Disember 2023
Kepelbagaian Kaum dan Etnik Di Sarawak
Etnik merujuk kepada kumpulan manusia yang berkongsi sifat-sifat fizikal atau budaya tertentu yang membezakan mereka dari kumpulan lain. Terdapat beberapa aspek yang terdapat dalam etnik seperti keturunan, bahasa, adat istiadat, agama, dan nilai-nilai budaya yang diwarisi dari generasi ke generasi. Sementara itu, kaum pula merujuk kepada kumpulan sosial manusia yang berkongsi ciri-ciri yang sama atau hampir sama dalam konteks asal usul, budaya, agama, dan adat resam tertentu. Kaum juga sering dikaitkan dengan faktor geografi, sejarah, politik, dan kebudayaan yang bersama. Setiap etnik atau kaum mempunyai kepelbagaian dalam budaya, kepercayaan, dan cara hidup mereka. Oleh itu, penekanan terhadap kepelbagaian etnik dan kaum membantu masyarakat untuk menghargai dan memahami keunikan serta warisan setiap kumpulan serta mempromosikan kesepadanan sosial dan keharmonian antara kumpulan-kumpulan ini dalam sebuah masyarakat yang majmuk.Sarawak merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak di bahagian utara pulau Borneo. Sarawak juga mempunyai kepelbagaian budaya, alam semula jadi yang menakjubkan, dan warisan sejarah yang kaya. Negeri ini mempunyai lebih daripada 40 kumpulan etnik yang berbeza, menjadikannya tempat yang penuh dengan kepelbagaian etnik dan kebudayaannya. Kehidupan masyarakat di Sarawak juga menawarkan pandangan ke dalam warisan budaya yang kaya. Setiap etnik di Sarawak mempunyai tradisi, adat istiadat, dan kepercayaan yang unik. Dari rumah panjang tradisional Orang Iban hingga rumah tradisional Orang Bidayuh yang berbentuk lingkaran, struktur rumah tradisional ini menggambarkan kekayaan warisan budaya Sarawak. Sarawak adalah tempat yang memikat dengan kepelbagaian budaya, keindahan alam semula jadi, serta keramahan dan kehangatan penduduknya. Ia adalah destinasi yang menarik bagi pelancong yang ingin [...]
Adat, Etika dan Pantang Larang Masyarakat Melanau dalam Penyediaan Makanan di Sarawak
Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Melanau bermaksud suku kaum peribumi yang tinggal di persisiran pantai, muara dan anak Sungai Rejang, terutamanya di daerah Matu dan Daro, Dalat, Mukah, Bintulu dan Miri. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini. Bagi masyarakat Melanau, pantang larang adalah larangan atau tegahan terhadap sesuatu perbuatan atau percakapan dengan tujuan untuk mengelakkan diri daripada berlakunya sesuatu perkara buruk yang tidak diingini terjadi. Terdapat pelbagai kategori pantang larang dalam kalangan masyarakat Melanau bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian. Walau bagaimanapun, fokus penulisan ini adalah pantang larang kaum Melanau dalam penyediaan makanan. Pantang larang makanan merupakan satu aspek budaya yang mempunyai nilai-nilai kesihatan. Pantang larang ini diwarisi dan masih diikuti oleh masyarakat Melanau sehingga ke hari ini. Oleh itu, pantang larang ini berperanan penting dalam kehidupan seharian masyarakat Melanau. Penulisan ini bertujuan untuk mengenengahkan mengenai adat, etika dan pantang larang dalam penyediaan makanan bagi masyarakat Melanau di Sarawak. Dalam penyediaan makanan tradisional masyarakat Melanau di Sarawak mempunyai aspek penting bagi mengekalkan rasa, kualiti dan cara penyediaan. Bagi masyarakat Melanau Sarawak, dalam [...]
Nurturing Mental Health: Practical Strategies for Well-being
Mental health, an integral part of our overall well-being, is as significant as our physical health. In today's fast-paced world, where stressors seem to abound, prioritizing mental health becomes paramount. Adopting effective strategies to manage and nurture mental health is essential for a balanced and fulfilling life.The following are some doable recommendations to support mental health such as meditation and mindfulness are adding mindfulness exercises to regular routines has a big impact on mental health. Deep breathing techniques, mindfulness training, and meditation all contribute to stress reduction, increased focus, and improved self-awareness. Set aside some time each day for these techniques to help you relax and find inner peace.Secondly, some practical suggestions to promote mental well-being are frequent exercise, exercise has positive effects on mental as well as physical health. Exercise lowers stress and anxiety by releasing endorphins, the body's natural mood enhancers. Finding a fun way to exercise, whether it's yoga, the gym, or a brisk walk, might improve mental health.Additionally, are healthy lifestyle choices, balanced nutrition, adequate sleep, and limiting substance use are pivotal in managing mental health. A well-nourished body supports a healthy mind, while quality sleep rejuvenates and recharges mental faculties. Reducing or avoiding excessive alcohol can prevent exacerbating mental health issues.Thirdly, to support mental health consider these useful recommendations are seeking support and connection, don't hesitate to reach out for support. Whether from friends, family, or professionals, talking about your feelings can be immensely therapeutic. Cultivating meaningful connections and nurturing supportive [...]
Safwan bekerja sambilan untuk menapung kos sara hidup
NILAI - Muhammad Safwan Bin Zaidi,23, merupakan salah seorang daripada 384 orang graduan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan yang bergraduasi di Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia yang ke-21. Safwan memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan kepujian di USIM pada tahun 2019. Sepanjang pengajiannya pelbagai kerja-kerja sambilan yang beliau ceburi antaranya sebagai pekerja di ladang sawit serta menjaga dan melapah lembu. “Ayah tidak berapa sihat, beliau merupakan seorang penghidap penyakit kencing manis dan tidak mampu melakukan kerja yang berat, jadi saya bantu ayah untuk menguruskan lembu peliharaannya”, kata Safwan yang berasal dari Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Manakala ibunya yang berusia 48 tahun bekerja sebagai guru kafa di kampungnya. Pada pandemik covid-19 melanda, menurut Safwan pembelajaran secara atas talian adalah sangat mencabar kerana kawasan kampungnya tidak memiliki liputan internet yang kuat sehingga menyebabkan dia tidak dapat mengikuti kelas tersebut. Justeru, masa terluang digunakan untuk menambah pendapatan untuk menampung kos pengajiannya dan mengurangkan beban ibu bapanya. “Selepas pinjaman PTPTN ditolak dengan yuran pengajian, hanya tinggal sebanyak RM1,700 yang boleh digunakan untuk satu semester dan bagi saya jumlah itu hanya mencukupi untuk 3 bulan sahaja”. “Kehidupan di kampus dapat dirasai terlalu singkat kerana saya belajar secara bersemuka pada semester keenam dan semester kelapan saya sudah menjalani latihan industri di Akademi Neuro Linguistic Programming (NLP) Malaysia, di Shah Alam selama 5 bulan”, tambah Safwan. Graduan yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik ini, juga turut bekerja sebagai pembuat kabinet dapur sambilan di Bukit Mahkota, Bangi pada waktu ketiadaan kelas dan cuti semester. [...]
Bukan dari keluarga yang senang, buat Syukri tekad untuk ubah nasib keluarga
NILAI - "Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang" itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Muhammad Syukri Rostam ketika memberi ucapan wakil pelajar Fakulti Bahasa dan Utama (FPBU) di Majlis Konvokesyen ke-21 USIM sidang ketiga pada 13 Disember 2023. Ayahnya merupakan seorang buruh kasar dan ibunya pula merupakan seorang suri rumah, berusaha keras membesarkan anak anak demi melihat mereka berjaya. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab dan Komunikasi dengan kepujian ini tidak lekang menzahirkan perasaan gembira dan sebak apabila di tanya mengenai matlamat terbesar dalam hidupnya iaitu ingin membawa redha dan doa ibu dan ayahnya ke mana Sahaja beliau berada, “tanpa mereka tiadalah saya berdiri di atas pentas yang gah ini. Senyuman mereka mungkin belum mampu untuk saya balas hari demi hari, untuk mak dan abah, hadiah ini buatmu", ujarnya. Anak kedua dari 3 beradik ini berjaya peroleh Anugerah Dekan 8 semester berturut-turut dengan sentiasa berpegang dengan kata-kata "kasihilah guru-guru kalian dan kasihilah ilmu itu sendiri, junjunglah ilmu itu kerana dengan berilmu akan memberi pedoman buat kita di masa akan datang dengan izin Allah”. Katanya lagi, beliau berhasrat untuk menjadi seorang guru dan merancang untuk menyambung pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan selepas ini. "Harapan saya kepada semua graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), jadilah sebuah permata yang mampu menggilap diri sendiri di persada dunia. Sentiasalah berusaha untuk menuntut ilmu kerana dengannya kita akan belajar erti kehidupan sebenar”, ujar Syukri. Nurul Fathihah Shaipol Azman StraComm Clique Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru [...]
Pasangan kembar seiras kongsi pentas konvokesyen
NILAI - Sepasang kembar Aida Farisah Ahyat (kakak) dan Aida Fasihah Ahyat (Adik), 24, dari program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) DPPPI, Fakulti Pengajian Bahasa Utama gembira dapat raikan konvo bersama di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pasangan kembar seiras yang berasal dari Pekan, Pahang tersebut sebelum ini memegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Komunikasi (Kepujian) juga dari USIM. Sejak kecil mereka sentiasa bersama dan tidak pernah berpisah malah dari segi makanan kegemaran, pemilihan gaya pakaian dan tempat belajar juga sama. Bukan itu sahaja, mereka juga pernah menerima anugerah kecemerlangan yang sama ketika menuntut di Maahad Tahfiz Jengka, Pahang. “Kami tidak pernah berenggang, kalau renggang pun apabila masing-masing mula bekerja” ucap Farisah. Menurutnya, Fasihah menjalani latihan industri di Kajang, manakala beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Putri, Seremban sebagai guru pelatih. Hasrat untuk mengambil Diploma Pascasiswazah Pendidikan ini adalah inspirasi dari ibu mereka yang juga merupakan seorang guru. “Kami berharap untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi dan boleh membimbing generasi kini menjadi insan yang berguna” Ujarnya lagi. Sementara itu, Fasihah berkata, apa yang membezakan mereka hanyalah dari segi hobi di mana beliau meminati sukan memanah manakala kakaknya meminati sukan bola jaring. Nur Alyaa Safiah Aziz StraComm Clique Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
Johan Tilawah al-Quran Graduan Sulung Baharu Program Pengajian Qiraat USIM
NILAI –Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abdul Mohsin, 25, hos rancangan televisyen dan juga pempengaruh yang semakin meningkat naik dan mula dikenali ramai melalui platform media sosial ini merupakan salah seorang daripada 45 orang graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah yang telah bergraduasi di Majlis Konveksyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-21 hari ini. Meskipun jadual hariannya kadang kala dipenuhi dengan jemputan program-program daripada stesen televisyen, beliau tetap tidak mengabaikan tugas hakikinya sebagai seorang pelajar. Mengenang kembali kenangan pahit manis menyiapkan penulisan tesisnya ketika di tahun akhir, ‘Ammar menzahirkan rasa syukur dan terharunya kerana usaha yang dilakukannya bersengkang mata siang malam dalam keterbatasan waktu dan kesibukkannya, akhirnya membuahkan hasil dengan kejayaan menggenggam segulung ijazah. “Ada satu masa tu dalam sehari, pada sebelah pagi saya pergi ke kelas, kemudiannya tengah hari pergi shooting program, sebelum sambung ke kelas semula pada petangnya”. Ujarnya. Ketika ditanya bagaimana beliau mengekalkan hafazan Al-Qurannya dalam kesibukan belajar dan bekerja beliau berkata, “antara sebab utama saya memilih bidang pengajian Al-Quran dan Qiraat ini adalah kerana untuk mengulang hafazan saya seperti zaman belajar diploma dahulu”. “Alhamdulillah saya bersyukur kerana masih dapat mengekalkan hafazan ini dan berharap dapat kekal istiqomah dengannya sehingga di alam pekerjaan kelak Insha-Allah”. Ujarnya lagi. ‘Ammar turut berkongsi kisah manisnya dalam mengharumkan nama USIM di atas pencapaiannya sebagai Johan dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2023 anjuran Jabatan Agama Hal Ehwal Islam (JAKIM) di Terengganu pada september yang lalu. Selain Majlis Tilawah Al-Quran IPT, beliau [...]
8 graduan praktikal terima Anugerah Kesukarelawanan Borneo
NILAI - Terpanggil untuk menyahut cabaran pensyarahnya untuk keluar daripada zon selesa, Muhammad A’zim Bin Mohd Hafiz, 23, adalah salah seorang daripada lapan mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terlibat menjalani Program Latihan Industri tahun akhir di Kepulauan Semporna, Sabah selama empat bulan bermula Mac 2023 yang lalu. A’zim merupakan graduan Sarjana Muda Dakwah Dan Pengurusan Islam yang bergraduasi hari ini berkata, beliau mulai meminati aktiviti kesukarelawanan sejak memulakan pengajian di USIM lagi. Ditanya mengenai perasaan menjalani Latihan Industri di Semporna, Sabah, beliau berkata ia merupakan pengalaman pertamanya menyantuni masyarakat di kepulauan di sekitar Sabah. Beliau mengakui terdapat pelbagai cabaran yang dihadapinya ketika bertugas disana. “Antara pengalaman yang sukar untuk saya lupakan adalah ketika bertugas mengajar anak-anak pulau ini tentang ilmu asas fardhu ain di Pulau Karindingan selama sembilan hari, di mana fasiliti utama seperti bekalan elektrik dan capaian internet sukar didapati. Dengan keterbatasan yang ada, ia menjadi satu cabaran buat saya untuk bertahan dari pagi sehingga ke petang sementara untuk menunggu waktu berbuka puasa”, ujarnya. Beliau turut berkongsi kisah pengalamannya bersama rakan seperjuangan yang menjadi bilal dan imam surau untuk mengetuai solat tarawih ketika disana, selain menjadi Khatib untuk membaca khutbah ketika waktu solat Jumaat. Mengakhiri temubual bersama A’zim, beliau berkongsi satu kata-kata hikmah yang menjadi penguat semangatnya untuk terus menceburi bidang dakwah di masa mendatang. “Teruskan berbuat baik walaupun diri sendiri bukan yang terbaik kerana setiap kebaikan itu dikira walaupun sekecil-kecil zarah atau biji sawi”. Muhamad Faris Mohd Faisal StraComm [...]
Tidak berputus asa, Rahmatul terima ijazah USIM setelah 11 tahun
NILAI - Selepas 11 tahun Rahmatul Fikri Haidin, 30, akhirnya bergraduasi dalam bidang Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-21 sidang kelima yang berlangsung pada 14 Disember 2023. "Saya mulakan pengajian di USIM pada tahun 2012, dan sepatutnya saya bergraduasi selepas empat tahun, namun pelbagai kekangan ia terpaksa ditangguhkan". Rahmatul telah mengikuti semua subjek bagi program pentadbiran muamalat namun masih tidak melengkapkan syarat MUET bagi membolehkannya bergraduasi. Hatinya bagaimanapun terbuka apabila menerima panggilan daripada pihak Universiti untuk membantunya bergraduasi. "Pada September tahun lepas, Ketua Program Pentadbiran Muamalat Dr. Nur Qamarina sharom menghubungi saya untuk mengambil program Reach Out English for Employment Course yang akan melayakkan saya untuk bergraduasi. Pada mulanya saya tak nak meneruskan pengajian yang dah tertangguh ini kerana saya dah selesa dan berniat untuk menjalankan bisnes sendiri, saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada isteri saya yang juga alumni USIM tahun 2016 yang meminta untuk saya mengambil kos jangka pendek ini, dan hanya diadakan pada setiap hujung minggu secara dalam talian, selama 12 hari, jadi saya sahut semangat beliau". "Jiwa saya telah sebati dengan berniaga, dan pernah membuka kiosk Chef Takoyaki di Nilai selama empat tahun, sebelum berhijrah ke Johor Bahru". Rahmatul bapa kepada tiga orang cahaya mata, kini bekerja sebagai assistant chef di sebuah restoran terkenal di Singapore, dan bercita- cita untuk membuka restoran beliau sendiri suatu hari nanti.
“Sangat cintakan ilmu yang mendalam”, Penerima anugerah Diraja Pingat Jaya Cemerlang USIM bergraduasi di Majlis Konvokesyen ke-21 USIM
NILAI - “Gunakanlah sekecil-kecil peluang untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman. Ilmu itu didatangi bukan untuk mendatangi. Setiap ilmu perlu disulami dengan adab. Letak Allah yang pertama dan utamakan ibu ayah, insyaAllah semuanya baik-baik “. Inilah pegangan yang dibawa sehingga berjaya menggenggam segulung Ijazah buat Muhammad Isyraq Husaini Muliadi dan Aufa Abdullah, penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) di Majlis Konvokesyen ke-21 USIM pada 12 Disember 2023. Muhammad Isyraq Husaini Muliadi,23, graduan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Fakulti Syariah dan Undang-undang, anak kedua dari empat beradik merupakan Felo Perdana 2023 kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelbagai kejayaan dan pengalaman dalam dunia pidato dan debat menjadikan beliau seorang yang matang dalam setiap keputusan yang dibuat. “Tahun 2020 adalah detik hitam dalam kehidupan saya apabila ayah pergi buat selamanya. Itulah permulaan kepada sebuah kebangkitan yang menguatkan setiap usaha dan daya untuk terus bergerak maju ke hadapan. Saya percaya kehilangan yang tuhan aturkan ini, bukanlah satu alasan untuk saya meratapi nasib dan kesedihan tetapi sebenarnya tuhan sedang mengajar bahawa dalam dunia ini tidak semua yang kita inginkan itu dapat dikecapi”,ujarnya lagi. Sementara itu, Aufa Abdullah,23, graduan Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) anak sulung dari dua beradik ini tanamkan azam dari awal untuk mengubah nasib keluarganya melalui Pendidikan. Beliau percaya dengan ilmu yang berkat disulami dengan keredhaan ibu dan ayah pasti Allah akan permudahkan setiap urusan kita. “Melihatkan kepada keadaan keluarga yang kurang [...]