Disember 2022
Seminar Antarabangsa Islam dan Sains Bawa Tema ‘Memimpin Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli
NILAI, 1 Disember 2022 - Bertemakan Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Seminar Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS) 2022 kali ke-5 bertempat di Dewan Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Program yang diterajui oleh Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang serta Institut Fatwa dan Halal ini telah disertai oleh seramai 164 pembentang kertas kerja daripada pelbagai bidang disiplin dalam dan luar negara. Sebanyak lapan sub tema yang dibentangkan merangkumi bidang pendidikan, sosial, sains kesihatan, teknikal dan agama selaras dengan isu semasa. Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sahrifuddin Md Sharaani berkata, tema yang dipilih kali ini sangat bertepatan dengan isu semasa masa kini, di mana kita perlu menerima perubahan sebagai peluang baharu dan bersedia untuk mengubah cara kita beroperasi untuk bersaing dengan berkesan. “Kita juga perlu memastikan kualiti dan keberkesanan kerja menjadi tonggak utama atas apa yang kita dilakukan dalam tugasan yang diamanahkan”, ujarnya lagi dalam ucapan perasmian. SAIS 2022 merupakan platform bertukar-tukar idea, pemikiran dan pengetahuan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan Islam dan Sains. Usaha ini boleh dilihat sebagai salah satu usaha penyelidik dan ahli akademik untuk mengintegrasikan kedua-dua disiplin Naqli dan Aqli dalam mendepani implikasi pandemik COVID-19 dan melangkah ke Revolusi Perindustrian ke-4. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
USIM hargai penyumbang dana zakat kepada universiti
NILAI, 30 November 2022 - Sebagai penghargaan kepada penyumbang badan korporat yang telah memberikan dana dan sumbangan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), satu Majlis Apresiasi telah diadakan di Nilai Springs Resort Hotel bagi meraikan dan mengeratkan hubungan serta jalinan strategik USIM bersama 25 buah Badan-badan Korporat yang terlibat. Antara badan korporat yang hadir adalah Lembaga Tabung Haji, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Etiqa General Takaful Berhad, Maybank Islamic Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Petronas Bandar Baru Nilai. Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah diamanahkan untuk membantu pendanaan universiti melalui sumber wakaf, zakat, infak, dan endowmen. Pelbagai projek wakaf, infaq dan endowmen yang berpotensi dan diperlukan universiti telah dirancang untuk dilaksanakan, antaranya adalah Pusat Hemodialisis USIM-MAINS-PNB, Klinik Pakar Kesihatan Universiti yang berjaya dibina dan dibangunkan melalui sumber wakaf. Timbalan Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM, Prof. Madya Dr. Nurul Aini Muhamed dalam ucapannya berkata, PWZ telah merangka beberapa program seperti Program Biasiswa Kecemerlangan Asnaf dan Program Agihan Zakat Korporat USIM 2022. Manakala bagi agihan infaq, program terlibat adalah Program Bantuan Makanan kepada pelajar (Food for Needy) dan Projek Bantuan Komputer Riba kepda Pelajar B40. “Bagi Program Biasiswa Kecemerlangan Asnaf ini, pelajar–pelajar asnaf dapat dibantu melalui Program Iqra’ TH IPTA, Biasiswa Zakat BPMB. Termasuk juga kepada sumbangan zakat yang dapat diagihkan melalui Program Agihan Zakat Korporat USIM 2022 untuk memberi manfaat kepada bantuan kewangan pelajar, projek keusahawanan pelajar dan juga sumbangan dental chair kepada pelajar Fakulti Pergigian”. Ujar Prof. Madya Dr. Nurul Aini lagi, [...]
Projek Sulam “Think Safety, Act Safety” FST USIM Pupuk Minat Murid Sekolah Rendah Teroka Bidang Sains
NILAI, 24 November 2022 – Seramai 48 orang pelajar prasiswazah Tahun Satu Program Fizik Gunaan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergerak proaktif dengan menjayakan projek SULAM bertemakan “Think safety, Act safety” dengan melibatkan seramai hampir 400 orang murid-murid darjah enam dari sekolah-sekolah rendah di sekitar Nilai, iaitu Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin dan Sekolah Kebangsaan Taman Semarak. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran tentang isu-isu keselamatan di makmal sains sekaligus dapat memupuk minat murid-murid sekolah rendah untuk menerokai bidang sains. Mereka telah didedahkan dengan pelbagai jenis peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang digunakan di dalam makmal sains. Penyelaras projek SULAM juga pensyarah kanan Program Fizik Gunaan, Dr. Wan Maisarah Mukhtar berpendapat bahawa aktiviti ini merupakan satu platform terbaik bagi para pelajar prasiswazah Program Fizik Gunaan berkongsi ilmu yang diperolehi di dalam bilik kuliah untuk disumbang kepada komuniti setempat. Selain itu, program ini dilihat mampu melahirkan modal insan yang beretika, kreatif dan profesional di samping meningkatkan kemahiran insaniah mereka. “Selain itu, demonstrasi teknik pemakaian PPE yang betul turut dikongsikan selain mereka juga turut diperkenalkan dengan jenis-jenis simbol keselamatan yang digunakan di dalam makmal. Lebih menarik lagi, pelbagai jenis permainan berkonsepkan pendidikan (educational games) diadakan untuk memastikan penglibatan aktif murid-murid sekolah sepanjang program itu berlangsung. Bagi menceriakan bilik sains di sekolah-sekolah yang terlibat, pihak penganjur program turut memberi sumbangan papan tanda simbol keselamatan kepada pihak sekolah”, ujar Dr. Wan Maisarah. Sementara itu, Puan Fauziah Haji Idris, Ketua Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Taman Semarak turut menyatakan harapan agar [...]
November 2022
Pemilihan MPP USIM 2022/2023, Wakil Suara Pelajar Di Dewan Senat Universiti
NILAI, 30 November 2022 - Kesedaran politik terutamanya melalui Undi18 dalam kalangan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semasa Pilihan raya Umum ke-15 Malaysia baru baru ini menunjukkan reaksi positif apabila sebanyak 83.70 peratus mahasiswa/mahasiswi turun mengundi pada Pilihan Raya Kampus (PRK) Pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) Sesi 2022/2023 yang berlangsung malam tadi. Seramai 15 calon umum dan 30 calon fakulti bertanding untuk merebut 9 kerusi umum dan 18 kerusi fakulti. Keputusan pemilihan MPP ini berpihak kepada Farah Baharudin, mahasiswi tahun tiga dari Fakulti Sains dan Teknologi yang bertanding untuk Kerusi Umum dengan memperoleh undian tertinggi iaitu sebanyak 7,796, diikuti seorang lagi calon Kerusi Umum iaitu Shamsul Aiman Mua'mar Shamsul Bahrin, juga mahasiswa tahun tiga dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama yang memperolehi sebanyak 7,237 undian. Ini sekaligus menunjukkan majoriti suara mahasiswa telah memberi kepercayaan kepada mereka sebagai 'orang tengah' yang bakal mewakili suara mahasiswa di Dewan Senat Universiti bersama ahli-ahli pengurusan USIM, dalam membangunkan agenda universiti serta sebagai 'semak dan imbang' keputusan yang dicapai terutamanya bagi agenda yang melibatkan peranan dan penglibatan mahasiswa. Pengumuman keputusan rasmi oleh Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Sharaani bersama pengurusan universiti disampaikan di Dewan Kuliah Pusat Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dengan kehadiran calon-calon yang bertanding serta altras yang memberi sokongan hebat kepada calon masing-masing. Naib Canselor turut mengucapkan tahniah kepada semua calon dan pengundi yang telah menjalankan tanggungjawab dan memastikan proses PRK ini berjalan lancar dan aman. "Selepas ini kita akan berjumpa untuk bekerjasama dan berganding bahu meningkatkan kecemerlangan universiti, dan saya [...]
Media Arus Perdana Tidak Berat Sebelah Berbanding Media Sosial Pada PRU15
Sebagai bekas pengamal media dan seorang pengguna tegar media sosial khususnya Twitter, saya melihat apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) adalah suatu yang luar dari kebiasaan bagi landskap media di Malaysia. Pada liputan pilihanraya yang terdahulu, terutama bermula tahun 2008, media sosial telah menggantikan media arus perdana sebagai wadah utama untuk mendapatkan maklumat yang terkini, maklum yang pelbagai dan tidak berat sebelah berkaitan politik dan isu semasa. Ini kerana media sosial merupakan platform yang terbuka dan tidak di kawal oleh mana-mana pihak. Pilihanraya umum pada tahun 2018 khususnya memperlihatkan bagaimana pihak pembangkang ketika itu, dengan hanya menggunakan Facebook dan Twitter sebagai platform berkempen, mampu mengalahkan kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai sokongan hampir kesemua media arus perdana. Kehadiran media sosial sejak tahun 2008 telah menyebabkan kredibiliti media arus perdana seperti suratkhabar dan TV semakin merudum, kerana ia dilihat sebagai berat sebelah dan hanya memberikan liputan terhadap satu pihak sahaja. Namun pada PRU15 perkara sebaliknya berlaku. Jika dilihat di media sosial khususnya di Twitter dan TikTok, maklumat yang “trending” dan tular lebih kepada menyokong kepada sesuatu parti, pakatan atau sebelah pihak sahaja. Di Twitter, maklumat yang menjadi trending lebih cenderung kepada sokongan terhadap Pakatan Harapan manakala di TikTok, video dan klip yang tular lebih menyokong kepada Pakatan Rakyat. Di Facebook yang merupakan laman separa peribadi, apa yang muncul di “timeline” pengguna masing-masing bergantung kepada kecenderungan maklumat yang ingin dilihat dan tingkahlaku dalam talian rakan masing-masing. Media sosial di Malaysia pada PRU15 telah menjadi [...]
Kaedah Hafazan Tematik Mengupaya Kemenjadian Murid Pintar Dan Berbakat
Setiap individu yang menghafaz al-Quran memerlukan kaedah terbaik untuk memudahkan mereka mengingat, menjimatkan masa dan memahami maksud setiap ayat dengan lebih efisien. Bagi murid baru yang mengikuti program Tahfiz al-Quran khususnya di Malaysia akan mengikut satu kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak institusi tahfiz. Antaranya kaedah menghafaz bermula daripada juzuk 30, 29, 28 dan ada juga yang menghafaz daripada juzuk pertama. Apa jua kaedah yang digunakan adalah baik sebagaimana maksud firman Allah dalam surah al-Qamar ayat 17, “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)” yang menjadikan al-Quran itu mudah kepada manusia dalam pelbagai aspek termasuk hafazan. Dengan kesedaran ini sekumpulan penyelidik dari Kolej GENIUS Insan (KGI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencari alternatif terbaik untuk menjadikan aktiviti hafazan bukan sekadar mengingat ayat-ayat al-Quran sahaja. KGI yang terletak dalam kampus USIM merupakan sekolah menengah berasrama yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan kaedah khusus dalam mata pelajaran hafazan al-Quran dengan menggunakan Hafazan Tematik. Oleh kerana KGI adalah sekolah untuk murid pintar dan berbakat maka kaedah Hafazan Tematik ini dapat mengintegrasi ilmu naqli dan aqli (INAQ) secara mudah. Berikutan pembaharuan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) empat tahun di KGI, sukatan minimum hafazan telah diselaraskan semula daripada 15 juzuk kepada 10 juzuk dengan penambahbaikan elemen Hafazan Tematik. Justeru murid dapat mengoptimumkan kelebihan ini untuk menguasai dan mengaplikasi konsep integrasi ilmu naqli dan aqli dengan lebih efisien dan konsisten. Untuk itu [...]
Pembukaan SUFA USIM 2022 disambut Meriah
NILAI, 24 November 2022 - Setelah dua tahun kampus ‘sunyi’ tanpa penganjuran sukan fakulti berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi menganjurkan Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SUFA) bagi tahun 2022. Program yang diterajui oleh Pusat Sukan USIM ini turut mendapat tajaan daripada Extra Joss, Yakult Malaysia , Anna Legacy, DIY Malaysia, Pixxerpro dan RMT Entertainment. Majlis Pembukaan disempurnakan malam tadi oleh Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Sharaani bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Sharaani dalam ucapan perasmiannya berkata, dengan adanya kejohanan seperti ini, ianya dapat membina budaya hidup sihat dan cergas yang memberi impak positif kepada pelajar dalam tempoh jangka masa panjang disamping memupuk budaya “USIM Cergas dan Cerdas” selain daripada semangat kerja berpasukan serta integrasi antara pelajar diluar kelas. “Menjadi harapan saya agar kejohanan ini dapat menonjolkan imej USIM sebagai Universiti Awam yang aktif dalam kegiatan berasaskan sukan dan rekreasi”, tambahnya lagi. Kejohanan SUFA merupakan acara tahunan sebagai platform untuk perkembangan dan pembangunan sukan pelajar USIM sebelum menyertai peringkat sukan yang lebih tinggi seperti Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Sukan Universiti Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan kejohanan lain di peringkat KPT. Bermula 23 November sehingga 21 Disember 2022, sebanyak 16 acara sukan utama dipertandingkan antaranya seperti badminton, bola baling, bola sepak, catur, lawn bowls, memanah, ping pong, bola tampar, bola jaring, futsal, petanque, tenis, ragbi sentuh, frisbee, sepak takraw dan olahraga. Dalam majlis pembukaan tersebut menyaksikan Fakulti Syariah dan Undang-undang dinobatkan sebagai kumpulan perbarisan [...]
Pupuk Minat Cintakan Al-Quran Sedari Kecil, Banyak Kebaikannya
Al-QURAN merupakan kitab suci bagi seluruh umat beragama Islam. Ia juga sebagai panduan hidup seluruh umat manusia yang dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di mukabumi ini. Oleh itu, sewajarnya Al-Qur`an perlu diterapkan ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal yang demikian, adalah diharapkan agar anak-anak ini terpelihara dari segi sahsiah dan rohaninya. Bagi keluarga yang memang hidup berlandaskan Al-Qur`an dan as-sunnah ianya sangat beruntung kerana hidup mereka pastinya lebih teratur dan diberkati. Sebaliknya, amatlah rugi bagi seorang individu Muslim yang hidupnya jauh dan tiada usaha untuk menjadikan Al-Quran sebagai bacaan harian apatah lagi tidak mahir membacanya. Seperti Sabda Rasulullah: “Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani) Daripada hadis di atas, dapat dilihat bahawasanya terdapat banyak kelebihan yang Allah berikan kepada ibubapa yang mengajarkan anak-anak mereka membaca al-Qur`an sejak kecil. Dewasa ini, ramai ibubapa telahpun mengambil inisiatif untuk menghantar anak-anak mereka belajar al-Qur`an sejak kecil. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat bagus dan perlu dikekalkan khususnya dalam konteks untuk melahirkan generasi yang berakhlak tinggi dan berkeperibadian mulia. Mengikut pengalaman penulis sendiri, anak-anak kecil lebih mudah diajar dan mudah mengingat setiap huruf dan ayat dalam Iqra`. Oleh yang demikian, masyarakat harus cakna dengan kepentingan memupuk minat menbaca al-Qur`an sedari kecil. Selain dari membaca Al-Qur`an, sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk tadabbur ayat-ayat Al-Qur`an. Secara tidak langsung kefahaman tentang makna ayat [...]
Mahasiswa USIM cakna Undi18, bakal turun padang jalankan tanggungjawab
NILAI, 17 November 2022 - Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15) semakin hampir ke kemuncaknya. Pada 19 November 2022 ini bakal menyaksikan pengundi muda berumur 18 tahun akan ‘turun padang’ untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bagi memilik pucuk pimpinan yang akan mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen. Pada Julai 2019, Malaysia mencipta sejarah baharu apabila lebih dari dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat bersetuju dengan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 iaitu membenarkan golongan muda yang mencapai umur 18 tahun layak untuk mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya. Hasilnya, pelaksanaan Undi18 menggunakan pendaftaran pemilih secara automatik akan berkuatkuasa pada pilihan raya kali ini. Bagi saudara Muhammad Zaid Abdul Karim,24, yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi Akademik 2021/2022 berpendapat bahawa, penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pola pengundian dalam pilihan raya kali ini seperti mana yang diperdebatkan oleh pelbagai pihak. Beliau mengambil contoh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka yang lalu, meskipun belia yang berusia 18 hingga 20 tahun boleh mengundi dalam PRN Johor, kadar peratusan keluar mengundi, terutama pemilih muda tidak seperti yang diharapkan. “Daripada 54.92 peratus keseluruhan keluar mengundi yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi muda dianggarkan hanya di bawah lima peratus. Pelbagai analisis diberikan terhadap kadar keluar mengundi yang rendah itu, tetapi tiada pihak berani menafikan bahawa faktor pengundi muda kekal relevan dalam PRU-15”, ujar Zaid. Zaid yang akan menunaikan tanggungjawab membuang undi di Kapar sabtu ini [...]
Undi 18 Penyumbang Besar Buat Negara
Penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun menyebabkan pelbagai pihak memperkatakan mengenai pengaruh dan kesan Undi18 terhadap pola pengundian dalam pilihan raya. Pada peringkat awal, kehadiran Undi18 yang buat kali pertama bakal mengundi dikatakan akan memberi impak besar terhadap perjalanan pilihan raya, termasuk dari segi pemilihan calon, isu kempen dan lebih penting ialah keputusan pilihan raya itu sendiri. Kehadiran Undi18 diuji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka yang lalu. Walaupun buat kali pertama mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun boleh mengundi dalam PRN Johor, kadar peratusan keluar mengundi, terutama pemilih muda tidak seperti yang diharapkan. Daripada 54.92 peratus keseluruhan keluar mengundi yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi muda dianggarkan hanya di bawah lima peratus. Pelbagai analisis diberikan terhadap kadar keluar mengundi yang rendah itu, tetapi tiada siapa berani menafikan bahawa faktor pengundi muda kekal relevan dalam PRU-15. Ini menyebabkan parti politik secara berterusan memberi fokus terhadap pengundi muda, terutama untuk menggalakkan mereka keluar mengundi. Ketika persidangan Parlimen, antara soalan popular ditanya ialah sejauh manakah usaha kerajaan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pengundi muda keluar mengundi. Begitu hebat kuasa pengundi muda. Namun benarkah pengundi muda akan memberi kesan besar terhadap keputusan PRU-15 akan datang? Kebanyakan pihak hanya memberikan gambaran secara umum, iaitu pengundi muda sangat penting, tetapi kajian penyelidik Institut Yusof Ishak (ISEAS) di Singapura, James Chai, boleh membuka persepsi lebih luas terhadap kuasa pengundi muda. Secara umum, Undi18 sepatutnya memperkasakan generasi pengundi baharu. Namun, realitinya tidak semua undi belia [...]