Jun 2024
UMMI On Wheels erat ukhwah bersama warga OKU
NILAI – USIM melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dan Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF USIM) telah menganjurkan Program UMMI on Wheels: Ramah Mesra Bersama Warga OKU dalam kalangan pelajar dan kakitangan USIM bertempat di Bilik Seminar Ibnu Mas’ud, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Penganjuran Program UMMI on Wheel pada tahun ini merupakan penganjuran buat julung-julung kalinya dan program ini memfokuskan untuk memperkenalkan fungsi UMMI sebagai pusat yang menguruskan hal ehwal berkaitan dengan warga OKU USIM. Program ini juga memberi peluang kepada Pengurusan Universiti untuk mengenali warga OKU USIM dengan lebih dekat di samping menjadi wadah kepada warga OKU untuk menyampaikan aduan dan cadangan berkenaan pengurusan OKU selaras dengan maqasid syariah dan Polisi Universiti Inklusif Pelajar OKU USIM. Yang Berbahagia Profesor Ts. Dato’ Dr. Sharifudin Md. Shaarani, Naib Canselor USIM turut hadir ke program tersebut dan dalam ucapan beliau telah menyampaikan amanat agar UMMI terus komited menyantuni warga OKU USIM selaras dengan pendekatan Islam dan menjadi tempat rujukan berkenaan pengurusan dan pembangunan warga OKU USIM. Beliau turut berharap agar program seperti ini diteruskan penganjurannya agar menjadi platform kepada warga OKU untuk menyampaikan pendapat serta mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan kepada mereka. Sesi Townhall bersama warga OKU USIM turut diadakan bagi mendapatkan input serta perkongsian pendapat berkenaan amalan pengurusan terbaik OKU. Sesi ini telah disampaikan oleh Dr. Siti Fatimah Mohd Tawil, Penyelaras (Perkhidmatan OKU) UMMI dan beliau berkata UMMI telah mengorak langkah untuk membuat langkah pertama dalam mendekati warga OKU USIM melalui penganjuran program ini dan beberapa siri Townhall dan [...]
Mei 2024
Mahasiswa USIM ceriakan Warga Emas di Rembau
REMBAU, 18 Mei 2024 – Seramai 40 mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjayakan program Jaulah Sukarelawan Semarak Siswa Madani 2024: Jejak Kasih Rembau, Siri 1.0: Komuniti Emas pada 18 Mei 2024 baru-baru ini. Program anjuran Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFaST) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menyantuni seramai 29 orang penghuni warga emas di Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Rembau, Negeri Sembilan. Penasihat program Prof Madya Dr. Saknah Ali Pitchay menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagi sumbangan dana menjayakan aktiviti libatsama masyarakat. “Peruntukan tersebut bertujuan untuk membuka peluang kepada warga universiti melahirkan graduan yang cakna terhadap komuniti sekeliling serta berharap menjadi salah satu inisiatif melahirkan graduan yang holistik dan mempunyai sikap empati yang tinggi. Para pelajar dapat memahami realiti kehidupan dunia luar selain meningkatkan rasa kesyukuran dengan segala yang diperolehi.” Perkhidmatan terapi diterapkan secara menyeluruh dalam jaulah kali ini. Pelajar dapat memasak bersama-sama dengan penghuni menghasilkan kuih tradisional orang banjar, wadai kepeng. Buat kali pertama juga mereka mengenal serta merasai makanan tersebut. Tambahan pula, warga emas di sana dapat meluahkan perasaan mereka, berkongsi pengalaman kehidupan dan memberi nasihat kepada pelajar. Dalam pada masa yang sama, aktiviti gotong-royong turut dijalankan bagi membersih kawasan perumahan pusat jagaan termasuk ruang solat. Pembersihan dilakukan pada setiap sudut termasuklah penyusunan barangan keperluan warga emas kepada barang yang sudah tidak digunakan. Mereka bersyukur dengan kerjasama daripada pelajar dapat sedikit sebanyak meringankan beban harian mereka. Sementara itu, pengarah program Qistina Auni Binti Ahmad [...]
Fenomena Hari Tanpa Bayang
Alam yang kita diami mampu menzahirkan perasaan hambaNya kepada kebesaran dan keEsaan Allah swt melalui wahyu yang diturunkan melalui al-Quran. Sebaiknya al Quran perlu ditadabburkan pada setiap masa bagi mewujudkan suasana merasai dan menjiwai kebesaran Tuhan. Seterusnya, dapat menimbulkan perasaan syukur kepada Allah swt dan pengajaran diambil untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Malah, jika hambaNya memahami tabii alam secara sistematik atau sunnatullah, manusia boleh mengurus dan mentadbir alam ini dengan baik. Umum semua mengetahui, matahari tidak semestinya terbit dan terbenam di titik timur dan barat pada satu tempat sahaja. Sebagai contoh di Malaysia sepanjang 365 hari dalam setahun, matahari terbit di dalam lingkungan 23.4 darjah ke kiri dari titik Timur, ataupun 23.4 darjah ke kanannya. Oleh kerana itu, pergerakan matahari sentiasa berubah melalui perpektif pemerhati. Allah swt menjelaskan bukti lain tentang kekuasaan-Nya, melalui firmanNya “Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui” Ayat 38, Surah Yasin, iaitu peredaran matahari yang bergerak pada garis edarnya yang tertentu dengan tertib menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Sedikit tidak menyimpang dari garis laluan yang telah ditentukan itu. Hasil daripada lintasan matahari bermula daripada terbit dan terbenam, pada suatu ketika ianya akan berada di “atas kepala” di lokasi tertentu yang menghasilkan fenomena tengah hari tanpa bayang. Pada ketika itu, bayang kepala serta badan akan melitupi tapak kaki seolah olah tiada bayang yang jatuh ke bumi. Sebagai rekod, waktu tengah hari tanpa bayang telah berlaku pada 27 Mac 2024 di Putrajaya, dan 28 [...]
USIM Johan Pertandingan Karangan dan Syarahan Bahasa Jepun Peringkat Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia
NILAI – Pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Karangan dan Syarahan Bahasa Jepun Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang julung kali diadakan pada 18 Mei 2024 baru-baru ini. Nabilah Athirah Nurularifin, 22 tahun, membawa pulang hadiah berupa Xiaomi Pad 6. Naib Johan dirangkul oleh Muhammad Syahrizal Theng Abdullah dari UPSI dengan membawa pulang hadiah Kindle Paperwhite Signature Edition, dan Tempat Ketiga dirangkul oleh Jeremy Chin Chun Keat dari UNIMAS, dengan hadiah berupa Sony Wireless Noise Cancelling Headphone. Manakala enam peserta turut membawa pulang hadiah sagu hati berupa Sony Wireless Earphone. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan Shigehiro Komaru, Pengerusi Yayasan Komaru Transportation dan Professor Toshiyuki Sato, Presiden Fukuyama City University. Dengan membawa tema ‘pengangkutan’, pertandingan ini menyaksikan seramai 9 orang peserta dari 6 buah universiti awam telah berentap pada kali ini. Mereka adalah dari USIM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pertandingan ini merupakan pelaksanaan bersama Pusat Bahasa dan Kebudayaan Jepun USIM, Persatuan Pengajar Bahasa Jepun Malaysia, Fukuyama Transportation Sdn Bhd, Malaysia E.H Utara Holding, dan ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Komaru Kotsuu. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM dalam ucapan aluannya berkata, kerjasama dua hala yang berpanjangan antara Malaysia dan Jepun merupakan bukti kekuatan hubungan diplomatik antara USIM dan wakil agensi Pendidikan dari Jepun. Komitmen Malaysia terhadap "Dasar Pandang ke Timur" telah membuahkan hasil yang memberangsangkan, menggalakkan pertukaran pengetahuan dan pembangunan [...]
Iqbal kembangkan syiar Islam di bumi New Zealand
CHRISTCHURCH – Ahmad Iqbal Hadi Mohd Zamani, pelajar Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memilih Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand untuk mengembangkan syiar Islam dalam menyampaikan khutbah dan mengajar Al-Quran kepada komuniti sekeliling. Pelajar Tahun 4, Program Dakwah dan Pengurusan Islam yang juga merupakan anak kelahiran Gombak, Selangor berusia 23 tahun ini memulakan latihan industrinya pada 18 Mac 2024 dan dijangka tamat pada 5 Julai 2024. Iqbal juga ditemani dua lagi rakannya yang turut menjalani Latihan Industri di tempat sama iaitu Muhammad Aiman Mohamad Noradi dan Abdul Basit Mat Daik. “Saya memilih Masjid Al Noor kerana ingin mencabar diri dan menimba pengalaman bekerja di luar negara. Masjid ini menarik perhatian saya kerana keunikan yang dimiliki, iaitu perpaduan pelbagai etnik, budaya, dan mazhab yang berbeza, menjadikan masjid tersebut sebagai entiti penyatuan ummah,” kata Iqbal. Pandangan mazhab dan budaya yang berbeza sering menjadi halangan dalam pengurusan masjid. Kekurangan tenaga pendakwah juga menyukarkan usaha menyebarkan dakwah. Walau bagaimanapun, pengalaman belajar tentang pelbagai budaya masyarakat yang berbeza di sana sangat berharga baginya. "Pengalaman ini adalah satu pelajaran yang sangat berharga dan saya berharap dapat menggunakannya untuk kebaikan ummah pada masa akan datang," ujarnya lagi. Masjid Al Noor bukan hanya tempat ibadah, tetapi juga pusat dakwah di Christchurch. Ia menjadi destinasi pelancongan, menawarkan kelas untuk mualaf, dan berfungsi sebagai sumber rujukan Islam. Komuniti Muslim di Christchurch terdiri daripada lebih 30 etnik dan pelbagai mazhab berjumlah sekitar 4,000 orang.
USIM Ungguli Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024
SHAH ALAM – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menewaskan Universiti Malaya (UM) pada peringkat akhir pertandingan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024 sekali gus dinobatkan sebagai johan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024 yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam, semalam. USIM membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, termasuk geran Sekretariat Rukun Negara (SRN) berjumlah RM10,000, piala pusingan, buku terbitan DBP dan sijil penyertaan pertandingan. Pasukan debat tersebut diwakili oleh Nur Rasyiqah Unigkutti, Fakulti Syariah dan Undang-Undang; Muhammad Najmie Abdullah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang; Ummu Unaisah Nordin, Fakulti Ekonomi dan Muamalat; dan Dini Batrisyia Azlan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Nur Rasyiqah Unigkutti juga turut dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Akhir dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,700. Mengangkat tema “Menjiwai Rukun Negara”, sebanyak 200 orang pembahas dengan penglibatan 50 pasukan dari institusi Pendidikan tinggi telah menunjukkan kehebatan masing-masing. Acara bermula pada 3 Mei 2024 hingga 5 Mei 2024 (secara dalam talian) dan 15 Mei hingga 16 Mei 2024 secara fizikal. Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024 ini merupakan anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan Kerjasama strategik Kementerian Pendidikan Tinggi, Sekretariat Rukun Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Debat Universiti Malaysia serta Dewan Bahasa dan Pustaka. Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka
Fast Volunteer 3.0: Pelajar USIM memupuk kesedaran alam sekitar melalui aktiviti pembersihan pantai
BANTING – Seramai 40 orang pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), diiringi penasihat program iaitu Prof. Madya Dr Sakinah Ali Pitchay sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bergerak aktif bagi menjayakan aktiviti kesukarelawanan Fast Volunteer 3.0: Save Our Beach di Pantai Morib, Banting, Selangor pada 11 Mei 2024 baru-baru ini. Program anjuran Sekretariat pelajar FST ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan pembahagian kepada lima kumpulan untuk aktiviti utama iaitu gotong-royong membersihkan sekitar persisiran pantai. Kehadiran penduduk setempat yang turut serta dalam aktiviti ini menunjukkan semangat komuniti yang kuat dan kerjasama yang erat dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Pengarah program, Muhammad Hilmi Bin Ishak berkata, aktiviti-aktiviti seperti ini diharapkan dapat memupuk semangat kesukarelawan dengan membina nilai insaniah serta mewujudkan sikap prihatin terhadap alam sekitar melalui aktiviti Fast Volunteer 3.0 : Save Our Beach , bertepatan dengan modul Graduan Integrasi Ilmu Aqli dan Naqli (GIINA). “Selain aktiviti pembersihan, program ini turut menampilkan pertandingan inovasi bertemakan teknologi alam sekitar di mana bahan yang digunakan adalah daripada sampah yang dikutip di pantai tersebut. Ia bukan sahaja menjadi medium untuk mahasiswa menunjukkan kreativiti dan pengetahuan mereka dalam sains dan teknologi, namun berjaya mencungkil bakat dan idea-idea segar hasil serta memberi peluang untuk mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari ke dalam situasi sebenar. Penganjuran pertandingan ini juga mendapat sokongan dan sumbangan daripada Firma Guaman WMHaidi & Associates”. Ujarnya lagi, diharapkan program Fast Volunteer 3.0: Save Our Beach ini mampu memberikan pendedahan terhadap pelajar dan juga masyarakat setempat mengenai kepentingan memelihara [...]
USIM and AICB Aim to Enhance Academic and Professional Opportunities
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) and the Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) have signed a Memorandum of Understanding (MoU) on 16th May 2024 to foster collaboration in Islamic finance education and professional development. The signing ceremony took place at the Executive Lounge, USIM. The event was attended by Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Vice-Chancellor of USIM, alongside Edward Ling, Chief Executive Officer (CEO) of AICB; Mohamad Farhan Mohamad Zamri, Director of Growth and Strategic Partnerships, AICB; and Muhammad Hasiib Shaharuddin, Assistant Manager of Business Relations, AICB. The partnership aims to elevate the quality of Islamic finance education and increase the employability of graduates including direct entry to Level 2 Chartered Banker Qualification for USIM's Bachelor of Islamic Banking and Finance graduates, establishing an ambassadorship program among students, providing industry mentorship, internships, and networking opportunities and offering selected lecturers the opportunity to obtain the Chartered Banker qualification for professional development. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin during the event, expressed his gratitude to AICB for their cooperation and highlighted the anticipated positive impact on USIM's academic programs and graduate employability. "This MoU marks a significant step in enhancing our academic offerings and providing our students with valuable opportunities to excel in the Islamic finance sector. We are confident that this partnership will yield substantial benefits for our students and faculty." Sources: Lukhman Syafiq Mohd Jamil Written by: Adika Hakmi Ab Ghani
USIM lawat Pusat Rehabilitasi Perkeso, bincang potensi kerjasama
MELAKA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah mengadakan lawatan ke Pusat Rehabilitasi Tun Abdul Razak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 18 April 2024 baru-baru ini bertempat di Durian Tunggal, Melaka. Lawatan ini merupakan rentetan daripada sesi perbincangan awal USIM melalui Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani bersama Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO berkaitan khidmat kepakaran UMMI dalam mendepani isu dan cabaran OKU. Delegasi USIM diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, Profesor Madya Dr. Norakyairee Mohd Raus dan kehadiran delegasi telah disambut sendiri oleh Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi PERKESO, Yang Berbahagia Datuk Dr Hafez Hussain. Delegasi lawatan telah dibawa untuk melihat semua fasiliti yang disediakan di sekitar Pusat Rehabilitasi PERKESO dan berpeluang untuk berjumpa dengan warga kerja serta klien pusat. Di samping itu, pihak pusat turut menyatakan hasrat kerjasama dengan UMMI dalam bidang penyelidikan berkaitan integrasi terapi pertuturan dan tingkahlaku, penganjuran program motivasi rohani kepada penjaga wanita yang berperanan menjaga pasangan masing-masing. Datuk Dr Hafez Hussain berkata, beliau amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak USIM dan berharap agar kerjasama baik ini akan memberi manfaat kepada klien serta penjaga. Penganjuran program secara bersama akan memberi peluang kepada PERKESO untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan dan pembangunan spiritual OKU.” ujarnya. Perbincangan lanjut perlu diadakan dalam masa terdekat supaya kedua-dua pihak USIM dan PERKESO mendapat manfaat daripada hasil kerjasama ini. Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak merupakan [...]
He & She Coffee: Membuka Peluang Keusahawanan di USIM
NILAI - He & She Coffee, jenama Kopi Premium Bumiputera melebarkan pasarannya dan kini di buka di Jabatan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kafe ini telah dilancarkan secara rasminya pada 8 Mei 2024 baru-baru ini oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Zulkiflee Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas He & She Sdn. Bhd. Sesuai dengan slogan “Preciuos moment in a cup”, kafe ini mempunyai kemahiran dalam menyediakan minuman berasaskan biji kopi premium. Ini merupakan outlet yang ke-42 di Malaysia dan selari dengan idea pembudayaan Iqra @ USIM Library yang dicetuskan oleh pengasasnya sendiri. Encik Zulkiflee Yusof Ketua Pegawai Eksekutif He & She Coffee dalam ucapannya berkata “Sejajar dengan matlamat dan tujuan kafe ini ditubuhkan adalah untuk membantu mahasiswa mendalami ilmu pengetahuan dan keusahawanan di samping memberi peluang pekerjaan dan peluang menjana pendapatan”. Sementara itu, Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani turut menzahirkan penghargaan terima kasih kepada pihak He & She dan berharap agar peluang kerjasama di antara keduanya dapat diperluaskan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks perkongsian ruang kafe bagi membudayakan aktiviti perkongsian ilmu dan program-program lain di USIM. “Saya amat menghargai konsep Learn and Earn yang diperkenalkan oleh pihak He & She dalam membantu 10 orang pelajar USIM yang diterima bekerja secara sambilan sebagai barista untuk mempelajari ilmu dan kemahiran keusahawanan serta meraih peluang penjanaan pendapatan”, ujarnya lagi. Dalam pada itu, Nurul Izzati Batrisyia Mohamad Azizan,22, mahasiswa Tahun 3 Program Fiqh dan Fatwa [...]









