Mei 2024
USIM rangkul Naib Johan di National Dental Intervarsity Games (NDIVG) 2024
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) rangkul Naib Johan National Dental Intervarsity Games (NDIVG) 2024 dengan pungutan 16 pingat yang berakhir semalam di Kompleks Sukan Tunku Najihah (KSTN), USIM. Johan dimenangi oleh AIMST University dengan membawa pulang piala pusingan manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Tahun ini USIM diberi penghormatan menjadi tuan rumah bagi penganjuran NDIVG 2024 dengan kerjasama Malaysian Dental Student Association (MDSA). Acara ini mengumpulkan seramai 1,300 mahasiswa pergigian dari 13 fakulti pergigian seluruh Malaysia yang memulakan permainan bermula 10 hingga berakhir semalam 12 Mei 2024. Sebanyak 14 acara sukan yang dipertandingkan iaitu acara olahraga, bola jaring, bola tampar, bola keranjang, futsal, frisbee, dodgeball, memanah, tarik tali, badminton, catur, ping pong, aerodance dan varsity chant. Naib Canselor Prof Dato Ts Dr Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan pembukaannya berkata, kesihatan amat penting dan sememangnya pengurusan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada warga USIM untuk menyertai aktiviti sukan bagi melahirkan bakat baru sebagai bakal atlet yang berpotensi untuk mewakili USIM di kejohanan sukan di peringkat yang lebih tinggi serta menggalakkan peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. “Penglibatan pelajar merupakan suatu perkara yang penting dalam membina budaya hidup sihat dan cergas yang memberi impak yang positif kepada universiti dalam tempoh jangka panjang disamping memupuk budaya cergas dan cerdas selain daripada semangat kerja berpasukan serta integrasi antara jantina dan setiakawan yang sihat”. Ujarnya lagi, melalui usaha ini juga dapat menonjolkan imej Universiti Awam dan Swasta yang aktif dalam kegiatan berasaskan sukan dan rekreasi. Semoga kejohanan ini mampu membawa [...]
Program Pelepasan Nyamuk Aedes Berwolbachia bantu cegah penularan penyakit Demam Denggi
NILAI - Demam denggi merupakan penyakit bawaan Vektor yang menjadi salah satu masalah utama melibatkan kesihatan awam dan boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Justeru, sebagai langkah proaktif untuk mengekang peningkatan kes dan wabak denggi yang melanda Negeri Sembilan khususnya, Program Pelepasan Nyamuk Aedes BerWolbachia dilancarkan pada 4 Mei 2024 di Zon A Desa Anggerik, Nilai. Wolbachia merupakan sejenis bakteria yang diperkenalkan ke dalam Nyamuk Aedes aegypti yang bertindak untuk merencatkan perkembangan virus Denggi dalam badan nyamuk seterusnya menghalang jangkitan virus denggi kepada manusia. “Bagi membendung penularan penyakit demam denggi, strategi pencegahan utama yang perlu diberi tumpuan adalah mencari dan menghapuskan tempat pembiakan. Kita semua perlu memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan bebas dari tempat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Penglibatan komuniti amatlah penting kerana peranan penduduk untuk bersama-sama memerangi denggi bermula dari kediaman mereka sendiri”, ujar Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan Badan NGO Negeri Sembilan YB Tengku Puan Zamrah Tengku Sulaiman semasa merasmikan program pelepasan nyamuk. Program ini merupakan kolaborasi pelbagai agensi dan institusi seperti Majlis Bandaraya Seremban, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), SWM Environment Sdn Bhd, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Communication for Behaviourial Impact (COMBI). Turut hadir sama ke program ini adalah Dato’ Dr. Harlina Abd Rashid Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Noor Khalili Mohd Ali Pegawai Kesihatan Daerah Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan Dr. Nik Mohd Shafikudin Md Tajuddin Pengarah Pusat Kesihatan Universiti USIM.
Serambi Ilmu Rakyat (Sir) Corner Sedia Platform Capaian Bahan Digital Kepada Warga USIM
NILAI – Yayasan Bank Rakyat (YBR) taja RM 15,000 ruang Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner yang terletak di Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). YBR juga sumbang 50 ID digital keahlian SIR bagi membolehkan pengunjung mengakses lebih 100 ribu koleksi digital yang meliputi pelbagai subjek seperti kewangan, ekonomi dan bacaan umum dengan jumlah langganan bernilai RM500,000.00 setahun untuk kegunaan warga USIM. Majlis perasmian SIR telah dirasmikan oleh Naib Canselor Prof. Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dengan disaksikan oleh Encik Syaiful Rizal Abdul Ghani Pengurus Besar YBR. Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner merupakan projek “Perpustakaan Angkat SIR” diasaskan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang melibatkan pihak universiti, kolej vokasional dan sekolah terpilih di Malaysia. Universiti Sains Islam Malaysia turut menjadi satu universiti awam yang terpilih. Naib Canselor Prof. Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, pembangunan SIR Corner melalui sumbangan Yayasan Bank Rakyat ini merupakan suatu kerjasama yang bersifat simbiosis, iaitu satu usaha bersama kedua-dua belah pihak dalam meningkatkan lagi kebolehcapaian dan akses kepada sumber maklumat terkini yang sangat diperlukan dalam arena pendidikan dan penyelidikan. ”Pihak universiti amat menghargai sumbangan dan sokongan pihak YBR ini yang mana sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan pelajar terlibat dalam usaha anak-anak ini menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi”, ujarnya lagi. Dalam majlis yang sama, YBR juga turut menyumbang Bantuan Awal Pendidikan (BAP) berjumlah RM100,000.00 kepada 100 orang pelajar USIM yang terpilih. Sumbangan ini diuruskan oleh pihak Pusat Wakaf dan Zakat USIM. Sumbangan dan sokongan oleh pihak YBR dalam projek ini memberi [...]
Tabung Haji: Melampaui Peradaban dan Zaman – Syarahan Profesor Adjung Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman”
NILAI - Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Tabung Haji, merupakan profesor adjung di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau telah menyampaikan syarahan professor adjung pada 3 Mei 2024 bertempat di Dewan Kuliah FKP bertajuk 'Tabung Haji: Melampaui Peradaban dan Zaman'. Dato' Sri Syed Saleh dilahirkan di Pulau Pinang dan menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Francis Light, Pulau Pinang, dan Maktab Sains MARA, Kuantan, Pahang. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Hastings College of Further Education, East Sussex, England, untuk mendapatkan GCE 'A' Levels sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari Universiti of Wales Institute of Science and Technology, Cardiff, Wales, United Kingdom. Dato' Sri Syed Saleh telah menunjukkan dedikasi dan ketekunan dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara melalui kepakaran beliau dalam bidang ini telah melebihi 30 tahun. Syarahan yang disampaikan oleh beliau amat signifikan dan tepat dalam memberikan pandangan mendalam dan membuka mata kita terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan, dan perancangan masa depan Tabung Haji, sebuah kebanggaan negara dan institusi terkemuka dalam dunia Islam. Beliau telah berkongsi evolusi Tabung Haji dengan meneroka perjalanan sejarah Tabung Haji yang menunjukkan bagaimana ia telah berkembang dari semasa ke semasa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan peradaban dan zaman. Memahami evolusinya adalah penting dalam merancang untuk masa depannya. Sebagai sebuah institusi Islam yang diiktiraf secara global, Tabung Haji memainkan peranan penting tidak hanya di Malaysia tetapi juga dalam landskap kewangan Islam secara lebih luas. Dato' Sri Syed Saleh telah menekankan kepentingan untuk [...]
Memperkasa Belia: USIM anjur Program Kebangsaan Tunas Cekak hasrat pupuk nilai kepimpinan
NILAI - 4 Mei 2024: Kursus Pengurusan dan Pemantapan Program Tunas Cekak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Peringkat Kebangsaan 2024 berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) betempat Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada 4 Mei baru-baru ini. Program ini merupakan platform yang mampu mencegah masalah sosial dalam kalangan remaja serta mempromosikan USIM sebagai taman pengetahuan sekaligus mampu menjadikan insan yang berilmu dan berdisiplin selaras dengan pengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Seramai 200 orang ahli PSSCM dari seluruh negara yang hadir menyertai kursus ini bagi merealisasikan hasrat Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM untuk Seni Silat Cekak Malaysia terus berkembang ke seluruh negara melalui Program Tunas Cekak. Komuniti Pembangunan Kurikulum Tunas Cekak Malaysia, PSSCM, Muhammad Ghazawi dalam ucapan beliau berkata, Kursus Pengurusan dan Pemantapan Program Tunas Cekak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Peringkat Kebangsaan 2024 merupakan sebuah program bertujuan untuk memupuk nilai kepimpinan dan memantapkan lagi aspek pengurusan dalam diri setiap ahli persatuan. “Program ini memfokuskan khususnya kepada kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 12 tahun dengan silibus yang berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara”. Menurut beliau lagi, dengan adanya peluang membenarkan kanak-kanak atau remaja untuk belajar tentang ilmu silat ini membantu dalam proses pembentukan akhlak dan jati diri setiap remaja. “PSSCM mengorak langkah membangunkan modul Tunas Cekak secara sistematik dan berstruktur bagi murid-murid seawal darjah satu. Silibus dan perancangan program Tunas Cekak menyediakan modul [...]
Model Writing Centre Universiti Hiroshima Jadi Panduan USIM
Apabila menyebut Writing Centre, beberapa perkara mesti bermain di benak kita. Antaranya ialah latihan menulis, perkhidmatan suntingan teks dan perkhidmatan bacaan pruf. Namun, konsep Writing Centre (WRC) di Universiti Hiroshima agak unik kerana memfokus kepada penulisan akademik dalam kalangan pelajar dan staf dengan memberi khidmat nasihat penulisan secara percuma. Dalam pada itu, khidmat bacaan pruf dan suntingan tidak disediakan. Pengalaman itu dikongsi oleh tutor di WRC universiti tersebut, Aliyyah Nuha Faiqah Azman Firdaus yang merupakan tutor di WRC dan calon doktor falsafah di universiti berkenaan yang juga merupakan seorang warga Malaysia yang mendapat biasiswa pengajian daripada tajaan Kerajaan Jepun 2020 (Monbukagakusho: MEXT). Sesi perkongsian ini yang dianjurkan perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu inisiatif untuk memahami model WRC yang dipraktis universiti berkenaan untuk dicontohi dan ditubuhkan di USIM. Dari segi latar belakang, WRC di Universiti Hiroshima ditubuhkan pada 2013 bawah keurusetiaan perpustakaan universiti tersebut. Pusat ini merupakan sebuah platfom yang dapat memberi khidmat sokongan dan bantuan kepada pelajar pascasiswazah dan kakitangan universiti dalam bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Pelanggan boleh memilih tiga mode perkhidmatan iaitu mendapatkan khidmat nasihat tutor secara bersemuka, secara dalam talian atau secara drop off (menghantar tugasan yang ingin dibincangkan secara dalam talian dan sesi perbincangan dijalankan secara dalam talian selepas tutor membaca tugasan tersebut). Sesi perbincangan secara bersemuka dijalankan di perpustakaan universiti yang memperuntukkan ruangan khas untuk sesi konsultantasi WRC. Bagi semua pelanggan WRC, pertemuan pertama dimulakan dengan memastikan pelanggan faham falsafah yang dibawa oleh Pusat ini. Falsafahnya [...]
Prosa Melayu Papar Naratif Insan dalam Palu Genderang
Menelusuri makna kehidupan setiap insan tentunya tidak sama. Lazimnya hidup ini bermula dari muka tanah hingga ke puncak gunung. Tidak kurang juga bermula dari puncak dan menurun ke jejak kaki bumi. Begitu resminya setiap insan melalui fasa hidup yang sudah ditakdir oleh maha pencipta. Dengan menggunakan prosa Melayu tradisi dan moden USIM memberi kelainan dengan menampilkan sebuah karya yang menarik emosi penonton dengan mempersembahkan penceritaan tentang perjalanan kehidupan insan. Pusat Kebudayaan USIM baru-baru ini telah mempersembahkan program Gema Palu Genderang mengangkat tema “Mengalun Puisi Alam Melayu dan Kehidupan”. Ia merupakan inisiatif untuk mengangkat unsur Islam yang terkandung dalam kesusasteraan Melayu melalui naskhah puisi tradisional dan moden. Sastera Melayu sememangnya berkait rapat dengan keindahan Islam yang diterjemahkan melalui bait-bait kalam, diikat bersama kesantunan adab dan budaya seperti kata-kata nasihat yang disampaikan dalam bentuk bidalan, peribahasa, nilai-nilai murni dan seruan berbuat baik untuk mendidik masyarakat. Bersesuaian dengan USIM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi Islam, pengisian yang diketengahkan dalam Gema Palu Genderang kali ini juga berteraskan paduan integrasi ilmu Naqli dan Aqli yang menjadi nadi pembangunan USIM bagi pembentukan generasi cemerlang dan berilmu. Persembahan yang mendasari dari permulaan kemenjadian manusia bermula dari alam Ar-Rahim (Kelahiran), alam At-Tufulah (Kanak-kanak), alam Al-Hayah (Dewasa) akhirnya tiba di alam Tauhidik (Jalan Ketuhanan). Menelusuri perjalanan kehidupan manusia melalui empat fasa alam ini akan membangkitkan rasa keinsafan, muhasabah untuk kembali ke fitrah dalam menuju kehidupan yang sejahtera dan bermanfaat. Uniknya persembahan dimulakan dengan segmen pertama yang mengisahkan tentang kelahiran manusia ke dunia dan menggambarkan [...]
April 2024
Majlis Kalam Bitara: Penulis USIM terima lebih Rm200,000 royalti
BANGI - Seramai 1,092 penulis buku penerbitan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari kalangan akademik dan pentadbir dalam dan luar USIM menerima sejumlah RM194,870.00 royalti dengan jumlah 59,099 naskhah buku yang terjual oleh Penerbit USIM dalam Majlis Kalam Bitara 2024 yang diraikan bertempat di Bangi Golf Resort petang semalam. Majlis tersebut merupakan simbolik pengiktirafan dan penghargaan kepada penulis buku dan jurnal dalam bentuk pembayaran royalti atas sumbangan ilmu pengetahuan dalam bentuk penulisan karya ilmiah yang memberi manfaat dan impak kepada universiti dan ummah keseluruhannya. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Sebanyak empat kategori anugerah diberikan kepada penulis dan pengarang iaitu Penerima Royalti, Buku Terlaris, Penulis Aktif dan Pengurusan Jurnal Terbaik bagi tahun 2019 hingga 2022. Sebanyak 22 judul buku dianugerahkan sebagai penerima anugerah Royalti bagi tahun bermula 2020 sehingga 2022. Sementara itu, Anugerah Buku Terlaris bagi tahun 2021 hingga 2023 kategori Bahasa Melayu dianugerahkan kepada penulis Dr. Mohd Zaini Zakaria, Prof. Dato' Dr. Adnan Mohamed Yusoff dan Prof. Madya Dr. Haji Norakyairee Mohd Raus bagi judul buku bertajuk Seni Taranum Al-Quran. Kategori Bahasa Inggeris dianugerahkan kepada Prof. Dato' Dr. Mustafa Mohd Hanefah, Prof. Dr. Zurina Shafii, Dr. Supiah Salleh, Dr. Nurazalia Zakaria dan Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin bagi judul buku bertajuk Governance & Shariah Audit in Islamic Financial Institutions - Second Edition. Manakala bagi judul buku kategori Bahasa Arab bertajuk Aliyat Tahlil An Nas al Quran Wa Tatbiquhu Ala an Nahju At Taulidi Wa At Tahwili Wa [...]
Gema Palu Genderang meriahkan suasana di USIM
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Kebudayaan telah menganjurkan program seni bertajuk "Gema Palu Genderang" yang menampilkan gabungan unik antara keindahan puisi alam Melayu dan nilai kehidupan Islam. Persembahan yang memukau itu berlangsung di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM pada 27 April 2024. Turut hadir dalam acara tersebut adalah tetamu kehormat, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi. Dengan tema "Mengalun Puisi Alam Melayu dan Kehidupan", program ini mengintegrasikan elemen tradisional dan kontemporari, menjadikannya relevan dan bermakna kepada pelbagai lapisan masyarakat. Menampilkan lagu dan puisi ketuhanan, persembahan tersebut bukan sahaja dapat memperkaya jiwa tetapi juga mengangkat keindahan Islam. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada Pusat Kebudayaan USIM dengan daya usaha menyokong dan memberi ruang serta peluang berimpak tinggi kepada mahasiswa untuk menyerlahkan bakat khususnya dalam bidang berkaitan kesenian Islam serta meninggikan budaya dan warisan negara. “Ini terbuki apabila Pusat Kebudayaan telah diiktiraf sebagai Pusat Kebudayaan terbaik Universiti Awam oleh Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan juga satu-satunya Pusat Kebudayaan UA yang mempunyai lantikan 6 orang Karyawan Seni yang berfungsi sebagai check & balance dalam memastikan program-program yang dilaksanakan setaraf dengan kehendak pasaran dan turut menjadi penghubung degan pihak industri”, ujarnya lagi. Penganjuran Gema Palu Genderang adalah untuk mengangkat nilai Islam dalam seni puisi, menginspirasi pembangunan nilai insani, serta mengubah persepsi negatif dalam Masyarakat terhadap seni. Melalui program ini, pelajar dan masyarakat diharap dapat lebih memahami dan menghayati 'Seni Berbudaya' yang [...]
EPIH 2024: Melahirkan Generasi Baru Pembimbing Haji dan Umrah Profesional
PORT DICKSON – Seramai 116 peserta Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH) 2024 berjaya bergraduasi dan diraikan dalam majlis yang penuh gemilang bertempat di Tasik Villa International Resort Hotel, Port Dickson pada 22 April 2024. Penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji. Program anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) ini merupakan lanjutan dalam meneruskan kejayaan Program Sijil Pengurusan Haji (SPIH) dengan meningkatkan nilai dan kualiti kaedah pembelajaran dan penilaian baharu yang memanfaatkan teknologi serta menyediakan pengetahuan praktikal serta perkongsian dari pakar mentor haji dan umrah. Naib Canselor, Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, melalui penyampaian ilmu dan kemahiran profesional yang disampaikan, program ini bertujuan menghasilkan pembimbing yang berkualiti dan berpengetahuan dalam bidang ini. “Kerjasama daripada kedua-dua belah pihak ini telah membawa impak yang signifikan dalam memperkukuhkan kualiti pembimbing haji dan umrah. Dengan pelaksanaan EPIH, kami tidak hanya meneruskan warisan kejayaan SPIH, tetapi juga mengukuhkan lagi komponen pengajaran dan pembelajaran untuk memberikan impak holistik kepada para peserta”, ujarnya lagi. Memfokuskan penyediaan dan peningkatan nilai melalui penyampaian ilmu dan kemahiran profesional dalam menguruskan jemaah haji dan umrah daripada pelbagai aspek, EPIH juga membuka peluang kepada pekerja industri untuk mendapatkan pendidikan alternatif secara formal melalui pelbagai program berimpak tinggi. Program ini dijalankan secara hibrid (bersemuka dan dalam talian), membolehkan peserta memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam tempoh yang lebih lama dan lebih praktikal. Kaedah penilaian berterusan tanpa peperiksaan akhir memastikan kefahaman peserta dinilai [...]









