Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

April 2024

EPIH 2024: Melahirkan Generasi Baru Pembimbing Haji dan Umrah Profesional

PORT DICKSON – Seramai 116 peserta Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH) 2024 berjaya bergraduasi dan diraikan dalam majlis yang penuh gemilang bertempat di Tasik Villa International Resort Hotel, Port Dickson pada 22 April 2024. Penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji. Program anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) ini merupakan lanjutan dalam meneruskan kejayaan Program Sijil Pengurusan Haji (SPIH) dengan meningkatkan nilai dan kualiti kaedah pembelajaran dan penilaian baharu yang memanfaatkan teknologi serta menyediakan pengetahuan praktikal serta perkongsian dari pakar mentor haji dan umrah. Naib Canselor, Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, melalui penyampaian ilmu dan kemahiran profesional yang disampaikan, program ini bertujuan menghasilkan pembimbing yang berkualiti dan berpengetahuan dalam bidang ini. “Kerjasama daripada kedua-dua belah pihak ini telah membawa impak yang signifikan dalam memperkukuhkan kualiti pembimbing haji dan umrah. Dengan pelaksanaan EPIH, kami tidak hanya meneruskan warisan kejayaan SPIH, tetapi juga mengukuhkan lagi komponen pengajaran dan pembelajaran untuk memberikan impak holistik kepada para peserta”, ujarnya lagi. Memfokuskan penyediaan dan peningkatan nilai melalui penyampaian ilmu dan kemahiran profesional dalam menguruskan jemaah haji dan umrah daripada pelbagai aspek, EPIH juga membuka peluang kepada pekerja industri untuk mendapatkan pendidikan alternatif secara formal melalui pelbagai program berimpak tinggi. Program ini dijalankan secara hibrid (bersemuka dan dalam talian), membolehkan peserta memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam tempoh yang lebih lama dan lebih praktikal. Kaedah penilaian berterusan tanpa peperiksaan akhir memastikan kefahaman peserta dinilai [...]

2,000 tetamu hadir rai Majlis Sambutan Hari Raya USIM 2024

NILAI - Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM 2024 di Dewan Tuanku Canselor, USIM pada 25 April 2024. Turut berangkat Pro-Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al‘Abidin Tuanku Muhriz. Dengan tema yang dibawa “Tradisi Dirai, Aidilfitri Disyukuri”, sebanyak 21 gerai disediakan yang melibatkan penyertaan semua Pusat Tanggungjawab (PTj) yang bersama-sama menyediakan lebih daripada 35 juadah dan menu hari raya. Program anjuran Badan Kebajikan Kakitangan (BKKUSIM) dengan kerjasama Pusat Komunikasi Strategik ini telah dihadiri lebih 2,000 tetamu yang diraikan. Naib Canselor, Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, majlis sambutan raya ini adalah dengan tujuan utamanya untuk merapatkan silaturahim di antara semua staf dan tetamu jemputan. “Pada masa yang sama, ia sebagai satu bentuk kegembiraan buat umat Islam di Malaysia dalam meraikan hari raya,” ujarnya lagi. Dalam majlis sama, turut hadir pelakon utama Filem Pendek Raya USIM iaitu Fauziah Dato’ Ahmad Daud. Filem Pendek Raya USIM ini telah mencecah 200,000 tontonan di media sosial.

USIM lantik Irmohizam jadi Profesor Adjung FSU

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 April lalu hingga 31 Mac 2026. WTCKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, fungsi Irmohizam sebagai Profesor Adjung di FSU USIM adalah untuk menyumbangkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam undang-undang kepada warga FSU serta menjadi penasihat, selain terbabit dalam menilai dan memberi input kepada kurikulum dan program yang ada di fakulti berkenaan. "Beliau akan menambah nilai kepada USIM dengan menyampaikan syarahan dan menyertai dialog serta seminar dalam bidang kepakaran beliau kepada pelajar dan kakitangan universiti berkenaan. "Beliau bakal memainkan peranan penting dalam mempromosi USIM menerusi acara pameran, dialog, seminar dan persidangan antarabangsa serta membantu membimbing USIM dengan memberikan pandangan strategik berkaitan akademik dan pengantarabangsaan. "Sebagai Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA), beliau berhasrat untuk memperkenalkan dan mendedahkan USIM di peringkat global dengan rangkaian ahli Pusat Dagangan Dunia yang lain," katanya. Menurut kenyataan itu, watikah pelantikan berkenaan telah disampaikan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Sharifudin Md Shaarani dan disaksikan Pendaftar USIM, Datuk Muhammad Haizuan Rozali; Dekan FSU, Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh serta Timbalan Dekan Akademik FSU, Prof Madya Dr Izawati Wook. Sementara itu, Irmohizam berkata, pelantikan berkenaan amat bermakna kerana permulaan karier beliau sebelum ini adalah dalam bidang undang-undang. "Pelantikan ini sangat bermakna buat saya kerana pada asalnya karier saya bermula dengan bidang undang-undang. Saya sedia pikul [...]

Dua Pelajar USIM Menjelajah Jalan Dakwah: Pengalaman Sebagai Imam Terawih di Osaka

OSAKA - Nik Ahmad Nik Aziz, 25 tahun, bersama Wan Ahmad Mujahid Wan Fajrulhisham 23 tahun, dua mahasiswa  dari Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalani pengalaman yang mengujakan di Osaka, Jepun dengan menjalani latihan industri di Pusat Dakwah Jepun sebagai imam terawih. Selain memimpin solat tarawih, dia dan rakannya turut menjalankan pelbagai aktiviti dakwah salah satu cara untuk menyebarkan keindahan Islam kepada masyarakat setempat. Setiap hujung minggu, mereka mengadakan street dakwah pada waktu tengahari dan menyediakan juadah berbuka puasa bersama-sama masyarakat setempat. Ujar Nik Ahmad menceritakan, "Ramai yang berbuka puasa bersama kami, termasuk rakan non-Muslim. Ini merupakan satu cara dakwah untuk mengenalkan keindahan berpuasa serta harmoni kekeluargaan dalam Islam." Sebagai imam, Nik Ahmad juga menjadi saksi shahadah saudara baru. Selain itu, dia dan rakannya turut mengambil tanggungjawab untuk mengajar asas-asas Islam kepada mereka, seperti cara wudhuk dan solat. Apabila ditanya mengenai perasaan dan harapannya sebagai imam tarawih di Osaka, Nik Ahmad berkongsi, "Saya rasa teruja dan berbesar hati untuk mencabar diri di negara luar. Harapan saya, semoga diberi kesihatan oleh Allah agar saya dapat berkhidmat untuk Islam selama di sini." Mengenai pesanan dari ibunya, Nik Ahmad mendedahkan, "Mak selalu pesan, timbalah ilmu sebanyak mungkin. Belajar dari yang baik dan yang kurang baik. Sentiasa mencari hikmah dalam kehidupan seharian. Jangan takut gagal untuk mencuba sesuatu yang baik, kerana takut itu sendiri bermakna kita sudah gagal." Nik Ahmad rakannya berada di Osaka selama 40 hari, dari 10 Mac hingga 20 April 2024 ini. Mereka menginap di [...]

Mengenali Pentingnya Pengukuran Waktu dalam Kehidupan dan Ibadah

Sedar tak sedar bulan Ramadhan yang khususkan untuk umat islam berpuasa hanya berbaki beberapa hari lagi. Hampir setahun yang lalu kita menguruskan pelbagai aktiviti kehidupan dengan pelbagai tujuan untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Menurut Kamus Bahasa Melayu, masa ialah waktu atau ketika, jangka waktu yang agak lama (ketika sesuatu kejadian dan lain lain yang penting berlaku) selain itu ianya bermaksud jangka waktu yang tertentu (ada permulaan serta batasnya). Manakala waktu pula adalah rangkaian atau rentetan saat (yang telah berlalu dan yang akan datang. Selain itu waktu adalah ukuran masa yang tertentu, jangka masa. Namun, secara realitinya kecepatan masa berlalu adalah berbeza-beza bagi setiap orang bergantung kepada aktiviti kehidupan. Namun, rata-rata orang akan mengatakan yang masa berlalu begitu cepat dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Malah tempoh setahun dirasakan baru sahaja kita menjalani ibadah puasa tahun lalu. Pada asasnya, pengiraan dan keseragaman masa amatlah penting supaya kadar dan penerimaan tempoh piawai ini sah dan dapat diaplikasikan seluruh dunia. Pelbagai sistem amat memerlukan ketepatan masa bagi membolehkan sesuatu aktiviti dapat dilakukan dengan terancang, tersusun dan sah. Misalnya, pertemuan sesuatu acara perlukan pernyataan masa untuk dimulakan sedangkan pelbagai pihak yang berbeza zon waktu akan turut serta dalam acara yang sama. Maka, pembahagian zon-zon waktu di dalam dunia telah ditentukan mengikut zon waktu. Zon waktu biasanya terletak di sekitar garis meridian sesuatu longitud. Jadi zon waktu bersebelahan berbeza adalah bersamaan satu jam bagi setiap 15°. Walau bagaimanapun, perbezaan satu jam tersebut [...]

Mengenali Pentingnya Pengukuran Waktu dalam Kehidupan dan Ibadah

Sedar tak sedar bulan Ramadhan yang khususkan untuk umat islam berpuasa hanya berbaki beberapa hari lagi. Hampir setahun yang lalu kita menguruskan pelbagai aktiviti kehidupan dengan pelbagai tujuan untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Menurut Kamus Bahasa Melayu, masa ialah waktu atau ketika, jangka waktu yang agak lama (ketika sesuatu kejadian dan lain lain yang penting berlaku) selain itu ianya bermaksud jangka waktu yang tertentu (ada permulaan serta batasnya). Manakala waktu pula adalah rangkaian atau rentetan saat (yang telah berlalu dan yang akan datang. Selain itu waktu adalah ukuran masa yang tertentu, jangka masa. Namun, secara realitinya kecepatan masa berlalu adalah berbeza-beza bagi setiap orang bergantung kepada aktiviti kehidupan. Namun, rata-rata orang akan mengatakan yang masa berlalu begitu cepat dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Malah tempoh setahun dirasakan baru sahaja kita menjalani ibadah puasa tahun lalu.Pada asasnya, pengiraan dan keseragaman masa amatlah penting supaya kadar dan penerimaan tempoh piawai ini sah dan dapat diaplikasikan seluruh dunia. Pelbagai sistem amat memerlukan ketepatan masa bagi membolehkan sesuatu aktiviti dapat dilakukan dengan terancang, tersusun dan sah. Misalnya, pertemuan sesuatu acara perlukan pernyataan masa untuk dimulakan sedangkan pelbagai pihak yang berbeza zon waktu akan turut serta dalam acara yang sama. Maka, pembahagian zon-zon waktu di dalam dunia telah ditentukan mengikut zon waktu. Zon waktu biasanya terletak di sekitar garis meridian sesuatu longitud. Jadi zon waktu bersebelahan berbeza adalah bersamaan satu jam bagi setiap 15°. Walau bagaimanapun, perbezaan satu jam tersebut bukanlah tepat [...]

USIM Teruskan Tradisi Ramadan, Agih 2400 Pek Bubur Lambuk Untuk Komuniti Dan Anggota Keselamatan

NILAI-Bermula dari hanya satu periuk bubur lambuk pada 2013 yang dimasak secara bergotong royong untuk berkongsi rezeki kepada warga kampus sempena bulan Ramadan oleh Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), kini komuniti sekitar universiti turut dapat merasai air tangan warga USIM ini sebagai juadah berbuka puasa.  Sebanyak 2400 pek bubur lambuk berjaya disediakan oleh Pusat Sukan pada Rabu (semalam) sempena Program Edaran Bubur Lambuk Komuniti USIM untuk diagihkan kepada komuniti, surau dan anggota beruniform yang berada di sekitar Nilai serta kakitangan dan pelajar USIM. Menurut Pengarah Pusat Sukan, Encik Nur Ekmal Buhary berkata, penyediaan bubur lambuk selaku juadah yang sinonim setiap kali bulan Ramadan ini masih mengekalkan tradisi penyediaannya secara bergotong-royong dari penyediaan bahan mentah, proses memasak, membungkus sehingga edaran kepada komuniti setempat. "Bermula secara kecil-kecilan daripada satu periuk pada tahun pertama, menjadi empat periuk besar pada tahun ini. Kos kewangan sekitar RM4000.00 bagi penyediaan bubur lambuk ini adalah sumbangan dari pelbagai pihak dari dalam dan luar universiti. Kita menerima banyak permintaan untuk menyumbang tetapi terpaksa menolak kerana perlu beri pertimbangan kepada kekangan logistik, tenaga kerja dan masa penyediaan". "Tahun ini kita turut berjaya menyediakan satu periuk bubur pulut hitam untuk diagihkan bersama bubur lambuk. Seramai 100 orang sukarelawan dalam kalangan staf dan pelajar bergotong-royong selama dua hari iaitu pada semalam (Selasa) dan hari ini untuk menyediakan bubur lambuk". "Agihan kepada komuniti kita aturkan melalui persatuan penduduk dan jawatankuasa surau berdekatan kampus antaranya Desa Jati, Taman Anggerik dan Desa Kolej. Anggota beruniform di Balai Polis dan Balai Bomba Cawangan [...]

Filem Pendek Raya USIM “Pesan Ibu” Menampilkan Pelakon Terkemuka Fauziah Ahmad Daud

NILAI – Filem pendek Raya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2024 berjudul “Pesan Ibu” menampilkan aktres terkemuka Fauziah Ahmad Daud atau lebih popular dengan nama Ogy, yang menggalas watak “Mak” dalam filem pendek tersebut. Filem pendek arahan Profesor Madya Dr. Faizal Kasmani, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik USIM ini mengisahkan tentang Aiman, seorang pelajar sekolah agama yang bercita-cita untuk memasuki university dalam bidang kedoktoran. Beliau pada masa yang sama perlu menggalas tugas menjaga ibunya, seorang penoreh getah dan adiknya, setelah kematian bapanya. Muhammad Fikri Hairulazmy, Pelajar Fakulti Sains Teknologi USIM memegang watak utama sebagai “Aiman”. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, beliau teruja dengan pemilihan Fauziah Ahmad Daud sebagai pelakon utama Filem Pendek Raya USIM pada tahun ini. “Pemilihan watak Kak Ogy sebagai ‘Mak’ adalah tepat kerana kredibiliti beliau sebagai pelakon lagenda yang membawa apa jua watak dapat memberi kesan mendalam kepada penonton. Gandingan Muhammad Fikri Hairulazmy yang membawa watak ‘Aiman’ juga membuktikan pelajar USIM mempunyai bakat terpendam yang boleh diketengahkan.” Produksi filem pendek “Pesan Ibu” dihasilkan sepenuhnya oleh Pusat Komunikasi Strategik USIM bersama alumni USIM dan bantuan nasihat kepakaran daripada pengarah Profesor Dr. Mahadi J. Murat selaku Penasihat Produksi. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, kejayaan produksi filem pendek yang digalas sepenuhnya oleh Pusat Komunikasi Strategik bersama kepakaran pensyarah dan pelajar program Komunikasi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dan Fakulti Sains dan Teknologi membuktikan kecairan bakat yang dimanfaatkan sepenuhnya. “Talent Fluidity yang dimaksudkan untuk semua warga USIM merangkumi pelbagai aspek ini boleh dilihat dalam [...]

Program pemerkasaan wanita di USIM: Mengukuhkan peranan dan maruah keluarga

NILAI- Sebagai sebuah negara yang sedang mengorak langkah ke arah kemajuan dan pembangunan masyarakat MADANI, keterlibatan kaum wanita amat diperlukan dalam segala lapangan untuk terus bergerak maju dan bersama-sama berusaha dengan lebih keras lagi bagi meningkatkan daya saing dan pembangunan negara. Dalam konteks di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), peranan staf wanita dalam aspek pentadbiran mahupun akademik tidak dapat dinafikan dan amat signifikan dalam menyumbang tenaga dan idea bagi memastikan tugas dan sasaran kerja Jabatan masing-masing berjalan lancar. Justeru, bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jawatankuasa Pemerkasaan Wanita USIM telah menganjurkan ceramah bertajuk Wanita Dan Maruah Keluarga: Pelindung Atau Punca Masalah? yang dibarisi oleh beberapa panel terkemuka di Malaysia dengan penyertaan hampir 130 peserta dari pelbagai latar belakang bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Ekonomi dan Muamalat pada 8 Mac 2024. Puan Yuhani Jamiran selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Wanita USIM ketika ditemui berkata, kekuatan diri seorang wanita perlu diperkasakan melalui pelbagai cara bagi memastikan peranannya terus dapat dikendalikan dengan baik sama ada dalam keluarga, kerjaya dan masyarakat. Justeru ujarnya lagi, program ini dianjurkan bagi melahirkan sokongan terhadap usaha untuk pemerkasaan wanita di dalam dan di luar USIM agar dapat memberi manfaat kepada semua peserta bagi memperkuatkan aspek emosi, mental, fizikal dan kerohanian dalam menghadapi cabaran kehidupan semasa. Sementara itu, Puan Nor Alizawati Ishak salah seorang peserta berkata, program yang dilaksanakan oleh Taskforce Pemerkasaan Wanita secara tidak langsung telah memberi kesedaran kepada saya dan wanita-wanita di luar sana. “Program ini dapat memberi pemahaman untuk menambahbaik segala [...]

Mahabbah Ramadan: Mahasiswa USIM santuni anak yatim melalui program iftar bersama

SEPANG – Persatuan Mahasiswa Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kemimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyantuni 18 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Baitus Sakinah Hidayah melalui penganjuran program Iftar Mahabbah with NewMec, Sepang pada 31 Mac 2024 baru- baru ini. Program ini disertai oleh seramai 27 orang pelajar bersama dua orang pensyarah pengiring iaitu Dr. Kartini Kamaruzzaman, Ketua Program, Program Komunikasi Media Baharu, dan Dr. Norsimaa Mustaffa, pensyarah Program Komunikasi Media Baharu. Pengarah program saudari Zajlatul Abidah Kamarudin, yang juga merupakan Exco Perhubungan Luar dan Korporat berkata, penganjuran program ini adalah untuk membina ikatan sosial yang mahabbah antara mahasiswa dan masyarakat setempat. Ini kerana ia secara tidak langsung dapat memberi impak positif di samping membentuk hubungan yang bermakna dengan anak-anak yatim dan membantu mereka merasai kegembiraan diraikan di bulan Ramadan. Ujarnya lagi, program seumpama ini juga dapat memupuk nilai positif dalam kalangan mahasiswa agar sentiasa berbuat kebaikan kepada masyarakat di sekeliling disamping memberi peluang kepada para pelajar untuk mengamalkan nilai-nilai kebaikan seperti empati, kongsi rezeki, dan tanggungjawab sosial. Ia termasuklah membina sifat kekeluargaan, toleransi dan kasih sayang sama ada dalam berpersatuan mahupun dalam kalangan komuniti. Sementara itu, Ketua Program Komunikasi Media Baharu Dr. Kartini Kamaruzzaman  turut menyatakan rasa bangga dengan ahli jawatankuasa persatuan NewMeC kerana dapat menjayakan program ini dengan jayanya dan teruskan semangat menyantuni komuniti sekitar dan memberi manfaat kepada ummah serta berharap program-program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang. Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah dijalankan sebelum iftar antaranya sesi ‘Ice Breaking: Mission Impossible’ [...]

Go to Top