidang baik di peringkat serantau mahupun peringkat antarabangsa. Tambah beliau lagi. “USIM dan UNISSA juga akan bekerjasama dalam perkongsian maklumat dan sumber ilmu dalam membangunkan umat Islam di Brunei dan [...]









